Semalam kecoh apabila seorang isteri, Suhana Hamzah membuat pengakuan suaminya mempunyai hubungan dengan Yaya pengasas Moon Cake. Malah mendakwa keduanya sudah bernikah di Thailand.
Hari ini pula, suami Hanna yang menjadi sebutan telah menulis di fbnya menjelaskan perkara berkenaan.
Tidak mahu terus mendiamkan diri kerana mengakui dirinya adalah mangsa,Hanna Baa sejak tiga jam lalu memuat naik sekali kenyataan dan mahu memperbetulkan apa yang berlaku. Malah beliau turut menjawap tuduhan ianya marketing untuk perniagaan dan beliau menafikan sama sekali tuduhan netizen.
Baca pendedahan Hana dalam situasi ini
Bismillahirrahmanirrahim.. Ini adalah penjelasan saya terhadap isu yg viral.
Saya ingin membetulkan tuduhan orang yg mengatakan ini adalah marketing semata mata.Saya bukanlah terdesak utk membuat marketing murahan sebegitu tetapi apa yg saya tulis semalam adalah luahan hati yg tersangat sakit akibat dikhianati tetapi tidak sangka ianya menjadi viral.
Saya memperjelaskan tindakan saya yg membuat status berkenaan adalah keputusan yg saya telah fikir sedalamnya dan apabila kesabaran saya sudah tak tertanggung dek kerana diri saya diperkotak katikkan kekiri dan kekanan,menyebabkan saya mengambil tindakan sedemikian.
Ads
Kerana MEREKA merasakan saya tidak akan berani ,lemah dan akan terus menangis dan meratap,dan MEREKA merasakan saya adalah seorang yang naif yang akan percaya bulat-bulat dengan penafian2 yang menyakitkan.
Sebelum mengambil tindakan ini,telah banyak usaha yang saya lakukan untuk menyelamatkan rumahtangga saya termasukklah meletakkan maruah saya ketepi dan bersemuka dengan wanita tersebut ,menghubungi keluarga wanita tersebut namun tidak berjaya seperti yang diharapkan.
Rayuan saya tidak diendahkan malah saya pula yang ternampak buruk.Allah saja tahu betapa tertekannya saya padahal saya adalah mangsa namun MEREKA lagi mahir untuk “Play victim’ didepan saya.
Ads
Rasa sakit dikhianati setelah 11 tahun berkahwin bukan hanya dapat diselesaikan dlm masa 24 jam atau hanya lega perkataan sabar . Saya yang merasa dan menanggung serta mengalami depression yg terlampau apatah lagi ketika disaat saya masih dlm proses recover selepas bersalin ditambah dengan ujian yang sebegini amat2 memberi kesan kepada emosi dan kehidupan saya.
Saya bukan malaikat Bertuah anda yang tidak mengalami nasib seperti saya. Saya juga manusia yg ade limit dan perasaan .Saya bukan malaikat yang boleh redho dan terima dengan hati yg terbuka kerana yg menanggung beban adalah saya.
Kepada MEREKA yang berkenaan,teruskanlah dengan penafian kerana saya faham anda ada periuk nasi yg perlu dijaga sedangkan saya tidak punya apa2. Saya tidak pernah mengatakan suami saya memukul saya atau mengabaikan saya tetapi saya tidak faham kenapa isu itu boleh timbul. Berkenaan dengan tanggungjawab dan nafkah,orang luar boleh berkata apa sahaja tapi saya sendiri yg tahu setakat mana kemampuan suami saya .
Saya juga tidak pernah dipelawa untuk bermadu seperti yang didakwa tetapi pengkhinatan ini terbongkar setelah beberapa kali kantoi dan bukti ada dengan saya. Ya saya masih belum bercerai tetapi saya dalam proses menfailkan penceraian kerana saya sudah tak sanggup dipermainkan lagi.
Saya mengambil tindakan ini setelah perbincangan tidak pernah berakhir dengan baik. Disaat ini ,giliran saya pula untuk memikirkan tentang diri saya sendiri dan anak2 dan MEREKA boleh meneruskan “play victim” .Good Luck.
" LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA
INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN " Assalamualikum..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang tahu tak sebenarnya sejak berada dalam kandungan ibu lagi, kita dah boleh tahu bahawa bayi yang dikandungkan itu kidal atau tidak?
Ya, mungkin semuanya hanyalah satu kebetulan je tapi ia kerap terjadi berulang kali. Bayi yang mengarahkan kepalanya ke kiri cenderung menjadi kidal dan begitu juga sebaliknya, bayi yang mengarahkan kepala pada bahagian kanan akan menjadi individu yang menggunakan tangan kanan.
Kali ini REMAJA ingin membongkarkan 12 fakta menarik tentang individu kidal yang mungkin anda tidak pernah tahu. Check this out!
1. 15 peratus daripada penduduk di seluruh dunia ini adalah bertangan kidal.
2. Bilangan lelaki kidal adalah dua kali ganda berbanding wanita.
3. 20 peratus ahli MENSA (sebuah organisasi bagi individu yang mempunyai IQ tinggi) adalah di kalangan orang kidal.
4. Kebanyakan individu kidal ini mempunyai deria pendengaran yang baik dan kerana itu, mereka mempunyai kelebihan dalam bidang muzik.
5. 40 peratus daripada pemenang pingat emas acara tinju dimenangi oleh golongan kidal.
6. Kebanyakan individu yang berpendidikan tinggi, sebanyak 26 peratus lelaki kidal adalah lebih kaya berbanding lelaki yang menggunakan tangan kanan.
Akan Datang
7. Jika kedua ibu bapa adalah kidal, kebarangkalian untuk anak-anak mereka bertangan kidal adalah tinggi.
8. Sebahagian besar kucing betina adalah right-handed, sedangkan kucing jantan kebanyakannya adalah kidal.
9. Orang kidal juga lebih baik dalam menerima rangsangan, jadi tak hairanlah kelebihan ini dapat membantu mereka hebat dalam permainan video.
10. Wanita berumur yang mengandung lebih berpotensi untuk mendapatkan anak yang bertangan kidal.
11. Individu kidal menggunakan tangan kanan lebih kerap berbanding individu tangan kanan, menggunakan tangan kiri. Hanya 50 peratus individu kidal yang memegang tetikus komputer menggunakan tangan kiri.
12. 4 daripada 5 orang yang membangunkan MacBook adalah terdiri daripada individu kidal.
Orang tangan kidal ni juga katanya lebih berseni. Betul ke?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelumba muda negara, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai ‘Damok’ telah berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan meraih tempat kedua dalam acara kejuaraan FIM World Junior GP yang berlangsung di Autodromo Internacional do Algarve di Portugal.
Satu pencapaian yang REMAJA rasakan membanggakan apabila Damok dan pasukannya yang bertungkus-lumus memberikan saingan sengit untuk memenangi kejuaraan ini.
“Saya sangat gembira dengan perlumbaan saya hari ini dan saya harap saya dapat mengekalkan momentum ini sehingga pusingan terakhir FIM JuniorGP 2022.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Monlau Motul, SIC Racing, semua penaja saya, keluarga saya, dan isteri saya untuk sokongan yang tidak berkesudahan. Trofi ini untuk semua orang di Malaysia!” petik kenyataan rasmi Damok.
Tambah netizen lagi, inilah salah satu individu yang benar-benar layak digelarkan ‘Ikon Permotoran Tanah Air’, selepas Hafizh Shahrin yang telah bersara dari kejuaraan MotoGP pada tahun lalu
Perlumba berusia 20 tahun ini mewakili SIC Racing,mempamer tunggangan meyakinkan Ahad lalu apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan 29 minit 07.323 saat (s) dan dipisahkan 6.551s di belakang pemenang, Jose Rueda (29:00.772s) manakala Adrian Cruces melengkapkan pentas podium di tempat ketiga, 29:07.437s.
Penamat kedua diraihnya itu adalah yang ketiga selepas turut meraih kedudukan sama pada dua perlumbaan di Litar Catalunya, bulan lalu.
Damok kini mengumpul 97 mata untuk berada di tangga kedua keseluruhan ketika berbaki tiga lagi pusingan di Litar Misano, Aragon dan Ricardo Tormo.
Bagi pengurus pasukan SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin menyatakan beliau sangat gembira dengan prestasi Damok hujung minggu lalu kerana mendapat podium ke-3 musim ini dan meletakkan dirinya di tempat ke-2 dalam kedudukan kejuaraan.
Zulfahmi turut berharap semasa cuti musim panas nanti, Damok boleh melihat secara terperinci apa yang boleh beliau perbaiki untuk membuat langkah seterusnya.
Apa-apa pun tahniah dan selamat berjaya kami ucapkan kepada Damok. Tak sabar untuk menantikan lebih banyak aksi dan kejayaan daripada pelumba ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam tempoh 24 jam ini pelbagai reaksi diterima oleh Naelofar Hijab dan Neelofa sendiri berkenaan isu acara pelancaran tudungnya yang berlangsung pada Isnin lalu. Remaja yang turut hadir pada majlis tersebut juga memaparkan kronologi apa yang sebenarnya yang berlaku dan diperkatakan oleh Neelofa sendiri ketika acara itu berlangsung.
Hari ini, Naelofar Hijab telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan perkara tersebut. Mereka secara terbuka minta maaf terutamanya kepada penyokong kuat jenama mereka dan semua individu yang terkesan dengan insiden tersebut.
Antara poin penting yang dinyatakan pihak mereka ialah;
telah mengambil langkah berjaga-jaga memastikan tiada sebarang jenama atau botol minuman keras. Gelas dan perkakasan diasing dan dikeluarkan sepenuhnya dari venue
akses ke kelab juga ditutup dan merokok adalah dilarang sepanjang acara berlangsung
menggunakan katerer luar bagi hidangan makanan kepada tetamu
venue dipilih sesuai dengan kemudahan dan ruang yang ada efek neon, sistem bunyi & paparan LED
mengambil serius dan mendengar semua komen dan mamastikan pada masa akan datang ia tidak akan berulang
mohon diberi peluang memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan
Berikut merupakan kenyataan media daripada Naelofar Hijab
Kami memohon jutaan maaf, terutamanya kepada penyokong kuat jenama kami dan juga semua individu yang telah terjejas oleh insiden baru-baru ini. Majlis perlancaran yang sepatutnya menjadi acara yang istimewa untuk jenama kami, telah menjadi isu perdebatan dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.
Sepanjang majlis pada malam itu , kami telah mengambil setiap langkah berjaga-jaga untuk memastikan apa-apa jenama dan botol-botol minuman keras, gelas serta perkakas diasingkan dan dikeluarkan sepenuhnya daripada tempat tersebut sebelum berlangsungnya majlis. Akses ke bar dan kelab lain juga ditutup dan merokok adalah dilarang sama sekali sepanjang majlis tersebut. Kami juga mendapatkan katerer luar untuk menyajikan makanan halal. Semua perkasas termasuklah sudu, garfu dan gelas yang digunakan oleh para tetamu juga disediakan oleh katerer tersebut.
Kami telah membuat keputusan untuk mengadakan majlis pelancaran ini di tempat berkenaan kerana kemudahan yang ditawarkan dan mereka juga menawarkan ruang untuk disewa sebagai ruang acara pada setiap hari Ahad dan Isnin oleh kerana ruang ini tidak dibuka untuk kunjungan umum. Sistem pencahayaan yang memberi efek neon, sistem bunyi, paparan LED, serta sokongan teknikal adalah antara kemudahan yang diperlukan oleh kami untuk menjayakan majlis ini, dan kesemuanya didatangkan dalam satu pakej yang ditawarkan oleh pihak ruang acara.
Untuk makluman, kami kini telah mengambil langkah segera untuk membetulkan situasi ini. Tiada yang lebih penting dari mendapatkan kembali kepercayaan dan keyakinan semua. Kami mengambil serius dan mendengar semua komen mengenai isu ini, dan kami akan menggunakannya untuk membimbing kami secara positif bagi mengelakkan insiden yang sama berulang. Kami akan pastikan isu keagamaan dan kebudayaan akan dititikberatkan dalam setiap keputusan yang dibuat pada masa hadapan dan kami amat berharap agar diberi peluang untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan.
Yang ikhlas, Noor Nabila Mohd Noor Pengarah Urusan, NH Prima International Sdn Bhd
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!