Hari demi hari semakin banyak kita mendengar berita tentang penutupan operasi cawangan kedai-kedai terbesar di Malaysia akibat pandemik COVID-19.
Sejak dua tahun kebelakangan ini, masyarakat dunia berhadapan dengan krisis ekonomi, dimana rata-ratanya melalui detik sukar seperti terpaksa diberhentikan kerja, pemotongan gaji atau menanggung kerugian perniagaan.
Sektor-sektor besar seperti pelancongan antara yang terjejas teruk dan menyebabkan banyak syarikat perhotelan gulung tikar. Begitu juga dengan cawangan perniagaan yang beroperasi di pusat membeli-belah, ada diantaranya sudah tidak mampu menanggung kerugian dan terpaksa ditutup.
Terbaharu, F.O.S Mid Valley juga dikatakan bakal menghentikan operasi setelah 22 tahun melayani pelanggan mereka di pusat membeli-belah itu.
Ads
Sumber: Facebook F.O.S
Menurut perkongsian daripada laman Facebook rasmi F.O.S, penutupan cawangan ini adalah disebabkan pandemik COVID-19 yang memberi impak kepada ekonomi Malaysia dan memaksa mereka untuk membuat keputusan yang sukar.
F.O.S juga berterima kasih kepada semua pelanggan mereka yang selama ini menyokong dan memberikan kepercayaan kepada jenama besar itu.
Ads
Walau bagaimanapun, pelanggan masih lagi boleh mengunjungi cawangan F.O.S yang lain seperti di Berjaya Times Square, i-City Shah Alam, Dataran Pahlawan Melaka Mall, East Coast Mall dan banyak lagi.
Zaman sekarang ni kita perlu lebih berhati-hati dalam melakukan apa sahaja urusan harian. Bermacam jenis penipuan wujud demi untuk kepentingan peribadi.
Seram kan?
Ramai yang telah menjadi mangsa scam, tidak kiralah daripada peniaga online mahu pun dari individu yang tidak bertanggungjawab. Apa yang kami nak ingatkan, sekarang ni pun bermacam cara nak menipu terbaru kes Macau Scam kembali menjadi bualan ramai selepas seorang lelaki berpangkat Datuk Seri telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dikatakan mempunyai kaitan dengan sindiket berkenaan.
Bukan sahaja rapat dengan golongan selebriti, Datuk Seri terbabit dan isterinya juga kerap mempamerkan kehidupan mewah di media sosial mereka tanpa segan silu sebelum ini.
Kena hati-hati, silap-silap diri sendiri yang rugi nanti.
Oleh sebab itu, seorang penguna Twitter Sabrina Shuhaimi telah terpanggil untuk berkongsi cara-cara untuk kenal pasti modus operandi Macau Scam menerusi satu bebenang di laman Twitter miliknya.
MODUS OPERANDI MACAU SCAM. HATI HATI!
Tolong sebarkan terutama kepada pesara dan juga warga emas kerana mereka adalah sasaran utama sindiket ini.
Selamatkan keluarga dan kawan kawan kita dari ditipu! Antara senarai kes-kes terbaru & modus operandi.
Seorang pesara dalam lingkungan usia 70-an di Kepala Batas telah mengalami kerugian sebanyak RM49,490 selepas menerima panggilan telefon daripada seorang ‘kakitangan’ pejabat pos Seremban.
Mangsa dikatakan mempunyai satu bungkusan yang mengandungi lapan kad kredit. Selepas itu, suspek pun sambungkan panggilan berkenaan kepada seorang Sarjan menyebabkan mangsa akhirnya membuat pemindahan wang berjumlah RM49,490 ke dua akaun berbeza.
Dalam kes kedua, seorang pembantu jualan berusia 27 tahun telah mengalami kerugian sebanyak RM6,960 selepas menerima panggilan telefon daripada seorang kakitangan pejabat pos. Mangsa dikatakan mempunyai bungkusan mengandungi kad pengenalan dan kad ATM berkaitan jenayah. Wang mangsa lesap selepas diminta untuk memberikan nombor TAC kepada seorang pegawai polis.
2. Panggilan telefon ‘kakitangan’ Pos Malaysia
Seorang warga emas berusia 90 tahun mengalami kerugian sebanyak RM3.83 juta selepas menerima panggilan telefon daripada Pos Laju Malaysia.
Mangsa difahamkan bahawa terdapat bungkusan dihantar dari Ipoh ke Sabah dengan menggunakan beliau. Panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada dua orang lelaki mendakwa diri mereka Sarjan Ho Mum Foo dan Inspektor Herman Lee dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak. Akhirnya, mangsa masukkan duit ke tujuh akaun syarikat berbeza.
Selain itu, seorang pesara guru berusia 81 tahun di Alor Setar telah mengalami kerugian sebanyak RM100,000 selepas dimaklumkan mempunyai barang terlarang di Pejabat Pos Seremban. Individu berkenaan menawarkan diri untuk membantu mangsa daripada ditahan pihak berkuasa.
Atas sebab takut, mangsa telah memberikan maklumat akaun bank, nombor kad dan nombor pin untuk membolehkan penyerahan barangan tersebut kepada dirinya. Selepas menyemak transaksi dengan bank, beliau mendapati terdapat dua kali pengeluaran berjumlah RM50,000.
3. Cabutan bertuah
Seorang kerani berusia 46 tahun di Seremban telah mengalami kerugian sebanyak RM108,500.
Mangsa dimaklumkan di WhatsApp bahawa beliau telah memenangi hadiah dari luar negara. Beliau diminta untuk memindahkan RM5,000 untuk cukai bungkusan ke akaun Caroline Man dua hari kemudian. Tidak lama kemudian, mangsa diminta untuk memindahkan RM18,500 dan RM75,000 ke akaun sama.
4. Penggubahan wang haram
Seorang suri rumah berusia 68 tahun di Rembau telah mengalami kerugian sebanyak RM183,770 selepas menerima panggilan daripada ‘Koperal Azizah’ dari Balai Polis Jalan Campbell, Seremban.
Mangsa dimaklumkan bahawa kad pengenalan beliau telah digunakan dalam aktiviti wang haram, dadah dan lapan kad ATM di Pos Laju Seremban.
Walaupun mangsa menafikan penglibatannya, beliau kemudiannya disambungkan kepada ‘Koperal Kamarul’ di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban. Selepas panggilan telefon terbabit, mangsa memindahkan RM183,770 ke tiga akaun berbeza.
Selain itu, seorang operator kilang berusia 30 tahun di Johor Bahru telah mengalami kerugian sebanyak RM195,580 selepas dihubungi seorang suspek yang mendakwa sebuah bungkusan mengandungi kad pengenalan, kad ATM dan buku cek wanita berkenaan di Sabah.
Suspek mendakwa mangsa didapati terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram dan perlu membuat bayaran sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan. Mangsa kemudiannya membuat 14 transaksi pemindahan wang ke beberapa akaun bank.
Seterusnya, seorang pesara berusia 76 tahun di Bayan Lepas telah mengalami kerugian sebanyak RM1.84 juta selepas menerima panggilan daripada ‘kakitangan’ Pos Malaysia.
Beliau dikatakan menerima satu bungkusan barang terlarang mengandungi kad ATM dan kad pengenalan. Mangsa kemudiannya bercakap dengan tiga orang ‘anggota polis.’
Mangsa juga dikatakan terlibat dengan kes penggubahan wang haram berjumlah RM1.48 juta dan sebuah akaun bank dibuka atas nama mangsa.
Akibat terlalu takut, mangsa akhirnya mengikut semua arahan suspek. Beliau turut diminta memindahkan semua wang ke akaun sindiket sekiranya tidak mahu akaun dibekukan pihak Bank Negara Malaysia (BNM).
Satu minggu selepas memindahkan RM790,000 ke sebuah akaun enterprise, mangsa diminta untuk masukkan cek berjumlah RM300,00 dan RM350,000 ke dua akaun syarikat pembinaan.
Mangsa kemudiannya diminta untuk membayar bon jaminan RM1 juta. Beliau membuat pemindahan wang berjumlah RM200,000 ke akaun individu dan RM200,00 lagi dalam akaun enterprise selepas menjual barang kemas dan membuat pinjaman daripada adik-beradik.
Mangsa kemudiannya diminta untuk memasukkan baki RM500,000. Akibat kehabisan wang, mangsa menghubungi anaknya untuk meminjam wang.
Akibat berasa hairan kerana ibunya diketahui mempunyai wang, anaknya meminta mangsa membuat laporan polis selepas percaya ibunya telah ditipu sindiket.
Untuk info korang, Macau Scam adalah satu sindiket penipuan telekomunikasi yang menipu orang ramai dengan panggilan palsu dan boleh juga mengakibatkan kerugian mencecah jutaan ringgit kepada mangsa yang kebanyakannya terdiri daripada pesara dan warga emas. Emm…sian kan!
Sumber: Twitter Sabrina Shuhaimi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
15 Disember 2022 esok menandakan tempoh tiga minggu tepat setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana Menteri kesepuluh Malaysia.
Sejak Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jaawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri di Istana Negara itu, banyak perubahan yang telah diumumkan oleh Anwar Ibrahim dalam cara pemerintahan beliau.
Ini termasuklah penolakan kenderaan mewah jenis Mercedes S600, penolakan kediaman rasmi Kompleks Seri Perdana dan penolakan gaji sebagai Perdana Menteri serta Menteri Kewangan. Kesemua itu demi memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan pimpinannya.
Namun tahukah korang, sebelum Anwar Ibrahim membuat keputusan drastik untuk tidak menerima gaji bagi jawatan nombor satu negara itu, Yang di-Pertuan Agong (YDP Agong) telahpun mengambil tindakan sama tetapi lebih awal.
Menurut Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini, YDP Agong berkenan untuk tidak mengambil gaji sejak era pandemik melanda Malaysia pada tahun 2020.
“Baginda tidak menerima gaji oleh kerajaan sejak Covid-19. Saya ingat eloklah kita beri penjelasan ini.
“Itu sumbangan dibuat YDP Agong memandangkan masalah ekonomi yang menekan rakyat,” katanya.
Untuk pengetahuan, Jemaah Kabinet negara termasuklah barisan Timbalan Menteri yang selesai dilantik Jumaat minggu lalu telah bersetuju menerima potongan gaji sebanyak 20 peratus sebulan. Ia adalah tanda solidariti mereka terhadap keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.
Manakala, Anwar tetap dengan pendiriannya untuk menolak terus pemberian gaji sebagai Perdana Menteri serta Menteri Kewangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekali lagi, dunia hiburan kecoh setelah imej Justin Bieber yang memakai selendang atau skaf persis wanita beragama Islam semasa konsertnya di Utah, Amerika Syarikat pada 6 November lalu telah lantas mengundang kontroversi. Justin dikatakan tidak sensitif dan mempersendakan agama Islam.
Justin Bieber timbulkan kontroversi selepas tampil berhijab di konsertnya baru-baru ini. Foto Via Middle East
Menurut laporan Middle East, penyanyi tersebut teruk dikritik selepas tersebarnya gambar dan video ‘bertudung’ semasa menyanyi.
Tampil memakai pakaian serba putih iaitu seluar dengan t-shirt bersaiz besar dan dipadankan dengan tudung di kepalanya bersama-sama dengan cermin mata hitam, ia nyata kelihatan pelik, aneh dan sedikit provokatif terhadap penganut agama yang menjadikan imej bertudung atau berhijab sebagai satu kewajiban.
Gambar itu kemudiannya dikongsikan oleh peminat di laman media sosial dan mendapat pelbagai reaksi meluas. Ada mengecam dan masih ramai juga yang memuji kerana merasakan ia bergaya disamping memuji ‘tudung’ tersebut terletak cantik dan kemas.