Kredit foto: pexels.com

Ada yang menggunakan kapas q-tip, ada yang menggunakan korek telinga besi. Namun analoginya mudah, benda lebih kecil dari siku? Jangan masukkannya ke dalam telinga anda.

Rata-rata doktor bersetuju memasukkan apa-apa sahaja ke dalam telinga adalah satu idea yang buruk. Hal ini demikian kerana apabila anda menggunakan kapas untuk mengeluarkan tahi telinga, anda sebenarnya menolak tahi telinga itu masuk lebih dalam ke dalam saluran telinga. Ini akan menyebabkan tahi telinga bergumpal dan membentuk gumpalan berhampiran gegendang telinga dan menghalang pendengaran anda.

Cerumen atau lebih dikenali sebagai tahi telinga ini bukanlah tanda kekotoran tetapi sebenarnya satu mekanisme untuk melindungi dan melembabkan telinga anda. Tanpa cerumen, telinga anda akan menjadi kering dan gatal.

Di samping itu, earwax ini berfungsi sebagai penapis untuk menghalang dan memerangkap habuk dan kotoran yang masuk ke dalam telinga anda. Namun ini tidak bermakna anda perlu mengorek kotoran itu keluar seperti tahi hidung sebaliknya telinga anda sudah mempunyai mekanisme pembersihan sendiri.

IKLAN

Apabila anda mengunyah dan mengerakkan rahang anda, anda membantu tahi telinga yang lama bermigrasi ke luar telinga, di situlah tahi telinga anda akan mengering. Jadi tidak perlulah anda menggunakan besi atau jari untuk mengeluarkan tahi telinga itu.

Maka, dengan cuba mengorek telinga anda, anda berkemungkinan untuk mengakibatkan masalah kurang pendengaran. Kulit di dalam saluran telinga anda adalah sangat sensitif dan dengan mengorek telinga anda akan memudahkan diri anda untuk mendapat jangkitan telinga atau swimmer’s ear, satu keadaan di mana kulit membengkak sehingga menutup saluran telinga. Ini adalah sangat menyakitkan.

IKLAN

Anda juga berisiko untuk menusuk gegendang telinga anda apabila tidak tersengaja tercucuk kapas lebih dalam ke dalam telinga. Ini akan mengakibatkan kehilangan pendengaran dan pendarahan. Namun, luka ini dapat disembuhkan.

Oleh itu untuk membersihkan telinga, anda hanya perlu mengambil kain lembab dan mengelap cuping telinga anda sahaja atau bertemu dengan doktor untuk berbincang dengan lebih lanjut.

IKLAN

*Artikel ini ditulis oleh pembaca Remaja, Nur Husna Binti Zul Khairi menerusi kiriman ruangan hantar cerita.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI