Tidak dinafikan dunia hari ini semakin mencabar dengan teknologi yang rata-ratanya boleh dilakukan secara digital sehingga memberi kesan kepada pekerjaan yang lazimnya dilakukan oleh manusia. Boleh dikatakan kebanyakan tugas harian kini lebih mudah diuruskan secara digital yang tidak lagi memerlukan tenaga manusia.
Sebelum ini juga, kami pernah berkongsi tentang program-program pengajian Universiti Awam yang telah digugurkan kerana menyifatkan kursus tersebut tidak menjanjikan peluang pekerjaan terbaik kepada graduan untuk mengikut permintaan semasa industri.
Gambar hiasan
Kini, Remaja ingin berkongsi pula antara pekerjaan yang diramalkan akan bertambah dan berkurang bagi tahun 2020 hingga 2025 mengikut Future of Job Survey, World Economic Forum.
Jom kita lihat antara senarai berikut:
Peningkatan permintaan
1. Data analysts and scientists
2. AI and machine learning specialists
3. Big data specialists
4. Digital marketing and strategy specialists
5. Process automation specialists
6. Business development professionals
7. Digital transformation specialists
8. Information security analysts
9. Software and applications developers
Ads
10. Internet of things specialists
11. Project managers
12. Business services and administration managers
13. Database and network professionals
14. Robotics engineers
15. Strategic advisors
16. Management and organization analysts
17. FinTech engineers
18. Mechanics and machinery repairers
Ads
19. Organizational development specialists
20. Risk management specialists
Gambar hiasan
Permintaan menurun
1. Data entry clerks
2. Administrative and executive secretaries
3. Accounting, bookkeeping and payroll clerks
4. Accountant and auditors
5. Assembly and factory workers
6. Client information and customer services workers
11. Sales rep., whosale and manufacturing, technical and scientific products
12. Relationship managers
13. Bank tellers and related clerks
14. Door-to-door sales, news and street vendors
15. Electronics and telecoms installers and repairers
16. Human resources specialists
17. Training and development specialists
18. Construction laborers
Gambar hiasan
Walau bagaimanapun, ini hanyalah menurut kajian yang telah dilakukan dan ia juga boleh dijadikan rujukan untuk pelajar memilih jurusan pengajian mereka sebelum memasuki universiti.
Putera sulung kepada personaliti televisyen terkenal, Aidid Marcello dan Norzie Pak Wan Chek, Muhammad Iman Aidid Marcello kini bergelar hafiz al-Quran apabila berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran.
Menerusi sebuah hantaran video di platform TikTok Akademi Al-Quran AKMAL, Iman bersama ibu dan bapanya hadir bagi majlis penyampaian sijil yang diadakan pusat pengajian tersebut.
Difahamkan, Iman berjaya menghafaz kesemua juzuk di dalam al-Quran dalam masa 11 bulan 20 hari.
Dalam hantaran sama, Aidid menitipkan rasa syukur atas kejayaan anak lelakinga itu selain berpesan kepada Iman untuk sentiasa menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup.
“Wahai anakandaku, Alhamdulillah. Anakanda telah menunaikan amanah bonda dan ayahanda untuk menyempurnakan 30 juzuk al-Quran. Ia juga adalah amanah dan tanggungjawab termulia yang anakanda akan pikul sehingga ke akhir hayat.
“Maka, pada hari ini bonda dan ayahanda memberi amanah kepada anakanda menjaga, mengulang, mengingati serta memperjuangkan al-Quran sepanjang hidup anakanda,” katanya.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata warganet mengucapkan tahniah buat Iman atas kejayaannya bergelar hafiz al-Quran.
“Tahniah adik-adik yang berjaya hafal al-Quran… moga sentiasa menjadi pedoman hidup… seronok tengok anak-anak muda bersemangat dalam mengejar akhirat,” tulis seorang pengguna.
“Hebat didikan seorang ayah… Aidil Marcel dan seorag ibu, Norzie Pak Wan Cik,” komen seorang lagi pengguna.
” Alhamdulillah.. Syukur… hebat Aidid Marcello dan Norzie..maka lahirlah pejuang Al-Quran,” komen pengguna lain.
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Alyea Nai Lina, Muhammad Iman, Muhammad Yusuf dan Muhammad Ibrahim.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Akademi Akmal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zaman teknologi yang kian canggih sekarang mampu melahirkan ‘wartawan segera’ yang tumbuh melata bagaikan cendawan selepas hujan. Hampir semua pengguna gajet canggih kini sudah pandai mengedit gambar, video atau audio menggunakan aplikasi mudah. Hasil suntingan boleh disiapkan sekelip mata dengan hanya beberapa minit gubahan. Tidak hairanlah ramai ‘wartawan segera’ muncul melalui platform-platform media sosial.
Jika kita lihat budaya kemasukan pelajar ke universiti dalam bidang Komunikasi Massa pula, kian menurun saban tahun. Adakah ini akan menjadi isu yang besar? Jawapannya ialah ya. Ia akan menjadi masalah besar kepada dunia media penyiaran profesional. Bayangkan dalam masa beberapa tahun akan datang, tiada lagi norma berita sahih disebarkan, sebaliknya yang ada hanya berita popular.
Orang awam sudah tidak tahu hendak membezakan antara berita palsu dengan yang benar. Masyarakat mula menormalisasikan budaya penyebaran khabar angin. Manakala remaja, akan jadi tidak peka dalam kehidupan. Perkara yang penting dianggap tidak penting. Manakala perkara yang kurang penting rancak diperbualkan. Nilai berita? Kian dipandang sepi.
Kita hanya mampu mengeluh melihat perbezaan ketara budaya penyampaian isu semasa pada saat ini. Ia amat membimbangkan para pengamal media profesional. Benar, sesiapa sahaja mampu menjadi ‘wartawan segera’. Tetapi mereka tidak akan mampu mencapai kriteria wartawan berintelek tinggi.
Wartawan yang berilmu akan mengkaji sesebuah berita dengan teliti, menyusun simbolik kata dengan berhemah atas tujuan mendidik masyarakat. Sekaligus akan memberikan impak kepada kepada komuniti untuk berubah sikap. Perubahan sikap dan tingkah laku masyarakat yang lebih baik adalah capaian tertinggi yang patut dibanggakan oleh seseorang wartawan berintelek.
Itulah nilai cendekiawan para wartawan profesional yang tidak ada dalam diri ‘wartawan segera’. Oleh itu, janganlah memandang enteng kepada secebis ilmu komunikasi. Ia sebenarnya mampu merubah peradaban dunia.
Artikel ini ditulis oleh Puan Hazwani binti Abdul Wahab yang merupakan seorang Pensyarah di Jabatan Sains Kemanusiaan, Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak sedia bukan alasan! Amin Idris tegas wajib bertudung sama seperti solat apabila ramai remaja Muslimah masih menggunakan alasan “belum ready” untuk menangguhkan kewajipan menutup aurat. Pendakwah dan motivator terkenal ini menekankan bahawa hijab bukan pilihan, tetapi perintah Allah SWT yang mesti dilaksanakan.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Amin menjawab persoalan tentang hukum segelintir umat Islam yang memberi alasan tidak bersedia untuk menutup aurat. Beliau menyamakan situasi ini dengan solat yang juga wajib, tidak kira seseorang itu ‘ready’ ataupun tidak.
“Kita kena faham, hukum pakai tudung adalah wajib sebagaimana kita wajib sembahyang. Boleh ke kita kata nak solat bila dah bersedia? Tak boleh sebab ia memang wajib. Kalau alasan itu tak boleh digunakan untuk solat, maka begitu juga untuk aurat,” jelasnya.
Selain menegur salah faham tersebut, Amin turut berkongsi alternatif jawapan yang lebih baik sekiranya ditanya mengenai penutupan aurat. Katanya, daripada memberi alasan ‘belum sedia’, lebih baik meminta orang lain mendoakan supaya diberi kekuatan.
“Kalau orang tanya bila nak bertudung, minta saja didoakan. Pertama, orang akan doakan kita. Kedua, kita beritahu yang kita sedang berusaha untuk bertudung. Sebab hidayah tak boleh ditunggu, kita kena cari,” katanya lagi.
Menurutnya, setiap manusia perlu berusaha mencari hidayah dengan langkah kecil dan ikhtiar yang berterusan, bukannya menunggu sehingga diri dianggap sempurna. Bertudung bukan tanda seseorang sudah baik sepenuhnya, tetapi ia adalah proses menuju kebaikan.
Nasihat Amin Idris ini mendapat perhatian ramai netizen, khususnya golongan muda yang sering berdepan dilema dalam soal aurat. Ramai yang bersetuju bahawa jawapan beliau bukan sahaja menyentuh soal hukum, malah turut mendidik adab apabila ditanya tentang isu sensitif ini.
Buat remaja Muslimah, mesejnya jelas: bertudung adalah tanggungjawab, bukan pilihan. Jangan tunggu sempurna, mulakan langkah pertama dengan niat ikhlas. Setiap usaha menuju kebaikan pasti akan dipermudahkan oleh Allah SWT.
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...