Semalam Pakatan Harapan yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah membentuk barisan kabinet. Demi menghormati manifesto yang dipersetujui, Tun Mahathir telah melepaskan jawatan sebagai Menteri Pendidikan dan digantikan oleh YB Dr Maszlee Malik.
Turut dilantik dalam barisan kabinet baru 2018 ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor. Sudah tentunya kedudukan Menteri Besar Selangor menjadi tanda tanya siapa yang akan menggantikan tempat Datuk Seri Azmin Ali yang dilihat berjaya memampankan ekonomi Selangor sebagai sebuah negeri termaju di Malaysia.
Di sebalik lantikan barisan kabinet Malaysia, di media sosial ramai yang tertanya-tanya akan perlantikan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan. Begitu juga kontroversi yang berlaku kepada Dr Maszlee yang dipertikaikan lantikannya oleh Siti Kassim yang agak lantang dalam isu LGBT tetapi ramai melihat Dr Maszlee adalah orang yang paling layak menjadi Menteri Pendidikan.
Ads
Turut menyertai kabinet ialah Rina Harun yang menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Komunikasi & Multimedia, Gobind Singh Deo yang juga anak kepada mendiang Karpal Singh.
Portfolio Menteri Pengangkutan pula dipegang oleh Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani iaitu Salahudddin Ayub, Menteri Tenaga Manusia, M Kulasegaran dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memegang dua portfolio iaitu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Wanita & Pembangunan Keluarga.
Sebelum ini, Tun Mahathir turut melantik Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri, Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Ads
KJ amat popular di kalangan anak muda dan golongan wanita juga menyukai dirinya kerana tall, dark & handsome
KJ amat aktif dalam sukan dan portfolio sebagai Menteri KBS memang amat sesuai dengan dirinya
Namun di sebalik semua lantikan itu, ramai tertanya-tanya kenapa tiada wakil suara anak muda iaitu Kementerian Belia dan Sukan yang sebelum ini pernah disandang oleh YB Khairy Jamaludin yang cukup popular dengan program-program anjuran KBS seperti Hari Sukan, Malaysia Fit dan banyak lagi.
Ads
Syed Saddiq antara ahli Parlimen muda yang dilihat mampu menarik minat orang muda terlibat dalam dunia sukan
Ramai menjangkakan ada YB muda dari Pakatan Harapan yang akan mewakili kementerian terbabit kerana anak muda hari ini dilihat dan disarankan untuk bergiat cergas dalam bidang sukan kerana mereka adalah generasi pewaris negara pada masa akan datang. Namun ketiadaan Kementerian Belia & Sukan ini membuatkan anak muda tertanya-tanya kenapa tiada kementerian yang mewakili diri mereka.
Sebelum ini Tun M pernah berkata, barisan kabinet akan dikecilkan namun tentu ramai tidak menyangkan bahawa TIADA KEMENTERIAN BELIA & SUKAN.
Mungkin hal ini perlu difikir-fikirkan kerana ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam debat sebelumnya berkata mahu memperkasakan e-sport iaitu games yang amat popular di kalangan anak muda seperti DOTA dan sebagainya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak sah kalau setiap kali berlangsungnya Piala Dunia, tak ada lagu tema untuk meraikan kejohanan empat tahun sekali ni.
Bukan apa, sekadar nak memeriahkan dan memberi semangat kepada pasukan yang bertanding serta para penyokong mereka.
Beberapa buah lagu pernah dimainkan sempena meraikan Piala Dunia dan ada di antara pasti sangat familiar dengan korang. Tapi bukan semua lagu tersebut dicipta semata-mata untuk kejohanan ini, ia sekadar untuk meraikan dan kebetulan bertepatan dengan masanya.
Jom kita recap balik antara lagu-lagu yang pernah memeriahkan musim Piala Dunia.
1. We Are The Champions – Queen
Lagu ini telah menjadi lagu rasmi Piala Dunia pada 1994 dan sebenarnya ia bukanlah dicipta khas untuk kejohanan ini. Tapi sebab liriknya sangat ‘kena’, so why not kan?
2. Waka Waka (This Time for Africa) – Shakira
Confirm semua tahu lagu ni kan? Shakira merupakan Queen of the World Cup pada 2010 kerana lagu Waka-Waka ini antara yang paling berjaya mendapat perhatian di seluruh masyarakat dunia.
3. La Copa de la Vida – Ricky Martin
Lagu yang memeriahkan Piala Dunia 1998 telah menyaksikan Brazil sebagai juara. Ini juga antara yang menjadi favorite sampai la ke hari ini. Mana-mana event sukan pun selalu menjadikan lagu Ricky Martin ni sebagai lagu ‘semangat’.
4. Dar um Jeito (We Will Find a Way) – Carlos Santana Ft. Alexandre Pires, Wyclef & Avicii
Gabungan ramai penyanyi dari pelbagai negara menjadikan lagu ini lagi unik dengan tempo dan mesej yang ingin disampaikan. Lagu ini dimainkan pada Piala Dunia 2014 Brazil sewaktu Brazil menjadi tuan rumah.
5. Wavin’ Flag – K’naan
Asalnya, lagu ini ditulis oleh penyanyi Somalia-Kanada sebagai lagu inspirasi untuk Somalia, tetapi Wavin’ Flag telah digubah semula sebagai lagu Piala Dunia 2010.
6. La La La (Brazil 2014) – Shakira Ft. Carlinhos Brown
Sekali lagi Shakira mempertaruhkan lagunya di Piala Dunia 2014. Muzik video ini mendapat kerjasama daripada pemain bola sepak dunia, antaranya Lionel Messi, Neymar, James Rodriguez dan sudah tentu Geradr Pique. Gempak kan?
7. Colors – Jason Derulo Ft. Maluma
Trek asal oleh Jason Derulo ini dimainkan semula dalam dwibahasa bersama Maluma. Muzik lebih kontemporari dan mampu membuatkan korang menari bersama.
8. Lavida Go Bola – Dato’ Seri Vida
Malaysia pun tak ketinggalan untuk meraikan bersama Piala Dunia tahun ni. Dato’ Seri Vida antara individu yang telah mengeluarkan single sempena kejohanan ini. Chill la gais, apa salahnya kalau nak buat suka-suka kan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, sekumpulan pelajar universiti telah terlibat dengan kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora yang mengakibatkan lima kematian.
Orang ramai turut bersimpati atas apa yang menimpa mangsa dan mengatakan bahawa lokasi berlakunya kemalangan itu sememangnya ‘panas’ dan sering berlakunya kejadian yang tidak diingini. Sememangnya kita perlu berhati-hati ketika memandu di jalan raya, namun tidak dinafikan terdapat lokasi-lokasi panas (hotspot) yang memerlukan pemandu untuk lebih berhati-hati bagi mengelakkan kemalangan.
Terdapat 22 hotspot kemalangan kenderaan berat sepanjang lebuhraya PLUS telah pun dikeluarkan oleh pengkaji UKM. Hotspot ini kerap melibatkan kemalangan dan kematian disebabkan kenderaan berat, termasuklah sekitar Terowong Manora.
Apa yang lebih menyedihkan, pengguna kenderaan berat hanya 9 peratus, namun kemalangan maut melibatkan kenderaan berat hampir mencecah 50 peratus.
Berikut kami senaraikan antara 22 hotspot yang sering melibatkan kemalangan kenderaan berat sepanjang lebuhraya PLUS.
Bahagian Utara
KM 104.4–109.0
KM 125.7–131.0
KM 143.0–148.3
KM 228.0–234.5
KM 256.1–259.0
KM 263.1–268.4
KM 292.0–297.1
KM 307.8–313.0
KM 381.9–385.5
KM 443.0–449.4
KM 454.3–458.9
KM 280.9–285.5
KM 271.0–275.5
KM 243.6–246.9
KM 229.4–234.4
KM 218.9–223.3
KM 195.0–197.7
KM 145.6–149.4
KM 123.6–126.5
KM 81.0–83.0
KM 25.5–30.6
KM 12.6–17.6
Kemalangan yang membabitkan pelajar universiti USAS itu juga dilaporkan pihak bomba menghadapi kesukaran untuk mengakses kawasan kemalangan yang jauh, kesesakan dan juga kekurangan sumber air dan tiada pili air. Pihak kerajaan perlu mengambil tindakan segera bagi mencegah kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan berat. Diharap selepas ini tindakan sewajarnya dapat diambil supaya perkara seumpama itu tidak berlaku lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin ada yang menganggap orang cantik ramai yang ingin mendekati, namun sebaliknya yang berlaku pada seorang gadis di luar negara yang dikenali sebagai Ariana Savannah.
Gadis ini mendakwa bahawa dia tidak mempunyai kawan baik kerana terlalu cantik dan Ariana telah meluahkan keinginannya untuk memiliki kawan wanita menerusi video yang telah dimuat naik di aplikasi TikTok.
Ariana mengakui bahawa dia sudah dapat menjangkakan untuk ‘diserang’ ekoran bercakap tentang keburukan menjadi seorang individu yang cantik. Gadis ini menganggap dia memiliki kelebihan itu sehingga sukar berkawan dengan mana-mana wanita.
“Saya tidak mempunyai ramai kawan wanita dan saya terpaksa bekerja keras mendapatkan kawan. Saya sering dipinggirkan malah ada yang bercakap tidak baik di belakang saya. Ia sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kerana saya seorang yang baik dan tidak berpura-pura,” jelasnya dalam video tersebut.
Walau bagaimanapun, dia mengakui menjadi seseorang yang cantik membuatkan kehidupannya lebih mudah, namun masih tidak dapat lari daripada sisi perkara negatif yang berlaku.
Hm, begitulah lumrah manusia. Jadi buruk susah, jadi cantik pun susah. Hiks!
Apa-apa pun korang ada ke pengalaman tidak mempunyai kawan baik wanita kerana terlalu cantik? Boleh kongsikan pengalaman bersama kami di ruangan komen.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kisah kejayaan Dr Amalina PhD yang menamatkan pengajian Doktor Falsafah di UK sambil berkongsi pengorbanan sebagai ibu dan pakar bedah yang menjadi inspirasi ramai.