Mendiang Puteri Diana merupakan salah seorang personaliti keluarga diraja paling popular pernah wujud pada era ini.
Meskipun telah meninggal dunia kira-kira 24 tahun lepas, Puteri Diana masih dikenang sebagai puteri berjiwa rakyat – bukan setakat di Britain malah di seluruh dunia.
Sejak beberapa tahun yang lalu, beberapa orang pengarah terkenal dan produksi filem serta drama bersiri mula memilih Puteri Diana sebagai subjek utama dalam projek biopik mereka.
Sebagai contoh, Naomi Watts pernah membawa watak tersebut dalam filem Diana (2013) yang memfokuskan kepada hubungan di antara beliau dan pakar bedah jantung, Dr Hasnat Khan serta Dodi Al Fayed yang pernah bergelar teman istimewa Diana.
Secara peribadinya, penulis tidak merasakan Naomi mempunyai fizikal mirip mendiang. Malah lakonannya juga terasa seperti dipaksa dan tidak natural.
Kemudian pada tahun lalu, Emma Conrin mencuri perhatian apabila musim keempat siri Netflix, The Crown menemui penonton setelah hype luar biasa diberikan sepanjang tahun 2020. Emma dilihat sebagai pilihan yang tepat sebagai Puteri Diana memandangkan dirinya bukanlah seorang pelakon yang ‘terlalu popular’ di luar radar industri hiburan Britain.
Sejak episod pertama hinggalah ke episod terakhir, penulis beranggapan personaliti dan pembawakan Emma berjaya menunjukkan sisi Puteri Diana yang terasing daripada keluarga diraja Britain.
Ads
Ada masanya dengan bantuan penata gaya, jurusolek dan jurudandan, Emma sememangnya kelihatan persis Puteri Diana. Namun demi menambah rencah drama, lakonannya sebagai Diana adakala terasa overdone.
Kini, tumpuan terarah kepada Kristen Stewart yang menamatkan penggambaran filem Spencer sebagai Puteri Diana.
Beberapa foto di sebalik tabir dari filem arahan Pablo Larrain (Jackie, 2016) ini telahpun mula tersebar di Instagram dan imej Kristen saling tidak tumpah seperti mendiang semasa beliau masih muda!
Dalam foto tersebut, Kristen menyarungkan jaket merah, blaus hitam dan aksesori topi dengan perincian veil – mirip stail Puteri Diana dalam kehidupan sebenarnya. Kristen juga menggakan stail rambut signature Diana dan ia membuatkan ramai warganet semakin tidak sabar untuk menantikan filem tersebut.
Untuk pengetahuan, Spencer menggambarkan kehidupan Dianaa sekitar tempoh percutian pada tahun 1991 di mana beliau mengambil keputusan untuk memohon penceraian daripada Putera Charles.
Ia adalah momen yang akan mengubah kehidupan Diana dari segi emosi, fizikal dan bagaimana beliau berusaha untuk kembali menjadi dirinya yang lama.
Spencer bakal ditayangkan pada bulan November tahun ini.
Jom lihat trailer pertama filem ini, tak sabar rasanya untuk menantikan lebih banyak trailer Spencer yang akan datang dengan lebih banyak dialog oleh Kristen.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bersempena bulan Ramadan yang hampir ke penghujungnya, kumpulan hip hop, 53 Universe baru-baru ini memberi sedikit perbezaan dalam karya mereka apabila melancarkan album EP ‘Setahun Sekali’ istimewa mengenai kehidupan dan kerohanian.
Hadir dengan tiga buah trek yang bukan sekadar menyentuh perasaan, 53 Universe turut membawa peminat muzik hip hop untuk menyelami suasana penuh syahdu dan keinsafan, sesuai sangat dengan vibe 10 malam terakhir Ramadan.
Menurut wakil kumpulan 53 Universe, album ini adalah penghormatan tulus kepada tema abadi khususnya bagi introspeksi diri dan penuh rasa syukur di bulan yang mulia bagi seluruh umat Islam.
“Menerusi ‘Setahun Sekali’, kami ingin mencipta satu pengalaman muzik yang benar-benar menyentuh suasana muhasabah Ramadhan, mengajak pendengar untuk berhenti seketika, merenung, dan merayakan keindahan transformasi peribadi,” katanya.
53 Universe yang popular menerusi beberapa lagu seperti PP at Bukit Tabur dan Aku, Kau & Bintang.Setahun Sekali yang memuatkan lagu seperti Hingga Menutup Mata, Jubah Putih & Doaku Doamu.
Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album EP ini adalah seperti Hingga Menutup Mata oleh IMRN, Jubah Putih kolaborasi antara Pele L dan Rahh5Kaki serta Doaku Doamu yang dinyanyikan oleh Faiz Ruzayn.
Bagi peminat 53 Universe, korang boleh mula mendengar ‘Setahun Sekali’ menerusi platform penstriman muzik bermula 21 Mac dan paling menarik, ini merupakan antara salah satu karya seni yang mungkin dekat dengan jiwa generasi yang hidup pada zaman kini.
Sekadar info, 53 Universe merupakan sebuah kumpulan muzik versatile yang popular menerusi lagu seperti PP at Bukit Tabur, Aku, Kau & Bintang, Gard 0 Gard, M 2 Tha Sky dan Mbappe. Kumpulan ini juga sentiasa menghasilkan karya inovatif yang sesuai dengan peminat muzik pada masa kini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
(Arrow ke body bag) Keep the importants stuffs close to your heart, in an oversized package that is! Trend beg cross body semakin digemari ramai kerana ia mengutamakan fungsi dan terasa selesa selepas strap diketatkan. Ia juga menyediakan lebih ruang storan berbanding fanny pack. Selarikan warna pakaian dengan beg bagi mendapatkan stail yang kohesif.
Beg & celana. MASYADI MANSOOR
Bubble: Follow Alif Muhaimin di Instagram: @alipblastoff
(Arrow ke jaket)
Jujurnya, kot labuh atau trench coat tidak pernah meninggalkan radar fesyen pada setiap musim. Cuma cara penggayaannya saja yang berubah wajah. CELINE dan LANVIN masing-masing memperkenalkan rona selain khaki seperti biru dan kuning. Manakala SACAI mengubah ‘peraturan’ trench coat dengan gaya tali dan potongan berbeza. Sekiranya kamu berbadan lebih kecil daripada Alif dan takut ‘tenggelam’ dek fabrik pada kot, gunakan teknik layering pada bahagian dalam dengan sarungan turtleneck atau sweater.
Jaket & celana. MASYADI MANSOOR
Setelah selesai dengan drama popular Setelah Terlafaznya Akad di samping Kamal Adli & Uqasha Senrose, Alif tampil untuk kali pertama di saluran TV3 menerusia drama Sara Sajeeda. Dia memegang watak sebagai Khalif iaitu adik kepada watak Tiz Zaqyah.
“Ini merupakan kali pertama Alif memegang watak yang lebih matang daripada sebelum ini. Khalif menaruh perasaan terhadap kawan baik kakaknya, Nelissa (lakonan Fouziah Gous) yang juga merupakan pensyarah di universitinya.”
Menurut Alif, dia bersyukur di atas peluang berlakon bersama pelakon senior yang banyak membantunya di set penggambaran. “Menerusi Sara Sajeeda juga, Alif merasai drama yang memerlukan komunikasi dalam bahasa Inggeris kerana ia melibatkan dunia lokasi, di Malaysia dan Pakistan.
(Arrow ke jaket)
Cetakan camouflage (camo) pada bahagian jaket bukanlah perkara yang baru, tetapi cara kamu mengolahnya menjadi stail segar akan membuatkan kamu lebih menyerlah. Cetakan ini kembali diperagakan di pentas Dior Cruise 2020, R13 Resort 2020, Off White dan Dries Van Noten SS 2020. Sertakan kelibat warna terang seperti pada topi, kasut atau beg agar kamu tidak kelihatan tenggelam dalam visual dua dimensi.
Jaket & celana. MASYADI MANSOOR
• REMAJA turut bertanyakan mengenai situasi bercinta dengan wanita yang lebih berusia disebabkan wataknya dalam drama Sara Sajeeda. “Alif memang suka berkawan dengan wanita matang kerana topik perbualan kami akan selalu mempunyai input baru.”
• “Wanita matang juga lebih bertanggungjawab dan mengambil serius setiap kali terlibat dalam sesebuah perhubungan. Alif jujurnya tiada masalah jika dijodohkan dengan seseorang yang memahami kita dengan baik.”
• Bercakap mengenai fesyen secara ringkas, Hero Remaja 2017 ini tidak berdepan masalah untuk mencuba stail baharu. “Sebagai pelakon baru, Alif ingin berterima kasih kepada pereka fesyen tempatan seperti Razman Razmi yang tidak pernah gagal menyiapkan Alif dengan baik setiap kali menghadiri acara.”
Product
(1) Topi beanie. TOPMAN
(2) Jaket ski. H&M RM549.95
(3) Beg shopper. GUESS
(4) Apple Watch Series 5; Space Gray aluminum case. APPLE RM1,749
(5) Kasut reflektif Alphaedge 4D. adidas RM1,400
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun kini tidak lagi memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman masih menerima penghargaan di atas beberapa kejayaan dan inisiatif yang dilakukan oleh beliau sewaktu memegang tampuk kementerian.
Sebagai ahli politik termuda yang perah memegang jawatan menteri di Malaysia, kali ini beliau dicalonkan untuk anugerah One Young World Politician of the Year oleh forum global bagi anak muda.
Pencalanon ini hadir hasil disebabkan inisiatif Syed Saddiq untuk Projek Reben Kuning (Yellow R Project) yang memberi peluang kepada bekas pesalah muda untuk mendapatkan kerja.
Dalam komen balas beliau, Syed Saddiq berterima kasih kepada ‘ahli pasukan’ di Kementerian Belia dan Sukan di atas penghargaan ini.
“Apabila kami bekerja sama, kementerian berjaya mencetuskan inisiatif Projek Riben Kuning yang menawarkan lebih daripada 1,583 peluang pekerjaan kepada anak muda yang pernah melalui detik hitam dan ini adalah peluang kedua dalam hidup mereka.
“Kepada semua belia di luar saya, saya yakin anda adalah masa depan negara. Pecayalah bahawa segala masa dan usaha yang anda salurkan untuk negara akan mendatangkan hasil,” kata beliau menerusi sebuah posting di Facebook.
Setelah dicalonkan, kini Syed Saddiq perlu menunggu pengumuman pada pertengahan Julai ini untuk mengetahui sama ada beliau adalah salah seorang daripada 5 orang ahli politik yang diiktiraf untuk kategori tersebut.
Acara One Young World 2021 Summit ini akan dilangsungkan di Munich Jerman.
Untuk pengetahuan, One Young World merupakan pertubuhan yang diasaskan di Munich dan mempunyai perwakilan dari lebih 190 buah negara.
Antara calon lain yang tersenarai adalah ahli politik dari Kanada, Arab Saudi, Uniterd Kingdom, Sweden, Namibia, Jerman, USA, Argentina, Filipina, UAE, Brazil, Jepun, Algeria dan Afghanistan.
Pada setiap tahun, penganjuran anugerah One Young World Politician of the Year ini akan mengiktiraf 5 orang ahli politik paling memberikan impak dari usia 18 hingga 35 tahun yang menggunakan posisi mereka sebagai seorang ahli politik untuk memberikan impak positif kepada komuniti muda di negara mereka.
*
Kini setelah tidak lagi memegang tampuk pemerintahan, apa pula rancangan Syed Saddiq dalam dunia politik? BACA DI SINI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!