Sejajar dengan peredaran zaman dan perkembangan semasa dunia yang melihat pelajar perlu menjalani proses pembelajaran dan pengajaran di rumah, Lembaga Peperiksaan Malaysia atau LPM semalam berkata bahawa mereka telah memulakan langkah transformasi terhadap sistem peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut Pengarah Peperiksaan LPM iaitu Datuk Pkhairuddin Ghazali kepada Sinar Harian, pihak lembaga dan kementerian kini sedang dalam peringkat perbincangan mengenai perkembangan sistem SPM agar ia sesuai dan relevan dengan era teknologi maklumat. Ia juga dilihat perlu agar bersesuaian dengan trend pentaksiran terkini sejak SPM diperkenalkan lebih 50 tahun yang lalu.

Bagaimanapun, sebarang perubahan ini akan melibatkan kajian dan perbincangan dengan pakar berkenaan demi mendapatkan input menyeluruh.

“Pensijilan SPM berkait rapat dengan pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Justeru, sebarang perubahan perlu berlaku secara teratur. Kita sedang teliti dan fikirkan kaedah bersesuaian. Ini memerlukan sedikit masa.

IKLAN

“LPM turut melihat kemudahan teknologi masa kini. Ia akan menjadi faktor pertimbangan kita dalam perbincangan. Cuma belum sampai masa untk kita kata bagaimana kaedah semua itu,” jelas beliau.

Bagaimanapun, beliau menidakkan bahawa format peperiksaan SPM 2020 akan diubah serta-merta, seperti laporan yang bertebaran. Beliau juga menidakkan kononnya SPM 2020 akan mengguna pakai sistem open book.

IKLAN

“Sekiranya terdapat perubahan kepada format peperiksaan SPM dan sistem pentaksiran, LPM akan memaklumkannya secara rasmi kepada orang ramai.

*

IKLAN

Untuk pengetahuan baru-baru ini, satu petisyen di peringkat parlimen Great Britain telah dicetuskan untuk menyokong kaedah ‘open book’ bagi peperiksaan GCSE dan A-level yang akan diduduki oleh pelajar pada tahun ini memandangkan mereka telah banyak terlepas semasa pembelajaran pada musim pandemik 2020.

Menurut laporan Financial Times, perbincangan itu berlaku setelah pakar pendidikan berkata adalah tidak adil bagi pihak pelajar untuk meneruskan peperiksaan seperti biasa setelah berdepan COVID-19 tahun lalu.

Antara cadangan lain yang diberikan termasuklah mengecilkan skop topik yang akan ditanya, dan memberikan lebih banyak soalan pilihan kepada pelajar untuk dijawab.

Sumber : (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI