Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming baru-baru ini tampil menjelaskan sebab beliau memilih untuk tidak menyediakan sistem ‘walk-in’ di restoran miliknya, Rembayung, meskipun terdapat permintaan banyak daripada orang ramai yang mahu menikmati hidangan tanpa membuat tempahan awal.

Menerusi sebuah perkongsian di Threads milik beliau, Khairul Aming atau pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman (34) berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira faktor lokasi restoran yang berbeza berbanding premis makanan yang beroperasi di dalam pusat beli-belah.

Menurutnya, konsep beratur dalam tempoh yang lama di kawasan terbuka bukanlah pengalaman yang terbaik untuk pelanggan, terutama ketika cuaca panas. Situasi itu juga boleh memberi cabaran kepada golongan warga emas, keluarga yang membawa anak kecil serta pelanggan yang memerlukan kemudahan asas seperti surau dan tandas.

BACA: Khairul Aming Pecah Rekod ‘Malaysia Book of Records’! Jualan Rendang Nyet Berapi Laris RM1 Juta Dalam 19 Saat

Ads

Khairul Aming Pertahan Sistem Tempahan Rembayung, Mahu Utamakan Keselesaan Pelanggan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rembayungmy

Pada masa yang sama, beliau turut mengambil kira kesan terhadap kawasan sekitar termasuk isu parkir dan aliran trafik yang berpotensi menjejaskan peniaga lain serta penduduk berhampiran sekiranya jumlah pengunjung meningkat secara mendadak.

“Tak sama beratur dalam mall yang ada aircond dengan beratur sebelah jalan raya dlm panas,” katanya.

Tambahnya, sistem tempahan yang digunakan ketika ini membolehkan pelanggan menikmati pengalaman yang lebih teratur dan selesa tanpa perlu menunggu dalam barisan panjang sebelum mendapatkan tempat duduk.

Ads

Khairul Aming Pertahan Sistem Tempahan Rembayung, Mahu Utamakan Keselesaan Pelanggan

 

View on Threads

 

“Dengan reservation pelanggan turun kereta dan terus masuk ke kedai. Tak perlu beratur dan meja dijamin ada untuk pelanggan,” jelasnya lagi.

Ads

Sementara itu, perkongsian berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga media sosial. Rata-rata menyokong pendekatan yang diambil oleh usahawan berkenaan dan berpendapat sistem tempahan lebih praktikal dalam menguruskan kehadiran pelanggan, selain membantu mengelakkan kesesakan yang tidak terkawal di lokasi restoran.

Untuk rekod, Khairul Aming dikenali sebagai antara pencipta kandungan tempatan yang konsisten menghasilkan video resipi sepanjang Ramadan, sekaligus mengukuhkan reputasinya sebagai usahawan berjaya dan figura berpengaruh dalam dunia digital.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads