Peminat pastinya sudah tidak sabar menantikan kemunculan terbaru G-Dragon apabila dimaklumkan, penyanyi berbakat ini bakal membuat come back tidak lama lagi. Personaliti ini lebih dikenali sebagai ketua kumpulan muzik terkenal Big Bang dan kali terakhir, kumpulan ini muncul adalah pada Mac 2018.
Perkara ini telah dimaklumkan oleh YG Entertainment kepada YTN Star, bahawa G-Dragon sedang mempersiapkan lagu terbarunya. Malah, menerusi sumber terdekat, G-Dragon kini sibuk berulang-alik masuk ke studio dan ini lebih menguatkan lagi kenyataan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan beliau.
Ads
Ads
BIGBANG pada asalnya dijadualkan untuk memulakan semula aktiviti kumpulan dengan Coachella pada bulan April tahun ini, tetapi rancangannya gagal apabila acara itu dibatalkan kerana ke COVID-19.
Ads
Sama-sama kita nantikan kemunculan penyanyi ini tidak lama lagi.
Trend ‘eyelash extensions’ iaitu sambungan bulu mata palsu telah mendapat perhatian ramai tak kiralah dari selebriti hingga ke orang awam bukan la satu benda yang baru. Untuk nampak cantik dan sempurna, terutamanya golongan wanita sanggup melakukan apa sahaja.
Foto Via Beauty Insider
Namun persoalannya, akah hukum dalam Islam memakai ‘eyelash extensions’ ini terhadap wanita muslimah? Ikuti penerangan Mufti Wilayah Persekutuan mengenai prosedur eyelash extension di bawah ini.
Islam Tidak Melarang Kecantikan
Pada asasnya, Islam tidak melarang umatnya daripada mencantikkan diri. Bahkan Islam menganjurkan umatnya untuk tampil kemas dan kelihatan cantik dengan cara sederhana dan sesuai. Dalam sebuah hadis menyebut:
إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia sukakan keindahan.”
Riwayat Muslim (275)
Meskipun begitu, perbuatan tersebut hendaklah dilakukan keadaan sederhana. Islam melarang umatnya daripada sikap keterlaluan, keangkuhan dan penipuan.
Dalam isu pemakaian bulu mata palsu ini juga, kami berpandangan perlulah dilihat daripada beberapa sudut:
Kesucian
Memasang bulu mata palsu adalah haram jika menggunakan bahan bernajis seperti bulu bangkai kerana tidak sah dibawa solat dan jika di luar, haram kerana sengaja menajis badan tanpa ada keperluan (al-tadammukh bi al-najasah).
Jika menggunakan bulu mata palsu separa kekal dengan menggunakan gam yang akan menghalang air daripada sampai ke kulit dan setiap bulu mata, mata hukumnya juga adalah haram kerana menghalang sahnya wudhu’ dan mandi wajib.
Qias dengan larangan menyambung rambut
Ini kerana rambut dan bulu mata adalah bulu-bulu yang tumbuh pada badan manusia yang menjadi perhiasan tubuh badan dan tidak disunatkan untuk mencabutnya. Justeru, haram hukum menyambung bulu mata sama seperti haram menyambung rambut yang dilaknat dan tindakan mengubah ciptaan Allah SWT.
Kesihatan
Haram memakai bulu mata palsu yang menggunakan bahan-bahan yang memudaratkan nyawa dan tubuh badan manusia sedangkan tujuan Syarak adalah hifz al-nafs (menjaga nyawa manusia). Ini berdasarkan firman Allah Taala:
وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.”
(Surah al-Baqarah: 195)
Kecantikan
Haram hukumnya memasang bulu mata palsu sementara dan separa kekal bagi tujuan kecantikan dengan menggunakan bulu atau rambut manusia, haiwan, bulu sintetik, tanpa keizinan suami. Ini kerana terdapat unsur penipuan dan mengubah ciptaan Allah SWT.
Namun dibolehkan memakai bulu mata palsu yang menggunakan selain rambut manusia atau bulu najis, dengan keizinan suami, dan tidak menggunakan bulu mata palsu separa kekal yang menghalang air untuk bersuci. Ini kerana bercantik dan berhias untuk suami itu digalakkan dalam Syarak. Rujuk al-Majmu’ (3/141).
