Kalau rasa susah sangat nak belajar Bahasa Arab atau apa-apa je subjek yang ‘killer’, percayalah, korang bukan sorang-sorang. Selebriti popular, ikon wanita berhijab dan bekas Juara Dewi Remaja 2009/10, Neelofa, sendiri pernah melalui fasa itu. Malah, dia pernah terkandas banyak kali bila cuba nak kuasai bahasa Al-Quran ni.
Tapi siapa sangka, berkat usaha dan doa tanpa henti, Neelofa kini dah berjaya menguasai 10 topik penting dalam pembelajaran Bahasa Arab! Memang sesuatu yang tak pernah dia bayangkan sebelum ini.
“Macam Tak Percaya Dah Sampai Sini”
Menerusi perkongsian di Instagram, Neelofa, 36, meluahkan rasa syukur yang tak terhingga dengan pencapaian dirinya dalam menguasai bahasa Al-Quran. Walaupun dia sedar perjalanan masih panjang, kejayaan ini dah cukup buat dia rasa terharu.
“Sekarang dah bab 10 buku satu, panjang lagi perjalanan, cuma macam tak percaya boleh sampai di sini. Moga Allah lapangkan dada, pancarkan cahaya ilmu dan bagi kefahaman untuk kuasai ilmu bahasa ini. Semua milik Allah,” tulisnya.
Pernah Gagal, Pernah Give Up
Neelofa dengan jujur mengakui, sebelum ini dia dah banyak kali cuba belajar Bahasa Arab. Tapi, disebabkan komitmen kerja, kekangan masa, dan mindset sendiri, dia selalu give up separuh jalan.
Ads
“Macam mimpi jadi kenyataan. Dari dulu selalu doa nak kuasai Bahasa Arab untuk faham Al-Quran, nak baca Al-Quran macam baca buku cerita. Nak belajar banyak hadis dan boleh bercakap kalau di Tanah Suci, tapi tak tahu macam mana nak buat. Dah cuba banyak kali ambil kelas namun separuh jalan sebab susah, mindset dan sibuk,” katanya.
Dari Dewi Remaja Ke Pencinta Ilmu
Buat korang yang mungkin kenal Neelofa dari zaman dia menang Dewi Remaja 2009/10, korang mesti tahu dia antara ikon wanita muda yang berjaya dalam pelbagai bidang — dari dunia hiburan, perniagaan, hingga jadi inspirasi penghijrahan.
Tapi hari ini, Neelofa lebih selesa fokus kepada ilmu, keluarga dan mendekatkan diri dengan agama. Bersama suaminya, PU Riz, Neelofa aktif belajar dan berkongsi perjalanan ilmu mereka.
Ads
Walaupun susah, Neelofa tak pernah berhenti berdoa, terutama waktu malam-malam mustajab. Dia terus memohon supaya hatinya dilembutkan untuk memahami dan mencintai bahasa yang jadi kunci isi kandungan Al-Quran.
Kini, dengan semangat baru sebagai isteri dan ibu, Neelofa lebih fokus dalam mengejar kecantikan dalaman berbanding glamor dunia hiburan.
Buat korang yang tengah struggle nak belajar apa-apa pun, ingat kata kunci ni — jangan putus asa, ubah mindset, dan doa jangan pernah tinggal. Kalau Neelofa, dari Juara Dewi Remaja ke pentas antarabangsa, kini boleh hafal 10 bab Bahasa Arab, korang pun boleh capai apa je impian korang!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka hanya mengunakan roti, pelajar sekolah mampu ‘melukis’ karya agung wajah Mona Lisa Leonardo Da Vinci.
Memetik portal The Indian Express, lukisan ini mengunakan 2,000 keping roti pada ketinggian 2.4 meter. Malah, seramai 30 pelajar mengambil masa kira-kira dua bulan untuk menyiapkan ‘lukisan’ selebar 1.5 meter.
Untuk mencipta karya seni, pelajar kulinari Nakamura membakar roti untuk kelihatan berwarna hitam dan kadang kala keperangan serta dicampur serbuk koko.
Malah, roti dihiris dan keraknya dipotong sebelum dibakar. Setelah itu, roti disusun di atas papan lapis sehingga membentuk wajah Mona Lisa. Pelbagai warna coklat digunakan untuk menghasilkan perbezaan pada bentuk wajah, menurut ketua kumpulan pelajar, Akari Nagata yang berusia 19 tahun.
Difahamkan, lukisan Mona Lisa akan dipamerkan pada festival Nakamura iaitu acara terbesar yang dianjurkan oleh Kolej Antarabangsa Hotel Nakamura. Festival itu bakal dikunjungi seramai 8,000 pada setiap tahun.
5 Fakta “Power” Tentang Lukisan Mona Lisa
1. Siapa Mona Lisa Sebenarnya?
Ramai kata dia isteri orang kaya kat Itali, tapi sampai sekarang identiti sebenar dia masih misteri. Ada teori kata… itu sebenarnya Leonardo da Vinci dalam versi perempuan!
2. Senyuman Paling Mengelirukan Kadang nampak senyum, kadang macam tak. Ini sebab Da Vinci guna teknik lukisan “sfumato” – dia blend bayang-bayang sampai muka Mona Lisa nampak hidup dan berubah-ubah ikut sudut kita tengok!
3. Ambil Masa Lama Gila Da Vinci start lukis sekitar tahun 1503, tapi dia asyik touch-up sampai dia meninggal dunia tahun 1519. Kira lukisan ni macam masterpiece yang dia tak pernah puas hati nak siapkan.
4. Pernah Kena Curi & Buat Dunia Panik! Tahun 1911, ada pekerja dari Muzium Louvre curi Mona Lisa sebab nak ‘balik kampung’kan lukisan tu ke Itali. Nasib baik 2 tahun lepas tu, polis jumpa balik.
5. Eh, Dia Takde Kening?! Kalau zoom dekat, Mona Lisa takde kening atau bulu mata. Ada orang cakap sebab masa tu memang trend, tapi ada juga teori kata mungkin dah hilang sebab pembersihan atau masa.
Fun Fact Tambahan:
Lukisan Mona Lisa sekarang dijaga ketat kat Muzium Louvre, Paris, dalam bilik khas dengan kaca kalis peluru!
Buat anda di luar sana yang masih mencari pekerjaan atau inginkan tempat kerja yang baharu. Kini lebih mudah, hanya dihujung jari sahaja anda perlu tekan dan lihat isi kandungannya. Pelbagai laman web dan aplikasi peluang pekerjaan yang tersedia.
Jom kenali antara lama web yang popular untuk mencari peluang pekerjaan dan jawatan idaman anda di Malaysia:
Linkedln adalah rangkaian carian kerja profesional terbesar di dunia dengan keahlian sebanyak 722+ juta keseluruhan di 200 negara. Laman web ini menawarkan pakej kerja yang pasti dan jujur dari majikan, malah ia juga menawarkan khidmat kaunseling dan sokongan buat modal insan yang masih meragui atau resah tentang kerjaya.
MauKerja
Berkonsepkan ‘mobile app’ yang mudah dan pantas untuk proses carian kerja, aplikasi ini menawarkan ribuan peluang pekerjaan dari sektor swasta mahupun kerajaan di Malaysia. Didapati dalam bentuk muat turun android play store dan juga iOS app store, pencarian MauKerja juga membuka peluang dengan menawarkan buatan resume melalui Resume Generator dalam applikasi Maukerja sendiri. Anda hanya perlu “Drop Resume” dan ia akan dipadankan dengan ribuan kerja suai dan anda hanya perlu menunggu majikan untuk menghubungi anda sahaja.
JobStreet
Salah satu laman web pencarian kerja utama di negara ini iaitu JobStreet yang menawarkan semak imbas pekerjaan mengikut lokasi, pengkhususan, tahap jawatan dan kategori pekerjaan yang luas mengikut pengkhususan. Merupakan sebahagian kumpulan pekerjaan SEEK Group terbesar di Asia Tenggara, Jobstreet dilanggan lebih dari 90,000 pelanggan setiap hari dan carian 11 juta jawatan kerja.
GrabJobs
Carian mudah alih dengan inovasi tinggi, GrabJobs menawarkan portal carian pekerjaan paling cekap, menghubungkan ribuan pencari kerja serta majikan setiap hari. Bukan sahaja di Malaysia, malah negara seperti Singapura, Indonesia, Australia, New Zealand, Thailand, Vietnam, juga meliputi tawaran kerja.
Freelancer
Selaras dengan nama aplikasi, anda boleh menentukan pelbagai jenis pekerjaan masa yang anda mahu lakukan. Untuk memudahkan majikan mencari, anda boleh membina sautu halaman yang baik dan menentukan harga perkhidmatan bagi setiap pekerjaan yang anda tawarkan sama ada dalam tempoh satu jam atau setiap projek.
Monster
Laman web Monster Job Search ini pasti memudahkan anda yang mencari kerja kosong di Malaysia. Monster menawarkan ratusan ribu pekerjaan, bina diri dan siaran resume contoh buat anda yang tidak mempunyai asas kemahiran ia. Akses ribuan halaman maklumat kerjaya yang terkini ini juga menawarkan khidmat nasihat kerjaya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hospital Pakar dan Pusat Penyelidikan King Faisal (KFSHRC) di Riyadh mencipta sejarah apabila berjaya melaksanakan pembedahan otak robotik pertama di dunia, sekaligus membuka lembaran baharu dalam bidang pembedahan saraf moden.
Pembedahan Otak Robotik Pertama Di Dunia
Dalam prosedur berimpak tinggi ini, pasukan pakar berjaya mengeluarkan tumor berukuran 4.5 sentimeter daripada otak seorang lelaki berusia 68 tahun yang mengalami sakit kepala teruk dan hilang tumpuan. Pesakit kemudian dibenarkan pulang dalam masa 24 jam — empat kali lebih cepat berbanding tempoh pemulihan selepas pembedahan otak konvensional.
Teknologi Robotik & Ketepatan Pembedahan
Menurut pakar bedah utama, Dr. Homoud Al-Dahash, yang juga perunding tumor pangkal tengkorak di KFSHRC, sistem robotik ini memberikan ketepatan dan kawalan luar biasa. Teknologi ini membolehkan pakar menavigasi struktur saraf dan saluran darah kritikal dengan tahap keselamatan yang tinggi, sesuatu yang sukar dicapai dalam kaedah manual tradisional.
“Pesakit keluar pada hari yang sama, sedar sepenuhnya dan tanpa sebarang komplikasi. Ini menjadi penanda aras baharu dalam inovasi pembedahan saraf,” katanya, menggambarkan revolusi sebenar dalam bidang neurosains moden.
Teknologi 3D & Navigasi Berpandu Imej
Pembedahan selama satu jam tersebut dijalankan menggunakan sistem optik 3D yang menawarkan visualisasi terperinci. Ia dibantu oleh teknologi navigasi berpandukan imej untuk memastikan penyingkiran tumor dilakukan dengan tepat tanpa menjejaskan kawasan otak penting. Pendekatan ini membolehkan pembedahan otak robotik mencapai kadar keselamatan dan keberkesanan yang belum pernah dicapai sebelum ini.
Transformasi Strategik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KFSHRC, Dr. Majid Al-Fayyadh berkata bahawa kejayaan ini adalah sebahagian daripada perjalanan transformasi strategik hospital ke arah menjadi peneraju global dalam perubatan berasaskan inovasi.
“Pencapaian ini mencerminkan peranan KFSHRC dalam membentuk masa depan perubatan dunia, selaras dengan visi kami untuk menjadikan inovasi dan penjagaan berpusatkan pesakit sebagai teras utama,” jelasnya.
Rekod Inovasi & Pengiktirafan Global
Kejayaan ini turut memperkukuh rekod antarabangsa KFSHRC yang sebelum ini mencipta sejarah dalam pemindahan jantung dan hati menggunakan teknologi robotik. Hospital ini terus menerima pelbagai pengiktirafan global sebagai antara pusat perubatan akademik terbaik dunia.
Menerusi kejayaan pembedahan otak robotik ini, Hospital King Faisal sekali lagi membuktikan komitmennya dalam memperkasa inovasi dan keselamatan pesakit, menjadikan Riyadh antara hab utama teknologi perubatan canggih di dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...