Sukar untuk menggambarkan perasaannya namun naluri untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak yang berlumuran darah ketika tangan dan kakinya digilis sebuah lori memaksa seorang saksi, Darushallam Darusa memangku dan memeluk kanak-kanak yang sedang meraung kesakitan.

Berusia 47 tahun, Darushallam berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Kem 512 di Padang Midin untuk pulang ke rumah dan kebetulan tiba di Bukit Chempedak ketika kemalangan itu berlaku.

“Saya ada di situ. Banyak kereta berhenti tetapi tidak ramai berani mendekati kerana kecederaannya amat parah. Saya terpandang keadaannya yang seolah dalam keadaan mamai, antara menahan kesakitan yang amat sangat dengan kaki yang sudah hancur digilis tayar lori. Saya terus pangku dan ribanya walaupun saya tidak sanggup melihat kecederaan dialaminya.

“Kalau tengok keadaannya (mangsa) mungkin tidak ramai yang sanggup menghulurkan bantuan tetapi saya tidak sanggup melihat sahaja tanpa membantu,” katanya kepada Sinar Harian.

IKLAN
“Saya Sedih Melihatnya…”, Saksi Kongsi Pengalaman Selamatkan Budak Lelaki 8 Tahun Putus Kaki Digilis Lori
Darushallam akui tidak ramai berani mendekati kerana kecederaan kanak-kanak ini amat parah namun dia memberanikan diri membantu kerana berasa sedih melihat situasi kanak-kanak ini
“Saya Sedih Melihatnya…”, Saksi Kongsi Pengalaman Selamatkan Budak Lelaki 8 Tahun Putus Kaki Digilis Lori
Budak lelaki berusia 8 tahun ini alami kecederaan parah dalam mengerang kesakitan sementara menunggu bantuan ambulan tiba
“Saya Sedih Melihatnya…”, Saksi Kongsi Pengalaman Selamatkan Budak Lelaki 8 Tahun Putus Kaki Digilis Lori
Ahli keluarga mangsa yang datang selepas mendapat tahu berita ini tidak dapat menahan sebak
“Saya Sedih Melihatnya…”, Saksi Kongsi Pengalaman Selamatkan Budak Lelaki 8 Tahun Putus Kaki Digilis Lori
Mangsa terjatuh dari basikal saat cuba membelok selepas terlepas simpang dan lori yang dekat tidak sempat melakukan brek kecemasan lalu melanggarnya

Dalam kejadian malang itu, kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun yang tidak diketahui namanya itu sedang menunggang basikal sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Banggol Chempedak semalam.

Sebaik terjatuh dari basikal, lenyekan tayar itu mengakibatkan kaki kanannya hancur dilanggar selain alami kecederaan parah di tangan kiri dengan berlumuran darah.

IKLAN

Mangsa dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Baru Serada dan setibanya di lokasi, mangsa  yang menunggang basikal bersendirian dipercayai terlepas simpang dan membuat pusingan U sebelum dilanggar sebuah lori dari arah belakang.

Pemandu lori itu dikatakan cuba mengelak namun kerana jarak terlalu dekat menyebabkan kenderaan berat itu hilang kawalan lalu melanggar mangsa.

IKLAN

Namun keadaan terkini mangsa masih belum diketahui selepas dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu untuk rawatan.

Sumber :- SINAR HARIAN

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI