Februari sinonim sebagai bulan meraikan kisah cinta sejati.
Jika korang (seperti penulis *menangis tepi bucu katil) masih tidak berpunya dan tidak mempunyai sebarang perancangan dengan sesiapa untuk bulan ini, kami ingin cadangkan agar korang melayan 5 buah filem romantik baharu ini yang ditayangkan pada Februari.
Sila sediakan satu tub aiskrim dan tisu okay!
.
Layla Majnun (Netflix)
Tarikh Tayangan : 11 Februari 2021
Rating Remaja : 7/10
Mengisahkan tentang seorang guru bahasa Indonesia dan penulis novel popular, Layla (Aca Septriasa) yang dipertemukan jodoh oleh keluarganya. Bagaimanapun, dirinya baru saja menerima tawaran untuk menjadi tenaga pengajar jemputan di sebuah universiti di Azerbaijan.
Lalu, Layla berjanji akan menerima lamaran oleh Ibnu (Baim Wong) itu sekiranya dia dibenarkan untuk mencapai impiannya untuk ke Azerbaijan.
Di sana, Layla dipertemukan dengan seorang pelajar bernama Samir (Reza Rahadian) dan secara tidak sengaja, mereka berdua seakan bertaut perasaan.
Tarikh Tayangan : 12 Februari 2021
Rating Remaja : 6/10 ( Kami ingin meletakkan 7 kerana cintakan novel ini, but we settled with a solid 6)
Meneruskan kecemerlangan penerimaan peminat terhadap dua buah filem terdahulu, filem ketiga dalam trilogi novel tulisan Jenny Han ini memperlihatkan momen terakhir Lara Jean, Peter Kavinsky dan rakan-rakan mereka bergelar pelajar di sekolah. Ia juga sekaligus menandakan permulaan kehidupan mereka sebagai ‘young aduls’ yang sedang bersiap sedia dengan aplikasi ke universiti pilihan.
Ia juga membawa penonton untuk mengenali sisi keluarga Lara Jean dengan lebih dekat apabila mereka ke Seoul Korea untuk mempelajari budaya mendiang ibu mereka.
.
.
Ads
Milea: Suara Dari Dilan (AKA Milea Extended)
Tarikh Tayangan : 13 Februari 2021
Rating Remaja : 6/10
Jika pada era 2000-an kita mempunyai filem seperti Ada Apa Dengan Cinta dan Heart, generasi Z pula memiliki siri filem Milea yang cukup digemari oleh peminat tegarnya. Klik Film kembali dengan filem Milea – Suara Dari Dilan yang sekali lagi dibintangi oleh Iqbaal Ramadan dan Vanesha Prescilla.
Ia mengisahkan Milea yang berpisah dari Dila hinggalah mereka sama-sama menamatkan peperiksaan dan sekolah. Mereka dipertemukan dalam sebuah majlis reunion namun masing-masing dilihat sudah memiliki pasangan.
Selain filem popular ini, Klik Film juga baru saja melancarkan filem Tentang Rindu dan Hujan di Balik Jendela semalam.
Tarikh Tayangan: 5 Februari 2021
Rating Remaja : 7/10
Keserasian gandingan Zendaya dan John David Washington menerusi Malcolm & Marie memang tidak dapat dinafikan. Sebab itulah kami pelik mengapa mereka berdua tidak menerima pencalonan sebagai pelakon terbaik untuk anugerah Golden Globes, Februari ini.
Ia bermula dengan isu Malcolm yang tidak menyebut nama teman wanitanya itu semasa ucapan di tayangan perdana filemnya. Marie juga menyalahkan Malcolm yang tidak mengambilnya untuk memainkan karakter Imani kerana dia merasakan karakter itu ditulis oleh Malcolm berdasarkan kehidupannya.
Jalan cerita yang mudah, namun memberi ruang untuk emosi pasangan ini dirasakan oleh penonton.
.
.
Dear M (KBS & iQIYI)
Tarikh Tayangan : 26 Februari 2021
Okay, pilihan terakhir REMAJA ini adalah drama dan ia masih belum ditayangkan lagi. Namun, dari segala promosi yang telah dilakukan oleh produksi Korea untuk Dear. M, kami tidak sabar untuk menunggukan siri romantik kolej yang dibintangi oleh Park Hye-su, Jeong Jae-hyun, Roh Jeong-eui dan Bae Hyun-sung ini.
Ia menceritakan tentang empat karakter pelajar di Universiti Seoyeon yang mencari identiti penulis artikel komuniti universiti tersebut iaitu M. Ini setelah satu surat luahan cinta diterbitkan dalam forum pelajar.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pandemik Covid-19 ternyata melumpuhkan ekonomi banyak sektor terutama sekali pelancongan. Zoo Negara yang menempatkan banyak haiwan turut menerima nasib sama apabila jumlah pengunjungnya kurang dari biasa.
Ustaz Ebit Liew adalah nama yang kita semua patut tahu sebagai orang Malaysia. Kerja-kerja amal jariah yang banyak dilakukannya ternyata membuka mata kita akan nilai mengambil tahu dan saling membantu di antara satu sama lain.
Terbaru, kasih yang dia miliki bukan hanya untuk manusia namun untuk haiwan juga. Menerusi perkongsian menerusi laman Facebooknya, Ustaz Ebit Liew menyatakan yang dia berasa sayu apabila mendapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan di sana.
Perbelanjaan RM1 juta sebulan untuk makanan dan penyelenggaraan Zoo negara terjejas dek pendapatan yang menyusut semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Berkongsi kisah, dia berkata, “Sekarang dah banyak bulan tiada langsung pendapatan semenjak awal PKP. Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi. Petang ni terus bawa 200kg Daging lembu dan 500kg buahan dan sayuran.
“Dulu saya sampai sini masa darjah 1. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan pada anak haiwan disini. Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan. Rupanya Zoo Negara dikendalikan oleh NGO sahaja. Sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi Zoo Negara.”
Semoga jasa baik dan keprihatinan Ustaz Ebit Liew menjadi contoh yang baik buat kita semua.
Kalau anda ingin menghulurkan bantuan kepada haiwan-haiwan di Zoo Negara, anda boleh menjadikan hidupan ini sebagai haiwan angkat menerusi program yang disediakan. Sila lawati alamat ini untuk maklumat lanjut. https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html
Sumber foto: Facebook Ustaz Ebit Liew
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cuaca panas sekarang ni memang rasa nak makan pencuci mulut je kan? Sesekali ‘pekena’ Taufu Fa sedap kan?
Kalau korang nak tahu Taufu Fa juga dipanggil dengan nama douhua, doufuhua, tow huay atau tau hua. Ia sebenarnya nama lain bagi taufu fah yang semestinya sangat enak dan menyelerakan.
.
Hidangan ini dikatakan mula dihasilkan pada zaman Dinasti Wang Barat dan sejak itu resipnya diubah suai mengikut cita rasa. Di Malaysia, ia biasanya dinikmati secara manis namun di China, ada yang menikmatinya bersama minyak cili, kicap, lada, kacang atau nasi.
Kali ni mari cuba buat sendiri Taufu fa ni, dapat banyak dan lagi puas hati.
BAHAN-BAHAN BUAT TAUFU FA
– Soya 2 liter (tidak kisah apa-apa jenis soya)
– Agar-agar
– Gula melaka
– Gula putih
– Daun pandan
– Halia (pilihan)
CARA PENYEDIAAN
1. Tuang satu cawan air dan masukkan agar-agar (jika 12 gram gunakan separuh sahaja bukan satu bungkus supaya tak jadi macam puding).
2. Lepas agar-agar larut dan sebati, tuangkan 2 liter soya (boleh tambah gula jika soya yang dibeli kurang manis).
3. Biarkan mendidih dan tutup api. Setelah itu, tuang dalam bekas besar.
4. Cairkan satu keping gula melaka tambahkan dua sudu gula putih, masukkan air tiga cawan dan masukkan daun pandan serta halia tadi. Jangan lupa tapis.
5. Tadaa dah jadi, masukkan dalam peti ais selama 2-3 jam dan boleh dimakan.
Taufu Fah diperbuat daripada susu soya tawar. Ia kaya dengan asid lemak asas, protein, vitamin dan mineral yang memberi tenaga kepada tubuh badan.
Bagi wanita, hidangan ini dapat mengurangkan gejala menopaus, risiko serangan jantung, diabetes dan obesiti. Malah ia juga dapat meningkatkan penyerapan kalsium yang sekali gus mencegah kehilangan jisim tulang yang menjadi penyebab osteoporosis.
Wah bagus, bukan saja sedap tapi berkhasiat juga. Selamat mencuba!
Sumber : Anna Rashid
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular sebuah video di media sosial, memaparkan momen yang agak tegang berlaku di backstage konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza, sehingga meraih perhatian orang ramai.
Menerusi klip video pendek tersebut, dapat dilihat mimik wajah penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang begitu tegas sewaktu berkomunikasi dengan salah seorang kru di belakang pentas berkenaan.
Sehubungan itu, ibu kepada sepasang cahaya mata itu tampil memberikan respon mengenai potongan video yang tular tersebut menerusi ciapan dibuat melalui aplikasi X.
Menerusi ciapan tersebut, penyanyi lagu hit Jerat Percintaan itu berseloroh bersama pengguna dengan mengatakan bahawa itulah masa untuk mereka melihat dirinya berubah menjadi ‘singa’.
“Haha, masa ini boleh tengok saya jadi singa,” ciapnya ringkas.
Difahamkan, ketegangan itu berlaku dipercayai berpunca daripada kegagalan alat monitor telinga yang digunakan TokTi sebelum memulakan konsertnya di atas pentas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...