RAMAI dalam kalangan kita terlalu sibuk dengan kerja sehingga terlupa atau langsung tidak sempat untuk servis kereta sendiri. Tambahan pula, perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke rumah masing-masing pada waktu perayaan ini memerlukan pemeriksaan yang teliti terhadap kenderaan.
Bersempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelma, PUSPAKOM melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma. Malah, pelanggan bertuah juga bakal memenangi hadiah lumayan sepanjang tempoh kempen bermula hari ini hingga 20 Januari 2023.
Dengan tanda pagar #drivesafenoregrets PUSPAKOM ingin mengingatkan orang ramai khususnya pemilik kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina supaya memastikan kenderaan mereka berada di tahap kondisi yang terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Orang ramai boleh mendapatkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau dengan nama singkatan VVI (Voluntary Vehicle Inspection) secara percuma ini di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali cawangan Taman Bukit Maluri, Shah Alam dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan membuat janji temu di www.mypuspakom.com.my atau aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM.
Ads
Unit Pemeriksaan Bergerak
Demi kemudahan orang ramai, PUSPAKOM turut mengerah Unit Pemeriksaan Bergerak bagi menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada orang ramai di beberapa lokasi terpilih seperti berikut:
NO
TEMPAT
TARIKH
MASA
1
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi
12 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
2
Lotus’s cawangan Kepong
14 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
3
Wisma DRB-HICOM
16 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
4
Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak
17 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
5
Lebuh Ayer Keroh, Melaka (Berdekatan pintu gerbang, Ayer Keroh)
19 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
Ads
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, ”Kempen VVI percuma ini bertujuan membantu orang ramai mendapat maklumat tentang kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan kenderaan menggunakan peralatan berkomputer supaya mereka dapat melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya sebelum pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina”.
Untuk maklumat lanjut dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma ini dan cara memenangi hadiah, sila layari Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd.
Bermula minggu ini dijangkakan mungkin korang akan bersiap sedia untuk balik ke kampung halaman. Jadi pastikan korang pulang ke kampung dan destinasi dengan selamat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rata-rata rakyat Malaysia kini mementingkan gaya hidup yang sihat, mana tidaknya setiap petang ramai je pergi beriadah dan bersenam di taman-taman rekreasi. Namun, peningkatan kes Covid-19 kini pasti mendorong korang tidak keluar sesuka hati dan hanya membuat senaman di kawasan rumah sahaja.
Jadi apa kata kita bersenam di rumah sahaja dengan aktiviti melompat tali atau pun skipping. Walaupun nampak ‘simple’ dengan hanya melompat tapi banyak kebaikannya. Sebelum ini, page Public Health Malaysia ada berkongsi kebaikan melakukan aktiviti ini. Paling menarik ia mampu memberi kesan positif seawal 5 minit ke atas tubuh badan.
Kelebihan Senaman Lompat Tali
Sumber Gambar : Pexels
1. Pembakar lemak.
Lompatan selama 1 jam dapat bakar sehingga 1300 kalori. Dengan 10 minit buat jump rope, sama macam kita jogging 13km.
2. Koordinasi langkah kaki bertambah baik.
Untuk mereka yang semakin meningkat umur sangat bagus. Jump rope dapat melatih otak membuat beberapa pergerakan dalam 1 masa.
3. Mengurangkan kecederaan kaki dan pergelangan kaki.
Sebabnya kita dah bentuk otot kaki kita bertambah kuat dengan senaman jump rope.
Jadi kaki ini dah siap terima apa-apa gerakan atau hentakan yang berlebihan bila-bila masa.
4. Posture badan bertambah baik.
Sangat sesuai bagi korang yang selalu mengadap komputer yang akan menyebabkan risiko posture menjadi bongkok. Semasa aktiviti lompat tali ini, posture badan automatik berubah menjadi menegak dan mendada.
5. Tulang bertambah padu dan otot semakin kuat.
Lompat tali ini senamannya seperti senaman angkat berat. Kesannya, tulang dan otot kita jadi lebih kuat untuk menampung berat badan.
6. Hilangkan Stress
Enjoy... macam zaman kanak-kanak kita bermain lompat tali ini. Korang boleh buat di mana sahaja. Tak perlu tempat dan ruang besar. Yang penting ada tali jump rope.
Tak perlu lama-lama. 5 minit pun cukup dah. Setiap 1 minit buat lompat tali, pastikan kita rehat 15 saat.
Jangan bagi alasan tak ada tali lompat ini okay…dekat shopee penulis tengok banyak je jual.hehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, tular sebuah video ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Abdul Somad susulan khabar mengenai pemergian suami kepada pelakon Indonesia Jennifer Coppen, Dali Wassink yang dibakar jenazahnya walaupun sudah bergelar mualaf.
Menerusi video tersebut, Ustaz Abdul Somad berkongsi ilmu mengenai hukum dari segi agama apabila seseorang itu memilih untuk dibakar jenazahnya setelah mati.
Selain pilihan individu itu sendiri, jika si mati tidak diketahui keislamannya walaupun sudah bergelar mualaf namun tetap dibakar jenazah dan bukannya ditanam, satu kampung atau masyarakat disitu akan menanggung dosa.
“Bila ada seorang muslim di mana ibu bapanya tidak tahu dia sudah muslim tetapi jenazahnya dikremasi (dibakar), maka satu kampung akan tanggung dosa”
“Itu makanya dinamakan fardhu kifayah. Kifayah bermaksud jika sudah dillaksanakan oleh satu orang atau sebahagian daripada masyarakat, maka gugurlah kewajiban tersebut daripada seluruh masyarakat”
“Jika sudah mengucap dua kalimah syahadah, anda perlu berikan maklumat peribadi di pusat mualaf termasuk alamat tempat tinggal, info keluarga dan saudara-mara,” katanya lagi.
Susulan itu, Ustaz Abdul Somad turut memesan agar para mualaf di luar sana untuk mencatat atau memaklumkan identiti dengan lengkap supaya dapat memudahkan proses pengebumian setelah meninggal suatu hari nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penggunaan kata laluan atau password adalah sangat penting bagi menjaga privasi dan keselamatan informasi peribadi milik kita. Tambah pula, zaman teknologi hari ini semuanya dilakukan secara digital.
Pemilihan kata laluan yang lemah boleh membawa kemudaratan kerana memudahkan individu lain menjejakinya dan menceroboh masuk ke semua akaun digital milik kita.
Satu kajian telah dilakukan oleh syarikat pengurus kata laluan, NordPass mendedahkan beberapa jenis kata laluan cukup mudah untuk diteka dan digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Menerusi senarai yang diterima, ‘123456’ masih lagi merupakan kata laluan paling biasa digunakan oleh kebanyakan pengguna. Seperti biasa, senarai tahun ini juga hampir sama kecuali kata laluan ‘123456’ digunakan sebanyak 2,543,285 kali pada tahun lepas. Penggunaan kata laluan ini telah meningkat kepada 103,170,552 kali pada tahun ini di seluruh dunia.
Menurut NordPass, 43 negara daripada 50 negara di seluruh dunia masih lagi suka menggunakan ‘123456’ sebagai kata laluan.
Berikut kami senaraikan antara kata laluan yang paling banyak digunakan bagi tahun 2021.
1. 123456
2. 123456789
3. 12345
4. Qwerty
5. Password
6. 12345678
7. 111111
8. 123123
9. 1234567890
10. 1234567
Ha, memang betul-betul senang ni. Agaknya malas fikir kot. Hiks!
Jangan macam tu guys. Sebaiknya korang cipta satu kata laluan yang kukuh untuk mengelakkan daripada mudah digodam. Nanti korang juga yang susah kan?
So, kalau ada yang menggunakan kata laluan ‘popular’ ini, korang bolehlah tukar segera sebelum berlaku apa-apa yang tidak diingini okay?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.