Kedatangan Ramadan pastinya bulan yang paling dinantikan seluruh umat Islam untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan mengejar pahala yang berlipat kali ganda ganjarannya.
Bulan yang penuh barakah ini juga kita dapat lihat ramai di kalangan muslim di serata dunia menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah untuk merasai sendiri pengalaman berpuasa dan sudah tentunya beribadah di sana.
Sama juga seperti pelakon bakat baharu ini, Shasha Abedul yang bakal menjalani ibadah puasa dan mengerjakan umrah sepanjang Ramadan di Tanah Suci bersama ibu saudaranya.
Berita baik tersebut dikongsikan pelakon drama hit Projek: High Council itu menerusi beberapa hantaran foto yang dimuat naik di entri Instagram miliknya.
Ads
“Assalamualaikum semua, syukur Alhamdullilah, bulan Ramadan tahun ini saya dapat jemputan dari yang Maha Esa untuk ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.
“Bagi yang ku mengenali rapat, rakan-rakan, sahabat dan semuanya. Saya di sini ingin memohon ampun dan maaf sedalamnya atas segala perkara yang mungkin terguris hati kalian,” coretnya.
Ads
Dalam pada itu, bintang meningkat naik itu turut memohon doa yang baik-baik daripada pengikutnya agar perjalanan pergi, pulang serta urusan di sana dipermudahkan.
“Saya harap kalian dapat mendoakan perjalanan saya ke sana, pergi dan kembali. Dan, semoga segalanya dipermudahkan bagi saya. Doa kalian amat saya hargai,” katanya.
Menurut laporan media sebelum ini, Shasha memaklumkan dia tiada perancangan untuk membuat ibadah umrah namun telah menyimpan niat pada tahun lalu.
Selain itu, sebagai persiapaan di sana, pelakon dan model itu juga melakukan senaman setiap hari untuk bersedia mental dan fizikal dengan rutin semasa berada di sana.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon dan pengarah, Que Haidar mengesahkan bahawa dia dan bekas isterinya, Linda Jasmine, telah sah bercerai talak satu pada 2 Julai lalu setelah 15 tahun melayari bahtera rumah tangga.
Menerusi laporan media tempatan, Que Haidar tidak mendedahkan secara lanjut mengenai punca perceraian tersebut, namun dia menegaskan bahawa mereka masih mengekalkan hubungan baik.
“Alhamdulillah itu yang Allah tentukan, saya minta semua doa yang baik-baik, kami masih berkawan baik untuk anak-anak.
“Tiada siapa yang mahu bercerai, tetapi itu yang terbaik,” katanya.
Pelakon filem popular Rock Oo! ini memilih untuk merahsiakan berita penceraian tersebut, berpendapat tiada keperluan untuk menghebohkan perkara peribadi itu.
“Isu rumah tangga sangat peribadi, perkara itu tidak patut dibanggakan, saya simpan sendiri sahaja. Saya rasa tiada keperluan untuk diuar-uarkan.
“Siapa sahaja yang mahu rumah tangga dia bercerai. Tetapi kami berpisah secara baik tiada perbalahan yang berlaku. la merupakan kata sepakat,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Que juga memaklumkan bahawa anak-anaknya menerima berita penceraian itu dengan baik.
“Anak-anak juga terima dengan matang. Doa yang baik-baik. Kami masih sokong sesama sendiri,” ujarnya lagi.
Untuk makluman, Que Haidar dan Linda Jasmine mendirikan rumah tangga pada bulan Februari 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata, Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam pandemic COVID-19 ini, ramai yang bertungkus lumus mencari rezeki tanpa kenal erti penat dan Lelah. Jika minggu lagi tular apabila seorang gadis di Perak hanya melakukan penghantaran khidmat pesan Food Panda dengan hanya menaiki basikal, rupa-rupanya ada lagi yang lebih susah apabila hanya berjalan kaki sahaja untuk menghantar pesanan.
Dalam satu perkongsian oleh Ustaz Ebit Liew, dia telah bertemu dengan lima orang penghantar Food Panda yang selama ini hanya berjalan kaki. Dalam pertemuan tersebut setiap seorang dari mereka menerima basikal lipat dengan kecanggihan Sembilan gear bagi memudahkan proses perjalanan dan basikal tersebut juga boleh dilipat untuk dibawa masuk ke dalam LRT.
Menurut Ustaz Ebit liew dalam hantaran di laman Facebooknya, “Best tadi sebelum solat Jumaat, saja beli 5 basikal boleh lipat hadiahkan pada 5 orang adik foodpanda. Mereka hantar makanan jalan kaki. Purata seminggu rm100-rm300. Muka semua rajin dan baik-baik jer. Ada seorang kakak ibu tunggal. Naik LRT datang sini. Sedih dengar latar belakang keluarga masing-masing.
“Mereka tiada lesen dan tiada motor atau basikal. Tak mampu beli lagi. Jadi hantar jalan kaki. Katanya mandi peluh hari-hari. Kerja sebab nak sara keluarga. Ada seorang lagi kakak dia dapat bulan ni rm450. Suami tukang urut dapat rm400 juga. Ada seorang adik ni tinggal dengan ibu sahaja. Ibubapa berpisah. Selepas SPM tiada kerja. Nak tolong mak. Katanya paling best bila dapat bagi rm500 pada mak. Baki sikit-sikit untuk makan sendiri. Aduh menangis dengar.
“Suka terkesan tengok anak muda rajin begini. Tahniah adik semua yang rajin tolong keluarga. Sebulan rm700 ke rm800. Sayu hati ni. Saya hadiahkan basikal lipat. Mereka suka senang nak bawa naik lrt. Dan ada 9 gear. Ringan nak kayuh. Special untuk mereka. Dan saya beri sedikit duit belanja. Buat 5 orang. Dan yang ada disitu tadi. Semoga adik ini terus kuat yer dan diluaskan rezeki.”
Semoga lima pekerja Food Panda tersebut lebih bersemangat untuk menjalankan tugas selapas ini.
***P/S – Pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah 5 penghantar pesanan ini, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Walaupun tiada kenderaan namun mereka tetap gigih demi mencari rezeki. Bak kata pepatah usaha tangga kejayaan dan alah bisa tegal biasa.
Sumber: Facebook Ustaz Ebit Liew
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Laporan The Hollywood Reporter semalam menggambarkan bahawa Warner Bros bakal membawa kembali filem Charlie & The Cholocate Factory baharu ke pawagam.
Namun, ia adalah dalam format prekuel di mana kisahnya berlaku sebelum filem pertama yang dilancarkan 15 tahun lalu.
Prekuel berjudul Wonka ini mengisahkan kisah awal Willy Wonka semasa zaman kanak-kanaknya dan pengalaman hidup yang dilalui sebelum membuka kilang coklat terkenal di dunia.
Meskipun masih belum ada pengesahan mengenai siapa yang akan memainkan watak Wonka semasa muda, ura-ura pantas meletakkan nama pelakon Spiderman, Tom Holland dan pelakon kacak serta berbakat, Timothee Chalamat sebagai pilihan utama.
Dari Kiri: Johnny Depp, Tom Holland & Timothee Chamalet.
Sebelum ini, ada juga nama popular lain yang dikatakan bakal memainkan watak Wonka seperti Ryan Gosling (La La Land) dan Ezra Miller (The Fantastic Beast). Namun kami rasakan Tom (24) atau Timothee (25) adalah pilihan yang lebih tepat memandangkan mereka mempunyai kelebihan usia dan pakej yang lebih muda.
Walaupun filem arahan bekas penerbit filem Harry potter iaitu David Heyman ini telah lama dinanti-nantikan oleh peminat Charlie & The Chocolate Factory (come on, setiap tahun pasti ada seseorang yang akan memakai kostum Willy Wonka semasa musim Holloween), ia sebenarnya telah dirancang lebih empat tahun lalu.
‘Wonka’ dijangka menemui pawagam pada 17 Mac 2023.
Jadi korang masih ada 2 tahun untuk memakai kostum Willy tu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Abdul Latif Romly mencipta kejayaan gemilang apabila mempertahankan emas lompat jauh T20 lelaki pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 dengan lompatan 7.39 meter.