Tapi sekiranya sudah terang-terangan seseorang mempamerkan sifat dengki di bahagian komen media sosial, tentulah kita tidak mahu ia berlaku pada rakan sendiri.
Dua hari lalu, pelakon yang popular dengan watak Cempaka menerusi drama Sweat Dreams, Yuna Rahim telahpun menegur seorang netizen yang mempersoalkan peluang lakonan yang diterima oleh pemenang tempat ketiga Hero Remaja
2020, Shameer Shauqeen ataupun Meerqeen.
Dalam posting poster telefilem komedi seram, Kelaster yang dimuat naik oleh Meerqeen, seorang netizen telahpun mempersoalkan kelayakan pelakon itu untuk digandingkan dengan pelakon senior dalam telefilem tersebut seperti Azhan Rani, Nora Danish dan Achey.
Lalu tanpa teragak-agak, Yuna yang juga merupakan gandingan Meerqeen dalam drama baharu, Angkara Cinta menjawab semula komen tersebut. Komen netizen itu bagaimanapun telah dipadamkan setelah Yuna berbuat sedemikian.
*
Ads
Bercakap kepada REMAJA mengenai komen balasnya pada posting Meerqeen tersebut, Yuna mempertahankan tindakannya itu kerana baginya, peluang berlakon berbalik kepada rezeki seseorang.
“Salah ke kalau pelakon baru diberi peluang untuk bergandingan dengan pelakon senior atau pelakon yang mempunyai nama besar? Itu adalah rezeki pelakon itu dan juga merupakan batu loncatan untuknya mengasah bakat.
Ads
“Apabila berada di set bersama pelakon seperti Achey dan Nora, saya percaya dia (Meerqeen) juga banyak belajar dan menerima tip daripada mereka berdua, selain daripada pengarah. Jadi mengapa netizen perlu mempertikaikan pula?
“It is not right to say such things like ‘layak ke tak layak untuk berlakon dengan A dan B’. Janganlah kita dengki,” jelas Yuna.
Tambahnya lagi, di antara 10 orang yang mengenali kita, mungkin 9 orang saja yang menyukai kita. Oleh itu, dia berharap agar Meerqeen ataupun pelakon baru lain tidak mengambil peduli jika menerima komen negatif sedemikian.
Ads
“Saya bukanlah nak memperbesarkan sesuatu perkara. Namun, saya tidak akan teragak-agak untuk menegur jika ada komen daripada netizen yang saya rasakan tidak patut. Bila kita cuba educate, mungkin ada orang ingat kita sedang marah. Tidak marah, hanya tegur.”
Drama Takdir Kita
Bercakap mengenai drama Angkara Cinta yang bakal ditayangkan tidak lama lagi di saluran Astro Prima, Yuna merasakan penonton akan addicted dengannya kerana ia menampilkan barisan pelakon baru dan lama yang mempunyai tarikan masing-masing. Malah, Yuna juga yakin jalan ceritanya yang berkisarkan keluarga ini akan mudah diterima.
“Saya memegang watak Jiji yang rapat dengan keluarga karakter lakonan Meerqeen, Hun Haqeem dan Nina Juren. Sebaik mungkin, Jiji ingin membantu keluarga tersebut.
“Walaupun sibuk di set kerana drama ini melibatkan 70 episod, namun kami seronok melayan perangai masing-masing apabila ada waktu lapang. Terutamanya Syazwan Zulkifly dan Meerqeen, ada je perangai mereka,” katanya lagi.
Yuna juga teruja apabila kembali bergandingan dengan Nina Juren setelah mereka akrab daripada drama Sweet Dreams yang tular pada tahun lalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini tular di media sosial tentang kisah seorang pak cik yang hadir di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Sains Malaysia (USM) menyarungkan plastik di kepala.
Tujuan pak cik yang dikenali sebagai Hor Boon Chung itu berkelakuan demikian adalah kerana dia bimbang dengan penularan virus COVID-19.
Tidak menghiraukan pandangan orang lain, pak cik ini sekali lagi hadir ke PPV untuk suntikan vaksin dos kedua dengan menyarungkan lagi plastik di kepalanya.
Instagram: usmofficial1969
Menurut perkongsian USM di laman rasmi Instagram mereka, kali ini pak cik itu telah mengingatkan kepada petugas di PPV bahawa “Wang boleh dicari, tetapi nyawa tiada ganti”.
Selepas pernah tular kisahnya di media sosial, pak cik ini menolak untuk diberikan keutamaan melalui sistem drive-through. Dia tetap menjalani proses pendaftaran dan mengabaikan setiap pandangan sinis yang diberikan oleh pengunjung di situ.
Setelah selesai, dia berjalan dengan ceria dan menyerahkan balang berisi wang tunai yang sepertinya hampir tiga kali ganda daripada jumlah sebelum ini. Pihak petugas PPV menjelaskan bahawa mereka tidak dapat menerima pemberian itu, namun pak cik itu memberitahu yang dia sangat bersyukur kerana ada individu yang sanggup membantu melindungi negara daripada wabak ini.
Jelasnya lagi, duit yang diberikannya itu disuruh untuk dibelikan makanan tengah hari buat petugas kerana bimbang mereka jatuh sakit. Negara ini masih perlukan perkhidmatan frontliners.
Begitu besar hati seorang warga emas yang menghargai segala pengorbanan dan penat lelah barisan petugas hadapan negara. Jika golongan berumur pun boleh bersikap sedemikian, apa lagi kita yang masih muda ini haruslah lebih menyantuni orang lain.
Semoga kisah pak cik ini dijadikan teladan oleh seluruh masyarakat.
Pastinya tiada apa lebih menyedihkan apabila diuji dengan kematian.Bagaikan tahu ajalnya seakan menjemput, seorang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Munir Tarmizi yang maut kemalangan di hadapan TUDM, Sungai Besi akibat terlanggar belakang sebuah van di jalan tersebut. Mangsa yang berasal dari Bukti Belacan, Ampang sempat memuat naik satu posting di fbnya menyuarakan rasa rindu pada ayahchonya (Pak Su).
Dalam posting dua hari sebelum ajalnya menjemput, arwah sempat menulis di postingnya betapa dia rindukan arwah Ayahchonya yang pernah menyuapkan driinya makanan biar usianya sudah mencecah 26 tahun.
SETIAP YG DTG PASTI AKAN PERGI.
Coretan pendek dari hati. Rindu kepada ayahcho. Rindu kepada gurauannya. Rindu pelukannya. Rindu pada nasihat-nasihatnya. Rindu suapan nasinya dari kecik hingga dewasa. Umur 26 tahun masih disuapkannya. Rindu pada segalanya yang dibuat oleh ayahcho.
Semoga roh ayahcho tenang di sana. Sungguh aku rindu. Air mata jatuh di kala permergian nya. Gugur lagi air mata saat ini mengenangkan pemergiannya. Semoga syurga buatmu ayahcho. Tidak akan ada lagi “ayahcho” lain dalam hidup yang mendatang. Al-fatihah – rindu ayahcho.. setahun sudah berlalu.
Dalam pada itu, rakan-rakan arwah dalam posting di fb masing-masing turut menyuarakan bahawa mereka kehilangan rakan yang baik, suka bergurau senda.
Al Fatihah untuk arwah Munir.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin ada di antara kita yang sudah membeli tiket penerbangan ke luar negara masih berharap sekiranya mereka tidak mengalami kerugian dan mendapat semula hak mereka sebagai pengguna.
Berita baik buat pelanggan AirAsia, syarikat penerbangan itu telah melanjutkan tempoh sah Akaun Kredit sehingga 730 hari atau dua tahun berbanding tempoh setahun yang diberikan sebelum ini.
AirAsia membuat kenyataan bahawa penumpang yang mempunyai tempahan penerbangan sedia ada dibuat pada atau sebelum 17 April 2020 dengan tarikh pelepasan antara 23 Mac 2020 dan 30 Jun 2020 kini diberi pilihan pertukaran penerbangan tanpa had.
Antara pilihan yang diberi adalah pertukaran tarikh penerbangan tanpa had meliputi menukar tarikh penerbangan sebelum 31 Oktober 2020 di laluan yang sama tanpa had dan tanpa bayaran tambahan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.
Selain itu, penumpang juga boleh mengekalkan nilai tambang tempahan ke dalam akaun Ahli AirAsia BIG yang boleh ditebus dalam masa dua tahun.
Namun begitu, masih ada pengguna yang tidak berpuas hati mengharapkan agar mereka memperoleh duit refund dan bukannya akaun kredit seperti yang ditawarkan. Malah, ada juga pengguna yang mengatakan bahawa mereka masih belum menerima pindahan akaun kredit yang telah dibuat.
Mungkin kes korang masih lagi dalam rekod dek kerana terlalu ramai yang memohon penukaran kredit/refund sepanjang tempoh PKP ini. Diharap agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera dan harapnya korang pun bersabar sementara menunggu jawapan daripada pihak AirAsia.