Malam anugerah Gempak Most Wanted Awards (GMWA) akan kembali menggegarkan landskap hiburan digital tanah air pada 15 Februari 2026, hujung minggu ini.
Memasuki tahun keempat penganjurannya, GMWA 2025 membawakan tema ‘Re-Culture‘ di mana ia akan mengiktiraf para pemenang yang berjaya mencetuskan fenomena sepanjang tahun lepas menerusi 12 kategori yang dipertandingkan.
Seperti kebiasaan, pemenang GMWA ditentukan sepenuhnya hasil undian peminat. Maka, kita tahu pemilihan mereka bertepatan dengan siapa yang selayaknya diangkat dari pandangan pengguna media sosial.
Signifikan Tema ‘Re-Culture’
Antara budaya slanga yang kebiasaannya digunakan pengguna platform digital pada era ini adalah seperti ‘6-7’ yang berasal daripada lagu popular, Doot Doot nyanyian asal rapper Skrilla; ‘Aura’, ‘Sigma’, ‘Rizz’ dan mungkin juga ‘Cooked’.
Tetapi, apa pula yan cuba disampaikan oleh GMWA 2025 menerusi tema ‘Re-Culture’?
Memetik kenyataan penganjur, Re-Culture merukjuk kepada kelahiran semula cinta, minat dan penerapan budaya dalam hidup anak muda.
Warisan bukan sekadar untuk dikenang, sebaliknya boleh dihidupkan semula mengikut kesesuaian peredaran zaman.
Tentunya menerusi GMWA 2025, penonton boleh menjangkakan gabungan muzik, visual, gaya persembahan dan inovasi digital yang menerapkan elemen tradisi yang tidak lapuk dek zaman. Nak tahu bagaimana barisan pengibur di GMWA 2025 akan terjemahkan karya masing-masing bertemakan Re-Culture kali ini, haa, korang kenalah tune in!
12 Kategori Jadi Rebutan
Selari dengan reputasinya, GMWA 2025 terus mengukuhkan Astro sebagai Home of Live Entertainment bagi meraikan kandungan digital dan personaliti berpengaruh yang mencorakkan budaya hiburan semasa.
12 kategori tersebut terdiri daripada Selebriti Tergempak, Drama Tergempak, Program Digital Tergempak, Video Muzik Tergempak,Lagu Era Tergempak, Hos Program Digital Tergempak,Digital Creator (Sports) Tergempak, Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak,Digital Creator (Lifestyle) Tergempak,Digital Creator (Foodie) Tergempak, Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempakdan Digital Creator (Entertainment) Tergempak.
Antara pemenang GMWA pada tahun lepas termasuklah Ryan Bakery & Sir Fathi Hussein.
Kepelbagaian kategori yang diperkenalkan secara konsisten oleh GMWA mencerminkan landskap hiburan digital yang semakin luas dan inklusif serta membuka ruang pertemuan antara legenda dan suara generasi baharu.
Tanpa yang lama, tidak mungkin ada yang baharu, bukan? Lebih-lebih lagi dengan penerapan budaya dan warisan hiburan negara di pentas GMWA 2025 kali ini.
Ia sekaligus mewujudkan satu naratif hiburan yang dinamik serta mencerminkan bagaimana budaya di Malaysia mampu terus berkembang dipacu oleh kreativiti digital serta ‘ekspresi baharu’ (new form & way of expression) yang lahir daripada komuniti dalam talian.
Untuk pengetahuan korang juga, malam kemuncuak edisi kali ini bertambah istimewa apabila ia bakal diserikan dengan persembahan istimewa daripada barisan penyanyi tersohor tanah air seperti Dayang Nurfaizah, Aisha Retno & Noraniza Idris (watch out for this!), Hael Husaini, Marsha Milan, Aina Abdul,ALPHA, Nadeera, Thalita, Zaki Yamani, Fahimi Rahmat & Nazu, The Fabulous Cat (hi OG!), Zynakal & ZamirHarith, Fadilahdan ramai lagi.
So, DO NOT forget our date! GMWA 2025 akan berlangsung secara siaran langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam pada jam 9 malam menerusi Astro One serta platform penstriman sooka.
Untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di sana pada hari Ahad ini, REMAJA akan bawakan update terkini menerusi media sosial dan laman web kami.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi mereka yang memakai cermin mata, penjagaan rapi perlu dipraktik untuk memastikan aksesori penting tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan sempurna.
Ya la kalau tak dijaga dengan baik, susah pula korang nak melihat dengan jelas pula nanti. Betul tak?
Jadi, macam mana nak jaga cermin mata korang supaya tahan lebih lama dan bersinar-sinar?
Ads
Ini ada satu produk yang diperkenalkan oleh hanafiezu via Siakap Keli, khas bagi individu yang memakai cermin mata untuk mengelap kekotoran atau cap jari pada cermin.
Daripada segi harga, kami tidak pasti. Tapi rasanya jika ia dijual di kedai seperti Mr. Diy sudah tentulah harganya mampu milik.
Ads
Khabarnya, korang boleh cari produk ini di kedai Mr. DIY. Nampak macam mudah nak digunakan. Why not kita try kan?
Selain itu, ada juga beberapa cara mudah untuk korang bersihkan cermin mata. Antaranya seperti basahkan cermin mata dengan air paip atau air bersih, kemudian lap dengan menggunakan kain microfiber yang korang dapat free masa beli spec tu.
Ads
Cara lain, calit saja ubat gigi pada cermin mata dan bersihkan dengan air. Itu pun antara cara mudah yang boleh bersihkan kaca mata korang.
So guys, the choice is yours..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Melihat keunikan cahaya aurora dengan mata sendiri merupakan impian bagi individu yang suka kepada kecantikan alam.
Jika korang masih tercari-cari lokasi mana yang sesuai untuk memburu aurora pada tahun 2020 ini, berikut merupakan satu perkongsian daripada Mohd Fauzi Zakaria yang telah pun berpengalaman menyaksikan sendiri cahaya aurora bersama rakan sepasukannya.
Boleh masuk juga dalam checklist percutian korang tahun ini.
Let's check this out!
1. Iceland
Iceland merupakan sebuah pulau, jadi cuaca di sana sangat tidak menentu. Dua kali berkunjung ke bumi Iceland, Fauzi gagal untuk melihat cahaya aurora dari daratan. Walaupun signal sangat kuat, awan tebal telah menutup keseluruhan langit. Uniknya, lelaki ini dapat melihat dengan terang cahaya aurora dari tingkap kapal terbang dalam penerbangan menuju ke London.
Jika korang dapat melihat di bumi Iceland, nasib korang memang baik sebab gambar aurora korang pasti menjadi antara yang terbaik. Sebab apa? Bayangkan gambar korang dengan aurora di langit yang berlatar belakangkan air terjun, geothermal hot spring dan juga lanskap volcano yang memukau.
2. Fairbank, Alaska
Terletak di Amerika Syarikat, antara kekangan yang ada ialah korang perlu memohon visa jika hendak ke sini. Alaska menjadi antara lokasi terbaik kerana cuacanya yang sangat sejuk, langit terang dan kepekatan malam menepati semua pakej ciri-ciri kewujudan cahaya aurora.
3. Kanada
Lokasi paling tepat di Kanada adalah di daerah Yellowknife, Northwest Territories atau di area Yukon. Cuma paling azab masa nak apply visa ke Kanada. Rasanya lebih susah dari nak mohon visa ke US.
4. Norway
Ini antara tempat favorite kalau bercerita tentang aurora. Sejak 2015, setiap kali berkunjung ke sini tidak pernah pulang dengan hampa. Pernah sekali, aurora menari-nari tanpa henti dari jam 6 petang hingga 3 pagi.
Banyak lokasi di Norway untuk korang yang nak memburu aurora ni. Antaranya Tromso, Svalbard, Lofoten Island, Alta dan Andoya. Cuma setiap lokasi kecantikannya berbeza-beza bergantung pada lanskap lokasi tersebut.
