Adakah korang merupakan seorang peminat Justin Bieber slash XXXTENTACION slash Post Malone slash Rex Orange County slash Khalid?
Jika ya, korang akan menggemari bakat remaja baharu dari UK, Finn Askew.
Baru-baru ini, REMAJA dijemput oleh Universal Music Malaysia untuk menemuramah penyanyi Gen Z itu secara ekslusif setelah dia melancakan album EP pertamanya berjudul Peach.
Pada usia 19 tahun, muzik Finn amat dekat dengan pendengar remaja yang ingin dicintai, ingin dihargai, mempunyai perasaan sedih dan gembira pada masa yang sama. Yes – a nice form of complicated nicely tied together in an album.
Lihat apa yang ingin diperkatakannya mengenai lagu kegemarannya dari album ini dan sama ada dia mempunyai lagu kegemaran K-Pop.
Bagaimana keadaan lockdown kali ketiga yang dikenakan di UK? FINN: Saya bertuah kerana rumah saya berada di kawasan pekan kecil (countryside), jadi walaupun kami dalam peringkat lockdown saya masih boleh keluar dan berjalan. Lockdown ini tidak begitu menjejaskan saya, I’m doing alright.
Kamu mencipta kebanyakan lagu di dalam bilik tidur. Apakah 3 item yang wajib ada di dalam bilik tidur kamu untuk menjadi kreatif? FINN: Saya perlukan gitar, komputer riba dan vibes yang bagus.
Kami telah mendengarkan album EP terbaru kamu berjudul Peach. Congratulations! Ia mempunyai diversiti dari segi muzik dan genre. Siapakah di antara inspirasi kamu semasa menyiapkan album ini. FINN: Semasa saya membesar, saya banyak mendengar kepada band lama seperti Nirvana dan The Beach Boys. Saya banyak mendengar muzik Justin Bieber. Saya juga meminati muzik rap dari Amerika seperti Juice WRLD, XXXTENTACION, Lil Peep dan penyanyi yang seiring dengan mereka.
Sebab itulah EP ini mempunyai pelbagai jenis genre dan muzik kerana inspirasi saya hadir dari pelbagai jenis muzik dari serata dunia. Ia juga membuatkan pendengar menggelar muzik saya agak ‘pelik’ ketika mereka mendengarnya untuk kali pertama.
Bagaimana pandemik COVID-19 ini telah mempengaruhi proses kamu menyiapkan EP ini? FINN: Tentunya, album ini telah memakan masa yang lebih panjang daripada yang saya jangkakan. Tidak semua perkara terurus berbanding jika kita boleh duduk di studio dan menyiapkannya. Saya perlu lakukan perbincangan di Zoom, saya perlu berhubung menerusi telefon.
Tapi asalkan EP ini dapat disiapkan, saya sudah berpuas hati.
Apakah trek kegemaran kamu dari EP ini? FINN: Saya harus katakan trek terakhir iaitu Buttercup. Walaupun ia adalah trek paling pendek, ia mempunyai vibe yang chill dan dreamy – ia sedap untuk didengari berkali-kali.
Ads
Setiap lagu yang saya lancarkan ini mempunyai jalan cerita masing-masing, namun Buttercup adalah lagu yang personal bagi saya dan saya berbangga dengan lagu ini
Kamu telah menulis trek ‘Roses’ sejak berusia 16 tahun. Kini pada usia 19 tahun, apakah perubahan yang dapat kamu lihat pada diri kamu sebagai seorang penulis lagu? FINN: 100%. Semasa saya menulis Roses, saya belum pernah menjejakkan kaki ke studio rakaman dan bertemu dengan penerbit album.
Meskipun Roses adalah lagu yang bagus dan amat diminati oleh pendengar, kamu boleh melihat perubahan pada penciptaan lagu-lagu saya sejak itu. The more I do this, the better I get. Tentunya saya gembira apabila semakin lama saya lebih yakin dengan improvement yang berlaku.
Roses amat digemari di Malaysia dan secara amnya di benua Asia. Ini termasuklah salah seorang anggota NCT iaitu Taeyong yang pernah mengakui Roses adalah salah satu lagu kegemarannya.
Adakah kamu sendiri mempunyai lagu K-pop kegemaran? FINN: Buat masa ini, saya menggemari Dynamite oleh BTS. Jujurnya, saya masih tidak terlalu mengenali dunia K-pop secara menyeluruh.
Ads
Nyatakan EP Peach ini dalam 3 perkataan. FINN: Gila (mad), unik dan muda (youthful).
Kami juga amat menyukai cara video muzik kamu dirakamkan dan disunting. Adakah kamu terlibat dalam proses pembikinan video-video tersebut? FINN: Sudah tentu. Saya akan menerangkan maksud sesebuah lagu dan apa yang saya inginkan dari video muzik saya. Of course, saya terbuka untuk menerima idea pengarah kerana mereka adalah pakar.
I am also glad many people can view my hometown in my recent videos. Ramai berpendapat saya berasal dari kawasan bandar, tak ramai yang tahu saya dari pekan kecil bernama Somerset.
Apakah perkara yang paling kamu rindukan semasa pandemik ini? FINN: Tentunya untuk keluar dari kawasan ini dan menjayakan tour saya di UK. Dan saya tidak sabar untuk ke Asia dan menyanyi dari satu negara ke negara yang lain. Saya tidak pernah lagi ke benua Asia.
Apa yang boleh kami jangkakan daripada kamu untuk 2021? FINN: Ia akan menjadi tahun yang cemerlang untuk saya, saya tidak sabar untuk mengeluarkan lebih banyak lagu baru. Kamu juga boleh menjangkakan virtual shows dari saya, kami akan umumkannya tidak lama lagi.
Tamat sudah istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, pagi ini.
Alhamdulillah guys! Rakyat sudah memiliki seorang Yang di-Pertuan Agong baharu.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, manakala Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pula melafaz sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Foto: Astro Awani
Dalam pada ramai rakyat yang gembira atas peristiwa bersejarah pada hari ini, ada beberapa spekulasi yang bertebaran mengenai penggunaan gelaran Duli Yang Maha Mulia.
Mungkin kerana masih ramai remaja yang muda dan tidak begitu mengetahui sejarah penggunaan gelaran tersebut secara mendalam.
Disebabkan itu, pengendali siaran langsung istiadat pada pagi ini di sini telah menerangkan mengenai maksudnya yang sebenar.
Foto: Bernama
‘Duli’ itu bermaksud debu atau habuk. Debu ini disamakan sebagai sifat seorang hamba. Oleh itu ‘Duli Yang Maha Mulia’ membawa maksud walau seluas mana jajahan takhluk seorang Raja yang bertakhta itu, dirinya hanyalah ibarat Debu di sisi Tuhan Yang Maha Mulia. Bukan untuk memperlekehkan posisi Yang di-Pertuan Agong, tetapi Baginda serta kita sebagai hambaNya ini tetap sama melainkan amal ibadat yang dilakukan.
Menyentuh mengenai gelaran ‘Seri Paduka Baginda’ pula, ‘Paduka’ bermaksud selipar manakalah Baginda merujuk kepada Baginda Rasulullah SAW.
Jadi, gelaran tersebut bermaksud, sebanyak manapun nikmat harta yang dimiliki Raja yang berkuasa, dirinya hanyalah selipar pelapik kaki kepada Baginda Rasulullah yakni utusan Tuhan Yang Maha Mulia.
***
Info ini pun masih baru dan cuba untuk dihadam oleh REMAJA hehe. Nampaknya Bahasa Malaysia ini cukup kaya dengan kiasan indah yang mengangkat Tuhan dan UtusanNya jauh lebih tinggi berbanding kita manusia biasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila drama Joseon Exorcist yang baru sahaja disiarkan dua episod terpaksa menghentikan tayangannya gara-gara kontroversi yang membuatkan netizen di Korea tidak berpuas hati.
Bagi penonton yang sudah mengikuti dua episod drama tersebut, ramai yang kecewa dan tidak berpuas hati kerana tidak dapat lagi mengikuti apa yang terjadi seterusnya.
Nah, jangan frust sangat guys. Masuk sahaja bulan baru ini, ada beberapa drama Korea terbaru yang boleh korang layan. Berikut kami senaraikan antara k-drama yang akan ditayangkan sepanjang April ini.
1. Taxi Driver
Berdasarkan webtoon The Deluxe Taxi yang ditulis oleh Carlos, drama terbaru SBS ini dibintangi oleh Lee Je Hoon sebagai Kim Do Ki, seorang lulusan akademi tentera laut yang menjadi nderwater demolitions expert. Kehidupannya musnah setelah kematian ibunya di tangan pembunuh bersiri.
Kini, dia bekerja di sebuah Syarikat Pelangi Teksi, yang tidak menawarkan perkhidmatan biasa, sebalikya mencari pelanggan yang ingin membalas dendam.
