Susulan sidang media tergempar Datuk AC Mizal petang tadi berhubung isu hak cipta dan pemilikan lagu kumpulan 4U2C yang ingin dipersembahkan dalam sebuah konsert September kelak, komposer Ajai mengambil jalan matang untuk meredakan kemelut yang disebut dalam sidang media berkenaan.
Datuk AC ketika ditemui pemberita meluahkan rasa kecewa beliau terhadap Ajai yang juga merupakan rakan industrinya selepas komposer itu didakwa seolah-olah bersetuju bahawa kumpulan 4U2C tidak layak untuk mementaskan sebuah konsert.
Kenyataan Ajai pada Ahad lalu itu bagi Datuk AC umpama satu percubaan untuk menutup pintu rezeki ahli kumpulan 4U2C yang sedang dalam siri promosi bagi konsert berkenaan.
“Ajai sudah lama dalam industri muzik, tetapi suka beri komen. Dia tak betul-betul tahu undang-undang muzik di Malaysia. Jadi macam mana boleh komen mengenai muzik dan konsert kami?” ulasnya.
Selang beberapa jam selepas sidang media itu, Ajai menerusi media sosialnya bertindak untuk membuat kenyataan terbuka bagi menjelaskan kenyataan yang dibuatnya Ahad lalu.
Ajai.
“Sekiranya kenyataan saya telah disalah tafsir atau menyinggung mana-mana pihak, saya mohon maaf. Ia bukan bertujuan untuk menghalang mana-mana pihak daripada berkarya.
Ads
“Saya menyokong usaha mana-mana artis untuk terus berkarya, dan berharap segala perkara dapat diselesaikan secara baik dan berhemah. Terima kasih,” catatnya.
Tindakan segera Ajai bagi memadamkan ketidakpuasan hati yang mungkin dirasai oleh kumpulan 4U2C sekaligus menerima pujian netizen yang merasakan perkara itu tidak seharusnya dijadikan isu besar.
Antara yang memuji cara Ajai mengendalikan situasi tersebut termasuklah pelakon/pengarah,Pekin dan penyanyi/penyampai radio, Dina Nadzir.
Ads
“Salute!! Ini punca saya amat menghormati anda, abang.”
“Betul lah kan abang, malas nak panjang-panjang cerita. Baik buat kenyataan begini. Banyak lagi benda boleh fikir.”
“Abang Ajai memang gentle dan matang.”
“Tak jatuh maruah seseorang dengan memohon maaf. Lambang hati yang kuat dan jiwa yang mulia. Salute!”
Biduanita negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza diberikan penghormatan menerusi penganugerahan Ijazah Sarjana Kehormat dalam bidang Seni Kreatif dan Media oleh Sunway University.
Penyampaian yang berlangsung sempena Majlis Konvokesyen Sunway University pada 23 Julai itu sekaligus menjadi satu lagi pencapaian unggul yang pernah diraih oleh penyanyi dan usahawan berkenaan demi membuktikan bahawa karier seni juga merupakan satu landasan penting yang wajar menerima penghormatan.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Bukan sekadar berpengaruh di peringkat nasional dan antarabangsa dalam bidang muzik dan seni secara amnya, Siti juga merupakan individu yang mementingkan kecemerlangan peribadi dan selayaknya menjadi contoh terbaik kepada anak-anak muda tempatan yang ingin mencipta nama menerusi cara mereka yang tersendiri.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza Terima Penghormatan Dalam Seni Kreatif
Menerusi satu hantaran khas di Instagram, Siti menitipkan ucapan penghargaan di atas penghormatan bermakna yang diberikan oleh pihak pengurusan Sunway University tersebut.
“Syukur alhamdulillah, pengiktirafan Ijazah Sarjana Kehormat dalam bidang Seni Kreatif dan Media daripada Sunway University ini adalah satu penghormatan yang sangat besar.
“Ini bukan sahaja penghargaan untuk perjalanan seni saya seorang tetapi juga satu pengiktirafan tertinggi buat seluruh warga industri muzik dan seni kreatif tanah air.
“Pengiktirafan ini membuktikan bahawa bidang seni kreatif dan media adalah satu profesion yang sangat berprestij dan dihormati oleh dunia akademik.
“Semoga anugerah ini menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda dan pengamal seni tempatan untuk terus berkarya dengan mutu yang tinggi, beretika dan membawa seni budaya kita ke peringkat yang lebih tinggi,” titipnya.
Pencapaian Baharu Selepas Perjalanan Panjang Dalam Muzik
Sepanjang kerjayanya, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah mencipta pelbagai kejayaan menerusi karya muzik, persembahan pentas serta penglibatan dalam bidang keusahawanan.
Penganugerahan Ijazah Sarjana Kehormat ini menjadi simbol penghargaan terhadap dedikasi beliau dalam mengangkat industri seni kreatif Malaysia ke tahap lebih tinggi.
Dalam perkembangan terbaru, beliau kini sedang membuat persiapan untuk menjayakan sebuah lagi konsert berskala mega pada 17 Oktober ini di TM Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dalam perkembangan terbaru, Siti sedang bersiap sedia untuk menjayakan sebuah lagi konsert berskala mega pada 17 Oktober ini di TM Stadium Nasional Bukit Jalil.
Konsert Gema Bumantara Dato’ Sri Siti Nurhaliza Bakal Temui Peminat
Acara yang diberi judul Konsert Gema Bumantara Dato’ Sri Siti Nurhaliza itu bakal menampilkan kelainan apabila memberi fokus kepada repertoire muzik tradisional nyanyiannya yang merentas generasi.
Konsert tersebut dijangka menjadi satu lagi persembahan istimewa yang meraikan warisan muzik tempatan serta perjalanan seni beliau yang telah bertahan selama beberapa dekad.
Dengan pengiktirafan daripada institusi akademik dan komitmen berterusan terhadap dunia seni, Dato’ Sri Siti Nurhaliza terus membuktikan bahawa karya berkualiti mampu meninggalkan impak besar kepada industri kreatif.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak beberapa hari lalu, media sosial kecoh bila tersebarnya sebuah video memaparkan penyanyi dan pelakon, Amira Othman tampil anggun dalam busana pengantin.
Lebih menguatkan spekulasi, video tersebut turut memaparkan penyangkut baju berhuruf A dan F selain kad dengan tarikh 26/08.
Ramai mula membuat andaian kononnya Amira bakal berkahwin dengan pelakon popular, Fattah Amin.
Namun, Amira tampil menafikan khabar angin itu. Jelasnya, ia hanyalah sebahagian daripada strategi pemasaran sebuah jenama yang sedang berkolaborasi dengannya.
“Tak ada, sebenarnya itu adalah marketing strategi daripada brand yang saya berkolaborasi, saya pun tidak berapa tahu bagaimana exact plannya.
“Apa yang saya tahu itu adalah kolaborasi untuk busana pengantin. Jadi pastinya ada video panjang dan beberapa video teaser jadi video yang berbeza-beza maka pandangan orang pun berbeza-beza.
“Bagi saya itu adalah marketing strategi masing-masing punya brand, saya hanya menjalankan tanggungjawab, tidak ada niat lah nak buat itu, ini, apa semua tu,” katanya kepada Remaja.
Tambah pelantun lagu Hati-Hati itu lagi, dia tidak mahu isu berkenaan terus dipanjangkan kerana bimbang boleh menimbulkan salah faham.
“Saya kalau boleh tak nak cakap lebih-lebih isu ini, saya bimbang akan menimbulkan salah faham tapi apa yang saya boleh cakap adalah ini adalah hanya untuk urusan kerja sahaja,” ujarnya.
Terdahulu, perkongsian usahawan Wanie Elena menampilkan Amira dalam busana serba putih lengkap dengan sejambak bunga tangan seperti pengantin telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hadirnya bulan Disember pada setiap tahun pastinya membangkitkan rasa festivities dalam diri semua remaja.
Tak kiralah sama ada korang menyambut musim perayaan seperti Hari Natal ataupun sekadar menikmati musim cuti akhir tahun ini, kita semua mempunyai alasan untuk menceriakan lagi koleksi pakaian peribadi dengan sesuatu yang baru (dan Limited Edition!).
Nah, ini 5 jenama pakaian pilihan REMAJA yang menyediakan koleksi istimewa untuk korang miliki.
01
H&M Holiday 2020
Untuk musim perayaan 2020, H&M inginkan korang kelihatan chic & timeless walaupun dengan fabrik sustainable. Sudah tentu semua orang pun inginkan keselesaan semasa bersama keluarga dan kawan-kawan kan. Well, korang boleh kekal selesa dengan H&M tapi masih kelihatan fashionable.
Beberapa elemen yang penulis gemari adalah lengan ala balloon-sleeves pada wrapdress dan kardigan kait dengan sentuhan batu embellishment yang boleh dibawa dari siang ke malam.
(Dari atas kiri): Kardigan RM157.95, Tas telefon pintar RM74.95, But RM249.95 & Blazer RM157.95.Wrap dress RM74.95
Favourite Piece: Oversized blazer
Status: Sudah berada di stor & secara online.
02
Uniqlo x Marimekko Limited Edition Holiday Capsule
Selepas permintaan hangat untuk koleksi Marimekko, pertengahan tahun ini, Uniqlo sekali lagi berkolaborasi bersama jenama fesyen Finland itu untuk koleksi percutian edisi terhad.
Bertemakan ‘Joyful Together’, ia masih mempunyai trademark minimal Uniqlo dan 9 jenis cetakan ikonik Marimekko yang digemari ramai demi meraikan masa bersama-sama cuti ini walaupun berdepan dengan tahun yang mencabar.
Koleksi ini mempunyai pelbagai pilihan untuk semua orang. Ada dress paras lutut, turtleneck, boxy cut tops, dan juga dress tanpa lengan. Dan ia didatangkan dalam cetakan Marimekko yang kita semua gemari.
Harga untuk outerwear bermula dari R349.90 – RM499.90, manakala baju, dress dan seluar dijual dari RM79.90 – RM149.90.
Favourite Piece: Flannel Long Sleeve Dress
Status: Mula berada di stor Uniqlo Fahreinheit 88 & secara online pada 27 November (Jumaat)
03
COACH Holiday 2020
Korang gemarkan fabrik mewah, warna terang dan sedikit elemen yang fun pada pakaian dan aksesori? Coach mengambil kesemua poin itu uuntuk dijadikan sebagai satu koleksi musim percutian yang kreatif dan lain daripada apa yang pernah mereka hasilkan.
Penulis tertarik dengan keputusan Coach untuk menjadikan ‘rumah asalnya’, New York City sebagai elemen utama untuk koleksi ini. Tertera pada tas tangan, sweater dan hoodie reka bentuk bangunan pencakar langit yang menjadi identiti metropolitan terkenal itu.
Favourite Piece: New York Skyline Sweater
Status: Koleksi COACH Holiday 2020 telahpun berada di semua stor Coach seluruh negara bermula 15 November lalu.
04
Milin x Pomelo Holiday
Selepas memperkenalkan koleksi kolaborasi menarik bersama Barbie baru-baru ini, Pomelo kembali lagi dengan koleksi bersama satu lagi nama ikonik, iaitu pereka dari Thailand bernama Milin Yuvacharuskul.
Pomelo menawarkan rangkaian pilihan yang membuatkan korang kelihatan lebih luxurious dan bersedia untuk step out with your fashion forward feet.Untuk pengetahuan, Milin merupakan jenama yang telah menemui platform fesyen tempatan dan antarabangsa dengan identitinya sebagai pereka partywear.
Favourite Piece: Jaket dengan perincian tassle.
Status: Koleksi Milin x Pomelo kini boleh didapati secara online di pomelofashion.com
05
Nike Blazer
Bukan baju blazer ya girls!
Nike Blazer merupakan di antara koleksi sneakers yang popular dimiliki oleh semua remaja di luar sana, dari pemain bola keranjang sehinggalah skaters. Ia digemari disebabkan oleh rekaannya yang clean dan klasik, sesuai untuk digayakan dengan apa-apa jenis pakaian dan untuk pelbagai tujuan.
Nike Blazer Mid ’77 dan Nike Blazer ’77 Vintage memperlihatkan mood yang lebih ol’ shool. Pilih sahaja kombinasi warna mengikut citarasa masing-masing. Yang penting, koleksi Nike Blazer dijamin selesa untuk dipakai sepanjang hari.
Status: Nike Blazer boleh didapati di laman web Nike.com dan di stor Nike terpilih.
06
ONITSUKA Tiger Holiday 2020
Last but certainly not least, Onitsuka Tiger baru-baru ini melancarkan koleksi DENTIGRE LL.
Sedikit berbeza dengan rekaan standard Onitsuka Tiger yang selalunya lebih santai dan kasual, koleksi kali ini menyerlahkan rekaan kasut berpotongan tinggi dengan campuran material pada bahagian atas, lidah kasut dan tapak luarnya yang lebih tebal daripada biasa.
Jika korang tidak begitu meminati potongan hi-cut seperti ini, DENTIGRE juga didatangkan dalam versi potongan rendah (DENTIGRE LL). Pilih sahaja daripada rangkaian warna kelabu, biru peacoat dan hijau.