Mimpi suami meninggal dunia dua minggu lalu ternyata memberi petanda bahawa dia akan kehilangan orang dikasihinya buat selama-lamanya.
Jika dua minggu lalu, saat dia berkongsi mimpi itu dengan suaminya, Mohd Fatah Hashim, suaminya itu hanya tersenyum mendengarnya tanpa mempedulikan mimpi tersebut.
“Saya maklumkan mimpi itu padanya tapi arwah hanya tersenyum. Tak berkata apa pun tentang mimpi sedih itu. Saya jadi tertanya-tanya tentang mimpi itu sehinggalah mendapat jawapannya semalam. Tak sangka ia menjadi kenyataan,” katanya ketika ditemui pagi ini.
Arwah sempat balik tengahari itu, jamah kuih sebelum balik semula – Nadia
Penantiannya untuk suami balik selepas habis syif malam sekitar jam 8 malam ternyata menjadi cetik kesedihan berpanjangan buatnya apabila dia dihubungi oleh anggota bomba memaklumkan bahawa suaminya lemas.
Tubuhnya lemah dan kakinya longlai kerana sebelah tengahari ketika kali terakhir bertemu, suaminya memanggil anak-anak dan mahu memeluk mereka seolah-olah ingin memaklumkan bahawa itulah pelukan akhir kasih sayang seorang ayah.
Ads
Tapi hari ini, Nadia Kamaludin harus menerima hakikat bahawa dia telah kehilangan suami buat selama-lamanya. Suaminya, allahyarham Mohd Fatah yang bertugas di Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Pelabuhan Klang dianggap sebagai wira negara apabila arwah bersama lima lagi rakannya meninggal dunia dalam satu operasi menyelamat seorang remaja di lombong di Putra Perdana Puchong semalam.
Foto keluarga yang menjadi kenangan
Berkongsi kesedihan yang sukar dimengertikan, Nadia yang tidak bekerja dan hanya berjualan kuih secara kecil-kecilan berkata, kali terakhir dia bertemu suaminya sebelah tengahari tersebut.
“Suami sempat menjamah kuih yang saya sediakan. Tak sangka itu kali terakhir bertemu,”katanya yang terus menitiskan air mata. Dua anak kecil, Nor Medina Aisya, 3 dan Muhammad Meka Al Asyraf, dua tahun menjadi tanda bukti cintanya dan Nadia harus menerima hakikat bahawa dia sudah kehilangan suaminya sampai bila-bila.
Ads
Tambah Nadia lagi, malam sebelum itu suaminya mengalami sakit perut dan hanya mampu terbaring.
“Arwah suami masuk tidur awal. Dia tak banyak cakap pun,” katanya begitu sedih. Dalam pada itu, seorang ahli keluarga mangsa memaklumkan, arwah nampak lebih senyap berbanding sikapnya yang ceria.
“Masa kenduri pun arwah nampak diam, tak banyak cakap macam biasa. Memang nampak ketara perubahan sikapnya,” katanya memaklumkan.
Baru berkahwin tujuh tahun lalu, arwah suaminya sudah hampir lapan tahun bertugas di unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Menjelaskan lagi, kata Nadia dia mendapat panggilan dari pihak bomba memaklumkan suaminya mati lemas sebelum pegawai mengambilnya di rumah untuk dibawa ke hospital Serdang untuk pengecaman mayat.
Inilah 6 wira negara yang terkorban ketika operasi menyelamat seorang remaja yang lemas di lombong Taman Putra PerdanaDi lokasi inilah nyawa 6 anggota bomba menjadi taruhan
Tragedi yang menimpa enam anggota bomba yang lemas ini merupakan kejadian pertama seumpamanya dan ia menjadi sejarah buat Jabatan Bomba dan Penyelamat. Ketika upacara solat jenazah diadakan pelajar yang mati lemas di lombong di Puchong ini masih belum lagi ditemui.
Tular di media sosial bagaimana kesemua anggota bomba ini berusaha menyelamatkan diri tetapi masing-masing terperangkap selepas tali yang mengikat di tubuh terbelit antara satu sama lain selepas seorang anggota bomba tergelincir ketika operasi mencari remaja tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, lagu Negaraku dengan gahnya telah berkumandang di Litar Catalunya, Sepanyol setelah pelumba negara, Syarifuddin Azman berjaya muncul sebagai juara perlumbaan pertama Moto 3 Kejohanan FIM Repsol 2021.
Biarpun Syarifuddin, 19 memulakan perlumabaan di petak ke-10, dia berjaya berada dalam kalangan kelompok hadapan sebelum menamatkan perlumbaan dengan mencatatkan masa 29 minit, 32.553 saat dalam 16 pusingan sejauh 74.7 kilometer.
Pelumba remaja itu sekaligus berjaya menewaskan pelumba tuan rumah, David Munoz Rodriguez yang sekadar berpuas hati di tangga kedua.
Biarpun kurang bernasib baik di perlumbaan kedua selepas tersingkir pada pusingan ke-11, kejayaan perlumbaan pertama itu telah membantu Syarifuddin untuk mengumpul 25 mata dan kini menduduki tangga ke-10 secara keseluruhan dengan kutipan 31 mata.
Tahniah Syarifuddin!
Namun, apa yang menarik mengenai momen tersebut adalah apabila video kemenangannya di podium tular di aplikasi TikTok.
Setelah tamat acara pemberian trofi kepada para pemenang, sudah menjadi tradisi untuk pelumba membuka botol arak lalu disimbah ke rakan mereka yang berdiri bersebelahan.
Namun, Syarifuddin ternyata sedar bahawa perbuatan tersebut bercanggah dengan agama Islam dan dilihat berusaha mengelak dirinya daripada disembur oleh David dan pemenang tempat ketiga, Jose Antonio Rueda Ruiz.
Menerusi perkongsian oleh pengguna TikTok @uhjourney, Syarifuddin yang lebih mesra dengan panggilan Damok berlari meninggalkan podium menuju ke sudut sisi balkoni sementara menunggu dua lagi orang pelumba itu menyelesaikan tradisi tersebut.
Semalam, pelakon Adam Corrie ada menulis entri di facebook miliknya. Beliau meminta agar saudara-saudara baru yang menerima hidayah Allah agar berasa tenang dan sentiasa tersenyum jika ditanya kenapa bertatoo, adakah solat sah.
Ternyata, berdasarkan kenyataannya, pengikutnya mengeluarkan pendapat, kalau orang bertatoo kita tanya sah atau tak solatnya, kita yang agama islam dan tahu solat itu wajib buat lebih patut rasa malu kalau tak solat berbanding mereka yang ada tatoo.
Semua orang tahu, sejak kecil dari umur tujuh tahun, anak-anak kecil sudah diajar tentang solat. Jika tidak lakukannya pada usia 10 tahun, wajar dipukul di kaki dengan niat untuk mengajarnya kerana solat ini adalah benteng iman seorang muslim.
Ini pandangan dari netizen selepas Corrie memuat naik isu tatoo ini
Baca perkongsian Adam Corrie di catatan fbnya.
Adam Corrie semakin aktif berdakwah
Isu biasa yang dialami oleh saudara baru. Ini bkn isu sedih ke, marah ke, tertekan ke, tak sabar ..
Kebanyakan saudara baru tahu solat mereka sah.
Cuma satu perkongsian utk mereka yang masih tak tahu ttg perkara saudara baru yang bertatto sebelum syahadah.
Saya banyak handle kes ni bersama saudara baru. Saya selalu sarankan supaya saudara baru senyum sahaja. Tak perlu berdebat dgn mereka.
Saya juga sarankan pakai baju lengan panjang , berseluar panjang supaya tatto tersebut tidak nampak org lain. Untuk elak org salah faham. . Bukan semua saudara baru mampu buang tatto. Dan ia juga mungkin mudaratkan badan jika tatto penuh di badan hendak dibuang.
Saya dah biasa dgn teguran ini. Tak terasa apa-apa pon. Saya dah 10tahun dlm Islam. Dah ok ?.. Sbb saya tahu bukan semua org tahu hal ni. . Ilmu setiap org x sama.
Saya bertatto sebelum saya mengucap 2kalimah syahadah. Lepas syahadah saya sudah Islam. Tak de la nak buat tatto di badan lagi kerana tahu hukumnya HARAM
Kalau nak tahu pasal hukum hakam agama jgn rujuk, PM dgn saya. Saya bkn ustaz. Rujuk dgn para ilmuwan agama yang bertauliah.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang #adamcorrie
P/s: minta jasa baik.. jgn komen melibatkan bangsa, politik di page saya ye. Kita nak jaga ukhwah. Berdakwah dgn penuh hikmah. Bkn dgn penuh kebencian.
Sumber ;- ADAM CORRIE
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes positif Covid-19 yang semakin meningkat terutamanya di negeri Sabah sejak kebelakangan ini sudah tentu menggusarkan banyak pihak. Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) pun telah dilaksanakan bagi mengelak pendemik Covid-19 terus menular.
Bukan hanya mereka yang duduk dibandar merasa kesannya, malah mereka yang tinggal di kampung dan pedalaman juga terasa ‘sakitnya’ kerana tidak dapat keluar untuk melakukan kegiatan harian.
Baru-baru ini, pihak Remaja dihubungi oleh seorang pemuda bersifat pemurah dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang terjejas terutamanya di Sabah.
Adrian Edy Siaw Chee Hua, berkongsi aktiviti kebajikannya dengan mewujudkan ‘Food Bank’ kerana bimbang dan risau kepada golongan miskin dan miskin tegar serta golongan berpendapatan rendah. Tambahan lagi dengan pelaksanaan PKPB kepada keluarga yang kurang berkemampuan di dearah Inanam, Sabah.
Free jer, ambil sahaja
Tujuannya adalah untuk memberi kemudahan buat sesiapa sahaja golongan yang memerlukan, mendapatkan bekalan makanan tanpa perlu membayar. Menurut Edy beliau sebelum ini mengedarkan makanan dari rumah ke rumah, tapi disebabkan kes Covid19 yang semakin meningkat menyebabkan idea ‘food bank’ tercetus.
Baru dilancarkan sebulan, menurut Edy setiap keluarga dibenarkan mengambil 4 item yang disediakan. Hal ini bagi memastikan semua keluarga dapat bantuan yang disalurkan ini.
Sebelum PKPB ‘Foodbank’ ini dibuka dari Isnin hingga Jumaat tetapi disebabkan PKPB, Edy menambah sehari lagi sampai Sabtu sebab ramai terjejas dengan keadaan sekarang.
.
Setakat ini. lebih kurang 100 keluarga di daerah Inanam dapat manfaat daripada ‘foodbank’ ni.
Program Sarapan Percuma Dan Bank Alat Tulis
Selain ‘food bank’, pemuda ini juga akan menyalurkan bantuan kepada pelajar-pelajar sekolah dengan program “Sarapan Percuma” dan Bank alat tulis selepas PKPB di Sabah berakhir.
Kalau korang berminat untuk menghulurkan bantuan, boleh la hubungi Edy.
Semoga Eddy terus dimurahkan rezeki dan niatnya untuk membantu orang yang memerlukan di serata daerah di Sabah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...