Pemergian peserta Big Stage 2020 mengemparkan seluruh Malaysia pagi tadi, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26 tahun menghambuskan nafas terakhir selepas seminggu koma akibat kemalangan jalanraya.
Rata-rakan rakan selebriti turut meluahkan rasa sedih atas perkhabaran tersebut yang mana menganggap ianya satu kehilangan besar di dalam industri biarpun baru sahaja membuat kemunculan semula selepas bertapak sejak tahun 2014.
Ini antara rakan artis yang turut bersedih dan kongsi khabar sedih di media sosial
Terdahulu, Sandra dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) pada Sabtu minggu lalu ketika penyanyi kelahiran Sabah ini sedang menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat.
Dalam konsert minggu keempat bertemakan Baby Bash, Sandra yang ditugaskan untuk membawa lagu asal Ella berjudul Nuri telah dikecualikan oleh pihak Astro daripada disingkirkan malah elaunnya turut diteruskan.
Al-fatihah dan takziah kami ucapkan buat Sandra.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, sempena ulang tahun ke-25 menara Berkembar Petronas yang menjadi mercu tanda bandar raya Kuala Lumpur, tular sebuah video memaparkan aksi seorang wanita muda yang sedang bertugas sebagai Juruteknik.
Wanita yang digelar ‘Iron Lady’, Normalia Sidek atau lebih dikenali sebagai Maya difahamkan bertugas sebagai Rope Access Technician (juruteknik akses tali) dan juga Non-Destructive Testing (NDT) technician berjiwa besar dan berani melakukan pekerjaan mencabar itu apatah lagi seorang wanita.
Menurutnya menerusi Tiktok, tidak ramai yang berpeluang berada di puncak dan menawan aras tertinggi KLCC. Justeru, Maya berkongsi pemandangan yang dilihat dari ketinggian 1,483 kaki berkenaan sebenarnya sangat mengagumkan.
Kredit: Maya Sidek
“Petronas Twin Tower cukup bermakna bagi saya. Ia salah satu yang berada dalam bucket list item saya. Saya bersyukur terpilih berada dalam pasukan yang hebat. Saya duduk di atas sana (sekejap) rasa seperti healing”
“Saya sangat bersyukur kerana ia begitu cantik pemandangan dari atas, jelas keindahan dunia di bumi ini,” katanya.
Tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, pengalaman menjalankan tugas pada aras tinggi bukan mudah dan berisiko tinggi. Jelasnya, kekuatan mental dan fizikal perlu dipersiap demi kelancaran tugas di samping perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan biarpun sudah dilengkapi alat keselamatan.
“Sebagai rope technician kita perlu menyediakan kekuatan mental dan fizikal. Mental perlu kuat kerana di atas sana pelbagai perkara boleh berlaku. Trust your movement. Anyone can be anything,” katanya.
Tidak ramai yang berpeluang menakluk puncak KLCC. Justeru, tugasnya menukar lampu pada mercu kedua tertinggi di Malaysia itu juga menjadi kebanggaan beliau.
“Saya sangat bangga dengan kejayaan pasukan saya kerana dapat menyumbang hasil tangan kami untuk Malaysia. Setiap kali saya melihat KLCC yang kini sudah boleh bertukar-tukar warna lampunya, saya akan teringat memori memasang sistem itu di sana,” kongsinya.
“Saya katakan kepada anak tengok lampu itu, ibu yang pasang,” ujar Maya.
Sementara itu, keberanian dan semangat kental Maya turut disoroti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menerusi media sosial.
“Saya terkejut dan kagum melihat seorang wanita bekerja di atas puncak Menara Berkembar Petronas. Saya tengok gayat dan seperti hendak jatuh tetapi beliau berani. Wanita Melayu zaman ini, mereka berani sehingga naik begitu (tinggi)”
“Sudah tentu orang lain tidak berani. Beliau (Maya) menunjukkan kebolehan wanita Melayu yang kadang-kadang lebih daripada lelaki Melayu. Namanya Cik Maya Sidek, saya ucap tahniah. Inilah semangat yang ingin dilihat daripada wanita-wanita kita iaitu berani menghadapi cabaran dan mengatasi segala perasaan takut . Tahniah Maya Sidek,” ucap Tun Dr Mahathir.
Sekadar info, menerusi temubual bersama SinarPlus sebelum ini, Maya mendedahkan kerjayanya bermula semasa beliau aktif dengan aktiviti lasak iaitu mendaki tebing. Kemudian, beliau mula mencuba mengambil kursus kemahiran untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pekerjaan mencabar itu.
Sumber: Sinar Plus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Elon Musk seringkali hadir dengan idea yang luar biasa dan ‘gila’ bagi sesetengah orang. Berjaya membangunkan Tesla dan Space X sekaligus berjaya membuatkan orang ramai kagum dengan keupayaan beliau.
Terbaharu, Elon Musk berjaya memiliki keseluruhan laman sosial popular Twitter dengan nilai sekitar $44 bilion, iaitu sekitar RM191.7 bilion. Dengan pengambil-alihan ini juga, Twitter yang kini didagangkan secara awam akan menjadi sebuah syarikat persendirian.
Elon Musk sebelum ini sedia mengatakan Twitter telah menjadi sebuah pusat digital untuk perkongsian pelbagai perkara, dan beliau akan menjadikan ia sebuah platform bebas berbicara. Beberapa perubahan akan turut dilakukan, termasuk menjadikan algoritma untukya sumber terbuka, disamping mengatasi masalah bot berbentuk spam.
Foto Via The Economic Times
Elon Musk turut percaya Twitter mempunyai kemampuan yang lebih besar, dan akan membangunkan ia ke arah berkenaan. Elon Musk turut mempunyai beberapa syarikat lain dibawah beliau, termasuk Tesla, dan juga SpaceX.
Proses pengambil-alihan Twitter oleh Elon Musk ini dijangka akan selesai pada tahun 2022 ini juga, tertakluk kepada pengesahan pelbagai pihak.
Sebelum ini Elon Musk, dilihat sangat aktif berinteraksi di Twitter sehingga pemegang saham Tesla terpaksa meminta pihak Securities and Exchange Commission (SEC) untuk memaksa Elon Musk untuk memadamkan beberapa ciapan tertentu kerana melanggar etika perdagangan saham.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tibanya bulan Ramadhan yang mulia ini, tentulah umat Islam semua seronok dan berkobar-kobar nak meningkatkan amal ibadah.
Ini kerana, Allah telah menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda pada bulan ini, terutamanya dengan adanya Lailatul Qadar yang dikenali sebagai Malam Seribu Bulan.
Sebagai wanita, keuzuran seperti haid dan nifas bukanlah kekangan bagi kita merebut ganjaran yang ditawarkan Allah SWT dalam bulan Ramadhan. Namun, ada 7 amalan yang boleh dilakukan oleh wanita yang dalam keuzuran.
1. Menyediakan makanan berbuka
Boleh sediakan untuk sesiapa saja. Masak dan sediakan untuk ahli keluarga sendiri pun boleh dapat pahala orang yang berpuasa.
Kalau tak sempat masak, korang boleh beli saja dan berikan kepada orang lain untuk berbuka.
2. Menyediakan makanan sahur
Selain mendapat pahala memberi makan kepada orang lain, ia juga memberi peluang untuk turut menghidupkan waktu sahur dengan qiyamullail.
Qiyamullail tidak semestinya solat. Boleh dalam bentuk zikir, istighfar dan doa. Korang boleh doa banyak-banyak, waktu mustajab ni.
3. Menjauhi larangan agama
Jangan kerana tidak puasa korang terus menghabiskan hari 10 terakhir Ramadan dengan perkara yang lalai dan sia-sia. Manfaatkan masa dengan kebaikan. Jaga mata, jaga telinga, jaga mulut dan jaga anggota badan daripada perkara yang dilarang.
4. Banyakkan berdoa dan berzikir
Sepanjang bulan Ramadan adalah waktu mustajab berdoa. Lebih-lebih lagi ketika waktu berbuka, waktu bersahur dan 1/3 malam. Sambil-sambil tolong siapkan makanan tu, banyakkan berdoa.
5. Mengingatkan ahli keluarga kepada kebaikan
Ingatkan ahli keluarga lelaki supaya solat fardhu dan solat tarawih berjemaah di masjid. Jika ada ahli keluarga dalam kalangan anak kecil, korang boleh tolong jagakan. Mudahkan ahli-ahli keluarga lain untuk beribadat.
6. Menyibukkan diri menuntut ilmu
Manfaatkan masa dengan menghadiri majlis ilmu, mendengar ceramah agama, membaca buku ilmiah, mendengar bacaan al-Quran, membaca tafsir al-Quran dan sebagainya. Paling penting, korang dapat menambahkan amal kebajikan dan manfaat buat diri.
7. Banyakkan bersedekah dan derma
Nabi Muhammad SAW sendiri menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadan. Rebutlah pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadan dengan bersedekah. Lebih-lebih lagi di 10 malam terakhir Ramadan. Banyakkan sedekah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...