Bukan peminat K-pop lah jika korang tidak mengenali kumpulan wanita, Girl’s Generation.
Setelah sekian lama dinanti-nantikan peminat, Girls’ Generation (SNSD) bakal melakukan comeback menerusi peluncuran album terbaharu mereka pada Ogos 2022.
SM Entertainment baru-baru ini telah pun mengumumkan SNSD sedang membuat persiapan untuk mengeluarkan album tersebut sempena sambutan ulang tahun mereka yang ke-15 setelah ‘senyap’ seketika selama lima tahun bagi memberi ruang untuk setiap ahlinya melebarkan sayap bagi kerjaya solo masing-masing.
Ads
Tentunya, setiap satu daripada ahlinya iaitu Taeyeon, Sunny, Tiffany, Hyoyeon, Yuri, Sooyoung, Yoona, dan Seohyun juga teruja dengan perancangan ini. Begitupun, jujurnya REMAJA masih berharap jika – somehow, someway – Jessica Jung yang pernah menjadi sebahagian daripada 9 ahli kumpulan tersebut akan turut serta bagi ulang tahun istimewa ini.
Impian ini tidaklah mustahil. Ini memandangkan tidak semua ahli SNSD kini diwakili oleh syarikat induk mereka, SM Entertainment. Tiffany, Sooyoung dan Seohyun telahpun keluar daripada agensi tersebut dan kini diwakili agensi berbeza. Namun, SNSD sebagai sebuah kumpulan k-pop masih utuh bertahan.
Siapa tahu, agensi Jessica Jung membenarkan selebriti itu melakukan kemunculan dengan SNSD setelah beberapa tahun meninggalkannya.
Ads
Kali terakhir Girl’s Generation meluncurkan album adalah pada tahun 2017 dengan tajuk album Holiday Night. Sumber: Soompi
Sumber: Soompi
Kalau korang masih ingat, SNSD ditubuhkan pada tahun 2007 menerusi single Into The New World.
Selepas kejayaan itu, mereka telah mengeluarkan lagu-lagu hit seperti Gee, Genie, Run Devil Run, Lion Heart dan banyak lagi sehingga menjadikan SNSD menjadi gilaan peminat di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Ini sekaligus melayakkan mereka mendapat gelaran The Nation’s Girl Group di Korea Selatan.
Sumber: Soompi
Seiring kerjaya mereka sebagai penyanyi berkumpulan, ahli-ahli SNSD juga akan menyambut peminat menerusi pelbagai program TV dan rancangan realiti mereka sendiri. Tentunya, projek kemunculan semula ini akan mengubati rindu peminat.
Sama-samalah kita nantikan kelainan album terbaru SNSD yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Stay tuned!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Soompi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tepat seminggu menjelang perbicaraan konservatori bintang pop terkenal dunia, Netflix telah melancarkan trailer dokumentari Britney Spears yang akan dilancarkan sehari sebelum selebriti popular itu menuju ke hari pengadilan.
“Britney vs. Spears” akan mula ditayangkan di Netflix pada 28 September ini dan keesokan harinya, 29 September merupakan hari perbicaraan paling penting bagi penyanyi ini setelah sekian lama memperjuangkan kebebasan selama lebih dari satu dekad bersama ayahnya, Jamie Spears.
Menerusi trailer satu minit yang dimuat naik oleh Netflix, suara bintang pop itu terdengar dari rakaman audio ketika kesaksiannya pada 23 Jun di Mahkamah Tinggi Los Angeles, di mana dia berbicara di pengadilan untuk pertama kalinya secara terbuka, memberitahu hakim bahawa dia trauma dan memohon, “Saya hanya mahukan hidup saya kembali”.
Judul dokumentari “Britney vs Spears” ini adalah drama pertarungan penyanyi pop itu melawan ayahnya yang dituduh telah menyalahguna konservatori dan meminta hakum untuk mendakwa.
Rata-rata peminat teruja dan sudah tidak sabar menantikan dokumentari “Britney vs Spears” ini.
Pastinya dokumentari ini mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi peminat yang ingin mengetahui kisah hidup bintang pop terkenal dunia ini.
Sama-sama kita nantikan pada 28 September akan datang.
Sampai menitis air mata Daiyan mengenangkan nasib kita yang masih bergelut menangani fasa pandemik sekarang.
Dengan jumlah kes baharu COVID-19 yang seakan tidak menunjukkan penurunan dari hari ke hari; penyanyi, pelakon dan pengacara, Daiyan Trisha sememangnya sudah penat untuk melalui keadaan yang sama untuk hampir tiga bulan.
Tapi jangan risau, titisan air mata itu hanyalah dalam bentuk poster bagi mempromosikan single terbarunya, Penat yang akan dilancarkan pada hari Jumaat ini.
Daiyan merupakan salah seorang selebriti yang tidak gentar meluahkan isi hati menerusi media sosial terhadap isu pandemik sekarang. Sepanjang tempoh duduk di rumah ini, Daiyan yang terpaksa akur tidak dapat memasuki set penggambaran mengakui telah menghasilkan banyak lagu baharu dari rumah.
Dalam banyak-banyak lagu itu, Penat bagi Daiyan ialah buah tangan terbaru yang paling sukar dan ‘menyakitkan’ pernah dihasilkannya. Ini kerana dirinya merasa cukup emosional sepanjang rakaman dek kerana rasa penat yang dirasai selama ini. Entah bila waktunya kita semua dibenarkan untuk kembali menjalankan kehidupan normal seperti dahulu kala.
Titip Daiyan lagi, Penat dihasilkan khas untuk kita semuanya yang hatinya dan jiwanya sudah penat malah kecewa berdepan cabaran sekarang.
“Saya tulis lagu ini dalam sebulan lepas. Ia lagu tentang patah hati. Peritnya apabila kepercayaan kita dikhianati dan ketidakberadaan sebuah sayang. Penantian yang tiada noktah untuk perubahan yang tidak kesampaian. Beratnya apabila harapan tiada lagi sinarnya.
“Saya harap kalian suka dan maaf kalau kalian juga merasa yang sama,” catatnya.
Rata-rata komen yang hinggap di hantaran Instagram Daiyan sepanjang seminggu ini menggambarkan sentimen sama; bahawa mereka juga telah penat.
Uyaina Arshad berkata, “Penat! Penat tidak melakukan apa-apa,” sementara ahli kumpulan Dolla, Tabby pula mengirimkan ucapan tahniah dan berkata, “ Tahniah Daiyan di atas pelancaran lagu ini! Ia adalah lagu yang bagus.”
Jangan lupa untuk catatkan Penat dalam kalendar masing-masing pada hari Jumaat ini. Sama-sama kita mainkan single terbaru Daiyan ini berserta video muziknya sekali.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masuk je tahun baru, macam-macam azam yang selalunya kita dengar daripada kawan-kawan, family dan orang terdekat. Selain nak kurus yang dah jadi azam klise setiap tahun, ramai juga berazam untuk menabung tahun ini.
Bila dah ada simpanan sikit, mudahlah untuk korang nak plan pergi bercuti, atau paling tidak pun, duit yang disimpan tu boleh digunakan pada waktu-waktu kecemasan.
Ramai yang mengeluh dengan gaji yang tak seberapa macam mana mereka nak menabung?
Nah, kali ni kami nak kongsikan tip simpan duit cara sempoi yang telah dikongsi oleh Safura Planner di laman Facebooknya.
Bolehlah korang start menabung hari ini!
Tip simpanan
RM1 – Setiap hari masuk dalam tabung. Total setahun genapkan RM400
RM5 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total genapkan setahun RM500
RM10 – Simpan setiap minggu 2 keping. Total setahun genapkan RM500
RM20 – Simpan setiap bulan 2 keping. Total setahun genapkan RM500
RM50 – Simpan ikut bulan genap (Feb, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember) Total setahun RM300
RM100 – Simpan ikut bulan ganjil (Januari, Mac, Mei, Julai, September, November) Total setahun RM600
Total keseluruhan duit simpanan yang korang boleh dapat dalam setahun adalah RM3,300. Bolehlah daripada tak ada kan?
Rasanya cara simpanan ni boleh dipraktikkan kerana ia tidak memerlukan jumlah yang banyak sekali gus. Cuma korang perlulah berdisiplin untuk merealisasikan niat menyimpan ni. Hiks!
Kalau tak dapat simpan banyak, boleh ikut kemampuan korang. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!