5. Finland
Negara ini juga jarang mengecewakan jika korang berkunjung dari September ke Mac. Boleh dikatakan hampir setiap malam aurora akan muncul. Jika korang ada duit lebih bolehlah menginap di hotel igloo glass sambil berbantalkan lengan dan berbumbungkan cahaya aurora di langit. Lokasi popular untuk igloo glass hotel ini bertempat di Rovaniemi dan Kakslauttanen.
6. Sweden
Dua lokasi utama untuk menunggu ketibaan aurora ialah di Abisko National Park dan Kiruna. Pengalaman peribadi Fauzi menaiki snowmobile membelah kepekatan malam di atas sungai yang membeku di taman negara Abisko dengan suhu sekitar -23 darjah celcius untuk menyaksikan sendiri aurora menari di langit antara pengalaman unik sehingga hari ini.
Di Kiruna pula, uniknya bandar ini kerana terdapat satu hotel yang dibuat dengan ais termasuk katil. Jadi korang akan tidur di atas ais sepanjang malam. Jangan tanya sejuk ke tak sebab bayaran satu malam mencecah hampir Rm4,000. Hiks!
Wah, bila mendengar pengalaman yang dikongsi ini rasa lagi excited kami nak melihat sendiri cahaya aurora.
Kalau ada yang teringin nak menyaksikan cahaya aurora ini, bolehlah menabung mulai sekarang. Hehe!
*Gambar adalah daripada koleksi peribadi dan National Geography
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat K-Pop, sudah pasti ramai yang mengetahui penyanyi sensasi, G-Dragon bakal melakukan konsert jelajah dunia solo Übermensch di beberapa destinasi termasuk Kuala Lumpur, Malaysia.
Tidak dinafikan, ia mendapat sambutan peminat sehingga ada yang sanggup menghitung hari dan mengikat perut bagi merebut peluang untuk melihat sendiri penyanyi legenda K-Pop ini membuat persembahan secara langsung depan mata.
Pada masa yang sama, terdapat juga segelintir pihak mengambil kesempatan selepas beberapa hari tiket mula dijual mengikut fasa bermula dari kelab peminat (VIP), pra-jualan, sampai ke jualan tiket umum yang mula menimbulkan drama dan ketegangan dalam kalangan peminat.
Menerusi sebuah perkongsian yang di media sosial baru-baru ini, terdapat individu yang sanggup menjual semula tiket (resell) dengan harga tidak masuk dek akal. Tiket asal untuk zon VVIP barisan hadapan yang sepatutnya berharga RM1,339 kini dijual semula sehingga mencecah RM28,000.
Hal itu telah mencetuskan pelbagai reaksi peminat K-Pop terutamanya VIP yang meluahkan rasa kecewa dan marah di media sosial sehingga merasa dikhianati kerana peluang untuk melihat idola kesayangan mereka diragut oleh ‘scalper’ iaitu individu yang membeli banyak tiket semata-mata untuk dijual semula dengan harga melampau demi keuntungan sendiri.
Walaupun situasi ini bukan sesuatu yang baru dalam dunia hiburan, terutama untuk konsert artis-artis besar seperti G-Dragon tetapi bila ia berlaku di Malaysia. Ianya jadi lebih menyedihkan kerana peluang ini jarang datang, lebih lagi Malaysia antara negara yang sering tidak dimasukkan dalam destinasi beberapa konsert berbanding negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.
Sementara itu, peminat turut berharap agar pihak penganjur dan platform penjualan tiket lebih tegas dalam menangani isu penjualan semula yang tidak beretika ini.
Selain itu, ada yang mencadangkan sistem pendaftaran dengan kad pengenalan, had pembelian tiket, atau bahkan teknologi anti-scalping seperti kod dinamik QR. Mereka juga berharap agar pihak penganjur akan mengambil tindakan susulan agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi.
Sekadar info, G-Dragon bakal memulakan konsert jelajah dunia ‘Übermensch Tour 2025’ bermula Mei ini dan bakal menggegarkan beberapa bandar di seluruh dunia seperti Tokyo, Osaka, Macau, Taipei, Jakarta, Hong Kong, termasuk Kuala Lumpur pada Julai ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!