Pandemik Covid-19 ternyata melumpuhkan ekonomi banyak sektor terutama sekali pelancongan. Zoo Negara yang menempatkan banyak haiwan turut menerima nasib sama apabila jumlah pengunjungnya kurang dari biasa.

Ustaz Ebit Liew adalah nama yang kita semua patut tahu sebagai orang Malaysia. Kerja-kerja amal jariah yang banyak dilakukannya ternyata membuka mata kita akan nilai mengambil tahu dan saling membantu di antara satu sama lain.

Terbaru, kasih yang dia miliki bukan hanya untuk manusia namun untuk haiwan juga. Menerusi perkongsian menerusi laman Facebooknya, Ustaz Ebit Liew menyatakan yang dia berasa sayu apabila mendapat permintaan dari Zoo Negara untuk selamatkan haiwan di sana.

Dengar Rayuan Staf Zoo Negara, Ustaz Ebit Liew Bantu Haiwan Kelaparan.

IKLAN

Perbelanjaan RM1 juta sebulan untuk makanan dan penyelenggaraan Zoo negara terjejas dek pendapatan yang menyusut semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Berkongsi kisah, dia berkata, “Sekarang dah banyak bulan tiada langsung pendapatan semenjak awal PKP. Mereka sangat kekurangan dana. Saya tahu tengah hari tadi. Petang ni terus bawa 200kg Daging lembu dan 500kg buahan dan sayuran.

IKLAN

“Dulu saya sampai sini masa darjah 1. Selalu juga bawa anak-anak. Kenalkan pada anak haiwan disini. Zoo Negara mengalu-alukan sesiapa ingin membantu dari segi duit atau makanan. Rupanya Zoo Negara dikendalikan oleh NGO sahaja. Sesiapa ingin membantu boleh terus hubungi Zoo Negara.”

Dengar Rayuan Staf Zoo Negara, Ustaz Ebit Liew Bantu Haiwan Kelaparan.

IKLAN

Semoga jasa baik dan keprihatinan Ustaz Ebit Liew menjadi contoh yang baik buat kita semua.

Kalau anda ingin menghulurkan bantuan kepada haiwan-haiwan di Zoo Negara, anda boleh menjadikan hidupan ini sebagai haiwan angkat menerusi program yang disediakan. Sila lawati alamat ini untuk maklumat lanjut. https://www.zoonegaramalaysia.my/adopt.html

Sumber foto: Facebook Ustaz Ebit Liew

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI