Nama Ryun Ryry tidak asing lagi dalam industri seni tanah air.
Mula menceburi bidang lakonan ketika dia masih kanak-kanak lagi, kini dia mampu mengatur langkahnya yang tersendiri dalam mengukir nama lebih jauh di arena seni.
Bukan sahaja memiliki wajah yang cukup jelita, namun si pemilik namaini juga dianugerahkan bakat yang cukup hebat.
Berkata kepada Remaja, dia gemar ‘perhatikan’ lakonan daripada seniwati-seniwati tanah air yang membawa watak sama dengan yang dimainkan olehnya.
“Alhamdulillah, saya tidak pernah pun menganggap lakonan saya menjadi atau sebaliknya. Tetapi, formulanya adalah saya banyak ‘perhatikan’ orang.
Ads
“Dari segi untuk menjayakan sesebuah watak, saya gemar perhatikan lakonan seniwati-seniwati yang memainkan watak yang sama saya bawa.
“Selain itu, bidang ini sangat fleksibel dan kompleks. Jadi, semuanya saya buat dengan cara saya sendiri dan mentelaah watak sangat penting sejurus sahaja kita dapat skrip,” katanya.
Gadis berusia 23 tahun ini juga lebih dikenali dengan lakonan antagonis dan psikonya, dia menyifatkan watak tersebut sudah cukup sebati dan selesa untuk dibawa.
Ads
Pada masa sama, pelakon filem hit Jwanita itu tidak kisah dan terbuka sekiranya dia diberi peluang untuk membawa watak yang lain pula.
“Ya, dari kecil sebenarnya saya banyak dapat perempuan psiko, antagonis tetapi saya suka dan selesa membawa watak tersebut.
“Ia kerana saya dah lama sangat dapat karakter sebegitu, jadi saya dah jadi selesa apabila diberi tanggungjawab untuk memegang watak seperti itu.
“Pada masa sama, saya tidak kisah jika saya diberi peluang untuk membawa watak yang lain pula selepas ini,” tuturnya panjang.
Dalam pada itu, Ryun kini hanya fokus untuk menambah baik lagi cara dirinya berkarya selain mengganggap populariti bukan keutamaanya.
“Saya tidak terlalu fokus dalam mencari populariti mahupun ‘limelight’, tetapi saya lebih fokus kepada cara saya berkarya lagi.
“Kalau dia meletup atau naik ke, Alhamdulillah itu adalah rezeki,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas usahawan terkenal, Nur Fazura nekad untuk meneruskan proses perceraian, terbaharu, suaminya yang juga aktor popular, Fattah Amin tampil dengan memuat naik foto isteri dan puteri mereka, Nur Fatima Aisya di Instagram.
Difahamkan, foto yang dikongsikan pelakon filem Pendekar Awang itu merupakan foto terakhir yang dipercayai diambil sebelum berlakunya polemik rumah tangga pasangan berkenaan.
Menerusi sebutan kes permohonan perceraian itu, mahkamah meminta pasangan selebriti terbabit menyelesaikan konflik rumah tangga mereka di luar mahkamah sebelum tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan.
Sebagai info, pasangan popular ini telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Rasanya lepas ini tak perlulah lagi kita kerap ke Korea Selatan untuk merasakan pengalaman dunia K-Pop.
Mereka sendiri yang semakin kerap ‘datang’ ke Kuala Lumpur. Terbaru, sebuah kafe berkonsepkan kumpulan K-Pop, EXO akan dibuka pada hujung bulan April ini.
Dikenali sebagai The Brussette Cafe, kafe ini akan menyajikan makanan western Halal dan sedang menjadi bualan mulut para EXO-L Malaysia. Ini kerana hampir setiap segi persediaan kafe sebelum ia dibuka kelak mempunyai elemen EXO.
Contohnya, ia akan mempunyai album, DVD dan merchandise original sebagai bahan pameran. Pengunjung juga boleh menggunakan permainan video XBox dan board games di situ.
Mengapa Nama Brussette?
Menurut wakil pemiliknya, “Tahun lalu, keluarga saya berkesempatan untuk berkunjung ke Viva Polo (restoran Itali milik keluarga Chanyeol di Seoul). Kami bertuah kerana telah bertemu ibu Chanyeol di situ dan saya memberitahunya tentang perancangan untuk memiliki kafe sama sepertinya.
“Bila bertanya tentang nama yang sesuai, dia mencadangkan The Brussette Cafe. Katanya, Chanyeol dulu ingin menggunakan nama itu tetapi dia akhirnya memilih nama Viva Polo,” kongsi mereka di Twitter.
Pempengaruh, Kasih Iris Leona menegaskan bahawa tidak wajar sekiranya orang ramai menyamakan pendapat ayahnya yang juga pelakon terkenal, Azhar Sulaiman dengan pendapatnya sendiri dalam banyak perkara.
Biarpun pasangan anak-beranak itu selalu kelihatan akrab di media sosial, Leona, 22 juga mempunyai pendiriannya yang tersendiri terutama dalam isu-isu serius seperti pergolakan yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin di Rafah, masa kini.
Kasih Iris Leona
Menerusi ciapan di platform X, Leona berkata dirinya tidak berkongsi pandangan sama seperti Azhar dan berharap agar warganet hentikan kecaman yang dihadapi bertalu-talu sejak hari Rabu.
“..Saya sangat menentang Israel berikutan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Palestin.
“Saya tidak mempunyai pendapat yang sama dengan ayah saya dan gagal memahami cara dia berfikir.
“Jadi jangan menganggap hanya kerana kami mempunyai pertalian darah, kami akan ada pandangan yang sama,” ciapnya.
Leona yang kini sedang melanjutkan pengajian sarjana muda dalam jurusan pengurusan di Universiti Bath, United Kingdom juga berkongsi pengalamannya sewaktu berkunjung ke Palestin dan melihat sendiri keadaan di sana dengan matanya sendiri biarpun di lokasi yang terkawal serta selamat.
“..Saya sedar kekejaman yang dilakukan Israel dan mengakui pembunuhan beramai-ramai itu telah bermula sebelum 7 Oktober (tahun lalu) lagi,” catatnya.
Terdahulu, Azhar Sulaiman dikecam teruk setelah mengeluarkan kenyataan kontroversi berkenaan rakan selebriti tempatan yang menunjukkan sokongan mereka terhadap Palestin.
Pelakon berusia 52 tahun itumencabar selebriti-selebriti terbabit agar berpindah ke Gaza, Palestin untuk membantu saudara seagama yang sedang berdepan serangan di sana.
Malah, beliau menggesa agar gerakan boikot tidak perlu dilakukan jika seseorang itu masih berada dalam keadaan gembira di Malaysia.
Begitupun, hantaran-hantaran beliau di Instagram itu telahpun dipadamkan olehnya setelah ruangan komen dihujani kecaman netizen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!