Tular di media sosial berkenaan seorang pelajar Malaysia Azhar Ali dikatakan mendapat biasiswa dari NASA selepas menyertai satu pertandingan reka bentuk sut angkasa lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Biasa-Biasa, Remaja Malaysia Terima Biasiswa NASA

Satu Malaysia Kena ‘Game’ Dengan Emel Scam Biasiswa NASA, Ini Pesanan KJ..

Namun, pada hari ini, Azhar menebalkan muka untuk tampil memberi kenyataan balas mengenai dakwaan bahawa namanya tidak tertera dalam senarai penerima biasiswa NASA.

Menerusi bebenang di Twitter, remaja itu mengakui dirinya telah ditipu ataupun di-scam oleh pihak tertentu. Azhar menjelaskan bagaimana dia boleh mempercayai dirinya telah benar-benar menerima biasiswa daripada NASA.

“Sekitar 20 Mac lalu, saya memang menyertai pertandingan merekacipta sut NASA bagi kategori gred 9-12.

IKLAN

“Seperti peserta lain, saya juga menunggu agar rekaan saya terpilih 2 minggu berikutnya. Saya menerima layangan emel yang mengatakan saya telah terpilih sebagai antara peserta terbaik. Saya terus kongsikan berita gembira ini dengan rakan saya.”

Satu Malaysia Kena ‘Game’ Dengan Emel Scam Biasiswa NASA, Ini Pesanan KJ..

Rasa Tak Sedap Hati

“Antara petunjuk awal bahawa saya mungkin telah menjadi mangsa scam adalah apabila saya diminta untuk memilih foto sendiri untuk dimuat naik. Saya pun mengambil screenshot daripada portal tersebut untuk dikongsikan dengan kamu semua.

“Kemudian, saya juga menerima lagi emel daripada ‘NUS’ tanpa domain NUS, membuktikan ia adalah scam.”

IKLAN

Satu Malaysia Kena ‘Game’ Dengan Emel Scam Biasiswa NASA, Ini Pesanan KJ..

Azhar berani mengakui silapnya dan sedar kesan yang akan diterima atas penularan perkara tersebut. Selain berasa sedih kerana menjadi mangsa penipuan yang bukan sahaja boleh membuatkannya kerugian, dia juga berpendapat isu ini secara tidak langsung telah mencemarkan namanya sendiri.

Satu Malaysia Kena ‘Game’ Dengan Emel Scam Biasiswa NASA, Ini Pesanan KJ..

*

IKLAN

KJ Beri Pesanan

Susulan daripada hal ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Khairy Jamaluddin yang pernah mengucapkan tahniah kepada Azhar sebelum ini meninggalkan pesanan kepada remaja tersebut dan semua followers beliau menerusi ulang kicau di Twitter.

“Ya, ini adalah satu pengajaran untuk kita semua (termasuklah diri saya) supaya benar-benar memeriksa fakta sebelum berkongsi secara online.

“Pujian yang kamu terima daripada ramai pihak menunjukkan bahawa rakat ingin melihat seorang remaja Malaysia berjaya (di mata dunia).

“Jangan pernah berputus asa. Apapun yang diperkatakan oleh orang, teruskan impian kamu.”

 

Satu Malaysia Kena ‘Game’ Dengan Emel Scam Biasiswa NASA, Ini Pesanan KJ..
Twitter

ARTIKEL BERKAITAN : Tweet Tahniah Dari PM ‘Hilang’

Bahaya betul kan scammer ni, kan dah satu malaysia kena ‘game’

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI