Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita mengenai kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, 82, yang didakwa menghidapi demensia.
Hal ini selepas Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa keadaan kesihatan bapa mertuanya semakin merosot kerana tidak berupaya untuk mengingati nama ahli keluarga terdekat termasuk dirinya dan isteri.
Foto Via Instagram
“Mungkin ramai antara anda tertanya-tanya, di mana PM kelima (Pak Lah). Ya, beliau telah bersara (sejak 2009) dengan terhormat dan tidak akan menimbulkan masalah untuk penggantinya.
“Beliau mempunyai demensia. Itulah sebabnya beliau tidak kelihatan lagi di mana-mana,” katanya dalam satu kenyataan seperti yang dilapor Awani kelmarin.
Tambah Khairy, keadaan yang dialami ayah mertuanya itu bagaikan ‘tubuh ada tapi minda tiada’ ekoran daya ingatannya sudah merosot.
“Demensia itu satu situasi yang sangat kejam, kerana tubuhnya ada, mindanya tiada.
“Saya lihat bapa mertua saya merosot ke tahap beliau tidak lagi berfungsi secara normal. Beliau tidak ingat nama saya, tidak ingat nama isteri saya,” tambahnya ketika itu.
SEL Otak MATI
Menurut Persatuan Penyakit Alzheimer, demensia merupakan penyakit yang menyebabkan sel otak anda mati pada kadar dipercepat. Ini juga membawa kepada kemerosotan mental secara keseluruhan di mana seseorang mengalami kegagalan memori, fungsi intelek lemah dan perubahan pada sikap.
Foto Via Pexels
Malah, menurut laman web Alzheimer’s Disease International, setiap tiga saat akan ada seseorang yang menghidap demensia di dunia ini. Secara keseluruhan, statistik global mencatatkan lebih 55 juta orang disahkan menghidap penyakit tersebut pada tahun 2020.
Ads
Tip Elak Demensia
1. Sikat Rambut Dan Berus Gigi Guna Tangan Bukan Dominan
Jika korang sering menggunakan tangan kanan, tukar kepada tangan kiri untuk menyikat rambut atau memberus gigi. Begitu juga jika anda kidal – tukar kepada tangan kanan. Ia mungkin agak tidak selesa pada mulanya tetapi anda sedang menggalakkan penghasilan ‘jalan’ baru dalam otak bila anda “belajar” menggunakan tangan bukan dominan anda.
2. Lakukan Senaman
Memastikan anda kekal aktif secara fizikal adalah baik bagi otak anda. Malah, ia terbukti melambatkan kemerosotan kognitif.
3. Elak Tonton Alat Elektronik Terlalu Kerap Dan Cuba Baca Buku
Ads
Dalam satu kajian yang dijalankan JAMA Psychiatry, penyelidik memerhatikan lebih 3,000 orang dewasa selama 25 tahun dan mendapati mereka yang menonton televisyen lebih dari tiga jam sehari mendapat prestasi terendah dalam beberapa ujian kognitif. Jika anda mahu merehatkan minda, cuba baca buku, atau setidak-tidaknya, kurangkan masa di hadapan skrin televisyen.
4. Cuba Jalan Baru
Selalunya kita akan mengambil jalan yang sama untuk ke tempat kerja. Meskipun kebiasaan merupakan suatu yang selesa, cuba tukar perjalanan anda sekali-sekala. Ini memaksa otak anda digunakan dengan berfikir ke hadapan dan kekal aktif.
5. Jadi Sukarelawan
Cari peluang melakukan kerja-kerja sukarela dan memperjuang sesuatu yang anda yakini. Menjadi sukarela bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi ia juga diketahui dapat membaiki fungsi kognitif. Dalam satu kajian, mereka yang sering melakukan kerja-kerja sukarela mempunyai risiko lebih rendah untuk menerima rawatan anti-demensia, berbanding mereka yang tidak.
6. Selalu Hirup Udara Segar
Ads
Ia cukup merehatkan dan menyegarkan jika kita meluangkan masa untuk menikmati alam semula jadi. Dalam satu jurnal Natural England, ia didapati berjalan-jalan di taman amat baik bagi pesakit demensia dan penjaga mereka.
Kita boleh anggap tekanan sebagai sesuatu yang normal. Tetapi, satu kajian menunjukkan wanita pertengahan tahun yang sudah lama menghadapi tekanan mempunyai risiko yang meningkat untuk menghidapi Alzheimer atau nyanyuk. Walaupun tekanan tidak boleh dihindarkan, kita harus belajar untuk kawal tekanan itu dengan mencari wadah bagi menenangkan fikiran misalnya melalui muzik, bersenam atau berkongsi masalah dengan rakan.
8. Makan Coklat Gelap
Coklat yang tinggi kandungan koko diiktiraf sebagai makanan yang baik untuk otak. Ia didapati bahawa koko mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi yang memperlahan perkembangan Alzheimer.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bersempena Hari Kebangsaan ke-68, snek popular Pocky ingin meraikan kepelbagaian budaya Malaysia dengan pelancaran terbaru edisi terhad Pocky Durian dan Pocky Ondeh-Ondeh yang mengetengahkan cita rasa tempatan sekaligus mengajak rakyat di negara ini menghidupkan semula tradisi dan semangat kebersamaan.
Bagi anda yang gemarkan kemanisan salutan coklat durian berkrim daripada isi sebenar Raja Buah, Pocky Durian adalah pilihan terbaik! Manakala, Pocky Ondeh-Ondeh membawa nostalgia kuih tradisional dengan coklat pandan, kelapa parut kering dan batang biskut berperisa gula melaka. Apa yang lebih menarik, kedua-dua perisa ini tampil dalam pembungkusan bermotif Peranakan yang melambangkan identiti budaya Malaysia.
Menurut Pengarah Urusan Glico Malaysia & Kluster Antarabangsa, Lee Yeen Theng, pihaknya (Pocky) mahu meraikan dengan cara menyeronokkan, sambil menjadikan mural tersebut simbol perpaduan dan kepelbagaian budaya negara.
Mural khas ‘Berkongsi Rasa Warisan’ oleh Abdulrashade
Dalam pada itu, bagi meraikan warisan dengan gaya kontemporari, mural khas ‘Berkongsi Rasa Warisan’ yang menggambarkan semangat belia Malaysia hasil anak seni tempatan, Abdulrashade turut menghiasi Jalan Doraisamy, Chow Kit.
Selain menikmati snek kegemaran ramai ini, meh Remaja kongsikan beberapa cara untuk anda sebagai rakyat Malaysia menghargai tradisi dengan cara mudah dan menyeronokkan:
MAIN PERMAINAN SAMBIL ‘SNACKING’
Sambil bermain congkak, batu seremban dan baling selipar yang membangkitkan nostalgia, apa kata anda santap makanan tradisi negara kita! Paling best kalau jadikan Pocky Durian dan Pocky Ondeh-Ondeh sebagai snek!
BERGAYA TRADISIONAL & HARGAI SENI
Hari Kebangsaan sememangnya lebih meriah apabila tampil dengan baju tradisional seperti baju kurung, cheongsam, kurta atau kebaya Peranakan. Paling syok bila anda berjalan-jalan di sekitar kota raya sambil menghargai seni tempatan seperti mural ‘Berkongsi Rasa Warisan’ oleh Abdulrashade di Jalan Doraisamy yang menyatukan tradisi dengan semangat moden.
KONGSI KEGEMBIRAAN
Bersama keluarga, jiran atau rakan-rakan, sekadar berkongsi kudapan pun sudah cukup untuk memupuk semangat kebersamaan yang menjadikan Malaysia istimewa di mata dunia.
Dah alang-alang itu, apa kata anda cuba perisa terbaru Pocky Durian dan Pocky Ondeh-Ondeh yang kini sudah mula ada di pasaran. Memang terbaik untuk dijadikan kudapan santai sambil meraikan Hari Kebangsaan dengan penuh gaya Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika ada yang menyebut Sijangkang, mungkin ramai yang tidak tahu lokasi kawasan ini atau menganggap ia adalah sebuah pekan biasa yang terletak di negeri Selangor. Kampung Sijangkang merupakan sebuah kampung yang terletak di Telok Panglima Garang, lebih kurang 12 km dari arah Klang ke Banting di Kuala Langat.
Nama Sijangkang berasal dari sejenis pokok yang menyamai pokok getah. ia adalah sejenis pokok hutan yang menyebarkan biji-biji dengan cara ltupan sendiri dan Jangkang. Pokok ini terdapat di sebahagian tempat di Indonesia.
Maka, tidak hairanlah sekiranya kawasan di Sijangkang ini dipenuhi pepohon hijau yang tumbuh melata disekelilingnya. Kalau korang nak tahun, di sini juga terdapat taman rekreasi yang telah dibangunkan sendiri oleh tenaga dan inisiatif warga tempatan demi memajukan eko pelancongan di kampung tersebut.
Dinamakan sebagai Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, korang boleh beriadah di sini dengan melakukan jungle trekking sepanjang 750 meter satu hala melalui titian yang dibuat daripada susunan kayu sambil ditemani dengan pelbagai jenis tumbuhan hidup yang subur di kawasan paya ini.
Korang juga boleh belajar mengenali jenis-jenis pokok disekitar perjalanan kerana terdapat papan tanda untuk nama pada setiap pokok di kawasan itu. Paling penting, sudah tentu ia menjadi antara lokasi yang cantik untuk mengambil foto OOTD. Hiks!
Foto: Travetopia
Menurut Travetopia, bayaran masuk ke taman rekreasi ini hanya RM2 bagi orang dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Murah sahaja kan?
Jika ada yang nak berlibur sebelum Ramadan nanti, bolehlah berkunjung ke sini. Maklum saja kita masih tidak dibenarkan rentas negeri. Maka, terpaksalah jalan-jalan di kawasan sekitar sahaja. But, why not kan? Hiks!
Tempat Baru Untuk Chill Lex, kalu korang pergi mana-mana kedai Starbucks, biasanya kita akan disambut dengan interior yang wow dari kedai kopi ‘kayangan’ ini. Dan selalunya kedai Starbuck ini akan mengunakan warna dominan coklat dan hijau.
Sumber Gambar : Adrianna Calvo from Pexels
Terbaru, Starbucks Coffee nama yang tidak asing lagi bagi masyarakat dunia termasuklah yang ada di Malaysia telah mengorak selangkah kehadapan apabila Starbucks Malaysia telah membuka cawangan kopi pakar mereka, Starbucks Reserve terbesar di Malaysia.
Syarikat kopi terbesar di dunia ini membuka butik terbarunya ini di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, jadi korang penggemar minuman Starbucks boleh merasai pengalaman minum kopi yang berbeza di sini dibuka secara rasmi semalam.
Bukan setakar interior yang wow Starbucks Reserve ini juga berbeza dengan kedai-kedai Starbucks yang lain kerana ia menyediakan pilihan kopi yang lebih baik berbanding cawangan Starbucks biasa. Malah, korang boleh mendapatkan biji kopi Arabica terpilih yang datang dari seluruh dunia.
Sudah pasti, Starbucks Reserve merupakan tempat untuk para peminat kopi menikmati rasa kopi sebenar. Bukan itu sahaja, dekorasi Starbucks Reserve kelihatan lebih elegan dan mewah berbanding cawangan biasa.
So jangan lepaskan peluang pada weekend ini untuk ke Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya.
Ingat. Jangan lupa ikut SOP yang ditetapkan okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!