Tiga bintang muzik popular Indonesia, Rizky Febian, Fabio Asher dan Anggi Marito baru-baru ini memberi khabar baik buat peminat di Malaysia apabila mengumumkan bakal menggegarkan pentas di Kuala Lumpur menerusi konsert eksklusif ‘Malam 3 Suara’ yang akan berlangsung pada 14 Disember ini.
Konsert yang dibawakan oleh Strategy X Entertainment ini dijangka menjadi malam penuh emosi dengan gabungan vokal unik tiga penyanyi tersohor itu. Persembahan yang bertempat di Idea Live Arena selama lebih dua jam itu dijangka bakal membawakan pengalaman muzik yang segar, mendalam dan penuh harmoni.
Menurut wakil penganjur, konsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi sebuah perjalanan emosi yang menampilkan kelembutan vokal Anggi Marito, balada penuh jiwa Fabio Asher serta pesona bertenaga Rizky Febian dimana gabungan ini diyakini mampu mencipta momen luar biasa untuk para peminat.
Ads
Dalam pada itu, lebih 20 lagu hit bakal dipersembahkan dalam format berbeza termasuk segmen solo, duet dan kolaborasi khas sekaligus memberi peluang peminat menyaksikan sisi berbeza setiap artis dalam satu malam yang sama.
Untuk pengetahuan, Rizky Febian penyanyi yang popular menerusi lagu Hingga Tua Bersama, Kata, Penantian Berharga, Cuek dan Mantra Cinta, meluahkan rasa teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur.
“Saya amat teruja untuk kembali ke Kuala Lumpur dan bertemu peminat di Malaysia. Ia peluang berharga untuk berkongsi muzik saya secara lebih dekat,” katanya.
Ads
Bagi Fabio Asher pula mula mencuri perhatian dengan balada seperti Bertahan Terluka dan Rumah Singgah yang sering menjadi pilihan pendengar. Sementara itu, Anggi Marito hadir dengan aura segar melalui lagu Tak Segampang Itu dan Cara Mencintaimu, menjadikannya antara penyanyi muda yang sedang meningkat naik di Indonesia.
Ads
Konsert ini dijangka menarik minat peminat muzik dari pelbagai latar usia memandangkan barisan penyanyi yang dibawakan merangkumi variasi gaya muzik berbeza. Kehadiran mereka di pentas yang sama bakal menjadi pengalaman unik untuk penggemar muzik serantau.
Sekadar info, tiket Malam 3 Suara akan dijual bermula pada 12 September 2025 dari harga RM188 sehingga RM448 menerusi laman rasmi Ticket2u.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Posting terbaru penyanyi popular Adele menarik perhatian netizen kerana personaliti itu dilihat sudah semakin kurus dan bertambah cantik.
Adele mengucapkan terima kasih untuk ucapan hari ulang tahun kelahirkannya dan dia juga tidak ketinggalan berterima kasih kepada semua pekerja barisan hadapan yang bekerja keras untuk menyelaamatkan nyawa semasa situasi pandemik COVID-19.
Perkongsian tersebut menerima reaksi teruja daripada para pengikutnya di Instagram dengan melihat penampilan terbaru Adele.
Wah, cantik sungguh Adele sekarang. So maknanya korang pun mampu untuk menurunkan berat badan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ni. Ambil peluang sebaik mungkin dan jadikan Adele sebagai sumber inspirasi. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam banyak-banyak pengumuman yang disampaikan sepanjang Belanjawan 2021 hari ini, pemansuhan status ‘duty free’ daripada rokok yang dijual di kepulauan bebas cukai dekat Malaysia menarik perhatian REMAJA.
Jelas Menteri Kewangan iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, kerajaan akan mula mengenakan cukai ke atas semua jenis rokok dan produk tembakau di semua Pulau Bebas Cukai.
Ini termasuklah di Wilayah Persekutuan Labuan, Pulau Tioman di Pahang, Pulau Pangkor di Perak dan tentunya, destinasi pulau bebas cukai popular, Pulau Langkawi di Kedah.
Keputusan ini pada hemat REMAJA diambil berikutan penurunan kemasukan pelancong di pulau-pulau di Malaysia sehingga menyebabkan kerugian dalam sektor pelancongan. Lalu, tindakan memansuhkan rokok ‘duty free’ ini adalah salah satu cara bagi menambah pemulangan semula kepada kerajaan.
Bukan itu sahaja yang diumumkan oleh Tengku Zafrul.
Kerajaan juga bakal mengenakan duti eksais pada kadar 10 peratus ke atas semua peranti rokok elektronik dan bukan elektronik bermula 1 Januari 2021.
Ini termasuklah vape dan electronic heated tabacco product serta hookah bagi penggemar shisha dan rokok paip.
Cecair rokok elektronik juga akan dikenakan duti eksais pada kadar RM0.40 per mililiter.
Drama Korea The King: Eternal Monarch gandingan pelakon kacak Lee Min Ho dan Kim Go Eun nampaknya kurang mendapat sambutan daripada penonton.
Walaupun sebelum ini ramai yang tertunggu-tunggu kemunculan drama ini, namun selepas beberapa episod ditayangkan, sambutannya bukan seperti yang diharapkan.
Menurut Nielson Korea, episod terbaru drama tersebut yang disiarkan pada 8 Mei lalu merekodkan rating terendah diseluruh negara dengan purata sebanyak 7.0 peratus. Ini merupakan drama dengan rating yang terendah setakat ini.
Sebelum ini juga, ramai yang memberi kritikan terhadap drama ini kerana terlalu banyak product placement yang dipaparkan, selain sarat dengan senario klise.
Hm, kami pun belum berkesempatan untuk menonton drama ini. Bagi yang mengikuti drama The King: Eternal Monarch, apa pula pendapat korang?