Kasih sayang seorang ibu memang tiada batasannya. Seorang ibu akan sanggup berkorban nyawa demi memastikan anak hidup. Bukan saja mendidik dari kecil, ditatang, dimanja dan dibelai demi memastikan anak membesar sempurna.
Tapi sayang, dalam sesetengah kes, ibu dijadikan musuh. Mereka sanggup bertindak di luar batas tanpa mempedulikan ibu yang pernah mengendong mereka ketika kecil, disuapkan makanan ketika lapar dan dipegang agar tidak jatuh. Seolah-olah menjadi anak derhaka.
Pandanglah gambar-gambar menarik dari seluruh dunia ini. Ternyata kasih ibu memang tiada batasannya. Jangan kata kerja seorang ibu tidak penat. Tanyalah ibu korang, memang penat tapi ibu tak pernah mengeluh sekali pun! Malah senyum lagi adalah.
Memang penat mengasuh anak-anak dari kecilkan tapi ibu akan sentiasa tersenyum. Jadi kalau korang sayangkan ibu, mama, mak, umi atau apa saja panggilan, hargailah mereka selagi ada. Jangan sampai baru menyesal ketika orang yang lahirkan kita ke dunia ini sudah tiada!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Daripada imej penari 'nakal' di jalanan, komuniti B-Boys di Malaysia enggan lagi dipandang sepi dan negatif oleh masyarakat.
Ini telah dibuktikan oleh penari B-Boy negara, Sam Jee Lek (lebih dikenali sebagai Lego Sam) setelah dia mencipta sejarah sebagai pemenang pingat emas kedua Malaysia di Sukan SEA Filipina, Ahad lalu.
Menurut penari yang mencipta kemenangan dengan skor 12 markah penuh itu, dia tak dapat menidakkan rasa bangga menjadi wakil negara pertama yang bergelar penari B-Boy yang memenangi pingat emas di acara sukan dwi-tahunan itu.
"Saya telah lama mempersiapkan diri untuk membuktikan diri di atas pentas dan untuk membuatkan Malaysia berbangga.
"Akhirnya dengan kejayaan ini, saya berharap agar kerajaan Malaysia sedar akan potensi yang ada di kalangan penari B-Boy di Malaysia dan boleh menyokong kami untuk meningkatkan prestasi budaya tarian ini.
"Apabila melihat perkembangan break dance dalam tempoh beberapa tahun ini, ia masih terasa seperti mimpi. Tanpa mengira sama ada menang atau kalah, saya rasakan kesemua B-Boy yang bertanding di Filipina adalah pemenang pada hari pertandingan lalu.
"Kami semua adalah sebahagian daripada atlet yang mencipta sejarah kali pertama bertanding di peringkat ini. Saya sendiri tak sabar untuk mengulangi kejayaan ini dan mungkin terlibat di Sukan Olimpik 2024 di Paris, kelak," kata Sam menerusi akaun Instagram miliknya.
Congrats Sam! Harapnya budaya break dance akan lebih berkembang secara positif selepas ini dengan sokongan ramai pihak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Huang Zitao (Tao) EXO Sah Berkahwin Dengan Xu Yiyang
Bekas ahli kumpulan K-pop terkenal EXO, Huang Zitao atau lebih dikenali sebagai Tao, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon jelita Xu Yiyang. Majlis perkahwinan mewah dan romantik itu menjadi tumpuan peminat seluruh dunia apabila media China menggelarnya sebagai “perkahwinan abad ini”.
Sumber : Koreaboo
Majlis Perkahwinan Mewah Bertemakan Dunia Fantasi
Menurut laporan Koreaboo, majlis yang diadakan di sebuah lokasi eksklusif itu tampil memukau dengan dekorasi mewah bertemakan “dunia fantasi moden”. Dihiasi ribuan bunga segar dan pencahayaan ungu lembut, suasana majlis seolah-olah membawa tetamu masuk ke dalam kisah cinta dongeng. Tao, 32, kelihatan segak mengenakan tuxedo hitam klasik, manakala Xu Yiyang tampil menawan dengan beberapa persalinan gaun rekaan pereka terkenal yang menyerlahkan keanggunannya.
Sumber : Koreaboo
Detik paling romantik pastinya ketika pasangan ini berjalan beriringan ke pelamin utama sebelum berkongsi ciuman manis di hadapan keluarga dan rakan selebriti. Kek perkahwinan mereka turut mencuri perhatian apabila direka menyerupai istana kisah dongeng, melambangkan impian cinta dua insan seni yang akhirnya bersatu.
Ikrar Cinta Abadi Dalam Majlis Penuh Emosi
Selain itu, Huang Zitao dan Xu Yiyang juga sempat bertukar ikrar cinta abadi sebelum menuju ke dewan resepsi utama yang dihiasi dengan konsep futuristik romantik. Majlis tersebut diiringi muzik orkestra lembut dan persembahan khas yang dikatakan disediakan oleh Tao sendiri sebagai kejutan buat isterinya.
Sumber : Koreaboo
Kisah Cinta Huang Zitao dan Xu Yiyang Disatukan
Bagi peminat, kebahagiaan mereka seolah menjadi “penamat manis” kepada spekulasi cinta yang sudah bertebaran sejak 2020 lagi. Walaupun pasangan ini memilih untuk berdiam diri ketika khabar angin hubungan mereka tersebar, mereka akhirnya mengesahkan percintaan secara rasmi pada 2023.
Sumber : Koreaboo
Sebelum ini, Tao dan Yiyang pernah berdepan gosip mengenai kehamilan dan kelahiran anak, namun kedua-duanya tidak pernah memberi sebarang kenyataan balas. Apa pun, momen bahagia mereka kali ini jelas menunjukkan pasangan ini lebih selesa meraikan cinta secara matang dan terbuka.
Dari Idola K-pop ke Suami Romantik
Dari penyanyi K-pop yang dulu digilai ramai, kini Huang Zitao tampil sebagai seorang lelaki matang dan penyayang yang menemui cinta sejatinya. Pasangan ini membuktikan bahawa cinta sejati tetap akan menemui jalannya walau diselimuti kontroversi dan tumpuan dunia.
💜 Tahniah buat Huang Zitao dan Xu Yiyang, semoga cinta kalian kekal mekar dalam dunia realiti seindah fantasi!
Ramai anak selebriti tempatan dan luar negara mengikut jejak ibu atau bapa mereka dalam industri hiburan. Ini adalah perkara biasa dalam keluarga berdarah seni.
Minat yang sama mendorong mereka untuk turut serta dalam bidang seni, dan status sebagai anak selebriti memberi mereka kelebihan untuk dikenali peminat. Di Malaysia, kita sudah mengenali anak selebriti yang berkecimpung dalam industri hiburan. Kali ini, kami ingin kongsikan anak selebriti Bollywood yang turut mengikuti jejak langkah ibu atau bapa mereka.
1.Sara Ali Khan
Sara Ali Khan merupakan anak perempuan kepada pelakon terkenal, Saif Ali Khan. Dilahirkan pada 12 Ogos 1993, Sara sudah mula aktif dalam bidang lakonan pada tahun 2018 dan mendapat pujian ramai atas lakonannya. Dikatakan merupakan antara pelapis pelakon Bollywood yang paling laris dan mempunyai wajah jelita seperti ibunya, Amrita Singh, Sara Ali Khan berada di kedudukan pertama! Bahkan, adiknya Ibrahim Ali Khan pun dikatakan bakal ke layar perak juga.
2. Janhvi Kapoor
Menempa nama sebagai salah seorang anak pelakon yang paling disanjungi tahun 90-an merupakan jalan mudah kepadanya. Janhvi Kapoor merupakan anak kepada mendiang Sri Devi. Janhvi dilahirkan pada 6 Mac 1997, memulakan karier pada tahun yang sama seperti Sara Ali Khan iaitu 2018. Bukan sahaja anak kepada pelakon terkenal malah, ahli keluarganya juga terdiri daripada pelakon-pelakon terkenal lain seperti Anil Kapoor dan Arjun Kapoor.
3.Suhana Khan
Buat peminat Bollywood, pasti pernah lihat gadis ini bersama ayahnya yang digelar sebagai King Khan semasa dia masih kecil bukan? Suhana Khan merupakan anak gadis kepada pelakon, Shah Rukh Khan dan dilahirkan pada 20 May 2000. Oleh kerana selalu menerima tempias populariti ayahnya, Suhana pernah luah bahawa dia tidak suka tentang perkara itu. Oleh itu, Suhana memulakan kerjaya sebagai pelakon melalui filem pendek dahulu dan menjadi duta produk kecantikan.
4. Junaid Khan
Inilah nama yang baru-baru ini menjadi bualan ramai apabila secara tiba-tiba muncul di layar perak dengan filem Maharaj. Junaid Khan merupakan anak kepada pelakon yang ‘otai’ juga iaitu Aamir Khan. Dilabel mempunyai aura seperti pelakon terkenal Hollywood, Henry Cavill, dia banyak mempelajari tentang lakonan dari ayahnya yang dikenali ramai sebagai seorang yang sangat cerewet.
5.Ishaan Khatter
Ishaan ialah adik kepada pelakon popular, Shahid Kapoor. Dia memulakan kerjaya filemnya sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem pada tahun 2005. Agak privasi dan kurang menonjol dalam media sosial, Ishaan lebih memilih untuk terus belajar mengenai dunia lakonan dan bekerja di sebalik tabir. Namun, disebabkan abangnya sering menjadi bualan ramai, Ishaan tidak terlepas untuk dikaitkan serta dibandingkan oleh para media.
6.Shanaya Kapoor
Mungkin jarang didengari, tapi Shanaya Kapoor merupakan antara nama yang dijanjikan bakal memeriahkan industri perfileman India. Dia merupakan anak perempuan kepada hero filem Bollywood tahun 90-an iaitu Sanjay Kapoor. Memudahkan lagi perjalanannya dalam industri ini adalah dia rapat dengan pengarah filem popular iaitu Karan Johar yang sering memperkenalkan pelakon-pelakon baharu.
7. Aryan Khan
Akhir sekali, merupakan anak teruna kepada King Khan juga iaitu Aryan Khan. Dia merupakan abang kepada Suhana Khan yang sudah menempa nama dalam bidang lakonan. Walaupun pernah menyatakan bahawa tidak berminat dengan dunia lakonan serta populariti, namun ramai dalam kalangan peminat Bollywood tertanya-tanya bila Aryan akan muncul di dalam filem. Wajah kacak persis ayahnya, SRK, perlu ditunjuk!
Cantik dan kacak masing-masing. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.