Baru-baru ini, pemenang pingat perak Olimpik Paris 2024 bagi acara menembak, Kim Ye Ji mendedahkan bahawa antara cara beliau menguatkan daya ketahanan fizikal dengan menunggang basikal sejauh 90 kilometer sebagai latihannya setiap hari.
Menerusi episod terbaru dalam rancangan ‘You Quiz On The Block’ yang disiarkan pada 4 September, Yeji berkongsi mengenai fakta mengejutkan tersebut semasa ditemubual pengacara Yoo Jae Suk dan Jo Se Ho.
Menurut atlet yang tular di media sosial itu, dia memilih berbasikal kerana ia meupakan latihan fizikal yang berkesan buat dirinya dan Yeji memberitahu dia mengayuh sejauh kira-kira 56 batu di antara Jeonju dan Imsil.
“Saya terfikir sendiri ‘cara apa yang paling berkesan untuk berlatih sambil menjimatkan masa’. Jadi saya memutuskan untuk bertolak pada pukul 5 pagi dan mengayuh selama dua jam setengah ke tempat latihan menembak”
Ads
Latihan intensif ini merupakan hasil dari pilihan atlet yang berusia 32 tahun itu untuk mengoptimumkan masa sambil mengekalkan kecergasan. Jadi, secara keseluruhan, beliau akan menghabiskan lebih daripada lima jam menunggang basikal setiap hari.
Dalam pada itu, Yeji yang kerap menjalani rutin yang ketat juga berkongsi kisah ketika dia mengalami kemalangan jatuh dari basikal sehingga menyebabkan luka di bahagian dagu.
Ads
“Kulit dagu saya tercalar dan waktu itu sangat sakit sampai saya ingatkan rahang saya dah patah. Saya mengerang kesakitan sambil pegang dagu untuk seketika,” tambahnya.
Meskipun mengalami kesakitan pada waktu itu, Yeji memilih untuk terus menunggang basikal ke tempat latihan menembak daripada mendapatkan rawatan perubatan, menunjukkan dedikasi dan tekadnya yang luar biasa sebagai atlet negara Korea Selatan.
“Waktu itu saya cuma fikir saya perlu pergi kerja, jadi saya terus pakai helmet dan terus kayuh ke tempat kerja sambil berdarah,” katanya.
Sekadar info, Kim Ye Ji baru-baru ini memenangi pingat perak dalam acara pistol udara 10m di Olimpik Paris 2024. Dia juga memenangi emas dalam acara pistol udara 25m dan perak dalam acara pistol udara 10m di Piala Dunia ISSF pada Julai 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hanya individu yang sayang dan 'gila' kucing sahaja faham bila mereka melihat mana-mana kucing yang telah mati, lebih-lebih lagi dilanggar kenderaan.
Viral di laman twitter apabila perkongsian daripada @rimaulah2615 mendapat perhatian netizen kerana lelaki ini mengalami kesedihan yang teruk bila mana kucing kesayangannya mati di rumah.
Tengah kerja, along datang panggil teriak nama, my brother show my cat already dead a few hours sebab tak tahu.5 Years saya bela dia dari kecik sampai ke besar. I nvr cry like this before just for "Something" , maafkan abang, Amy sayang. pic.twitter.com/ewX1voZrAl
Menurutnya, kucing itu sudah dibela selama 5 tahun sejak kecil sampai besar dan dia juga mengakui bahawa dia tidak pernah menangis seteruk itu.
Tambah sedih lagi apabila dia turut berkongsi video terakhir bersama Amy (kucing) yang selalu menunggunya ketika pulang kerja. Amy juga menjadi satu-satunya kucing yang dimandikan apabila nyawanya sudah tidak ada lagi dan jelasnya, dia akan datang menziarahi pusara Amy serta menanam pokok di atas pusaranya.
This is last video me with Amy, she waiting for me back from work, and masuk rumah sama-sama bila dengar bunyi ekzos motor. Amy sayang :'( pic.twitter.com/AKPSKWIG6Z
Ramai yang turut bersimpati dan memahami apa yang dirasai oleh pemuda tersebut.
Sudah tentu banyak kenangan yang dilalui bersama kucing kesayangannya ini. Kami harap agar brother ni kuat untuk mengharungi hari-hari akan datang tanpa kucing tersayang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) telah pun diumumkan semalam dan apa yang menarik perhatian media adalah apabila anak seorang pemandu lori sampah telah dianugerahkan Pelajar Terbaik STPM 2019 bagi kategori bawah 40 (B40).
Nuraini Jalaluddin merupakan penuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Saban, Pengkalan Hulu, Perak mempunyai keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan Nasional (PNGK) 4.00 dan 5A.
Kredit foto: Harian Metro
Gadis yang berusia 20 tahun ini menjelaskan bahawa dengan mempunyai pelajaran sahaja dapat mengubah nasib keluarga mereka ke arah yang lebih baik.
“Ayah saya telah memandu trak sampah selama 33 tahun dan akan bersara bulan depan, saya harap dia dapat berehat dan menikmati usia tua selepas ini,” jelasnya kepada Harian Metro.
Tidak kiralah sama ada kita hidup dalam serba kekurangan atau pun tidak, paling penting adalah usaha dan semangat untuk berjaya dalam bidang akademik.
Sekali lagi kami ucapkan tahniah buat Nuraini Jalaluddin. Semoga kamu lebih cemerlang dalam meneruskan peringkat akademik yang lebih tinggi.
Ramadan bulan untuk menyucikan jiwa. Bagi yang memahami pengertian Ramadan sepenuhnya, pasti menzahirkan rasa syukur kerana Allah masih memberi peluang untuk menikmati bulan penuh rahmat ini.
Semalam tular di media sosial perkongsian oleh Hayati Abu Hassan mengenai kisah kaki ayam yang mungkin dianggap sampah oleh sesetengah keluarga namun ianya cukup nikmat bagi golongan yang ditimpa ujian.
Semoga terbit keinsafan di hati kita semua dan sentiasalah berbuat baik terhadap sesama manusia. Baca perkongsian seperti dikisahkannya.
SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.
Suami saya adalah pembekal ayam kampung di negeri ini. Alhamdulillah, banyak restoran-restoran yang menyajikan lauk ini di Kuantan, suami sayalah watak disebalik cerita.
Kebanyakan restoran mahukan ayam yang telah dipotong mengikut kehendak mereka. Ada yang potong 4, ada potong 8!
Apabila ayam dipotong, hampir semua kedai tidak mahu ambil kaki ayam, hati, pedal dan organ dalaman lain. Leceh untuk disimpan agaknya.
Ramai yang membuang kaki ayam saat membeli ayam kerana tidak memakannya
Selalunya suami saya akan menyimpan kaki-kaki ayam dan hati ayam ini dalam freezer besar di rumah. Tapi kalau dah masuk 2 minggu dan stok ayam masuk lagi, tempat yang terhad memaksa suami saya mencari jalan untuk mengosongkan freezer dari barang lain. Maka jalan terakhir, tanam atau buang sahaja kaki dan hati ayam ini jika tidak disedekah kepada orang lain.
‘Ada kaki ayam tak? Kak Yah nak sikit.’ Pesanan ringkas dari kakak sulung saya di satu pagi.
Kebetulan suami saya dah merungut kaki ayam dan hati yang banyak dalam freezer. Kami ambil keputusan menghantar sendiri semuanya ke rumah kakak. Sebenarnya ni satu jalan mudah. Jika kakak datang sendiri, pasti sedikit saja dia ambil. Tapi jika kami hantar dengan kenderaan pacuan empat roda kami, dah pasti kami boleh kosongkan freezer bahagian kaki ayam dan hati sekelip mata. Bagi semua! Padan muka kakak uruskan. ?
Kami hantar dan terus pulang ke rumah. Lupakan hal kaki ayam.
Esoknya, saya terima pesanan yang sangat panjang dalam aplikasi WhatsApp dari kakak.
‘Ti, tau tak. Semalam kak tengok banyak betul kaki dengan hati ayam hampa bagi. Terkejut jugak. Kak rendam semua. Bila dah lembut, kak bungkus. Kak panggil jiran-jiran datang ambil. Mula-mula serba salah juga. Bimbang orang kata: sampah, kau sedekah. Tapi kak fikir, bagi sajalah. Siapa nak, ambil. Tak nak, jangan ambil. Tapi, ramai betul datang ambil. Alhamdulillah habis semuanya.’
Tersenyum saya membacanya. Kemudian dia menyambung.
‘Semalam, lepas ajar budak-budak mengaji. Ada seorang jiran kak ‘message’.
Sup kaki ayam antara pilihan masakan kerana dikatakan kolegan yang ada mampu memperlambatkan penuaanKaki ayam juga boleh dimasak cili dan rasanya enak
Terima kasih Kak Yah, bagi kaki ayam tadi. Syukur sangat. Tak tahulah nak cakap macamana. Semacam betul-betul Allah hantar kaki ayam ni pada kami sekeluarga. Sebenarnya dah dua hari kami anak-beranak tak makan. Suami saya kena tangkap polis kes mencuri. Saya tak tahu nak pujuk macamana dah anak saya yang menangis lapar. Makanan di rumah satu pun tak ada. Tiba-tiba Kak Yah bagitau suruh datang rumah ambil kaki ayam ni. Allah. Macam ajaib. Terima kasih Kak Yah. Dah tidur anak-anak saya dapat makan malam ni. Terima kasih sangat-sangat.
Ti, kak tulis ni pun sambil menangis. Lepas ni hampa jangan buang lagi kaki ayam. Bagi kak. Kak nak bagi pada jiran-jiran. Kita tak tahu siapa dapat kita selamatkan dari lapar asbab bagi benda yang kita anggap ‘sampah’ ni.’
Allah Allah.
Menangis saya baca.
Sungguh, zaman sekarang dah mengubah banyak corak hidup kita. Kita dituntut untuk jaga hak seorang jiran. Tapi, kita makin jauh.
Kita dituntut supaya tidak tidur selagi ada jiran yang masih kelaparan kerana kemiskinan tapi kita langsung tak ambil tahu. Yang paling dahsyat, ada juga yang tak kenal pun jiran-jirannya. Rupa bagaimana. Kerja apa. Anak berapa orang. (Sayalah itu) Allahu.?
Sedekahlah. Beri apa yang ada dalam tangan. Bantu tanpa mengharap ia dinilai dan kita dapat pujian. Beri tanpa harap apa-apa.
Khalas!
Beri kemudian lupakan.
Allah Allah. Berilah kami peluang yang banyak untuk bersedekah. Sungguh kami selalu leka. Jangan balas kami dengan takdir buruk di akhirat kerana kelalaian kami pada hak saudara kami yang susah. Dalam pada teruja dengan menu-menu berbuka yang serba maknika, berilah kami ruang untuk menghilangkan lapar orang yang teruji.
Sungguh, kamilah hambamu yang hina dan selalu lupa. Sampah bagi kita, kadang jadi hidangan hebat bagi satu keluarga yang dalam kesusahan.
Moga Allah ampunkan kami.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!