Foto Via Pexels

Jika sebelum ini, rata-rata doktor bersetuju memasukkan apa-apa sahaja ke dalam telinga adalah satu idea yang buruk.

ARTIKEL BERKAITAN : Tahi Telinga Berfungsi Melindung. Ini Sebab Mengapa Bahaya Korek Telinga

Begitu juga tabiat mengorek tahi hidung, mengikut kajian ia mampu memberi manfaat kepada kita dikemudian hari. Jangan nak tipu korang tak pernah mengorek hidung pula. Malahan, ada yang menjadikan ia sebagai tabiat.

Seriuslah, Tabiat Korek Hidung Mampu Tingkatkan Risiko Nyanyuk?
Foto Via Pexels

Berisiko Untuk Hidap Alzheimer dan Demensia

Satu kajian membuktikan tabiat ini boleh menyebabkan anda berisiko untuk mendapat alzheimer dan demensia atau bahasa mudahnya ialah nyanyuk. Pasukan penyelidik dari Universiti Griffith, Australia, mendapati bahawa bakteria boleh bergerak melalui saraf olfactory di hidung hingga ke otak melalui satu kajian menggunakan seekor tikus.

Hal ini bertujuan untuk menunjukkan punca bagaimana penyakit alzheimer boleh berlaku.

IKLAN

Di samping itu, kajian yang diterbitkan dalam jurnal Scientific Reports ini juga bertujuan untuk memerhatikan bakteria Chlamydia pneumoniae. Bakteria ini dikatakan boleh menjangkiti manusia dan menyebabkan radang paru-paru, lapor NDTV.

Seriuslah, Tabiat Korek Hidung Mampu Tingkatkan Risiko Nyanyuk?

Tambahan pula, ia juga telah ditemui dalam kebanyakan otak manusia yang terjejas disebabkan oleh demensia.

“Mengorek hidung dan mencabut bulu dari hidung bukanlah idea yang baik,” menurut Profesor James St John, Ketua Pusat Clem Jones untuk Neurobiologi dan Penyelidikan Sel Stem.

IKLAN

Dalam pada itu, Profesor tersebut menambah bahawa jika seseorang merosakkan lapisan hidung mereka, maka risiko bakteria untuk naik ke dalam otak boleh meningkat.

Pasukan penyelidik menyatakan bahawa kehilangan bau boleh dianggap sebagai tanda awal Alzheimer.

Jadi kesimpulannya, kalau nak korek hidung pastikan tangan korang bersih ye.

BACA : KJ Sahkan Pak Lah Hidap Demensia, 8 Cara Kurangkan Risiko Penyakit Ini

IKLAN

Sumber: NDTV

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI