Buat julung kalinya Remaja berkolaborasi bersama jenama rawatan dan kecantikan terkenal, Beaute Library bagi kempen raya tahun 2024.
Berlangsung seawal jam 10 pagi di Pavilion Bukit Jalil, 10 peserta Hero dan Dewi Remaja sebagai tetamu jemputan bagi acara Prep & Fab.
Menerusi acara yang sama, kesemua tetamu melakukan rawatan tangan dan konsultasi kulit muka bagi mengetahui secara lebih terperinci mengenai kulit mereka.
Setiap daripada mereka telah menikmati rawatan berkenaan menerusi tiga bilik konsultasi yang berbeza.
Menurut pelakon jelita, Arena Wan, rawatan tangan adalah penting kerana baginya anggota tersebut banyak digunakan pada setiap masa.
Ads
“Saya sebenarnya sudah lama tidak melakukan rawatan tangan, terutama urutan tangan. Sejujurnya, saya sangat suka dengan pengalaman pada pagi ini.
“Saya juga sangat perlukan rawatan ini kerana dengan jadual saya yang padat dengan pengambaran, saya tiada masa untuk ‘relaxing‘. Jadi, hari ini adalah masa yang sesuai buat saya.
Ads
“Bagi saya, urutan tangan sebegini adalah penting kerana setiap hari kita menggunakan anggota ini. Jadi, tangan kita juga perlukan rawatan sebegini,” katanya kepada Remaja.
Acara tersebut turut dimeriahkan oleh Hero dan Dewi Remaja yang lain iaitu Nurel Baharin, Arabella Ellen, Fitri Farok dan Razin Qidran.
Pada sesi petang pula dihadiri oleh barisan Hero dan Dewi yang lain iaitu Thompson Goh, Nina Amin, Rasyiqah Johan dan Reezlyn Shafeera.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sering kali kita melihat individu mengambil minuman bertenaga. Alasannya bagi mengembalikan kesegaran tubuh akibat rasa letih dan tenaga yang sudah dikeluarkan selepas melakukan aktiviti.
Tanpa mengetahui apa ada di sebalik minuman diambil, ramai yang main sebat minum tanpa ketahui apa risiko kepada kesihatan diri.
Baca perkongsian dari fb Public Health Malaysia risiko di sebalik pengambilan minuman bertenaga dan apa risikonya ke atas anak muda jika selalu mengamalkannya.
Seorang lelaki yang berusia 25 tahun dikejarkan ke bahagian kecemasan selepas mengadu sakit dada dan muntah.
Pesakit tersebut TIDAK memiliki sebarang masalah kesihatan dan tidak merokok. Pemeriksaan mendapati degupan jantungnya berdengup kencang dengan kadar 130- 140 denyutan seminit (normal 60-100 denyutan seminit)
Pemeriksaan jantung ( ECG ) mendapati pesakit tersebut mengalami sejenis masalah denyutan jantung abnormal yang dikenali sebagai Atrial Fibrillation. Rawatan kecemasan diberikan dan degupan jantung kembali normal.
Sekiranya lewat mendapat rawatan, pesakit ini berisiko mendapat serangan jantung dan jantung boleh berhenti berdenyut!
Minum air putih sangat baik untuk kesihatan
Pertanyaan lanjut mendapati, lelaki tersebut yang bekerja sebagai pemandu lori mengambil “Minuman Tenaga” yang popular di pasaran 2 tin setiap hari.
Ini bukan kes yang asing dibahagian kecemasan. Di US, terdapat lebih 20 ribu kes setiap tahun melibatkan “Minuman Tenaga” . Selain dari serangan jantung, ada pesakit yang di kejarkan ke hospital akibat sawan, pengsan dan juga kematian.
Hal serius ini mendorong WHO untuk bersuara dan menyatakan amaran kepada masyarakat mengenai bahaya “Minuman Tenaga’.
Minuman tenaga merupakan minuman tanpa alkohol yang mengandungi kafien, taurin, vitamin dan bahan bahan tambahan lain. Ia sering di pasarkan sebagai produk yang memberi tenaga berpanjangan, untuk menambah prestasi ahli sukan, untuk pemanduan jangka masa panjang dan juga untuk pelajar.
Pada asalnya , ia di perkenalkan oleh Jepun pada 1960 an dan semakin popular di Europe menjelang tahun 1980 an dan 90 an.
Di seluruh dunia, jualan minuman tenaga dijangkakan mencecah 12 billion pada tahun 2012 dan semakin mendapat perhatian dikalangan remaja.
Banyak bintang-bintang sukan digunakan untuk melariskan perniagaan dengan bayaran sangat lumayan
MENGAPAKAH MINUMAN TENAGA MEMBERI RISIKO KEPADA KESIHATAN?
Pengkaji mendapati, punca UTAMA yang menyebabkan risiko kesihatan adalah kandungan kafien yang terlalu TINGGI dalam minuman ini. Pengambilan kafien berlebihan mengakibatkan jantung berdegup dengan pantas,tekanan darah tinggi, kekurangan kalsium dalam badan, metabolic asidosis, sawan dan kematian.
Selain itu, seperti mana minuman ringan lain, “minuman tenaga” mengandungi GULA yang cukup tinggi. Cuba bayangkan, satu tin minuman tenaga popular mengandungi 27.5 g gula! Gula yang tinggi ini menyebabkan risiko kegemukan dan penyakit metabolic lain seperti kencing manis.
Dalam kajian terkini, pengambilan Minuman Tenaga juga meningkatkan risiko strok sehingga 5 kali ganda! Kajian dari Universiti Texas menunjukkan hanya 1 tin minuman tenaga sudah cukup untuk menyebabkan penyempitan saluran darah dan meningkatkan risiko stroke dan serangan jantung,
Untuk kanak kanak dan remaja, pengambilan minuman tenaga di kaitkan dengan risiko terjebak dengan gejala negatif. Menurut kajian, remaja berisiko untuk terjebak dengan pengambilan rokok, minuman beralkohol dan dadah.
APAKAH YANG DI CADANGKAN OLEH PENGKAJI?
Bagi mengawal penjualan dan kandungan dalam minuman tenaga, pengkaji mencadangkan agar terdapat polisi khas bagi mengawal selia kanduangan, pemasaran dan jualan produk ini .
✅ Mengawal had pengambilan kafien yang di benarkan pada setiap hidangan
✅ Mengawal penjualan minuman tenaga untuk kanak kanak dan remaja
✅ Memberi pendidikan kepada anggota kesihatan untuk mengenal pasti gejala pesakit yang mengalami masalah “Caffeine intoxication”
✅ Mengawal pengiklanan “minuman tenaga”
KESIMPULAN
Peningkatan pengambilan Minuman Tenaga di kalangan masyarakat telah melahirkan kebimbangan di kalangan pengkaji dan komuniti saintifik.
Walaupun lebih banyak kajian di perlukan untuk membuktikan bahaya minuman tenaga kepada kesihatan, masyarakat di sarankan untuk mengawal pengambilan dan mengelakkan pengambilan berlebihan.
Kanak kanak dan remaja perlu di CEGAH dari mengambil minuman ini.
Infomasi kami kongsikan, pilihan sentiasa di tangan anda.
.
Pejam celik, umat Islam di Malaysia sedang menghitung hari sebelum kehadiran hari kemenangan kita, Hari Raya Aidilfitri. Tinggal kira-kira seminggu saja sebelum kita menyambutnya pada 3 Mei ini dan rata-rata remaja di seluruh negara sedang sibuk melakukan persiapan dari pelbagai sudut. Tidak mahu kalah gayalah katakan.
Bersempena majlis sidang media dan tayangan profgram raya Astro 2022 pada hujung minggu lalu, jemputan selebriti yang memeriahkan acara nyata sudah tidak sabar-sabar lagi menantikan lebaran dengan memperagakan gaya baju tradisi masing-masing.
Jom lihat 8 gaya selebriti wanita pilihan REMAJA yang hadir ke acara tersebut. Menariknya, ramai yang memilih siluet ala kaftan longgar demi keselesaan dan masih kelihatan berstail. Manalah tahu, korang akan terinspirasi dengan gaya mereka untuk 1 Syawal nanti.
Elica Paujin
Daiyan Trisha
Kilafairy
Myra Natasya
Sweet Qismina
Wani Kayrie
Yaya Zahir
Shaza Bae
Gaya mana yang paling korang gemari?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pereka fesyen terkenal Rizman Nordin, baru-baru ini berkongsi tentang rutin dan ibadah yang dilakukannya setiap hari.
Menerusi temubual bersama podcast Apa Cerita?, Rizman berkata dia memulakan paginya dengan solat taubat dan solat tahajud kerana ia memberi manfaat yang baik kepada setiap muslim.
“Ini adalah rutin saya setiap hari, saya kongsikan dengan niat orang boleh ikut inshaAllah”
“Saya selalu bangun pukul 5.30 pagi dan mulakan dengan solat taubat dulu dan selepas itu solat tahajud” – Rizman
“Solat tahajud ini Allah dah cakap ia umpama panah yang tepat pada sasaran. Malaikat turun dan mengaminkan doa. Apa lagi nikmat yang nak didustakan kepada Allah?” – Rizman
Pereka fesyen yang kini berusia 39 tahun itu kemudian meneruskan rutinnya dengan membaca Al-Quran sekurangnya satu muka surat setiap hari.
Dalam pada itu Rizman turut mendedahkan bahawa dia mula belajar mendalami Al-Quran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik Covid-19.
Kredit: Tiktok Tun Asyraf Khalid
“Saya nak kongsikan, saya dulu tak pandai mengaji sebab keluarga saya tidaklah terlalu alim. Even, mak dan ayah saya, solat pun saya yang ajar sebenarnya”
“Saya mula belajar mengaji semasa PKP. Saya belajar dengan ustaz melalui Zoom. Sehari sejam saya akan baca satu muka surat tapi hujung-hujung tu dah jadi 15 minit sebab sudah boleh membaca dengan laju”
Kredit: Instagram Rizman.N
Menurutnya lagi, jika kata ada usaha untuk buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Lama kelamaan hal yang ingin dilakukan itu akan jadi lebih mudah.
Sementara itu, tambah Rizman sebagai seorang muslim kepercayaan terhadap Allah adalah tunjang utama untuk memperoleh kejayaan selain daripada usaha. Berharap sepenuh hati terhadap Allah juga membuatkan pereka fesyen ini dapat mencapai semua impiannya.
“Apa sahaja yang kita nak capai, ia tak ada kepastian sama ada kita akan dapat atau tidak tetapi ada benda yang sangat berharga iaitu harapan dan iman” – rizman
“Bila kita berdoa kepada Dia, jadi kita akan ada iman dan percaya bahawa kita akan dapat. Itu yang membuatkan saya percaya bahawa saya akan sampai ke destinasi, saya akan dapatkan Naomi Campbell, saya akan ke Dubai dan akan dapat itu dan ini”
Sebagai manusia, Rizman berkata sudah semestinya akan ada pelbagai cabaran tetapi kita pasti boleh lakukan dan laluinya jika kembali kepada asas.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!