Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga
Melakukan amal jariah atau berbuat baik kepada orang lain semestinya perkara yang harus diamalkan oleh setiap insan, terutama bagi mereka yang hidup dalam sesebuah komuniti.
Baru-baru ini, pelajar tahun akhir jurusan Perhubungan Awam daripada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM Shah Alam atau lebih dikenali sebagai agensi PRisme telah mengambil pendekatan untuk berbuat kebaikan dengan menganjurkan program “Pasar Loka Klasik”.
Program tersebut merupakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan keusahawanan yang bertempat di Dewan Mawar Qaseh dan Dataran Mawar, UiTM Shah Alam.
Ads
Projek tahun akhir tersebut telah dirasmikan oleh Prof. Madya. Dr. Abd Rasid Abd Rahman,
Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, diketuai oleh Hazwien Aifa Hisham selaku
Ketua Projek, dengan bimbingan pensyarah, Encik Abuzar Abdul Halim.
Program ini bertujuan mengumpul dana untuk anak-anak Tahfiz dari Ma’ahad Tahfiz Teduhan Kasih (MTTK) yang terletak di Sungai Buloh, Selangor.
“Program pada hari ini berkonsepkan klasik di mana kita dapat lihat meskipun zaman kian
berubah namun retro tetap mendapat tempat dalam hati generasi masa kini,” kata Prof. Madya Dr. Abdul Rasid Abdul Rahman, Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.
Ads
“Pasar Loka Klasik” telah menyajikan pelbagai aktiviti menarik yang pasti memikat minat semua yang mengunjung.
Antara acara yang menarik termasuk pertunjukan Vespa yang memikat hati, Projek Anak Jantan, Projek Anak Gadis yang anggun, permainan tradisional dan persembahan muzik. Lebih kurang 4,000 pengunjung telah hadir memeriahkan program ‘Pasar Loka Klasik’ dengan jayanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: PRisme Agency
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cuti sekolah dan musim perayaan Tahun Baharu Cina minggu ini pasti ramai ambil kesempatan sama ada bercuti atau pulang ke kampung halaman masing-masing.
Tapi bagi korang yang belum ada perancangan untuk cuti panjang minggu ini, apa kata kita play tourist melawat 15 senarai taman rekreasi di bawah ini. Lagi menarik, lokasi yang terletak di bandar metropolitan Kuala Lumpur ini, mudah diakses dengan hanya menggunakan pengangkutan awam sahaja.
Antaranya kemudahan MRT, LRT, Monorel dan Bas Rapid Transit. Sekaligus, masa keemasan anda bersama keluarga tidak terbuang begitu sahaja di dalam kesesakan jalan raya.
Jom lihat senarai taman rekreasi yang ada…
TAMAN REKREASI
Senarai taman-taman riadah di sekitar Kuala Lumpur yang boleh dicapai kurang 15 minit berjalan kaki dari stesen MRT, LRT, Monorel dan Bas Rapid Transit.
1. Taman Tasik Perdana
Stesen: MRT Muzium Negara (Pintu B)
Jarak: 350m
Masa: 5 minit
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.
2. KL Bird Park
Aktiviti: Riadah
Stesen: MRT Muzium Negara (Pintu B)
Jarak: 1.1 kilometer
Masa: 15 minit
Harga tiket: Dewasa (MyKad) – RM35, Kanak-kanak/warga emas (MyKad) –
RM15. Tanpa MyKad – RM85 (Dewasa), RM60 (Kanak-kanak)
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman. Masuk melalui Taman Tasik Perdana dari perkarangan Muzium Negara selepas keluar dari Pintu B MRT.
3. Central Rooftop Garden Lalaport
Aktiviti: Sukan, riadah dan rekreasi
Stesen: LRT Hang Tuah/Monorel Hang Tuah
Jarak: 180 meter
Masa: 3 minit
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman. Masuk melalui mall Lalaport dari stesen atau melalui tangga di bahagian luar mall.
4. Taman Hang Tuah
Aktiviti: Sukan, riadah dan rekreasi
Stesen: LRT Hang Tuah/Monorel Hang Tuah
Jarak: 50 meter
Masa: 1 minit
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman. Terletak di bawah jejantas di Pintu C LRT Hang Tuah.
5. Urban Skate Plaza by Vans
Aktiviti: Sukan, riadah dan rekreasi
Stesen: LRT/MRT Ampang Park (Pintu B)
Jarak: 165 meter
Masa: 3 minit
LRT KLCC/Kampung Baru: Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.
MRT Persiaran KLCC: Sederhana mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.
7. Dataran Merdeka – River of Life
Aktiviti: Riadah
Stesen: LRT Masjid Jamek
Jarak: 500 meter
Masa: 6 minit
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.
8. Taman Pudu Ulu
Aktiviti: Joging, sukan, riadah dan rekreasi
Stesen: LRT/MRT Maluri (Pintu D)
Jarak: 800 meter
Masa: 10 minit
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.
9. KL Sports City (Stadium Nasional Bukit Jalil)
Aktiviti: Joging, sukan, riadah dan rekreasi
Stesen: LRT Bukit Jalil
Jarak: 40 meter
Masa: 1 minit
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.
10. Bukit Komanwel
Aktiviti: Hiking, joging, riadah dan rekreasi
Stesen: LRT Bukit Jalil
Jarak: 450 meter
Masa: 6 minit
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman. Namun, laluan ke atas bukit tidak terurus, terpencil, dan sedikit menyeramkan. Tidak digalakkan naik ke bukit bersendirian.
11. Taman Jaya
Aktiviti: Joging, sukan, riadah dan rekreasi
Stesen: LRT Taman Jaya
Jarak: 550 meter
Masa: 7 minit
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.
12. Taman Bandaran Kelana Jaya
Aktiviti: Joging, sukan, riadah dan rekreasi
Stesen: LRT Glenmarie
Jarak: 800 meter
Masa: 10 minit
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman. Lokasi bersebelahan Stadium MBPJ (Stadium sementara Selangor FC).
13. Sunway Lagoon
Aktiviti: Riadah dan rekreasi
Stesen: BRT Sunway Lagoon
Jarak: 700 meter
Masa: 8 minit
Harga tiket: Dewasa (MyKad) – RM160, Kanak-kanak/Warga emas (MyKad) – RM135. Tanpa MyKad – RM220 (Dewasa), RM185 (Kanak-kanak/Warga emas). Masuk percuma untuk kanak-kanak ketinggian bawah 90cm
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman tema. Ikut sahaja papan tanda pada laluan pejalan kaki berbumbung
14. Taman Jogging Seksyen 2, Putra Heights
Aktiviti: Joging, sukan, riadah dan rekreasi
Stesen: LRT Alam Megah
Jarak: 650 meter
Masa: 8 minit
Mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.
15. Taman Tasik Titiwangsa
Aktiviti: Joging, sukan, riadah dan rekreasi
Stesen: MRT Hospital Kuala Lumpur (Pintu B)
Jarak: 850 meter
Masa: 10 minit
Sederhana mesra pejalan kaki antara stesen dengan taman.
Sebelum anda memulakan perjalanan, jangan lupa untuk muat turun Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang (gambar bawah) di sini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Minuman berperisa sering menjadi pilihan ramai, lebih-lebih lagi dalam cuaca panas. Bila dapat air manis yang berais pula, sudah tentu kepuasan dapat dirasai. Betul tak?
Terdapat pelbagai resipi minuman yang menarik boleh dicuba kerana penyediaannya juga mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Sama ada rajin atau tidak sahaja korang nak buat. Hiks!
Kali ini kami nak kongsikan satu lagi resipi minuman yang sedap, iaitu air oren ala ‘vitagen’. Rasa masam manisnya yang sedap ditambah pula dengan tekstur bersusu itu menjadikan minuman ini bukan hanya kena di tekak orang dewasa, malah kanak-kanak juga pasti sukakannya.
Bahan yang digunakan juga terlalu mudah untuk dicari iaitu oren Sunquick dan susu pekat. Jom kita lihat resipi yang telah dikongsi oleh Nur Haziqah ini.
Bancuh oren sunquick dan susu pekat bersama dengan air panas. Resipi ini dibuat kurang manis tetapi korang boleh ubah ikut citarasa sendiri. 4 sudu besar sunquick dan 4 sudu besar susu pekat diperlukan.
Kemudian, tambahkan 200ml air. Sedikit tip yang dikongsi, bancuh dengan air panas serta kacau laju-laju dan lama sedikit barulah air ini tidak berkeledak.
Selepas itu, korang boleh hidangkan bersama ais. Pergh, memang layan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila sebut tentang tiram, teringat set makanan laut yang dihidangkan dalam filem Mr.Bean. Memang kembang tekak bila lihat tiram mentah terhidang sebegitu. Euuww!
Hidangan tiram mentah biasanya di acara kasual, restoran atau bar-bar mewah. Namun kini, tengah trending makan oyster, kita dapat lihat di laman sosial TikTok dan ramai peniaga dah mula sajikan hidangan ini.
Makan tiram mentah sangat baik untuk kesihatan batin. Ia kaya dengan mineral (zinc) dimana membantu pengeluaran lebih banyak testosterone, iaitu suatu hormon meningkatkan nafsu dan fungsi seksual. Kajian juga mendapati zinc mampu menghasilkan sperma yang berkualiti dan potensi seksualiti lelaki.
Risiko Bakteria Vibrio Parahaemolyticus
Namun begitu, baru-baru ini Public Health Malaysia (PHM) menjelaskan ada risiko makan tiram mentah ini biarpun rupa, bau dan rasa dia sama seperti yang tiada bakteria.
Untuk gambaran yang paling mudah, PHM memberikan satu contoh dalam satu babak filem Mr Bean yang mengalami sakit perut selepas memakan oyster mentah itu.
Menurut PHM, perkara ini memang boleh terjadi kepada mana-mana pemakan menu tersebut, ia kerana dalam oyster tersebut terdapat satu bakteria yang dinamakan Bakteria Vibrio Parahaemolyticus.
“Bakteria Vibrio Parahaemolyticus banyak di sekitar pantai. Tiram & kerang memang ada bakteria ini.”
Jadi, bakteria ini boleh berganda jika tiram tersebut berada di dalam suhu bilik, biarpun rupa, bau dan rasa sama dengan yang tiada bakteria. Kesannya, jika pemakan ‘tertelan’ bakteria ini, pemakan boleh mengalami cirit birit, demam, sakit perut dan muntah-muntah.
Kesimpulannya, tak salah kalau korang ingin menikmati makanan laut ini tapi pastikan ia benar-benar bersih dan segar. Apa pun penulis masukkan sos tiram dalam sayur campur. Eh, ada kena mengena ke?hiks
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aisha Retno mengakui selesa menggunakan platform media sosial Threads sebagai medium untuk berinteraksi dengan peminat selain mempromosikan karya terbaharunya.
Malah,...