Dalam pada kita berjaga-jaga dengan wabak pandemik COVID-19, tanpa sedar sebenarnya demam denggi juga antara yang menjadi faktor kepada kemudaratan kesihatan masyarakat.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun melaporkan seramai 127 orang meninggal dunia akibat Denggi setakat 3 Oktober lalu. Jumlah ini termasuklah dua kematian terbaru di Johor pada minggu epid ke-40 (27 September-3 Oktober).
Terdapat empat jenis virus yang boleh menyebakan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh dijangkiti lebih daripada sekali seumur hidupnya.
Ads
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
– Demam panas
– Sakit kepala
– Sakit tulang belakang
– Sakit sendi-sendi
– Loya dan muntah-muntah
– Sakit biji mata
– Ruam
Ads
Berikut merupakan senarai 30 lokasi hotspot kawasan Denggi yang dikeluarkan oleh KKM.
Ads
Tiada vaksin dan rawatan khusus untuk denggi jadi pencegahan adalah langkah terbaik. Jadi, pastikan di kawasan rumah korang tiada tempat pembiakan nyamuk, gunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk dan ambil langkah-langkah untuk melindungi diri daripada gigitan nyamuk seperti pastikan tingkap rumah dan pintu sentiasa ditutup.
Berita baik buat kamu yang gemar menonton siri Netflix, tak lama lagi, filem Paskal akan sertai portal himpunan filem dan siri berbayar itu! Teruja tak?
Filem yang mengesahkan tentang pasukan khas tentera laut yang diberi nama Paskal menjalankan tanggungjawab mereka demi keamanan perairan di Malaysia. Paskal yang diadaptasikan dari kisah benar dibintangi oleh Hairul Azreem, Jasmin Suraya Chin, Tiger Chen Hu dan ramai lagi. Filem ini bakal menemui pelanggan Netflix pada 15 Mac ini.
Filem yang mendapat kutupan 22 Juta ini menjadikan antara filem ketiga terbaik dalam industri perfileman tahun lalu.
Wakil Netflix memberitahu The Malay Mail semalam, selain daripada Paskal, peminat filem melayu yang terlepas menonton filem Rise: Ini Kalilah di pawagam sudah boleh menonton filem itu di Netflix sejak semalam. Filem ini mendapat perhatian dari rakyat Malaysia, kerana ia berdasarkan Pilihanraya 9 Mei tahun lalu. Rise: Ini Kalilah dibintangi oleh selebriti terkenal seperti Mira Filzah, Remy Ishak, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan dan ramai lagi. Walaupun berbeza kutipan dari Paskal dengan hanya RM58,000, Rise: Ini Kalilah mempunyai sejarah yang tersendiri seangkatan dengan Paskal.
Banyak lagi filem Melayu akan berada di Netflix. Bagi yang belum subscribe Netflix tu, tunggu apa lagi? Mungkin satu hari nanti, kita dapat tengok siri original melayu dalam Netflix? Siapa tahu kan?
Menurut Persatuan Majikan Malaysia (MEF), peluang pekerjaan pada tahun 2018 dilihat agak sedikit getir buat anda.
Sesetengah syarikat akan lebih berkira-kira untuk mewujudkan jawatan baru dan para graduan mungkin terpaksa melakukan kerja-kerja sampingan untuk menyara kos kehidupan seharian.
Maka dengan itu, berikut merupakan beberapa kemungkinan yang bakal para graduan hadapi pada tahun hadapan:
1. Graduan muda nampaknya lebih sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana tiada pengalaman bekerja
Agak susah untuk mereka yang tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam industri mendapatkan pekerjaan, terutamanya bagi pekerjaan yang bergaji besar.
Namun, graduan yang mempunyai kemahiran IT punya kelebihan kerana bidang ini masih mempunyai demand. Jadi, tak salah kalau korang belajar kemahiran lain untuk mempertingkatkan lagi kebolehan diri.
2. Kos operasi yang tinggi salah satu sebab utama tiada peluang pekerjaan yang ditawarkan
Antara sebab-sebab masalah ini adalah kerana kos operasi tambahan yang perlu diambil majikan seperti Skim Insurans Pekerjaan baru (EIS) dan cuti bersalin selama 90 hari bagi pekerja swasta tahun hadapan.
Pengarah Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata, majikan akan lebih berhati-hati dalam mewujudkan jawatan baru dan graduan maru mungkin perlu melakukan kerja-kerja bergaji rendah seperti memandu untuk perkhidmatan pengangkutan.