2. Real Estate Exorcism
KBS2 bakal menayangkan drama supernatural yang mengisahkan tentang Hong Ji-a, seorang pengusir syaitan yang mengendalikan agensi hartanah. Bukan broker ‘biasa-biasa’, dia menyenaraikan lokasi-lokasi yang berhantu dan mengusir hantu daripada bangunan tersebut, kemudian memulihkan dan menjualnya.
Walau bagaimanapun, Ji-a mempunyai satu trauma yang belum dapat diselesaikannya, iaitu kematian misteri ibunya 20 tahun lepas.
3. Law School
Tiga tahun selepas The Miracle We Met, Kim Myung Min kembali beraksi dalam Law School terbitan JTBC. Kim berperanan sebagai bekas pendakwaraya, Yang Jong Hoon yang kini menjadi profesor di sebuah sekolah undang-undang berprestij.
Drama ini menceritakan bagaimana pelajar dan professor universiti undang-undang berprestij di Korea Selatan terperangkap dalam kes pembunuhan berprofil tinggi.
4. Undercover
Drama ini mengisahkan tentang han Jung Hyun, ejen yang dijemput oleh National Intelligence Service (NIS) ketika dia menuntut di akademi polis. Dia kemudian ditugaskan menguruskan satu kes rahsia dan dia bertemu dengan Choi Yeon-Soo (Kim Hyun-Joo). engan menggunakan nama samarannya, dia jatuh cinta kepada Choi Yeon-Soo dan mereka akhirnya berkahwin.
Sementara itu, Choi Yeon-Soo bekerja sebagai peguam sivil yang mencari keadilan dan kebenaran. Dia dicalonkan untuk menjadi Ketua Unit Siasatan Rasuah Penjawat Awam. Kerana pencalonannya, identiti sebenar suaminya terbongkar dalam situasi yang tidak terkawal.
5. Dark Hole
Drama penyiasatan di mana Kim Ok Bin muncul sebagai Lee Hwa Sun, seorang detektif di Seoul yang menerima panggilan daripada orang yang membunuh suaminya, meminta dia untuk pergi ke kota Muji.
Setibanya di sana, dia menyedari bahawa penduduk telah dikepung oleh asap misteri yang muncul dari lubang sinki yang menjadikan orang-orang yang menghidunya menjadi hantu.
Boleh tahan juga senarai drama terbaru bulan ini. Selamat menonton!
Penyanyi bersuara lunak, Shila Amzah sekali lagi membanggakan Malaysia apabila wajah dan pencapaiannya dalam industri muzik terpampang di pameran berprestij World Expo Osaka 2025 yang berlangsung di Pulau Yumeshima, Jepun.
Menariknya, penyanyi lagu Patah Seribu itu sendiri tidak tahu mengenai perkara tersebut sehinggalah dia terlihat perkongsian daripada seorang pengguna di platform X (dahulunya Twitter).
“Sejujurnya, saya hanya menyedari wajah dan pencapaian terpampang di sebuah ekspo bertaraf dunia selepas terbaca dan terlihat perkongsian pengguna akaun X,” ujar Shila ketika ditemui media.
Bagi Shila, dipilih untuk ditampilkan di ekspo yang disertai ribuan pengunjung dari seluruh dunia memang sesuatu yang membanggakan. Namun, katanya, dia tidak pernah sesekali mahu mendabik dada.
“Bagi saya, apa sahaja perkara baik ditulis tidak kira di Malaysia mahupun luar negara amatlah saya hargai. Saya bekerja keras bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi demi mengharumkan nama negara, jadi pastinya saya sangat bersyukur.
“Bagaimanapun saya enggan meninggi diri. Apabila kita sudah cukup berusaha dan doa, kemudian datangnya rezeki sebegini tentulah saya merasa sangat bangga,” katanya lagi.
Nama Shila menjadi antara kebanggaan negara apabila tersenarai sebagai wakil Malaysia dalam bidang hiburan di ekspo berkenaan, yang berlangsung selama enam bulan dari 13 April hingga 13 Oktober tahun ini.
World Expo Osaka 2025 kali ini menghimpunkan 160 negara dan wilayah yang mempamerkan keunikan teknologi, budaya dan kulinari masing-masing di bawah tema ‘Merangka Masyarakat Masa Depan untuk Kehidupan’.
Acara ini juga menandakan kali kedua Osaka menjadi tuan rumah selepas kali pertama pada tahun 1970, dan dianggarkan menerima kehadiran seramai 28 juta pengunjung dari seluruh dunia.
Shila menzahirkan rasa terima kasih kepada para peminat tanah air yang terus menyokong dan menghargai kerjaya seninya. Malah, ada peminat yang mencadangkan agar Shila diberikan pengiktirafan lebih tinggi di peringkat nasional.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!