Situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akibat penularan pandemik Covid-19 di negara kita bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, tetapi haiwan terutamanya kucing jalanan.

Sepi Dari Pengunjung, ‘Si Bulus’ Di Pantai Kucing Perlukan Bantuan Orang Ramai

Ramai antara kita yang tidak dapat keluar rumah apatah lagi untuk mengunjungi tempat yang menjadi ‘rumah’ kucing jalanan.

Tapi, tahukah anda bahawa terdapat satu pulau di Malaysia yang dihuni ratusan ekor kucing? Lebih menarik lagi, kesemua kucing ini sangat dahagakan perhatian. Oleh itu, sebagai pencinta kucing, anda pasti tidak mahu lepaskan peluang untuk membelai kucing-kucing itu sepuas hati!

Namun, akibat PKP dan pengunjung Pantai Kucing yang selalu menyumbangkan bantuan makanan kepada kucing tidak lagi berbuat demikian. Menurut laporan Utusan Malaysia baru-baru ini, pengasas pusat perlindungan kucing jalanan, Teviot Fairservis berkata Pantai Kucing menjadi sepi kerana ramai penyumbang berada di luar dearah.

Selain itu, beliau turut risau kerana dana bagi bekalan makanan dan ubat-ubatan untuk si bulus semakin berkurangan sejak pelaksanaan PKP.

IKLAN

Sepi Dari Pengunjung, ‘Si Bulus’ Di Pantai Kucing Perlukan Bantuan Orang Ramai

“Sebelum ini orang ramai akan datang bermain dengan kucing di sini sambil membawa bekalan makanan serta keperluan lain bagi kucing yang menjadi penghuni pantai ini.

Beliau juga berkata mereka memerlukan kira-kira RM20,000 setiap bulan bagi perbelanjaan makanan dan keperluan lain untuk kucing di pantai itu.

IKLAN

Fairservis yang berasal dari New York, Amerika Syarikat berkata jumlah perbelanjaan untuk seekor kucing di pusat itu hampir RM100 sebulan.

Selain itu, kucing-kucing yang dibuang orang di pantai berkenaan ada yang sakit dan memerlukan rawatan di klinik haiwan.

Pantai bagi si bulus ini juga memerlukan bantuan sukarelawan untuk menguruskan kucing-kucing di sana kerana jumlahnya semakin meningkat kian hari.

IKLAN

“Kami dapati setiap hari jumlah kucing yang dibuang pemilik juga meningkat sepanjang PKP, jadi ini menyukarkan kami untuk menguruskan kucing akibat kekangan dana,” katanya lagi.

Untuk info, Cat Beach atau Pantai Kucing di Teluk Bahang, Pulau Pinang adalah tempat perlindungan kucing di pantai.

Pantai Kucing ini telah ditubuhkan pada tahun 2011 yang mana misi utamanya adalah untuk menyelamatkan dan menyediakan tempat perlindungan buat kucing-kucing terbiar. Kini, terdapat lebih daripada 250 ekor kucing telah mendiami kawasan ini dan menjadikannya habitat tetap mereka.

Kepada yang ingin menyalurkan sumbangan bantuan boleh berhubung dengan Teviot Fairservis dan sukarelawan Pantai Kucing di laman Facebook Cat Beach.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI