Kejadian buli dalam kalangan pelajar yang dilaporkan berlaku di sekolah berasrama berprestij, Malay College Kuala Kangsar baru-baru ini telah mendapat pelbagai reaksi negatif daripada netizen setelah ia dibongkarkan oleh keluarga mangsa buli.
Menurutnya, pihak keluarga sepatutnya membiarkan pengurusan sekolah menyelesaikan kejadian. Malah, PIBG MCKK juga berkata ia menghormati pendirian pihak sekolah dan pengetua yang tidak tunduk kepada ancaman yang diberikan oleh sekumpulan ibu bapa murid tingkatan 4.
Hal demikian, sebilangan netizen di beberapa platform media sosial beranggapan pihak PIBG sekolah berkenaan tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana dianggap membenarkan kejadian buli ‘disembunyikan’ daripada pengetahuan umum demi menjaga nama baik sekolah serta ahlinya.
Memetik temubual di antara Mingguan Wanita dan Peguamcara Jenayah, Johan Radzi bin Ahmad Zahar pada hari ini susulan respon netizen semalam, beliau menegaskan bahawa semua pihak harus bertinda mengikut prosedur sewajarnya apabila timbul kes berat seperti kejadian buli di sekolah.
“Sepatutnya tidak (wajar ada budaya menyelesaikan kes buli secara pintu belakang seperti yang didakwa oleh ahli keluarga mangsa buli di MCKK) sebab dalam Perlembagaan Persekutuan telah dinyatakan bahawa semua orang dipandang sama rata di hadapan undang-undang.
“Itu yang sepatutnya, secara idealnya begitulah.
“Tetapi secara praktiknya, mungkin di lapangan; walaupun undang-undang menyatakan bahawa semua orang setara tetapi mungkin bagaimana kita menafsirkan atau kita mengaplikasikan undang-undang itu mungkin berbeza-beza.
Ads
“Dalam kes ini, ada ura-ura yang mengatakan bahawa murid pembuli tersebut mungkin datang daripada keluarga VIP atau keluarga T20. Pun begitu, ia tidak sepatutnya dibiarkan.
“Tidak kisahlah dari mana pun asal-usul si pembuli atau betapa tingginya pangkat keluarganya, tindakan buli adalah satu jenayah. Tindakan memukul orang adalah satu jenayah dan patut dibacarakan di mahkamah,” katanya lagi.
Terdahulu, tular di laman Instagram pada Jumaat minggu lalu (3 November) berhubung seorang pelajar sekolah yang dimasukkan ke hospital akibat dibuli pelajar senior di sebuah sekolah di Kuala Kangsar.
Ads
Turut tular sepucuk surat rayuan terhadap keputusan hukuman displin terhadap pelaku-pelaku yang diminta bekelakuan baik, dirotan dan membuat kerja amal di sekolah.
Bagaimanapun, ahli keluarga mangsa buli pada hari ini (7 November) merasakan hukuman yang dikenakan tidak memadai dengan kecederaan yang telah mereka akibatkan terhadap mangsa. Ahli keluarga mangsa juga meminta agar keadilan dilaksanakan dalam kes ini dan ingin pelaku-pelaku dibuang daripada MCKK.
Bagi korang yang tertanya-tanya bagaimanakah kes bulit dibicarakan di peringkat perundangan, Johan berkongsi bahawa kebiasaannya pesalah atau pembuli akan dihadapkan di Mahkamah Kanak-Kanak di mana pihak mahkamah akan memberikan beberapa pilihan kepada pesalah yang telah disabitkan.
Ads
Antaranya seperti hukuman menghantar mereka ke sekolah Henry Gurney, dikenakan hukuman khidmat masyarakat (community service) atau dikenakan bon kelakuan baik di mana pesalah akan dilepaskan dengan jaminan atau syarat harus berkelakuan baik untuk satu tempoh tertentu seperti 2-3 tahun di bawah pengawasan.
Tidak ketinggalan, hukuman penjara boleh dikenakan ke atas pesalah sekiranya jenayah yang dilakukan itu berat. Begitupun menurut Johan, mahkamah akan sentiasa cuba mengelakkan daripada mengenakan hukuman penjara kerana khuatir kesan buruk kepada pembesaran pesalah apabila bergelar banduan bawah umur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah hampir lebih kurang tiga bulan masyarakat Malaysia menjalankan kehidupan new normal dengan perlaksanaan PKP, PKPB, dan terbaru PKPP yang menghadkan segala jualan makanan di kedai-kedai mahupun pasar malam.
Maka tidak hairanlah ramai di antara kita yang mencuba pelbagai resipi sendiri di rumah. Time PKP ni la mengidam nak makan macam-macam.
Namun, berita baik untuk rakyat Selangor yang rindukan makanan-makanan di pasar,terutamannya pasar malam.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan pasar pagi, pasar terbuka, pasar malam dan bazaria di Selangor akan beroperasi secara berperingkat bermula Isnin ini.
Yeayy…korang gembira tak?
Tambahan beliau lagi prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) kekal menjadi rujukan dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan pengoperasian kesemua jenis pasar terbabit namun akan disesuaikan serta diselaras oleh pihak berkuasa tempatan mengikut piawaian strategik di kawasan masing-masing.
“Sebarang bentuk aktiviti di Selangor mencakupi sektor ekonomi, sosial dan rekreasi perlu mematuhi SOP yang digariskan MKN.
“Kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk menutup premis atau kawasan yang berisiko sekiranya SOP gagal dipatuhi sepenuhnya oleh mana-mana pihak,” menurutnya dalam kenyataan pada Khamis.
Langkah keselamatan tetap menjadi keutamaan dengan kerajaan negeri turut mengingatkan semua pihak untuk mengimbas kod QR aplikasi SELangkah atau ‘Langkah Masuk Dengan Selamat’ sebelum memasuki mana-mana premis selain memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan.
Tak sabar nak cari ayam madu bakar dekat pasar malam. hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes penculikan kanak-kanak sememangnya satu perkara yang serius di China lebih-lebih lagi kawasan yang jauh dari bandar. Salah satu sebab kes penculikan ini banyak terjadi adalah kerana ramai ibu bapa di China yang inginkan anak lelaki berbanding anak perempuan dan mereka sanggup membuat apa saja untuk mendapatkan anak lelaki termasuklah membelinya daripada sindiket penculikan.
Bandar Xi’an
Baru-baru ini, seorang pemuda berusia 34 tahun bertemu dan disatukan semula dengan keluarganya selepas 32 tahun terpisah.
Penyatuan tiga beranak itu mengakhiri episod penculikan paling terkenal di republik itu sejak 1988.
Mao Yin berusia dua tahun ketika diculik di wilayah Shaanxi, sebelum dijual kepada keluarga lain dan dijaga sehingga dewasa.
Mao Yin ketika masih kecil dan ibunya Li JIngzhi. (SCMP)
South China Morning Post melaporkan, Mao yang kini menjalankan perniagaan pengubahsuaian dikesan polis Xian, awal Mei lalu.
Polis menggunakan kaedah pengesanan wajah untuk menganalisis gambar lama sebelum menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi tujuan pengesahan.
Selepas mendapat pengesahan identiti, polis menghubungi ibu Mao, Li pada sambutan Hari Ibu lalu.
“Ini hadiah terbaik saya terima pada Hari Ibu,” kata Li seperti dilaporkan agensi berita CCTV.
Dalam sidang media, dua beranak itu berpelukan dalam tangisan selepas dipertemukan kali pertama sejak 32 tahun lalu.
“Saya tidak mahu berpisah dengan kamu lagi,” kata Li.
Mao juga berharap dia dapat terus tinggal dan menjaga ibu bapa kandungnya selepas ini.
Mao hilang di Hotel Jinling di Xian selepas bapanya meninggalkan dia sendirian beberapa minit untuk mengambil air.
Ibu bapanya menghabiskan masa 32 tahun mencari Mao di seluruh China dengan mengedarkan lebih 100,000 risalah mengenai kehilangan anak mereka.
Sedihnya, separuh dari umur terpisah dengan ibu bapa kan..So korang bersyukur la yang ada ibu dan ayah disisi tu.
Saat ni tular dia media sosial satu video seorang kanak-kanak lelaki yang bertubuh kecil menunggang motosikal (barangkali milik bapa atau abangnya). Lokasi kejadian juga tidak dinyatakan atau berapa usianya.
Disebabkan tubuhnya agak kecil, jadi kakinya tidak sampai memijak handle dari tempat duduk.
Dari video berkenaan, jelas kelihatan dia menunggu untuk menyeberang simpang sebelum sebuah kereta pacuan empat roda yang memasuki simpang berkenaan seakan “menegur” tindakan anak kecil itu membawa motor di jalan raya yang tidak sepatutnya terjadi. Manakala dari video merakam jelas bunyi ketawa yang agak kuat.
Dari video berkenaan juga kanak-kanak kecil ini cuba membuat wheelie walau tahu motor itu lebih berat darinya dan kakinya juga tak jejak tanah.
Sudah banyak kes-kes anak-anak di bawah umur membawa kenderaan di jalan raya yang agak sibuk dan situasi ini bukan saja membahayakan nyawa malah boleh mengakibatkan nyawa orang lain juga melayang jika mahu mengelak saat bertembung. Takkanlah sedikit pun ibu bapa tak prihatin dan melepaskan tanggungjawab begitu sahaja?
Sementara di bahagian komen, netizen memberi pandangan bahawa tindakan itu benar-benar merbahaya dan tidak sepatutnya pada usianya dia membawa motor tanpa diawasi oleh kedua ibu bapanya.
Sepatutnya diajar tegas oleh ibubapa. Sebelum apa apa terjadi kat budak kecik tu baik diajar; menyesal kemudian tiada makna lagi…
Bahaya tau adik ni. Mau jadi apa2..hat kita org tua ni la nk kena katok dulu..walhal budak2 bawak moto srupa pelesittttt..bapa kali dh dok kelih depan mata…xpdan kaki tu xleh jijak tanah lagi
Bila tegur, makbapak sentap smp putus sirraturahim . Bila org report, salahkan org yg report tu. Anak sedikit pun tak bersalah.
Mati bawah lori pun salah lori
Next time please zoom in on that number plate. Hopefully PDRM are able to detain those irresponsible parents for this action.
Sepatutnya org2 dewasa yg lalu lalang kat Kpg tu yg bertindak cepat..hubungi pihak keluarga budak itu..sebelum terjadi insiden2 yg tidak di ingini…bukannya ketawa n mngalakkan..
Lihat video di bawah (sumber video Fb Info Roadblock JPJ/POLIS)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes viral pemandu bas riba wanita mencetuskan kemarahan ramai apabila polis mengesahkan pemandu tersebut sudah berkahwin dan siasatan sedang dijalankan.