Juri tetap program Talk To My Manager Musim 2 (TTMM2), Datuk AC Mizal menjelaskan bahawa pemilihan Anggrek bersama pengurusnya, Adira Suhaimi sebagai juara Grand Finale TTMM2 dibuat berdasarkan kualiti persembahan yang dipamerkan sepanjang pertandingan akhir berlangsung.
Menurut AC, setiap juri termasuk juri jemputan mempunyai pandangan serta pendekatan penilaian yang berbeza. Namun, mereka tetap berpandukan format utama pertandingan yang lebih mengutamakan aspek persembahan berbanding vokal semata-mata.
Penilaian Berdasarkan Persembahan, Vokal Hanya Bonus
“Pada malam ini, kita ada empat juri yang berbeza pendapat. Namun, kita kena ingat juga, walau berbeza pendapat, kita tetap kena faham format program itu sendiri.
“Segalanya bergantung kepada persembahan manakala aspek vokal pula adalah bonus. Bagaimana kami menilai persembahan, segalanya melalui apa yang ditunjukkan ketika di atas pentas,” katanya.
Persediaan Anggrek Jadi Kelebihan
Mengulas lanjut, AC menyifatkan kesemua finalis telah memberikan persembahan terbaik mereka pada malam kemuncak. Namun, beliau berpandangan Anggrek dan Adira memiliki kelebihan tersendiri terutama dari aspek persediaan yang dilakukan secara teliti dan menyeluruh.
“Persembahan Cik B memang bagus. Berbeza pula dengan Anggrek, persembahannya memerlukan persediaan yang tertib dari segi koreografi, ‘blocking’ dan pencahayaan.
“Apa yang buatkan persembahan Anggrek dahsyat, di mana lampu bergerak, di situ dia berada. Dari segi ‘hype’, Cik B memang punyai kelebihan.
Ads
“Kami juga agak keliru nak mementukan pemenang. Namun, dari segi persediaan, Anggrek lebih baik berbanding yang lain,” ujarnya lagi.
Terkilan Bakat Vokal Tidak Dimanfaatkan Sepenuhnya
Dalam masa sama, AC turut mengakui berasa sedikit terkilan apabila terdapat finalis yang mempunyai kekuatan vokal yang besar namun gagal memanfaatkan kelebihan tersebut untuk menghasilkan persembahan yang lebih berkesan di pentas akhir.
“Dari segi persembahan, kita juga nak tengok kemampuan pengurus mempamerkan kelebihan dan menjaga kekurangan artis mereka.
“Namun, saya agak terkilan apabila peserta yang mempunyai vokal yang kuat, tidak mempamerkan persembahan yang hebat untuk menyaingi mereka yang tidak mempunyai vokal yang hebat.
“Mereka yang tidak mempunyai vokal yang kuat, telah membuat persembahan yang sangat baik,” kongsinya lagi.
Ads
Anggrek & Adira Dinobatkan Juara Grand Finale TTMM2
Terdahulu, barisan juri sebulat suara memilih Anggrek dan Adira sebagai juara Grand Finale TTMM2.
Kemenangan tersebut menyaksikan mereka membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM30,000, peruntukan pengurusan dan pemasaran bernilai RM50,000 serta kontrak rakaman single baharu.
Ads
Senarai Pemenang Grand Finale TTMM2
Tempat kedua menjadi milik Hussain bersama pengurusnya yang juga penyanyi, Jamilulhayat. Walaupun tampil dengan persembahan bertenaga menerusi lagu Sumpah dan Cinta Matiku serta Kisah Ku Inginkansecara duet bersama Datin Alyah, pasangan itu terpaksa berpuas hati di kedudukan naib juara.
Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000, emas, pakej penginapan, peruntukan pengurusan dan pemasaran, rakaman single serta trofi.
Sementara itu, tempat ketiga menjadi milik Datuk Seri Vida dan Cik B yang turut membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, emas, pakej penginapan, peruntukan pengurusan dan pemasaran, rakaman single serta trofi.
Pasangan Datuk A. Aida dan Azeva pula menduduki tempat keempat, manakala Safura dan Kim Khairii berada di kedudukan kelima dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM5,000, pakej penginapan serta trofi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang ikonik K-Pop, BIGBANG sekali lagi mencuri perhatian selepas mengumumkan kemunculan semula mereka menerusi single digital terbaru berjudul ‘BiiiG’ yang bakal dilancarkan sempena ulang tahun ke-20 kumpulan tersebut. Khabar itu pastinya mengubat kerinduan VIP selepas BIGBANG tidak tampil dengan keluaran berkumpulan sejak ‘Still Life’ pada April 2022.
Menerusi sebuah perkongsian di media sosial rasmi BIGBANG, kumpulan itu mendedahkan teaser pertama ‘BiiiG’ yang menampilkan tiga anggota iaitu G-Dragon, Taeyang dan Daesung. Single berkenaan dijadualkan menemui peminat pada 19 Ogos ini, jam 6 petang waktu Korea Selatan, sekaligus bertepatan dengan tarikh ulang tahun ke-20 BIGBANG.
Kemunculan terbaru ini juga merupakan detik istimewa apabila ‘BiiiG’ menandakan keluaran rasmi pertama BIGBANG sebagai trio. Sebelum ini, G-Dragon, Taeyang dan Daesung pernah bergabung menerusi lagu berjudul ‘Home Sweet Home’ yang dimuatkan dalam album solo G-Dragon, “Übermensch”.
Menurut YG Entertainment, ‘BiiiG’ merupakan karya yang menggambarkan sisi BIGBANG pada masa kini ketika mereka meraikan dua dekad perjalanan dalam industri muzik. Agensi tersebut turut berharap peminat dan orang ramai akan menantikan kelainan daripada spektrum muzik BIGBANG yang selama ini dikenali dengan identiti serta dunia muzik tersendiri.
Selain single baharu, BIGBANG turut mempunyai beberapa perancangan besar bagi meraikan ulang tahun ke-20 mereka, termasuk siri jelajah dunia ‘XX: COSMOS’. Jelajah berkenaan bakal membawa G-Dragon, Taeyang dan Daesung ke beberapa lokasi di Asia, Eropah serta Amerika Syarikat.
Lebih menarik, Malaysia turut tersenarai dalam destinasi jelajah tersebut apabila BIGBANG dijadualkan bakal menggegarkan pentas di TM Stadium Nasional pada 9 Januari 2027. Kepulangan mereka ke negara ini pastinya menjadi antara acara yang paling dinantikan peminat tempatan selepas sekian lama menunggu peluang untuk menyaksikan trio berkenaan beraksi secara langsung.
Dalam pada itu, BIGBANG turut bakal meraikan pencapaian dua dekad mereka menerusi projek ‘media art’ khas berjudul “Cosmos” di Seoul. Pameran dua bahagian itu akan mengetengahkan perjalanan serta sejarah BIGBANG sepanjang 20 tahun, dengan pameran prekuel yang berlangsung di Lotte World Tower pada bulan ini sebelum pameran utama diadakan pada penghujung tahun.
Dengan pelbagai projek istimewa yang disusun sempena ulang tahun ke-20, BIGBANG jelas tidak sekadar kembali menerusi sebuah single baharu. Kini, perhatian peminat pastinya tertumpu kepada ‘BiiiG’ untuk melihat arah muzik yang bakal diketengahkan, selain menantikan kemeriahan sambutan dua dekad kumpulan yang terus menjadi antara nama paling berpengaruh dalam sejarah K-Pop.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah lebih tiga dekad beroperasi di Sri Pentas Bandar Utama, operasi berita rangkaian televisyen Media Prima Berhad bagi saluran TV3, 8TV, TV9 dan Didik TV akan beralih lokasi dan bersiaran sepenuhnya di Balai Berita, Bangsar mulai 21 Oktober ini.
Saluran TV9 semalam membuka tirai Balai Berita Bangsar menerusi program Buletin TV9 yang dikendalikan oleh penyampainya, Fahiz Ariff dan Saree Abdullah dan ia akan diikuti oleh saluran-saluran lain selepas ini.
Sri Pentas sememangnya sudah menjadi sinonim dengan rangkaian televisyen Media Prima Berhad terutamanya bagi penonton generasi Millenial dan Gen Z yang membesar dengan menonton saluran-saluran yang ditawarkan.
Dengan perpindahan membabitkan studio dan sistem peralatan baharu ini, ia akan duduk sebumbung dengan semua platform media The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) yang menempatkan jenama-jenama media di bawah Media Prima seperti Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times.
Jom imbas semula lima fakta menarik mengenai Sri Pentas, Bandar Utama yang begitu signifikan dalam dunia penyiaran tempatan.
01
Sebelum wujudnya Sri Pentas, saluran TV3 mula menerbitkan program berita sendiri pada Januari 1985 bertempat di Jalan Liku, Bangsar di mana Allahyarham Dato’ Mahadzir Dato’ Lokman diberikan kepercayaan untuk menjadi pembaca berita pertamanya. Sebelum tahun 1985, hanya rangkaian Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menerbitkan berita televisyen di Malaysia.
02
Sri Pentas atau lebih dikenali sebagai ‘The Stage’ dalam kalangan pelopor dunia media dan kewartawanan pada era 90-an dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 22 Oktober 1996. Sejak itu, Sri Pentas mula menjadi markas kepada semua saluran televisyen dan radio Media Prima.
03
Sri Pentas bukan sahaja dipaparkan dalam program berita dan temubual di Media Prima. Banyak sebenarnya pasukan produksi lain termasuklah drama dan filem terbitan Media Prima dan Grand Brilliance yang menggunakan Sri Pentas sebagai set penggambarannya. Kalau korang masih ingat pada tahun 2001, filem Lagi-Lagi Senario pernah menjalani penggambaran di sebuah gerai yang dibina berlatarbelakangkan Sri Pentas. Kini, kawasan gerai itu sudahpun berubah menjadi tempat parkir kenderaan.
04
Sri Pentas juga tidak terkecuali daripada menjadi lokasi ancaman pihak tidak bertanggungjawab. Pada 28 Ogos 2018 kira-kira jam 10.30 malam, Si Pentas terpaksa dikosongkan serta-merta oleh 200 kakitangannya selepas ia menerima panggilan ancaman bom oleh seseorang yang mengaku dirinya sebagai ‘Imam Mahdi’. Unit Pengesan Bom PDRM melaksanakan pemeriksaan selama dua jam dan tidak menemui sebarang alat atau objek mencurigakan.
05
Tarikh 17 Januari 2024 akan tersemat sebagai antara tarikh bersejarah buat Sri Pentas apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke Sri Pentas bagi membaca berita menerusi slot khas Buletin Diraja untuk siaran Buletin Utama pada jam 8 malam itu.
Pasangan diraja berkenaan merakamkan segmen tersebut sewaktu lawatan dilakukan pada jam 10.30 pagi hari yang sama di mana baginda berdua disambut oleh barisan pengurusan kanan Media Prima Berhad, diberikan taklimat mengenai operasi radio, bilik berita dan Media Prima secara amnya.
Sebut saja tentang Pulau Jeju di Korea Selatan, ramai yang mudah terbayangkan pantainya yang cantik, laut jernih dan landskap yang penuh dengan bunga kekuningan serta ladang menghijau.
Namun, selain daripada daya tarikan percutian itu, sebenarnya Pulau Jeju juga dikenali ramai kerana produk komersil yang selalu kita beli di kedai.
Sedar tak sedar, banyak produk makanan, minuman dan kecantikan yang menggunakan bahan mentah dari Pulau Jeju. Tapi kenapa ya?
Jom kita lihat produk yang berasal dari sana.
01
Matcha Tea Frappucino
Oleh sebab serbuk teh hijau sememangnya datang dari negara Korea Selatan, jadi tak hairanlah apabila Matcha Tea yang terbaik datang dari negara tersebut.
Semalam, Starbucks Malaysia telah memperkenalkan Starbucks Botol Matcha Tea Frappucino dan Starbuck Botol Black Tea Frappucino. Selepas penulis mencuba perisa terbaru Frappucino ini, kami akui bahawa minuman Matcha Tea tersebut memang terasa lebih creamy berbanding kebiasaan.
Rupa-rupanya, serbuk Matcha tersebut diimport khas dari Pulau Jeju, susunya pula dari New Zealand.
Selain serbuk teh, Pulau Jeju juga terkenal dengan produk kecantikannya. Patutlah semua pelakon Korea cantik-cantik belaka, kebanyakan daripada mereka menggunakan produk kecantikan dari dalam negara sendiri.
Sempena ulang tahun kesepuluh jenama innisfree pada tahun 2018, mereka telah memperkenalkan koleksi ‘Beauty Green Tea’ yang dikatakan bagus untuk melembapkan kulit. Antara produk yang termasuk dalam koleksi tersebut adalah sleeping mask, tea leaf powder mask, cleanser, serum, krim dan losyen.
Fuhh dari A-Z tu, semuanya diperbuat daripada daun teh Pulau Jeju dan menggunakan 16 jenis asid amino berbanding koleksi innisfree terdahulu. Ini bagi memberikan hidrasi lebih kepada kulit pemakai.
03
Syahirah Korean Secrets
Okay, kita patut berbangga apabila ada jenama buatan Malaysia yang turut tak ketinggalan untuk mengimport bahan mentah dari Pulau Jeju untuk dijadikan bahan utama produk kecantikannya. Syahirah pada akhir tahun lalu telah memperkenalkan koleksi produk Korean Secrets bagi mendapatkan kulit wajah yang lebih bermaya.
Antara produk ‘rahsia’ yang paling penulis gemari ialah pupur muka ataupun facial mask mereka, Memang wajah terasa lebih hydrated selepas mask dipakai sepanjang malam.
Lepas ni, cantiklah korang macam Lee Hyori!
04
Dari kiri: Jinhwan dan Joy.
Selebriti Korea
Speaking of Lee Hyori…selain daripada produk komersil seperti minuman dan produk kecantikan, Pulau Jeju juga merupakan ‘lubuk’ untuk mencari selebriti Korea berbakat. Bahan mentah juga tu, hasil keluaran Pulau Jeju!
Ramai sebenarnya pelakon, penyanyi dan pengacara yang berasal dari Pulau Jeju. Antaranya ialah Joy (penyanyi kumpulan Red Velvet), Seungkwan (penyanyi kumpulan Seventeen, Soyu (penyanyi) dan Jinhwan (penyanyi IKON).
Ramai juga selebriti yang telah pindah ke Pulau Jeju secara rasmi. Antaranya, Lee Hyori dan suaminya. Lee San Soong yang menginginkan kehidupan yang lebih tenang, sunyi dan kawasan yang boleh memberikan inspirasi muzik mereka berdua.
Hhm sentiasa cantik dan tenang, bila kita pula nak berpindah ke sana..?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!