Majikan juga perlu memikirkan tentang peraturan konvensyen dan protokol antarabangsa mengenai pekerja asing dengan menyediakan tempat tinggal, upah dah faedah-faedah lain.
3. Walau bagaimanapun, terdapat kira-kira 100,000 peluang pekerjaan dibuka pada tahun 2018
Jangan terlalu risau kerana masih ada peluang kecil yang menanti kerana 100,000 pekerja akan bersara tahun depan ketika pada usia mereka yang ke 60 tahun.
“Ini adalah kumpulan pertama yang sepatutnya bersara pada tahun 2013, tetapi disebabkan lanjutan lima tahun, mereka akan bersara tahun depan. Ini akan membuka peluang buat kira-kira 100,000 graduan muda,” jelas Shamsuddin Bardan.
4. Graduan muda yang punya kemahiran lebih diperlukan
Seorang profesor di Sunway University Business School, Yeah Kim Leng bersetuju bahawa individu yang mempunyai kemahiran IT yang baik akan sentiasa diperlukan terutamanya dalam bidang e-dagang dan ekonomi.
5. Industri-industri yang mempunyai kekosongan yang rendah termasuklah perbankan, elektronik dan pembinaan
Seorang lagi pakar, Hoo Ke Ping, pengarang beberapa buku mengenai ekonomi antarabangsa telah melihat isu ini dan mengatakan bahawa sektor awam, industri perbankan dan beberapa sektor swasta tidak akan mempunyai banyak kekosongan.
Sementara itu, industri pembinaan, elektronik dan sektor yang berkaitan dengannya seperti pengangkutan dan simen juga dilihat perlahan.
6. Pilihan pekerjaan alternatif seperti food trucks dan perniagaan online jadi lebih popular
Selepas Perdana Menteri mengumumkan tentang pinjaman mudah bernilai RM120 juta akan diberikan kepada 1000 food trucks 1Malaysia (FT1M) semasa pengumuman bajet 2018 baru-baru ini, Hoo meramalkan bahawa ramai graduan muda yang akan mengambil tawaran ini untuk menjalankan bisnes food trucks.
Ramai anak muda akan beralih ke bidang perniagaan online kerana dijangka lebih ramai yang akan menggunakan perkhidmatan shopping online.
Namun begitu, janganlah pula sampai ada yang tak tidur malam selepas membaca artikel ini. Percaya dengan rezeki, jika disertakan dengan usaha gigih, insyaAllah pasti ada jalan dan ruang untuk anda mendapatkan pekerjaan yang baik.
Daripada imej penari 'nakal' di jalanan, komuniti B-Boys di Malaysia enggan lagi dipandang sepi dan negatif oleh masyarakat.
Ini telah dibuktikan oleh penari B-Boy negara, Sam Jee Lek (lebih dikenali sebagai Lego Sam) setelah dia mencipta sejarah sebagai pemenang pingat emas kedua Malaysia di Sukan SEA Filipina, Ahad lalu.
Menurut penari yang mencipta kemenangan dengan skor 12 markah penuh itu, dia tak dapat menidakkan rasa bangga menjadi wakil negara pertama yang bergelar penari B-Boy yang memenangi pingat emas di acara sukan dwi-tahunan itu.
"Saya telah lama mempersiapkan diri untuk membuktikan diri di atas pentas dan untuk membuatkan Malaysia berbangga.
"Akhirnya dengan kejayaan ini, saya berharap agar kerajaan Malaysia sedar akan potensi yang ada di kalangan penari B-Boy di Malaysia dan boleh menyokong kami untuk meningkatkan prestasi budaya tarian ini.
"Apabila melihat perkembangan break dance dalam tempoh beberapa tahun ini, ia masih terasa seperti mimpi. Tanpa mengira sama ada menang atau kalah, saya rasakan kesemua B-Boy yang bertanding di Filipina adalah pemenang pada hari pertandingan lalu.
"Kami semua adalah sebahagian daripada atlet yang mencipta sejarah kali pertama bertanding di peringkat ini. Saya sendiri tak sabar untuk mengulangi kejayaan ini dan mungkin terlibat di Sukan Olimpik 2024 di Paris, kelak," kata Sam menerusi akaun Instagram miliknya.
Congrats Sam! Harapnya budaya break dance akan lebih berkembang secara positif selepas ini dengan sokongan ramai pihak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.