Kedengaran seperti kisah mengarut, bukan? Namun, inilah realiti yang terpaksa dihadapi pelajar perempuan di sana.
Baru-baru ini, media tempatan di China melaporkan penetapan larangan terhadap pelajar untuk mempunyai ‘gaya rambut yang pelik’ oleh beberapa sekolah menengah di sana. Ini termasuklah larangan rambut panjang (lelaki dan perempuan) dan ikatan rambut ponytail bagi pelajar perempuan. Hanya rambut sepanjang paras bahu sahaja yang dibenarkan bagi pelajar perempuan.
Memetik laporan South China Morning Post pada 2 Ogos 2022, larangan berambut panjang ini mula dilaksanakan pada minggu ini di Sekolah Menengah Wenchang dekat wilayah Hebei utara China.
Dalam notis yang dikeluarkan oleh jabatan pengurusan pelajar, sekolah tersebut melarang para pelajarnya menggayakan rambut secara berstail, berambut panjang dan mengikat rambut panjang dengan gaya ponytail kerana ia ‘menyusahkan’ dan dikhuatiri merundumkan prestasi akademik pelajar.
Ads
Lapor The Paper pula, pelajar juga tidak dibenarkan mewarna, menggulung rambut atau memakai sebarang aksesori rambut.
Pihak sekolah telah mengeluarkan potret contoh gaya rambut yang dibenarkan dari sisi hadapan, belakang dan tepi kepala bagi memudahkan pelajar dan ibu bapa mematuhi peraturan baharu ini.
Tidak terkecuali adalah peraturan untuk pelajar lelaki juga. Mereka dilarang menyimpan jambang dan potongan rambut ‘mullet’.
Foto Via scmp.com
Seorang guru dari sekolah itu yang identitinya dirahsiakan berkata, peraturan mengawal kepanjangan dan gaya rambut ini sebenarnya telah dilaksanakan selama bertahun-tahun.
Ads
Penguatkuasaan peraturan yang lebih ketat ini baginya dan para guru lain adalah agar ia tidak menjejaskan pelajaran pelajar.
Semalam, siaran berita di China melaporkan tentang larangan itu dan ia telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan rakyatnya pada minggu ini. Sehingga kini, laporan itu telah ditonton lebih 10 juta kali di aplikasi video media sosial Douyin.
Apa pendapat korang, wajarkah tindakan guru dan sekolah tersebut?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah setahun senyap daripada apa-apa bentuk acara akibat pandemik COVID-19, beberapa pentandingan ratu cantik sedunia sudah mula melakukan comeback.
Sekiranya pertandingan Miss Universe dijadualkan berlangsung pada bulan Mei ini, Miss Grand International pula telah mula diadakan sekarang di Bangkok, Thailand.
Wakil pertandingan Miss Grand International telahpun mula tiba di sana sejak 24 Februari lalu. Namun, masing-masing diarahkan untuk kekal di bilik masing-masing selama 14 hari atas arahan kuarantin.
Hanya pada 27 Mac nanti, barulah mereka akan mengadakan acara finale-nya pula.
Dalam pada semua orang rancak bercakap mengenai wakil negara masing-masing termasuklah wakil dari Malaysia iaitu Jasebel Robert, berita duka pula baru diterima pada hari ini.
Dua wakil dari benua Afrika telahpun disahkan positif COVID-19 pada hari ini setelah mereka melalui ujian SWAB di sana.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Miss Grand International di akaun Facebook, mereka memaklumkan bahawa Miss Grand Nigeria, Chikaodili Nna-Udosen dan Miss Grand Kenya, Irene Ng’endo telah disahkan positif, manakala lain-lain wakil pula disahkan negatif.
Miss Grand Nigeria.
Miss Grand Kenya.
Justeru pihak penganjur mengambil nasihat pakar kesihatan dan telah memindahkan kedua-dua wakil itu ke Hospital Piyavej untuk rawatan seterusnya.
Pihak hotel pula masih kekal mengambil prosedur standard mereka dengan mensanitasi bilik dan seluruh kawasan hotel sentiasa.
“Takutnya.. Kasihan Peserta”
Perkembangan terbaru ini telah menggusarkan peminat dunia ratu cantik memandangkan risiko wakil kegemaran mereka untuk dijangkiti masih tinggi.
Tambahan pula, pertandingan Miss Universe yang skalanya lebih besar pula tidak menyediakan tempoh kuarantin seperti Miss Grand International.
Paling tidak, kuarantin hanya satu ke dua hari saja kerana wakil hanya akan berada di Florida kelak selama seminggu saja.
Apa pendapat korang? Wajarkah penganjuran pertandingan ratu cantik diteruskan pada tahun ini ataupun ia harus ditunda hinggga keadaan dunia lebih stabil dalam menangani wabak COVID-19?
Siapa tak kenal dengan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang menjadi wira buat seluruh rakyat Malaysia, beliau juga sebagai salah seorang tokoh perubatan dunia yang paling dipercayai.
Bukan calang-calang ye!
Sebentar tadi, merupakan Istiadat Pengurniaan Darjah Darjah Kebesaran, Bintang & Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
Seramai 12 lagi menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran ‘Tan Sri’ dan salah seorang yang menerima PSM adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Menerusi Astro Awani, selain Dr Noor Hisham, Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad, bekas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria juga antara yang menerima PSM.
Dr Noor Hisham Abdullah merupakan panglima perang dalam menangani pendemik Covid-19 di Malaysia sejak awal tahun ini dan masih lagi bertugas sehingga ketika ini.
Pada hari ini juga, seramai 31 individu telah menerima darjah kebesaran masing-masing dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan tumpang gembira dengan pengurniaan ini.
.
Untuk pengetahuan, Dr Noor Hisham telah menyandang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013 dan pada masa yang sama masih menjalankan tugasan di Hospital Putrajaya sebagai perunding kanan dan pakar bedah endokrin (sistem dalam badan yang menghasilkan hormon oleh kelenjar tertentu dan masuk ke dalam saluran darah).
Selain muncul di kaca televisyen, beliau juga aktif membuat posting di Twitter dan Facebook walaupun pada lewat malam demi memberikan info terkini berkaitan Covid-19 di Malaysia.
Tahniah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tatkala negara masih lagi berada dalam fasa lockdown yang kebanyakannya tidak dibenarkan untuk keluar bekerja, kempen bendera putih telah pun dilancarkan oleh rakyat untuk membantu mereka yang berada di dalam kesusahan.
Tempoh PKP kali ini menyebabkan lebih ramai yang terkesan kerana sudah berbulan lamanya kita hanya terkurung di dalam rumah. Ini secara tidak langsung memberikan tekanan dan terdapat individu yang mengalami kesempitan sama ada kewangan, sosial dan emosi.
Justeru itu, kempen bendera putih ini dilakukan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat untuk membantu individu yang memerlukan bantuan.
Hal ini telah menarik perhatian sekumpulan pelajar yang telah mencipta sebuah aplikasi bagi membolehkan individu susah mendapatkan bantuan dengan segera.
Dikenali sebagai Sambal SOS, aplikasi ini membolehkan pengguna memuat naik gambar rumah yang memasang bendera putih di luar kediaman mereka dalam peta tersebut.
Pengguna lain aplikasi tersebut yang berminat untuk membantu menghantar bantuan makanan kepada keluarga yang memerlukan boleh mengetahuinya daripada sini. Aplikasi ini juga membolehkan pengguna mencari food bank terdekat, bagi mereka yang tidak mampu membeli keperluan makanan.
Tiga remaja yang dikenali sebagai Sidharrth, Shaun dan Cornelius itu mengatakan bahawa mereka mewujudkan aplikasi ini adalah kerana ingin membantu memudahkan masyarakat menerima bantuan.
Aplikasi yang dibina tiga hari ini masih lagi dalam usaha untuk dinaiktaraf bagi menambah baik lebih banyak ciri dan merekrut sukarelawan untuk bersama-sama menjayakan projek ini.
Orang ramai boleh memuat naik foto rumah yang mengibarkan bendera putih tanpa mendedahkan wajah ahli keluarga, plat nombor atau maklumat yang mengganggu privasi mereka.
Team mereka akan memeriksa terlebih dahulu semua gambar yang dihantar sebelum memuat naik maklumat di aplikasi itu untuk kegunaan orang ramai. Ini bagi mencegah spam di aplikasi tersebut, melindungi privasi mereka dan hanya memaparkan individu yang benar-benar memerlukan bantuan.
Sememangnya ini adalah satu inisiatif yang baik untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dan memudahkan mereka menerima bantuan. Diharap dengan adanya aplikasi ini dapat memperluaskan lagi bantuan yang boleh diberikan kepada masyarakat sekeliling.
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...