“Berhentilah mengkritik dan membenci orang lain..”
Melalui akaun Twitter miliknya kelmarin, penyanyi dan pelakon remaja As’ad Motawh telah memuat naik statement yang mencuri tumpuan semua orang, bukan hanya Asadnizers saja.
Kata penyanyi lagu Senyum itu, sekiranya penyanyi Haqiem Rusli yang juga rakannya berhenti menjadi penyanyi dalam masa terdekat ini, dia juga ingin mengikut jejak langkah Haqiem dengan turut berhenti.
Namun, kenyataan As’ad ini disusuli dengan kecaman hebat daripada netizen yang ada di kalangannya meminta As’ad untuk berhenti saja tanpa perlu menunggu keputusan akhir daripada Haqiem. Haih, macam-macam lah korang. As’ad terpaksa mengulang kembali kenyataannya dengan berkata, “Hanya KALAU dia (Haqiem) berhenti.”
Setelah pelbagai kecaman tersebut, As’ad memuat naik satu lagi tweet meminta untuk tidak mencari kesalahan dan kelemahan orang lain hanya kerana rasa tak puas hati.
“Kepada haters yang ingin menjadi seorang penyanyi but are not singers yet. Saya percaya kamu berbakat. Dan percaya kamu boleh pergi lebih jauh. Tetapi impian itu tak akan tercapai sehinggalah kamu berhenti mengkritik dan membenci orang lain.”
Tweet yang datang dari penyanyi berusia 16 tahun ini hadir susulan notis panjang lebar yang dimuat naik oleh Haqiem beberapa hari lepas mengenai perancangan ’70 peratusnya’ untuk mengundurkan diri daripada industri seni kerana – “hanya saya yang merasa sakit dan perit.”
Untuk pengetahuan korang, As’ad pernah memberitahu REMAJA dalam temuramah baru-baru ini yang dia kagumi cara Haqiem membawa diri dan uruskan kariernya walaupun baru berusia 20 tahun. Malah, mereka berdua juga selalu berbincang dan bertukar-tukar pandangan tentang muzik dan kehidupan.
As’ad Motawh dan penghias cover Majalah REMAJA isu April – Jun 2018.
Hhm, penulis berharap agar As’ad kekal positif walaupun dipalit dengan kontroversi dan tidak cepat memuat naik ‘triggering statements’ seperti ini yang hanya mengundang kecaman daripada trolls. Lagipun, As’ad pernah berkata bahawa kontroversi adalah antara asam garam yang harus dipelajarinya dengan cepat, bukan?
Beberapa tahun lalu, nama Adam Adli sering disebut-sebut apabila sentiasa muncul di kaca televisyen negara kita. Adam Adli Abd Halim merupakan seorang aktivis pelajar muda yang sebelum ini beberapa kali ditahan (terutamanya ketika pemerintahan kerajaan sebelum ini) dan didakwa kerana kelantangan suaranya yang dianggap sebagai hasutan.
Dan akibat daripada kejadian tersebut, dia telah digantung pengajiannya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Namun terbaru, Mahkamah Rayuan telah membebaskan Adam Adli daripada tuduhan menghasut berikutan ucapan yang dilakukannya beberapa selepas Barisan Nasional menang pada PRU 2013.
Menurut UPSI, pihak universiti telah dimaklumkan oleh Pejabat Peguam Negara bahawa mahkamah telah membersihkannya daripada salah laku. Sehubungan dengan itu, pihak UPSI menyatakan bahawa penggantungan terhadapnya telah dibatalkan dan dibenarkan untuk menyambung pengajian bermula 10 September 2018.
Adam turut membuat perkongsian berita gembira tersebut di Twitter dan Facebook dengan kapsyen, “Belum buat keputusan lagi. Doakan yang baik-baik.”
Jelas Adam menerusi laporan Malaysia Insight, “Saya tak jangkakan surat ini. Saya berasa terharu. Saya berasa bersyukur. Saya dan seluruh keluarga semua rasa cukup gembira. Mungkin inilah keajaiban Ramadan saya.”
Adam Adli merupakan aktivis pelajar yang sebelum ini sentiasa lantang bersuara dan memimpin bantahan pelajar mengenai pelbagai isu seperti Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Akta tersebut dilihat oleh ramai orang termasuklah Adam sebagai usaha menutup ruang untuk pelajar untuk bersuara.
Semoga Adam Adli terus berjuang untuk menjadi suara anak muda yang sentiasa melakukan semak imbang kepada kerajaan. All the best!
Sumber: SINAR HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini keputusan untuk menamatkan perkidmatan feri dari bahagian pulau dan Seberang Perai telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bermula 1 Januari 2021. Lalu, perkhidmatan feri tersebut dikatakan bakal diganti dengan bot penumpang laju.
Namun hari ini, syarikat pengusaha feri di Pulau Pinang iaitu Penang Port Sdn Bhd (PPSB) mengumumkan bahawa operasi syarikat tersebut akan diteruskan.
Keputusan ini dibuat selepas perbincangan bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Justeru kini, feri sedia ada diputuskan bakal meneruskan perkhidmatan TETAPI hanya untuk penumpang berbasikal dan bermotosikal. Bagi penumpang kenderaan empat roda pula, mereka perlu menggunakan laluan Jambatan Pulau Pinang.
Demi ‘meraikan’ berita gembira ini, mereka kini bakal menawarkan tambang percuma kepada penumpang pejalan kaki (pedestrian) yang menaiki feri selama dua minggu berturut-turut bermu;a 1 Januari sehingga 14 Januari 2020.
Sumber Foto: Awani
Walaupun gembira dengan keputusan ini, nampak ramai warganet yang sedikit gusar dengan jumlah penumpang sepanjang tempoh itu. Tambahan pula ia jatuh pada tarikh cuti sekolah, tidak mustahil ramai yang ingin mengambil kesempatan di atas promosi percuma ini untuk melancong ke Pulau Pinang.
@halijahyahaya umpamanya meminta agar orang ramai tidak berpakat menyerbu dalam tempoh itu semata-mata ingin merebut ‘barang percuma.’ Lagi pula, harga tiket feri tidaklah mahal mana.
Betul juga tu guys.
Walaupun kita mudah tertarik dengan perkataan percuma itu, namun jikalau boleh, periksalah dahulu keadaan semasa di jeti dan feri menerusi media sosial. Jika sememangnya betul ramai orang, usahlah kita risikokan keselamatan dan kesihatan diri sendiri dalam musim pandemik ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alhamdulillah. Allah, maha pengasih lagi maha mendengar doa hamba-hambanya.
Jika sebelum ini umat Islam tidak dapat solat jemaah secara rapat atau merapatkan saf di masjid. Walau bagaimanapun kita terpaksa akur dengan keadaan ini demi memutuskan rantaian wabak COVID-19 agar keselamatan diri masing-masing dapat dijaga.
Terkini, satu laporan memaklumkan mulai esok, Perlis membenarkan jemaah merapatkan saf ketika solat di semua masjid di negeri ini.
Bagaimanapun, kebenaran itu hanya diberikan kepada jemaah yang hadir bersama keluarga tinggal sebumbung untuk merapatkan saf sesama mereka, manakala jemaah lain masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Perkara ini juga turut dikongsikan oleh Mufti Perlis, Professor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melalui laman facebook miliknya.
Hal ini selepas Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ketetapan itu telah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah melihat kepada keperluan sedia ada dan tahap ketaatan serta kepatuhan tinggi seluruh rakyat terhadap SOP ditetapkan kerajaan.
Rata-rata warganet meluahkan rasa syukur terutamanya rakyat negeri Perlis atas perkhabaran ini.
Harapnya bulan Ramadan tahun ini dapat la kita ramai-ramai memeriahkan masjid dan surau diseluruh negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Astro BizOne Watch Party menghimpunkan peminat bola sepak di tiga lokasi utama bagi menyaksikan perlawanan epik Manchester United vs Liverpool secara langsung.