Pemergian pencipta kandungan yang juga seorang pramugara, Hafeez Al-Bukhary Zulkefly, nyata meninggalkan kesan mendalam buat ramai pengikut dan warga maya.
Walaupun kebanyakan mereka hanya mengenali Allahyarham menerusi perkongsian di media sosial, kisah kebaikan serta bakti yang dicurahkan kepada keluarga khususnya bapanya terus menjadi bualan dan mengundang rasa sebak.
Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada malam Khamis selepas berjuang melawan kanser usus besar tahap empat. Sebelum itu, ahli keluarganya memaklumkan keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot dan berada dalam keadaan kritikal.
Dikenang Sebagai Anak Yang Berbakti
Di sebalik khabar duka itu, ramai netizen kembali mengimbau sisi kehidupan Allahyarham yang terkenal sebagai seorang anak yang sangat berbakti kepada bapanya.
Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang individu meluahkan rasa tersentuh apabila mengenangkan cara Hafeez menjaga bapanya yang uzur dengan penuh kasih sayang.
Menurut individu berkenaan, selain menghasilkan kandungan mengenai kerjayanya sebagai pramugara, Allahyarham turut memberi inspirasi menerusi layanan dan pengorbanannya terhadap insan yang paling disayanginya itu.
Ads
“Hafeez Al Bukhary. Nama Yang Akan Terus Terbayang Muka Arwah.
“Selain Konten Semasa Berkhidmat, Arwah Memberi Inspirasi Ketika Beliau Menjaga Dan Berbakti Kepada Ayahnya.
“Sangat Memberi Inspirasi. Tersentuh Tengok Cara Beliau Menjaga Ayahnya Yang Uzur Sebelum Beliau Sakit Kurus Mendadak.
Ads
“Allahu Mulianya Kematian Pada Malam Jumaat,” kongsi individu tersebut.
Perjalanan Hidup Yang Tinggalkan Pengajaran
Perkongsian berkenaan mengundang rasa hiba dalam kalangan netizen, apatah lagi mengenangkan Allahyarham sendiri kemudiannya diuji dengan penyakit sehingga mengalami penyusutan berat badan secara mendadak.
Ads
Ramai berpendapat perjalanan hidup Hafeez menjadi satu pengajaran bermakna mengenai nilai kasih sayang, pengorbanan dan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya.
Ruangan komen turut dibanjiri ucapan takziah serta doa daripada orang ramai yang menyifatkan pemergian Hafeez sebagai kehilangan seorang insan yang baik hati dan sentiasa memberi inspirasi menerusi kandungan yang dikongsikannya di media sosial.
Selain berkongsi pengalaman sebagai seorang pramugara, Allahyarham juga sering memaparkan sisi kehidupan kekeluargaan yang menyentuh hati. Momen-momen bersama bapanya menjadi antara perkongsian yang paling diingati ramai, sekali gus mengingatkan masyarakat bahawa berbakti kepada ibu bapa merupakan amalan yang besar ganjarannya di sisi Allah SWT.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Threads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam telah diumumkan barisan kabinet kerajaan perpaduan yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Seramai 28 jawatan kementerian telah diagihkan dan salah satu portfolio iaitu Kementerian Kewangan turut digalas oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu.
Dalam pengumuman tersebut tiga personaliti menjadi perhatian apabila mereka diangkat untuk mengepalai kementerian. Ini disebabkan mereka sebelum ini telah kalah dalam pilihan raya umum ke-15 yang lalu.
Mereka adalah Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang akan menerajui Kementerian Dalam Negeri, manakala bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz diangkat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pula diberikan portfolio untuk mengepalai Kementerian Luar.
Ketiga-tiga mereka sebelum ini masing-masing bertanding di parlimen Kulim, Kuala Selangor dan Lumut.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, isu ahli politik yang kalah bertanding dan diangkat sebagai menteri bukanlah asing sebenarnya. Walaupun mereka kalah bertanding, namun kepakaran yang dimiliki mereka menjadi satu aset besar kepada negara.
Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana ahli politik yang kalah bertanding boleh diangkat sebagai menteri?
Oleh itu sebelum menerima watikah pelantikan menjadi menteri, Saifuddin Nasution, Zamry Abd Kadir & Tengku Zafrul terlebih dahulu akan diangkat menjadi Ahli Dewan Negara sekaligus bergelar senator yang akan turut bersidang di Parlimen.
Prof Adjung Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
Selain mereka bertiga, terdapat seorang lagi figura yang akan diangkat sebagai Menteri, walaupun begitu beliau bukanlah ahli pilitik. Personaliti tersebut adalah Prof Adjung Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang merupakan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah. Beliau akan memegang jawatan sebagai Menteri Agama dalam kerajaan perpaduan ini selepas mengangkat sumpah sebagai senator.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagai sukan paling popular di dunia bola sepak sentiasa menjadi perhatian ramai. Tidak kiralah negara itu berfahaman politik apa sekali pun, bola sepak merupakan sukan yang sentiasa berjaya menyatukan rakyat.
Dan dalam sukan bola sepak kita boleh saksikan pelbagai gaya reaksi pemain meraikan jaringan atau kemenangan di atas padang. Ada yang melompat secara sommersault, membuka baju dan menayangkan kepada penyokong lawan dan ada juga yang menayangkan otot perut! Macam-macam gaya hingga ia di abadikan dalam permainan video terkenal seperti FIFA dan Winning Eleven!
Salah satu gaya yang semakin mendapat tempat ialah dabbing. Gaya ini mula popular dan tular daripada pemain termahal Manchester United, Paul Pogba.
Tapi berbeza pula di Arab Saudi apabila seorang pemain dari kelab Al Nojoom kini berkemungkinan berdepan hukuman yang berat akibat aksi dabbing ketika dia berada di kawasan bangku simpanan. Rakaman aksinya itu dirakamkan ketika perlawanan melibatkan kelabnya pada 3 Januari lalu.
Tindakannya dilaporkan telah mendapat reaksi amarah yang cukup hebat daripada pengguna media sosial negara tersebut. Klip video yang dikongsikan oleh pengulas sukan tempatan, Dawri Plus menunjukkan pemian tersebut enggan malakukn aksi high five tetapu melakukan dabbing.
Di Arab Saudi, perbuatan melakukan aksi dabbing merupakan satu subjek kontroversi dan dilarang kerana pihak berkuasa mempercayai ia dikatakan berkaitan dengan penggunaan dadah. Disebabkan itu dabbing dianggap sebagai satu kesalahan berat.
Poster amaran tentang larangan dabbing oleh National Commission for Combating Drugs (Arab Saudi)
Malah pada bulan Ogos tahun lalu juga seorang penyanyi dan hos TV, Abdallah Al Shahani telah ditahan pihak berkuasa di atas kesalahan sama. Penahanannya telah menimbulkan kontrovesi hebat dan membuatkan netizen tempatan memberikan reaksi berbeza. Ada yang menyokong tindakan pihak berkuasa dan tidak kurang juga yang mengkritik penahanan tersebut.
Difahamkan pihak berkuasa Arab Saudi mendapati perbuatan dabbing berkait rapat dengan penyalahgunaan dadah jenis ganja. Malah, mereka turut mengeluarkan poster yang mengetengahkan tentang bahaya akan gerakan ini kepada masyarakat dan juga amaran keras.
Walau bagaimanapun nasib pemain bola sepak tersebut masih lagi belum diketahui. Rata-rata netizen Arab Saudi berpendapat aksi pemain itu adalah tidak matang kerana perkara ini sudah pun cukup sedia maklum merupakan satu kesalahan. What ever float you boat. 🙂
Kerana dab badan binasa. Tak berbaloi langsung!
Kita bernasib baik kerana pemain tempatan Malaysia masih boleh melakukan aksi dab tanpa ragu.
Nampaknya pengaruh game PUBG bukan saja menggila di negara kita, malah fenomena ini juga dilihat mempengaruhi para remaja di seluruh dunia.
Menurut laporan portal berita India Today, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun telah menulis surat kepada Kerajaan India supaya permainan PlayerUnknow’s Battelground Mobile (PUBG Mobile) diharamkan.
Kanak-kanak yang dikenali sebagai Ahad, menulis surat empat muka yang dihantar minggu lalu untuk memohon kerajaan negaranya mengharamkan permainan yang dikatakan mempromosi keganasan dan buli siber.
Surat tersebut khabarnya dihantar kepada tujuh individu termasuk Menteri Pendidikan dan Menteri Elektronik dan IT.
Namun begitu, surat yang dihantar itu tidak mendapat maklum balas walaupun mendapat perhatian daripada seluruh masyarakat di India.
Berita ini juga dilaporkan oleh Sinar Harian dan mendapat pelbagai reaksi netizen. Ada yang menyokong supaya dan tak kurang juga yang meninggalkan komen lucu.
Reaksi lucu netizen
So, apa pula pendapat korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!