Selepas mencipta sejarah sebagai atlet berbangsa India pertama bergelar juara dunia di bumi Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini, pesilat negara, Thamaraj Vasudevan kini dinaikkan pangkat daripada Koperal kepada Sarjan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkuat kuasa pada 2 Januari ini.
Menurut Setiausaha Persatuan Silat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mejar Noorsyahiddawati Abdullah Sani, ia sebagai penghargaan buat atlet berusia 28 tahun yang telah berkhidmat dalam Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) di Sibu, Sarawak itu susulan kejayaannya meraih pingat emas kategori bebas putra di Kejohanan Pencak Silat Dunia ke-20, Ahad lalu.
Dalam pada itu, turut diberikan kenaikan pangkat Sarjan seorang lagi pesilat yang meraih pingat emas acara silat kreatif tunggal putra Ahmad Fauzan Hadi.
Ahmad Fauzan Hadi yang meraih pingat emas di acara silat kreatif tunggal putra (Kredit: FMT)
“Dia (Thamaraj) akan dipakaikan pangkat Sarjan bersama KPL Ahmad Fauzan Hadi. Kita meraikan mereka pada 26 Disember ini. Ia satu penghargaan besar buat mereka terutama sekali mereka adalah KPTD, jadi mereka layak untuk dipakaikan pangkat,” katanya
Selain itu, Noorsyahiddawati juga meluahkan rasa teruja melihat pencapaian Thamaraj yang beralih daripada sukan taekwondo kepada seni silat hingga membuahkan hasil dengan bergelar juara dunia.
Katanya, atlet kelahiran Sungai Petani, Kedah itu telah menunjukkan minatnya dalam sukan silat dan pihaknya telah melatih serta menghantar Thamaraj menyertai Kejuaraan Silat Kebangsaan pada 2022.
Ads
“Dari situ dia (Thamaraj) ‘laku’ ke skuad negara selain pencapaiannya sepanjang tahun ini,” ujarnya.
Thamaraj muncul antara pesilat senior yang menyumbang enam pingat emas pada Kejohanan Pencak Silat Dunia, menyaksikan Malaysia turut membawa pulang sembilan perak dan empat gangsa.
Skuad remaja negara turut cemerlang dengan lima emas, empat perak dan empat gangsa.
Terdahulu, pada aksi di Pusat Pameran Nasional Abu Dhabi (ADNEC) itu, Thamaraj menewaskan pesilat Uzbekistan, Khudoyberdiev Diyorbek, untuk membawa pulang pingat emas dan muncul juara dunia.
Sementara itu, Thamaraj ketika ditemui pemberita berkata kejayaan menewaskan Khudoyberdiev ibarat membalas dendam kekalahan sebelum ini dan pada masa sama memberikan keyakinan buatnya mencipta pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa khususnya Kejohanan Asia di Uzbekistan tahun depan.
“Saya pernah bertemu beliau (Khudoyberdiev) sebelum ini tetapi kemenangan dibatalkan kerana (pukulan) terkena di leher. Ia seperti pelanggaran berat. Kejohanan seterusnya adalah Kejohanan Asia di Uzbekistan. Sasaran saya sudah pasti untuk menang emas selepas pingat perak pada dua edisi lepas,” katanya.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya akhir tahun ni sakan semua orang membeli-belah.
Peruncit kesihatan dan kecantikan terkemuka Watsons rupanya sudah 27 tahun di Malaysia ini. Bersempena pelancarkan cawangan ke-600 di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini, Watsons menawarkan perkhidmatan lebih menarik dan canggih termasuk memiliki kaunter isian semula.
Majlis pelancaran cawangan Watsons ke -600 di Pavilion Bukit Jalil!
Pengarah Urusannya, Caryn Loh berkata, premis terbaru berkeluasan kira-kira 4,810 kaki persegi itu adalah antara yang terbesar di Kuala Lumpur dan dilengkapi pelbagai produk dan perkhidmatan eksklusif.
“Selepas 27 tahun, akhirnya kami berjaya mencapai cawangan ke-600. Meskipun belum ada perancangan tetap, kami berharap dapat meningkatkan dua kali ganda perniagaan sekarang.
“Untuk kedai terbaru ini, kami sediakan banyak perkhidmatan menarik termasuk isian semula (produk). Kami mahu galakkan pembeli untuk terus mengitar semula bekas produk yang mereka ada,” katanya.
Perniagaan berasaskan farmasi itu juga turut mengembangkan lagi perkhidmatan integrasi dengan pilihan beli-belah sama ada di kedai fizikal dan dalam talian (O+0).
“Ketika ini, hala tuju kami adalah ke arah memperluas platform jualan. Selain laman web serta aplikasi rasmi, Watsons turut berada di platform e-dagang antaranya Shopee, Lazada dan Grab.
“Misi kami untuk melestarikan pengalaman pembeli dan kepercayaan mereka agar terus kekal menjadi pelanggan setia,” katanya pada majlis pembukaan rasmi cawangan Watsons ke-600.
Menjanjikan penjimatan yang besar sehingga 50% bersempena pelancaran cawangan ke-600, Watsons menawarkan promosi hadiah eksklusif dan baucar kesihatan serta kecantikan tambahan dengan penjimatan mencecah RM186 sehingga 14 Disember 2021.
Ahli ke-600, ke-6,000 dan ke-60,000 yang berbelanja di mana-mana kedai Watsons berpeluang memenangi skim beli-belah percuma selama setahun.
Jadi, kalau korang ke Pavilion Bukit Jalil, jangan lupa singgah di Watsons cawangan ke-600 ni, memang luas, banyak produk dan jenama. Rambang mata penulis dibuatnya…hehe
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah sukar untuk tidur memang selalu dihadapi oleh orang muda dan disebabkan oleh itu, mereka sering ‘berjaga’ malam dan bila sudah awal pagi barulah mata rasa mengantok.
Siapa yang pernah mengalami masalah tidur mesti faham akan situasi ini. Betul tak? Sebenarnya tidak elok jika korang ubah waktu tidur yang seharusnya dilakukan pada malam hari dan bukannya waktu siang.
Namun awas ya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah baru tadi menyatakan bahawa sukar tidur malam dan empat simptom ini antaranya kesan buruk yang dialami bekas pesakit COVID-19. Empat kesan yang dialami ialah kelesuan, kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti, batuk dan kegelisahan yang kerap.
Ia bukan sahaja dialami oleh orang yang lebih tua namun mereka yang masih muda. Situasi itu terjadi disebabkan tahap ketepuan oksigen mengalami penurunan sehingga mengganggu sistem pernafasan.
Beliau berkata simptom itu dikenali sebagai Sindrom Pasca Covid, seperti yang dinyatakan dalam garis panduan mengenai “Long COVID” oleh The National Institute for Health and Care Excellence (NICE), United Kingdom pada 18 Dis lepas.
Katanya, sindrom itu merupakan keadaan bekas pesakit COVID-19 yang masih menunjukkan gejala-gejala bagi tempoh 12 minggu atau lebih, dan gejala berkenaan tidak dapat dijelaskan dengan sebarang diagnosis alternatif.
“Keadaan ini berpunca daripada komplikasi jangkitan COVID-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu.
Secara amnya, data klinikal menunjukkan majoriti pesakit COVID-19 di Malaysia mampu sembuh sepenuhnya, bagaimanapun terdapat segelintir yang terkesan dengan Sindrom Pasca Covid,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata menurut kajian klinikal yang dijalankan oleh KKM melibatkan 1,004 pesakit daripada kategori 4 dan 5 yang menerima rawatan susulan, didapati 66 peratus daripada pesakit itu mengalami sindrom berkenaan.
Sehingga kini, rawatan yang ditawarkan adalah berdasarkan simptom yang dipamerkan pesakit dan fungsi tubuh yang terlibat.
Tegas Ketua Pengarah Kesihatan itu, ianya penting bagi mengekalkan tahap kesihatan bekas pesakit COVID-19 pada tahap terbaik dan mengurangkan sebarang komplikasi jangka panjang yang boleh mengurangkan kualiti hidup serta produktiviti seseorang.
Atas sebab itu, penting bagi bekas pesakit untuk terus memantau keadaan kesihatan mereka selain digalakkan melakukan latihan pernafasan melalui aktiviti seperti yoga atau meditasi. Mengubah tabiat pemakanan juga boleh membantu selain membataskan pergerakan terutamanya pada bulan pertama selepas disahkan bebas Covid-19.
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Remaja 17 tahun digelar ‘pembela digital’, Tejasvi Manoj dari Frisco, Texas, Amerika Syarikat berjaya mencuri perhatian dunia selepas membangunkan platform khas untuk melindungi warga emas daripada menjadi mangsa penipuan siber.
Kisah inspirasi ini bermula pada Februari 2024 apabila datuknya yang berusia 85 tahun hampir terpedaya dengan e-mel palsu kononnya daripada ahli keluarga, meminta wang sebanyak $2,000 (lebih RM8,400). Mujurlah keluarganya cepat menyedari helah itu dan berjaya menghalang transaksi. Namun, pengalaman tersebut membuka mata Tejasvi tentang betapa mudahnya warga emas terjebak dengan taktik licik scammer.
Sebagai pelajar tahun akhir sekolah menengah, Tejasvi merancang melanjutkan pelajaran dalam bidang sains komputer, dengan minor dalam AI atau keselamatan siber. — Agensi
Sejak itu, Tejasvi mula menjalankan kajian mendalam. Data FBI pada 2024 sahaja mencatatkan hampir 860,000 kes penipuan siber dengan kerugian melebihi $16 bilion (lebih RM68 bilion). Warga emas merupakan golongan paling terkesan dengan kerugian hampir $5 bilion — peningkatan 32% berbanding tahun sebelumnya.
Hasilnya, lahirlah Shield Seniors, sebuah laman web yang mesra warga emas dengan tulisan besar, tema biru lembut dan ciri interaktif untuk memberi kesedaran tentang scam. Platform ini juga dibangunkan bersama bimbingan ibu bapa dan jiran yang bekerja dalam bidang kejuruteraan perisian.
Remaja berusia 17 tahun itu sudah mula menjadi sukarelawan sejak darjah enam. — Agensi
Apa yang menarik, walaupun sibuk dengan aktiviti lain — daripada menyertai Scouting America (hingga memperoleh pangkat Eagle Scout), bermain biola dalam orkestra sekolah, mengajar Matematik dan bahasa Inggeris kepada pelarian Bhutan secara dalam talian, hingga menyertai kerja sukarela di North Texas Food Bank — Tejasvi tetap memberi tumpuan terhadap misi melindungi warga emas.
Shield Seniors kini mula mendapat perhatian besar, termasuk daripada organisasi American Association of Retired Persons (AARP) yang menjemput Tejasvi membentangkan projeknya. Malah, platform ini sudah dipromosikan di LinkedIn dan menerima maklum balas positif daripada komuniti.
Sebagai pelajar tahun akhir, Tejasvi merancang menyambung pengajian dalam bidang sains komputer dengan fokus kepada kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan siber. Lebih daripada itu, dia mahu memperluas Shield Seniors agar dapat memberi manfaat kepada lebih ramai warga emas di seluruh dunia.
“Pastikan anda selalu mengambil tahu keadaan orang tersayang. Pastikan mereka selamat dalam talian,” pesan Tejasvi, yang kini benar-benar menjadi contoh bahawa usia muda bukan penghalang untuk membawa perubahan besar.