Begitu juga sekiranya terdapat keperluan mendesak seperti seseorang yang ditimpa penyakit, ditimpa kemalangan, terbakar atau yang seumpamanya daripada perkara-perkara kecacatan lalu menyebabkan bulu matanya rosak atau cacat, maka pemakaiannya adalah dibolehkan pada ketika itu, tanpa menggunakan bulu manusia, bahan bernajis dan tidak menghalang air untuk bersuci. Daripada Sayyidina Ali RA, katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang meninggalkan pangkal rambut daripada terkena air ketika mandi janabah walaupun sehelai, Allah akan melakukan begini-begini dengan api neraka.” Ali berkata: Sejak itu aku tidak menyukai rambutku.
Riwayat Abu Daud (249).
Adapun bulu mata yang ditanam ke dalam kulit, maka ia tidak menghalang sahnya wuduk.
Berdasarkan kesimpulan di atas, kami menyeru agar mereka yang memakai bulu mata palsu yang diharamkan Hukum Syarak meninggalkan perbuatan berkenaan dan bertaubat kepada Allah SWT dan melakukan perkara-perkara berikut:
Hendaklah bulu mata palsu itu dicabut dan gamnya dilunturkan untuk membenarkan air sampai ke bulu dan kulit semasa bersuci.
Jika bulu mata palsu itu tidak boleh dicabut, melainkan akan menyebabkan kecacatan kepada bulu mata dan mata, maka dibenarkan mengekalkannya sehingga dia gugur sendiri setelah tamat tempohnya. Dalam tempoh tersebut, wajiblah pemakainya berwudhu’ dan mandi wajib seperti biasa dan solat hormat waktu. Namun setelah tamat tempoh bulu mata tersebut, maka wajib dia mengulangi kembali mandi wajib dan semua solat-solatnya yang dilakukan dalam tempoh memakai bulu mata palsu tersebut kerana mengambil hukum faqid al-tohurain (orang yang tidak boleh bersuci dengan air atau tanah). Ini juga sebagai taghlizan (pengajaran yang berat) agar tidak cuai lagi dalam isu-isu kebersihan dalam Islam. Ini adalah pendapat yang lebih berhati-hati.
Namun, jika seseorang itu lemah imannya dan ditakuti akan terjerumus ke lembah kekufuran kerana tidak mampu mengqadha’ semua solat yang ditinggalkan dalam tempoh pemakaian bulu mata palsu tersebut, maka dalam keadaan darurat seperti ini diharuskan untuk bertaqlid dengan pendapat Imam al-Nawawi bahawa apabila solat itu sudah dilaksanakan pada waktunya maka tidak perlu mengulangi semula. Rujuk Tuhfatul Muhtaj (1/379) oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami. Ini juga merupakan pendapat yang sahih dalam mazhab Hanbali. Rujuk al-Mughni (1/184) oleh Imam Ibn Qudamah. Begitu juga dalam soal mandi wajib, terdapat pendapat lemah ulama Syafieyyah yang menganggap kotoran di bawah kuku dan ruang bahagian dalam simpulan rambut, yang menghalang air, adalah dimaafkan kerana terlalu sedikit. Rujuk Kifayah al-Akhyar (hlm. 43); Hasyiah al-Syirwani (1/187)
Semoga jawapan ini memberi kefahaman yang jelas kepada kita semua yang bahawa isu halal dan haram dirujuk kepada nas dan para ulama’ agar segala tindakan kita berbetulan dengan neraca Syarak. Kami nasihatkan kepada semua pihak khususnya para wanita agar berhias dan mencantikkan diri dengan kadar yang sederhana, tidak menunjuk-nunjuk, dan tidak mengubah ciptaan Allah seperti mana yang dilakukan oleh kaum Jahiliyyah.
Sebelum ini ini, PU Azman penceramah bebas dan pelakon, juga pernah berkongsi mengenai hukum pemakaian bulu mata palsu yang mungkin membuatkan ramai keliru.
Haram Kerana Ada Unsur Penipuan
Jelasnya, pemakaian bulu mata palsu adalah diharamkan kerana ia mempunyai unsur penipuan.
“Eyelash extension dan bulu mata palsu dilihat haram kerana ada unsur melampau. Ada unsur penipuan.
“Si pemakai nak orang lain tahu tu bulu mata dia, padahal bukan. Kalau si pemakai tak niat macam tu pun tetap haram kerana orang lain ingat itu bulu mata asli dia, maka ada unsur penipuan.
Ada Gam Yang Menghalang Air Wuduk & Mandi Wajib
“Haram kerana ada gam di atas kulit maka menghalang air wuduk dan mandi wajib. Kalau takda gam pun ia tetap haram kerana unsur penipuan.
Memudaratkan Kesihatan
“Haram kalau memudaratkan kesihatan bagi kes-kes tertentu. Kalau tak mudaratkan kesihatan pun ia boleh jadi haram kerana ada unsur penipuan.
Mengubah Ciptaan Allah
“Haram kerana mengubah ciptaan Allah. Haram kerana ada tujuan untuk bercantik-cantik sedangkan dia memang dah ada bulu mata asli ciptaan Allah.
Harus Jika……
“TETAPI, ia boleh menjadi harus kalau untuk menutup aib iaitu bagi orang yang tiada bulu mata dan tujuan untuk kelihatan cantik depan suami dan tidak menghalang air, tidak najis dan tak rosakkan kesihatan.
So, masih ingin meneruskan eyelash extension? Tepuk dada tanya selera. Keputusan terletak dalam tangan korang.
Sudah pelbagai cerita genre adiwira yang telah kita tonton. Tapi tahukah korang bahawa kebanyakan daripadanya diarahkan oleh pengarah lelaki?
Bukan tak ada pengarah perempuan yang pernah duduk di kerusi paling penting itu untuk filem bajet besar. Tetapi untuk filem bergenre adiwira?
TIADA.
Lalu apabila penulis mendapat tahu tahun 2020 bakal menampilkan 3 orang pengarah perempuan untuk filem bergenre adiwira, I can’t help being proud (and yelped a little).
Black Widow (1 Mei) akan diarahkan oleh Cate Shortland, Mulan (27 Mac) pula oleh Niki Caro. Dan Patty Jenkins akan mengarahkan filem Wonder Woman 1984 (5 Jun – antara filem yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat DC.
Namun, wanita yang mencatat rekod sebagai pengarah wanita dari Asia pertama yang mengarahkan filem adiwira ialah Cathy Yan menerusi filem Birds of Prey yang telah menemui pawagam bermula hari ini.
Ya, Birds of Prey (And The Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn) merupakan filem sekuel kepada kisah Harley Quinn yang ditayangkan menerusi filem Suicide Squad.
Dilahirkan di China dan kini menetap di New York Amerika Syarikat, Cathy Yan menuntut di Universiti Princeton da New Your University di mana beliau menghabiskan ijazah sarjana muda dan pengajian sarjana.
Sebelum ini, Cathy bertugas sebagai seorang wartawan di the Wall Street Journal di New York, Hong Kong dan China. Kelebihan sebagai seorang penulis itu diarahkan dalam pembabitannya dalam dunia perfileman.
*
Birds of Prey bukan saja diarahkan oleh wanita tetapu juga melantik penulis skrip wanita (Chitina Hodson).
Ia menceritakan bagaimana Harley Quinn (Margot Robbie) bergabung tenaga dengan Huntres (Elizabeth Winstead), Black Canary (Jurnee Smollett-Bell) dan Renee Montoya (Rosie Perez) untuk cuba mengatasi watak jahat terbaru Gotham, Roman Sionis (Ewan McGregor) dan Victor Zsasz (Chris Messina) dari pandangan Harley Quinn.
Korang jangan lupa tonton filem ini dan beritahu kami pandangan korang mengenainya!
Tapi sebelum tu, cuba lihat karakter superhero manakah yang paling dekat dengan diri korang.
Selepas kontroversi yang melanda filem Sonic The Hedgehog awal tahun lalu apabila trailer pertamanya mendapat reaksi negatif dan mmenyebabkan tarikh tayangannya ditunda, kini filem yang dinant-nanti ini bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi.
Filem yang diarahkan oleh Jeff Fowler ini berkisarkan tentang seekor landak kecil antropomorfik biru yang juga merupakan mahkhluk asing. Dia sedang cuba meloloskan diri dari penjahat Dr. Robotnik yang merancang untuk menakluk dunia menggunakan kuasanya.
Sonic kemudiannya bekerjasama dengan Tom Wachowski, seorang bekas polis San Francisco yang baru sahaja dilantik sebagai syerif Green Hills, Montana untuk menentang Dr. Robotnik.
Berita baik untuk korang yang ingin menyaksikan filem adaptasi daripada permainan video Sonic ini, Remaja nak berikan dua tiket percuma ke tayangan perdana Sonic The Hedgehog.
Tarikh: 12 Februari 2020
Masa: 8.30 malam
Lokasi: MBO Atria Big Screen
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!