Selain daripada digunakan untuk berkumur dan memastikan mulut anda tidak berbau. Listerine juga ada beberapa lagi kegunaan lain yang bagus dan efektif yang anda tak pernah tahu.
10 cara kegunaan lain Listerine yang boleh anda amalkan.
1. Hilangkan Bau Busuk Pada Ketiak
Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak. Listerine mampu menghilangkan bau tengik ketiak anda dan memberikan bau yang lebih segar.
2. Hilangkan Kegatalan Akibat Gigitan Serangga
Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam.
Ads
3. Membasmi Kuman di Mangkuk Tandas
Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas pun berbau wangi.
4. Membantu Hilangkan Kelemumur Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine ke atasnya. Urut Listerine ke seluruh bahagian rambut hingga terasa sejuk. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut. Lebih jimat daripada bayar rawatan kelemumur di salon.
5. Menghilangkan Kutu di Bulu Haiwan
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut.
Ads
6. Membersihkan Muka yang Berjerawat Sapukan sedikit Listerine ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Hebatkan!
7. Membasmi Kuman di Berus Gigi Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah boleh gunakan tanpa was-was berus gigi anda!
8. Bersihkan Skrin TV atau Monitor Komputer Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata.
9. Hilangkan Bau Busuk di Dalam Tong Sampah
Tong sampah di rumah jika berbau boleh ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat.
Ini antara beberapa cara lain penggunaan Listerine. Bolehlah anda cuba. Kalau tak rajin nak cuba, beli jugalah Listerine tu untuk berkumur.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertandingan ratu cantik diadakan bagi memberi peluang kepada para pesertanya menonjolkan prestasi diri dan dalam masa yang sama meletakkan misi mereka ke hadapan. Sama juga dengan organisasi itu sendiri, setiap satu memiliki mesej dan pemerkasaan yang ingin di ketengahkan.
Terbaharu, buat julung kalinya Miss Environment International telah diadakan. Pertandingan ratu cantik yang beribu pejabat di Mumbai ini bermatlamat untuk menyebarkan kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar dan kepentingan perlindungan sumber asli.
Kayra saat dimahkotakan sebagai Miss Environment International 2022. Kredit foto: Facebook Miss Environment International
Selain itu, platform ini juga digunakan untuk mempamerkan dan mempamerkan budaya, bakat peserta dan mempromosikan kesedaran sosial dengan betul dan positif sebagai pahlawan pemuliharaan alam sekitar.
Edisi pertama ini telah disertai sebanyak 18 buah negara dan wakil Belgium menjadi juara pertama. Kayra Wouters, 21, yang merupakan seorang kerani pengurusan telah membuktikan yang usahanya tidak sia-sia. Dia yang berketinggian 165 cm ini menulis di Instagramnya sebaik kemenangan diumumkan, “Tuhan telah memberi saya peluang, saya terimanya dengan kedua-dua tangan penuh terbuka.”
Top 5 Miss Environment 2022. Kredit foto: Instagram Kayra WoutersKayra bersama Miss Environment India. Kredit foto: Instagram Kayra Wouters
Dalam temubualnya bersama organsasi pertandingan itu, gadis cantik ini menyatakan bahawa dia seorang yang sukakan cabaran serta suka aktiviti luar. “Tidak ada cara yang lebih baik untuk menggembirakan saya daripada membiarkan saya bermain di luar. Jika saya perlu menggambarkan diri, saya merupakan seorang manusia yang sayang akan haiwan dan ingin melihat dunia dengan luas.
“Itulah sebabnya saya membesar menjadi seorang wanita yang kuat yang mengambil berat tentang alam sekitar dan kepayahan dalam hidup. Sebagai wakil Belgium, saya merasakan ini adalah seperti tanggungjawab yang besar. Saya berharap untuk menjadi orang yang menjadikan dunia sedikit lebih indah, hari demi hari, dengan mencuba yang terbaik,” ujarnya panjang.
Wakil Filipina, Michelle Arceo dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua dan memegang gelaran Miss Ecosystem manakala Amelia Michael Sky yang mewakili South Sudan berada ditempat ketiga dan diberikan gelaran Miss Biodiversity. Wakil Zimbabwe dan Peru masing-masing melangkapi dikedudukan kelima dan keempat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan penyanyi Camila Cabello di acara tahunan Met Gala 2024 menarik perhatian ramai apabila penuntun lagu Havana itu tampil dengan gaun mewah emas berkilau yang direka oleh Ludovic de Saint Sernin dengan berat lebih dari enam (6) kilogram.
Lupakan beg ‘awam’, malah apa yang lebih unik adalah Camila tidak lupa untuk menambah beg ‘bongkah ais’ sebagai aksesori pilihan untuk berjalan di red carpet. Ya betul, beg tersebut sememangnya diperbuat daripada ais yang sebenar!
Bukan itu sahaja, malah kombinasi gaun yang ditatah dengan 250,000 kristal Swarovski itu juga memang kena sangat dengan beg ais tersebut! Simple is more gitu! Beg ais yang dihiasi dengan bunga ros gelap itu juga menjadi perbualan peminat di sosial media.
“She’s so creative and brilliant for this” – @milashamless
“She was fighting the life of her hand for that but did not let it fall a second!” – @Yisus_00070
“Camila’s hilarious 😭 Very pretty girl too. Love the look” – @ladidaix
Fakta menarik mengenai beg ais ini, sebenarnya Camila Cabello bakal melancarkan album baru berjudul C,XOXO pada 28 Jun akan datang. Mesti ramai peminat yang dah tak sabar!
“My album. Miami. We’re dripping”, Camila CabeLO.
Perfect timing betul ya! Dah alang-alang di Met Gala, dia siap promosi album baru terus.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenama mewah dari Perancis, YSL Beauty telah menghidangkan pengalaman ‘Zon Kecantikan’ pertamanya di Malaysia, baru-baru ini.
Bertempat di Goddown Kuala Lumpur, Zon Kecantikan YSL ini diilhamkan daripada kempen #PushTheBoundaries mereka di mana ia bertujuan untuk mencipta pengalaman interaktif dalam kalangan pencinta rutin penjagaan diri dan kosmetiks secara atas talian atau secara fizikal.
Biarpun dilangsungkan dalam keadaan hujan renyai di sebelah malam, acara YSL Beauty ini masih mendapat sambutan daripada para pempengaruh dan selebriti tempatan yang hadir memberikan sokongan.
Seperti identiti YSL sendiri, ia gemar membawakan gaya tidak konvensional, kadangkala ‘daring’ dan di luar kotak biarpun minimal dari segi palet warna. Begitu jugalah dengan gaya para selebriti yang tampil dalam kod warna hitam namun tetap memiliki ‘x-factor’ masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!