Semalam, pembelian nombor UNIK ID BSN untuk pembelian pin UPU bagi permohonan ke UA/Politeknik/Kolej Komuniti/ILKA telah pun dibuka.

Bagi pelajar lepas SPM dan STPM,  jangan lupa mendapatkannya di Bank Simpanan Nasional berdekatan kerana tanpa nombor pin ini, kemasukan anda ke mana-mana universiti, politeknik dan sebagainya tak akan dapat dilakukan langsung. Ini kerana semua senarai calon yang mahu memohon kemasukan ke universiti dan setaraf dengannya perlu membeli nombor pin ini.

Demi memudahkan semua pelajar membeli nombor pin ini, jika dahulu nombor pin hanya boleh dibeli di kaunter sahaja tetapi kini sudah ada cara lebih mudah dan tak perlu beratur  lagi. Caranya ialah menggunakan kad bank Matriks BSN Matrix, i atau Kad GIRO dan buat di mesin auto teller BSN sahaja. Lebih mudah dan praktikalkan.

Menurut laman web after school.my terdapat dua cara pembelian yang boleh dilakukan. Mungkin ini dapat membantu adik-adik yang bakal ke universiti mengikutinya.

Ini dua cara pembelian nombor pin UPU.

Ada Cara Terkini Beli No Pin UPU, Tak Perlu Beratur Lagi Di  Kaunter Bank

 

PEMBELIAN DI KAUNTER BSN SEMUA CAWANGAN SELURUH NEGARA

IKLAN

Anda boleh terus sahaja ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat untuk membuat pembelian. Terus sahaja ke kaunter pertanyaan dan maklumkan kepada pegawai atau mungkin polis bantuan yang ditugaskan. Pegawai yang berkenaan akan membantu menunjukkan borang yang betul untuk pembelian. Harga nombor pin adalah RM 16.40 untuk kedua-dua kategori iaitu SPM/SETARAF dan STPM/SETARAF. Sila KLIK DISINI untuk melihat panduan lengkap mengisi borang bagi pembelian nombor PIN seperti gambar yang kami kongsikan di bawah.

Ada Cara Terkini Beli No Pin UPU, Tak Perlu Beratur Lagi Di  Kaunter Bank

 

PEMBELIAN VIA ATM MESIN

IKLAN

Pembelian melalui ATM adalah menggunakan Matriks BSN Matrix, i atau Kad GIRO (jika anda tidak mempunyai kad BSN berkenaan, anda boleh juga meminjamnya daripada ibu bapa, saudara dan sebagainya. Jika tidak ada juga boleh guna kaedah yang pertama iaitu membuat pembelian melalui kaunter). Berikut adalah caranya :

Masukkan Kad  dan No Pin

  • Pilih Urusan – ‘Beli Pin’
  • Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’
  • Pilih Jenis Program : LEPASAN SPM/SETARAF atau LEPASAN STPM/SETARAF
  • Masukkan Nombor Kad Pengenalan /My Kad
  • ‘YA’untuk meneruskan urusan
  • Semak Maklumat
  • Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
  • Resit Dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan masa depan

Bagi kami cara paling mudah adalah cara yang kedua kerana anda tidak perlu beratur untuk membuat pembelian melalui kaunter. Sebagai peringatan, tarikh akhir pembelian nombor PIN adalah pada 9 APRIL 2018. Jadi jangan ada yang terlepas tarikh berkenaan. Pembelian selepas daripada tarikh berkenaan TIDAK AKAN DILAYAN. Diharapkan perkongsian ini membantu dan Semoga berjaya!.

Dalam pada itu, laman web ini turut memuat naik e-book yang boleh menjadi panduan buat pelajar lepasan SPM dan STPM dalam mengisi borang. Maklumlahkan, masa depan sangat penting, jadi e-book ini boleh menjadi panduan terbaik untuk para pelajar yang bakal melangkah ke alam lebih dewasa.

IKLAN

Memandangkan ramai yang masih kurang menyedari akan pembaharuan terkini dalam permohonan UPU 2018/2019, tidak kira lah sama ada pemohon lepasan SPM/Setaraf atau pun STPM/Setaraf. Kami di afterschool, mengambil inisiatif untuk menerbitkan sebuah e-book Panduan Permohonan UPU 2018/2019 secara PERCUMA kepada anda semua. Semua info yang anda WAJIB tahu dikongsikan selengkapnya, anda boleh KLIK MUAT TURUN dibawah untuk mendapatkan e-book panduan permohonan UPU ini :

E Book percuma. Klik sini :Afterschool.my

Antaranya info lain yang turut dikongsikan merangkumi :

Oleh itu, untuk mendapatkan INFO LENGKAP permohonan UPU ini, kami nasihatkan anda untuk terus memuat turun secara PERCUMA. Selain panduan permohonan, kami turut kongsikan pelbagai tip penting untuk anda berjaya dalam permohonan. Semoga perkongsian ini dapat mengelakkan anda daripada melakukan sebarang kesilapan seterusnya berjaya ditawarkan ke program pengajian pilihan masing-masing.

Suka diingatkan juga, walaupun anda memiliki keputusan yang baik berbanding rakan anda, sedikit sahaja kesilapan yang dilakukan, permohonan anda akan ditolak. Jadi sentiasalah beringat dan MUAT TURUN PERCUMA E-BOOK UPU yang dikongsikan ini sebagai panduan lengkap permohonan.

Sumber :- Afterschool.my

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI