Seperti yang kita semua tahu, pengambilan vaksin amat penting untuk ketahanan tubuh seseorang. Vaksin berupaya menentang pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pandemik Covid-19 yang telah mengancam nyawa penduduk bumi.
Foto Kredit : Pexels
Justeru itu, sebanyak 60.9 peratus populasi dewasa di Malaysia telah mendapat sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19 menurut data yang dikeluarkan Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Dalam kehangatan isu pemberian vaksin ini, REMAJA kongsikan 8 vaksin yang ada didunia selain vaksin Covid-19 bagi langkah kesihatan diri.
1. Vaksin Hepatitis B
Foto Kredit : health.insuresavvy.com
Hepatitis B adalah penyakit yang menyebabkan keradangan dan kerosakan hati. Dalam jangka panjang, jangkitan hepatitis B kronik boleh menyebabkan sirosis, kegagalan dan barah hati.
Di Amerika Syarikat, 1.25 juta individu dijangkiti virus hepatitis B secara kronik apabila 36 peratus dijangkiti ketika kecil. Sebanyak 25 peratus daripada mereka dijangkiti semasa bayi dan meninggal dunia beberapa tahun kemudian.
Sebab itu amat penting bayi diberikan vaksinasi hepatitis B.
2. Vaksin Difteria, Tetanus dan Pertusis (DTaP)
Foto Kredit : www.thehealthy.com
DTap adalah kombinasi vaksin yang memberi perlindungan terhadap difteria (sakit kerongkong), tetanus (kancing gigi) dan pertusis (batuk kokol).
Difteria ialah penyakit kerongkong disebabkan bakteria ‘Corynebacterium diphtheriae’. Kanak-kanak dijangkiti bakteria ini akan mengalami kesukaran menelan kerana tekak berasa sakit di kawasan antara rongga mulut, farinks dan bengkak pada kelenjar leher serta boleh membawa maut.
Tetanus adalah penyakit kancing gigi apabila pesakit mengalami kekejangan otot (selalunya di kawasan rahang dan leher) pada seluruh badan disebabkan jangkitan bakteria ‘clostridium tetani’. Pertusis pula ialah batuk kokol berpunca daripada jangkitan bakteria ‘bordetella pertussis’. Penyakit yang boleh membawa maut ini dapat dicegah melalui suntikan vaksin.
3. Vaksin pneumokokal
Ads
Foto Kredit : www.aarp.org
Vaksin ini melindungi daripada jangkitan bakteria ‘streptococcus pneumoniae’ yang boleh menyebabkan radang paru-paru, meningitis dan bakteremia.
4. Vaksin rotavirus
Foto Kredit : www.sciencenews.org
Rotavirus ialah jangkitan virus yang boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam dan sakit perut teruk dalam kalangan bayi serta kanak-kanak. Kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus boleh mengalami dehidrasi dan mungkin perlu dimasukkan ke hospital.
Kira-kira 80 peratus kematian disebabkan jangkitan virus rotavirus di negara membangun.
5.Vaksin campak, beguk dan rubella (MMR)
Foto Kredit : www.news-medical.net
Kombinasi tiga vaksin ini untuk melindungi kanak-kanak daripada menghidap penyakit demam campak, beguk dan rubella.
Demam campak adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus campak. Beguk ialah penyakit yang disebabkan virus paramyxovirus dan menyebabkan pembengkakan serta rasa sakit pada kelenjar parotid.
Ads
Rubella sejenis penyakit disebabkan oleh virus rubella yang biasanya ditemui pada tekak, darah dan najis individu dijangkiti.
6. Vaksin influenza
Foto Kredit : www.news-medical.ne
Jangkitan virus influenza boleh membawa komplikasi kesihatan hingga meragut nyawa.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kajiannya mendapati sekitar 600 juta masyarakat di dunia berhadapan risiko influenza setiap tahun.
Oleh itu, vaksin influenza terbukti boleh menghindari komplikasi demam selesema dan menyelamatkan nyawa.
7. Vaksin virus papilloma manusia (HPV)
Foto Kredit : www.clinicaladvisor.com
HPV adalah penyebab utama barah pangkal rahim dalam kalangan wanita, barah dubur dan beberapa jenis penyakit barah yang lain.
Ads
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) menyarankan suntikan vaksinasi HPV kepada kanak-kanak berusia antara 11 dan 12 tahun. Suntikan pelalian ini boleh dimulakan seawal usia sembilan tahun.
Imunisasi ini juga disyorkan kepada individu berusia 26 tahun yang belum mendapatkan perlindungan vaksinasi secukupnya.
8. Vaksin varisela
Foto Kredit : www.everydayhealth.com
Juga dikenali sebagai vaksin cacar air yang memberi perlindungan daripada penyakit cacar air. Penyakit ini mudah menjangkiti yang menyebabkan kulit gatal dan menggelembung berserta cecair.
Satu dos vaksin ini boleh mencegah 95 peratus penyakit yang sederhana dan 100 peratus teruk.
Apa Sebenarnya Vaksin Ini?
Vaksin ini sebenarnya menggunakan sejumlah kuman yang mati atau lemah yang disebabkan oleh beberapa penyakit.
Walaupun ia mengandungi kuman seperti virus atau bakteria, vaksin ini tidak akan menyebabkan penyakit atau membahayakan komplikasi badan. Melalui suntikan, oral atau semburan melalui hidung, kuman ini dimasukkan ke dalam badan untuk merangsang sistem kekebalan badan untuk bertindak balas seolah-olah ianya seperti jangkitan sebenar.
Apabila badan bertindak balas dengan kuman tersebut, ia akan mengatasi jangkitan dan mengingati kuman itu. Jika badan kamu masih mendapat penyakit yang sama, antibodi dalam badan kamu dapat melawan kuman tersebut.
Vaksin ini bertujuan untuk melatih sistem ketahanan badan kamu untuk membuat antibodi. Antibodi ini pula akan diaktifkan apabila badan terkena penyakit.
Pasti ramai yang sudah merindui untuk bercuti ke luar negara setelah lebih kurang dua tahun ‘kebebasan’ melancong disekat gara-gara pandemik COVID-19.
Kini, sempadan negara sudah pun dibuka, namun masih ramai yang teragak-agak untuk ke luar negara kerana bimbang prosedur ketat yang harus dilalui sebelum berkunjung ke sana.
Bagi korang yang masih dalam perancangan untuk bercuti ke luar negara dan berminat untuk mengunjungi ke lokasi-lokasi percutian yang tidak pernah dilawati, berikut kami kongsikan nilai matawang bagi beberapa buah negara di seluruh dunia.
Senanglah nak buat kunci kira-kira sebelum pergi melancong kan. Hiks!
Jom kita semak nilai matawang seperti yang telah dikongsi oleh Lyna Noh ini.
Negara yang senang nak membeli-belah, tak pening kepala untuk convert currency
Namun begitu, nilai matawang ini adalah secara average sahaja tidak mengikut nilai tukaran semasa. Tetapi korang masih lagi boleh menggunakannya untuk membuat rujukan dan anggaran untuk melancong ke luar negara.
Macam mana, dah ada rancangan untuk ke negara mana ke? Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bau baju yang hapak dan tidak menyenangkan punca rakan sekerja tidak selesa? Padahal baru sahaja keluar dari mesin basuh semalam? Haaa… ada banyak faktor tau mengapa bau baju kekal hapak!
Jikalau cara anda mengendalikan baju tidak betul, memang susah untuk baju kekal wangi dan segar. Jadi jom REMAJA kongsikan lima tips untuk baju kekal berbau wangi dan segar!
1. Basuh baju yang dibasahi peluh dengan segera
Lepas bersenam atau melakukan apa saja aktiviti yang menyebabkan korang banyak berpeluh, pastikan basuh baju yang lencun itu dengan segera tau!
Jangan tunggu dan biar lama-lama bagi mengelakkan sebum meresap ke dalam baju yang kemudian akan menjadikan baju anda lebih berbau.
2. Jangan biarkan baju yang basah dengan peluh bertimbun dalam bakul untuk tempoh masa lama
Selain itu, korang kena elakkan baju-baju yang basah akibat peluh bertimbun dalam bakul dan dibiarkan lama. Iyalah…kadang tuntutan kerja yang terlalu padat menyebabkan kita tidak prihatin akan aspek kecil sebegini.
Namun, korang kena peka dan bertidak pantas kerana baju akan semakin berbau dan sukar dihilangkan akibat pembiakan dan tindak balas bakteria sekiranya dibiarkan terlalu lama.
3. Jangan ‘overload’ mesin basuh anda
Ramai daripada kita yang gemar menyumbat pakaian sehingga penuh ke dalam mesin basuh dengan hanya sekali cucian. Yelah…akibat malas untuk membuat cucian kali kedua.
Tapi tahukah anda, pakaian yang memenuhi mesin basuh sehingga melebihi kapasiti sebenar tidak akan dicuci dengan baik?
Cara terbaik adalah memastikan pakaian diisi tidak lebih daripada ¾ kapasiti mesin basuh. Barulah pakaian anda mempunyai ruang dalam mesin tersebut untuk dicuci secara optimum!
