Perjuangan penyanyi, Kaka Azraff sebagai peserta The Hardest Singing Show terhenti sehingga minggu keempat.
Kaka atau nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff berkata dia bersyukur kerana diberikan peluang membawakan lagu Bawaku Pergi yang sebelum ini tidak pernah lagi dinyanyikan secara langsung dimana-mana kaca televisyen.
Jelasnya yang meraih markah 65.14% pada malam Ahad lalu, penyingkiran bukanlah pengakhiran kerana kerjayanya masih lagi berjalan seperti biasa.
“Kaka bersyukur dengan apa sahaja yang berlaku. Sebab ini bukan pengakhiran dan kerjaya Kaka akan terus berjalan seperti biasa. Kaka juga ada terfikir bagaimana nak teruskan kerja Kaka, sebab ia tergendala kerana rancangan ini”
“Sudah empat minggu, dan banyak hal yang tergendala termasuklah anak-anak pun tergendala di rumah. Itu hardest bagi Kaka. Jadi saya ambil ini sebagai perkara yang positif”
Anak saudara kepada penyanyi Ella itu menjelaskan bahawa ia melihat penyingkiran ini sebagai sesuatu yang positif. Dalam pada itu, dia senang menyertai rancangan The Hardest Singing Show kerana diberikan peluang untuk mencabar dan eksplorasi kebolehan dirinya sebagai seorang penyanyi.
“Kaka masuk THSS ini bukannya fokus untuk menang sebab menang itu bonus tapi sebenarnya Kaka masuk kerana nak explore diri sendiri. Bila dah masuk, ohh rupanya this is so hard”
“Kaka juga tidak ambil sebagai kejatuhan kerana ini adalah permulaan untuk Kaka untuk jadi seorang yang lebih fresh selepas ini”
Sementara itu bercakap mengenai persembahan, Kaka menyatakan bahawa dia berpuas hati dan seronok dengan kesemua persembahan dari minggu pertama sehingga minggu keempat.
Ads
“Kaka puas dan gembira dengan persembahan Kaka. Yang paling penting, Kaka puaskan diri sendiri dahulu”
“Kalau juri rasa mereka tak cukup puas, itu perkara yang Kaka tak boleh kawal. Saya hanya boleh kawal diri sendiri. Saya gembira dengan usaha sendiri”
“Suami pun nampak kesungguhan itu. Kaka gembira kerana dapat melihat sisi itu dalam diri sebab Kaka tak terfikir mampu buat semua ini. Program ini beri ruang buat saya berkarya,” ujarnya lagi.
Sekadar info, THSS akan berlangsung selama 10 minggu dan dikendalikan oleh dua orang pengacara iaitu Nabil Ahmad dan Rina Nose. Setiap persembahan diadili oleh barisan juri profesional iaitu Edry Abdul Halim, Datuk Rossa dan Zizan Razak.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bertemu setiap hari dan bekerja bersama kadang kala boleh membuahkan bibit-bibit cinta bagi lelaki dan wanita walaupun sudah berumah tangga.
Terkadang bukanlah kerana paras rupa, tapi kerana karisma atau perwatakan si dia. Hal ini mungkin apa yang berlaku pada ahli kumpulan Sabyan Gambus ini.
Nissa Sabyan atau nama sebenarnya Khoirunnisa, pernah menjadi satu fenomena di Malaysia serta negara asalnya, Indonesia dek kerana suara merdu dan lagu-lagu dendangannya yang berunsurkan kerohanian. Namun, ada berita yang tidak sedap didengari dari penyanyi berusia 22 tahun ini apabila dia dikatakan bermain cinta bersama suami. Skandalnya itu juga dikatakan merupakan anggota kumpulannya sendiri iaitu pemain keyboard kumpulan tersebut, Ayus.
Terbaru memetik laporan Insertlive, Ayus atau nama sebenarnya Ahmad Fairuz dan Ririe dilaporkan sah bercerai di sebuah mahkamah di Jakarta semalam selepas lapan tahun berkahwin.
Bagaimanapun menerusi laporan sama, Ayus tidak menghadiri prosiding mahkamah bagi perbicaraan kes penceraian tersebut.
Ketika ditemui media, Ririe berkata dia dan bekas suami berpisah dengan cara baik serta tenang menerima status baru sebagai ibu tunggal dengan mendapat hak penjagaan anak-anak.
Malah, wanita berusia 29 tahun itu tidak menghalang anak-anaknya yang bernama Bian dan Ben untuk bertemu dengan bekas suami apabila mereka mahu.
Hmm…Jatuh cinta tu tak salah asalkan tak jatuh cinta pada suami atau isteri orang sudah lah…Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umum mengetahui bahawa sambutan hari kelahiran di antara Tun Dr Mahathir Mohammad dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali hanyalah selang beberapa hari saja.
Setelah Tun M menyambut hari kelahiran ke-95 pada minggu lalu, tiba giliran beliau untuk mengucapkan Happy Birthday pula kepada isteri tercinta.
Namun, siapa sangka bahawa Tun M boleh menjadi sangat sweet dengan memuat naik satu video berdurasi seminit di Twitter malam tadi.
Video tersebut mempunyai latar belakang muzik mainan biola Nak Dara Rindu hasil nukilan seniman Tan Sri P.Ramlee. Alunan biola itu dikatakan adalah alunan biola mainan Tun Dr Siti Hasmah sendiri yang pernah mempamerkan bakatnya itu di acara tertutup, tak lama dahulu.
Dengan status berbunyi, “Selamat Hari Jadi, Hasmah” iaitu gelaran yang telah digunakan beliau selama ini, tweet daripada Tun M itu memaparkan detik-detik manis mereka berdua yang tidak kekok saling mengusik ketika menghadiri majlis awam.
— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) July 12, 2020
Sweet kan? Tweet yang telah menerima 11.1 likes itu turut membuatkan ramai netizen terharu dan mendoakan agar Tun Dr Siti Hasmah dikurniakan kesihatan yang baik serta diberkati oleh Ilahi.
Sidang redaksi REMAJA turut mendokan agar Tun berdua akan terus diberkati, ceria selalu dan semoga dikasihi dengan doa daripada rakyat sekalian. Amin!
Bagi korang yang nak tau rahsia sebenar kesihatan mantap oleh Tun M, cuba klik artikel di bawah.
Seperti yang kita tahu, DYMM Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah cukup disayangi oleh rakyat kerana memiliki keperibadian yang sangat murni dan berjiwa rakyat.
Sifat murni baginda berdua nampaknya diwarisi oleh anakanda baginda yang sentiasa tampil positif dan tinggi nilai pekerti setiap kali bertemu dengan rakyat. Ini boleh dilihat menerusi perkongsian di laman sosial ramai memuji anakanda baginda berdua ini yang sentiasa mengambil berat dan membantu rakyat marhaen setiap kali musibah melanda.
Hari ini, 17 September 2020 merupakan hari keputeraaan Tengku Mahkota Pahang, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang ke-25 tahun.
Tunku Azizah menerusi laman Instagram baginda @airtangan_tunkuazizah memuatnaik gambar Tengku Hassanal yang kacak dalam persalinan serba kuning.
“Happy 25th Birthday Hassanal Ibrahim Alam Shah …. semoga Allah sentiasa cucur rahmat dan keampunan ….. murahkan rezeki, sihat waalfiat, diberi petunjuk, taufik dan hidayah …… dan yang penting, di temukan dengan sebaik2 jodoh , wanita yang solehah , beriman dan bermaruah mulia … ini doa seorang IBU …. saya bersyukur kehadrat Ilahi yangtelah mengurniakan saya Hassanal … besar dah anak Mamma!” ucap Tuanku Azizah dalam hantaran di laman Instagram.
Dapat kita lihat doa seorang ibunda yang sangat mementingkan kesihatan, agama serta jodoh yang baik buat anakandanya.
Kami di pihak editorial Remaja mengucapkan selamat hari keputeraan kepada Tengku Hassanal semoga sentiasa di dalam peliharaan Allah SWT dan terus menjadi pemimpin yang terbaik dan contoh yang positif untuk remaja khasnya dan rakyat jelata secara umum.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!