Anak kepada bintang bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo nampaknya bakal mengikut ayahnya kerana secara rasmi telah menyertai akademi Manchester United di usia 11 tahun.
Georgina Rodriguez, kekasih Ronaldo telah memuat naik foto Cristiano Ronaldo Jr memegang jersi Manchester United dengan kapsyen ‘Persiguiendo juntos nuestros sueños. Mamá os ama ❤’ (Kejar impian kita bersama, Mommy sayang kamu).
Ronaldo juga dilihat memuat naik foto menjalani latihan bersama anaknya dengan memakai jersi Manchester United bersama kapsyen ‘Present and future’ (Sekarang dan masa hadapan).
Sebelum ini, Ronaldo tidak pasti sama ada anaknya akan meneruskan karier dalam bola sepak kerana rutin pemakanan anaknya yang tidak disenanginya. Menurut bintang Portugal ini, kita tunggu sama ada anak saya akan menjadi pemain hebat atau tidak kerana dia belum lagi berada di tahap itu. Kadang-kadang dia minum Coca-Cola dan Fanta, makan kentang goreng walaupun dia tahu ayahnya tidak menyukainya.
Fuh, bukan mudah ya nak jadi seorang atlet yang hebat. Banyak perkara perlu dikorbankan seperti masa bersama orang tersayang kerana kebanyakkan masa akan dihabiskan untuk sesi latihan. Apa-apa pun sama-sama kita lihat kemajuan Cristiano Ronaldo Jr dalam arena sukan bola sepak.
Ads
**
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selain kehadiran penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, pelakon berkaliber, Mimi Lana dan usahawan popular, Nur Fazura juga dilihat turut ‘turun’ padang bagi menzahirkan solidariti buat rakyat Palestin.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon naskhah hit, Perempuan Itu menerusi beberapa hantaran foto dan video ketika bersama melaungkan solidaritinya bersama ribuan peserta himpunan tersebut yang bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.
“Tanah Palestin ini adalah isu Islam, dan juga isu kemanusian. Setiap orang yang berperikemanusian tidak ada alasan untuk tidak mengutuk keras segala kekejaman yang zalim yang berlaku di tanah Palestin setelah sekian lamanya, sehinggakan nyawa mereka disana ibarat lansung tiada nilainya dan diperlakukan tanpa lansung ada belas kasihan.
“Kehancuran yang berlaku di sana jauh melebihi apa yang sedang kita lihat di media hari ini. Mereka hampir mendapat dukungan penuh dari Media barat di atas kekejaman yang mereka lakukan, tetapi mereka lupa suara kita akan lebih lantang untuk menyuarakan kebenaran!
“Solidariti dari pelbagai medium di seluruh dunia hari ini hampir mendedahkan segala propaganda kekejaman zionis Israel terhadap tanah Palestine dan nescaya era zionis sedang menuju tempoh hayatnya tidak lama lagi.
“Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, ayuhlah kita bersatu hati, lantang dan Jangan gentar untuk terus pertahankan hak bumi Palestine! Saya menghitung hari, mengimpikan untuk melihat kemerdekaan di tanah suci Palestin kerana saya percaya janji Allah Itu benar dan sudah tertulis. Allah sebaik baik perancang. Allahuakbar, Amin,” coretnya panjang di ruangan kapsyen.
Semalam, seramai 20,000 orang ramai terutamanya anak muda yang tinggal di sekitar Lembah Klang turut sama ke Axiata Area di Bukit Jalil untuk menyertai Himpunan Malaysia Bersama Palestin pada malam ini.
Bermula jam 6 petang sehingga 10.30 malam, solidariti ini dilangsungkan di bawah kelolaan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Global Peace Malaysia (GPM) sebagai penganjur utama. Ia juga akan melibatkan lebih 40 NGO seperti Malaysia Humanitarian Aid And Relief (MAHAR) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Kemuncak perhimpunan berkenaan adalah pidato yang disampaikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Qunut Nazilah.
Penyanyi Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir dijadual juga berada di pentas perhimpunan tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Mimi Lana & Nur Fazura
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, seorang pelajar tempatan, Puteri Irdina Sofea Jazlan Ariff membanggakan negara apabila berjaya menamatkan pengajian di The University of Edinburgh, Scotland dengan Kepujian Kelas Pertama dalam jurusan MEng (Hons) Electronics and Electrical Engineering.
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook, MARA Sponsorship Division juga sempat memaklumkan bahawa Puteri Irdina turut menerima tawaran kerja sebagai Analog Design Engineer di Analog Devices Inc iaitu sebuah syarikat multinasional semikonduktor berpengaruh yang berpangkalan di Scotland.
“Analog Devices Inc adalah antara syarikat multinasional (semikonduktor) yang terkemuka dan mempunyai lebih 20 cawangan di seluruh dunia”
“Tahniah Puteri Irdina Sofea atas kejayaan yang membanggakan. Semoga terus menjadi inspirasi buat semua pelajar tajaan MARA dan anak-anak Malaysia di perantauan. Teruskan melakar kejayaan,” tulis perkongsian itu.
Puteri Irdina berdiri paling kiri bersama rakan-rakan
Dalam pada itu, kejayaan ini bukan sahaja mengangkat nama gadis muda berkenaan dalam kalangan pelajar cemerlang, malah menjadi bukti bahawa anak Malaysia mampu bersaing di peringkat global jika diberi peluang dan usaha tanpa henti.
Sepanjang empat tahun berada di bumi Scotland, Puteri Irdina tidak hanya fokus pada akademik. Beliau juga aktif menyertai pelbagai aktiviti serta projek berimpak tinggi yang melatihnya menjadi seorang profesional serba boleh.
Antara pencapaian luar biasa beliau termasuk menjuarai pertandingan Formula Student UK (kategori Driverless/AI) bersama pasukan Electrical Department, University of Edinburgh serta meraih Best Solution Award daripada Huawei menerusi kursus Embedded Mobile and Wireless System.
Bukan itu sahaja, Puteri Irdina turut terbabit dalam projek tenaga boleh diperbaharui Westrigg Wind Farm yang memfokus kepada pembangunan turbin angin dan sistem janakuasa, satu pengalaman berharga dalam dunia kejuruteraan moden.
Apa yang lebih menarik, perjalanan akademik Puteri Irdina bermula sejak tahun 2015 di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang sebelum meneruskan pengajian di Kolej MARA Seremban pada 2020. Kini, kisahnya menjadi inspirasi buat ramai pelajar Malaysia yang berimpian menjejak kaki ke universiti terkemuka dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Urgh, sebut sahaja tentang budaya berhutang hati terus jadi tak keruan. Kata orang disebabkan hutang, hubungan antara ahli keluarga dan rakan karib pun boleh terputus. Inikan pula hutang di antara dua pihak yang tiada pertalian darah.
Melainkan korang dilahirkan dalam keluarga berada, secara realistiknya, sukar untuk kebanyakan daripada kita mengelakkan diri daripada berhutang.
Tidak kiralah jenis hutang seperti pinjaman kad kredit, pinjaman pendidikan, pembiayaan kereta dan pinjaman kediaman; semua hutang ini perlulah dilangsaikan.
Nah! REMAJA kongsikan tiga cara efektif untuk korang membayar semula sekaligus memulakan hidup bebas hutang.
Selesaikan Hutang Yang Mempunyai Kadar Faedah Tertinggi Dahulu
Korang perlu fahami bahawa kebanyakan sistem berhutang di luar sana mempunyai kadar faedah atau interest rate yang dikenakan kepada peminjam. Ia adalah satu realiti kehidupan yang sukar dielakkan dalam dunia masa ini.
Oleh itu, lebih awal korang selesaikan hutang yang mempunyai kadar faedah, lebih mudah untuk korang langsaikan kesemua hutang tersebut. Teknik ini dikenali sebagai avalance yang diperkenalkan oleh seorang penasihat kewangan dari Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, korang perlulah bertindak bijak dengan menyelesaikan dahulu hutang dengan kadar faedah TERTINGGI seperti kad kredit dan pinjaman peribadi dengan jumlah semaksima mungkin mengikur kemampuan. Pada masa sama, selesaikan juga hutang-hutang lain yang tidaklah begitu membebankan pada jumlah minumum.
Kredit Foto: pexels.com (Mikhail Nilov)
Pembayaran Semula Hutang Secara Mikro Gunakan Wang Lebihan
Teknik yang satu ini sesuai diaplikasikan oleh graduan yang baru bekerja, sedang bekerja secara bebas atau sambilan. Namun caranya memperlukan disiplin.
Pertama sekali, tetapkan jumlah bayaran semula hutang bulanan. Selepas itu, lakukan bayaran semula hutang secara mikro menggunakan duit lebihan mengikut jurang masa yang korang tetapkan sendiri.
Sebagai contoh, jika korang tetapkannya pada setiap minggu dan korang mempunyai sejumlah wang lebihan daripada bajet belanjawan mingguan korang, masukkan terus ke dalam tabung pembayaran hutang. Contohnya;
Bayaran hutang bulanan: RM100
Bajet lebihan setiap minggu: RM20
Bayaran total hutang pada bulan itu: RM180
See! Secara tidak sedar, korang telah membayar hampir sekali ganda daripada bayaran hutang bulanan yang telah korang tetapkan.
Kredit Foto: pexels.com (Bhuyan)
Sikit-Sikit, Lama-Lama ‘Bukit Hutang’ Selesai
Jika korang tidak biasa berhutang dan terpaksa meminjam atau membayar semula beberapa bentuk hutang secara ansuran, kami nasihatkan agar korang start small supaya korang tidak terkejut dengan dunia berhutang ini.
Teknik yang dinamakan sebagai snowball adalah dengan mendahulukan hutang yang mempunyai nilai baki paling sedikit (termasuk kadar faedahnya). Setelah selesai pembayaran hutang tersebut, selesaikan pula hutang lain.
Bagaimanapun, REMAJA ingin ingatkan agar korang teliti dahulu terma dan syarat setiap hutang.
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.