4. Keringkan pakaian dengan segera
Apabila ia sudah dicuci, pakaian perlulah dijemur atau dikeringkan dengan segera. Hal ini kerana, pakaian yang dibiarkan basah hanya akan mengundang pembiakan bakteria yang menyebabkan pakaian berbau hapak.
Jika anda menggunakan mesin pengering, pastikan anda tidak menyumbat kesemua pakaian sehingga penuh. Manakala, sekiranya anda ingin menjemur pakaian, pastikan ia berada di luar rumah atau di bawah cahaya matahari.
Cahaya matahari boleh membantu membunuh sebarang spora kulat mahupun bakteria yang terdapat pada pakaian.
5. Gunakan pencuci baju yang terbukti berkualiti & berkesan
Salah satu sebab kenapa baju masih ada bau yang tak menyenangkan walaupun sudah dibasuh ialah penggunaan pencuci baju yang tidak cukup wangi dan berkesan.
Sebab itulah korang kena gunakan serbuk detergen TOP Magical Infusion yang mengandungi Advanced Micro Clean Tech, di mana ia mampu menyingkirkan 99.9% virus berbahaya termasuk SARS-CoV-2 – yang mengakibatkan COVID-19, Coxsackie dan Influenza A.
Selain itu, pencuci baju ini menampilkan dua jenis teknologi unik daripada Lion Corporation Japan, yang mampu menaikkan semangat pengguna secara berkesan serta membangkitkan mood dan deria anda!
Dilengkapi dengan Mood Science Tech, haruman bunga premium yang halus namun kaya terbukti dapat membangkitkan perasaan gembira dan yakin setiap pengguna.
Selain itu, TOP Magical Infusion juga mengandungi Bloom Sense Tech di mana apabila fabrik digosok, wangian semerbak yang menakjubkan akan dikeluarkan dan menghasilkan kesan tahan lama yang membantu anda berbau segar dan yakin sepanjang hari. Lurve kan?
Maka, tiada lagi isu baju berbau hapak sehingga menimbulkan ketidakselesaan orang sekeliling. Malah ada kemungkinan, anda akan makin disayangi kerana haruman menyenangkan yang sentiasa melekat di baju! Hiks!
Jadi tunggu apa lagi? Jom dapatkan serbuk detergen TOP Magical Infusion di pasar raya besar, pasar raya dan pasar mini di seluruh negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
RAMAI dalam kalangan kita terlalu sibuk dengan kerja sehingga terlupa atau langsung tidak sempat untuk servis kereta sendiri. Tambahan pula, perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke rumah masing-masing pada waktu perayaan ini memerlukan pemeriksaan yang teliti terhadap kenderaan.
Bersempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelma, PUSPAKOM melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma. Malah, pelanggan bertuah juga bakal memenangi hadiah lumayan sepanjang tempoh kempen bermula hari ini hingga 20 Januari 2023.
Dengan tanda pagar #drivesafenoregrets PUSPAKOM ingin mengingatkan orang ramai khususnya pemilik kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina supaya memastikan kenderaan mereka berada di tahap kondisi yang terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Orang ramai boleh mendapatkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau dengan nama singkatan VVI (Voluntary Vehicle Inspection) secara percuma ini di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali cawangan Taman Bukit Maluri, Shah Alam dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan membuat janji temu di www.mypuspakom.com.my atau aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM.
Unit Pemeriksaan Bergerak
Demi kemudahan orang ramai, PUSPAKOM turut mengerah Unit Pemeriksaan Bergerak bagi menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada orang ramai di beberapa lokasi terpilih seperti berikut:
NO
TEMPAT
TARIKH
MASA
1
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi
12 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
2
Lotus’s cawangan Kepong
14 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
3
Wisma DRB-HICOM
16 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
4
Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak
17 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
5
Lebuh Ayer Keroh, Melaka (Berdekatan pintu gerbang, Ayer Keroh)
19 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, ”Kempen VVI percuma ini bertujuan membantu orang ramai mendapat maklumat tentang kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan kenderaan menggunakan peralatan berkomputer supaya mereka dapat melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya sebelum pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina”.
Untuk maklumat lanjut dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma ini dan cara memenangi hadiah, sila layari Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd.
Bermula minggu ini dijangkakan mungkin korang akan bersiap sedia untuk balik ke kampung halaman. Jadi pastikan korang pulang ke kampung dan destinasi dengan selamat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Syed Saddiq berjaya menyumbangkan lebih RM4.5 juta sepanjang tahun 2025 hasil kolaborasi bersama jenama tempatan bagi membantu kebajikan penduduk Parlimen Muar.