Filem blockbuster, Barbie tidak disangkal lagi merupakan salah sebuah filem paling berjaya dihasilkan sepanjang tahun 2023 dengan kutipan yang cukup memberangsangkan di seluruh dunia.
Di pentas anugerah perfileman pula, Barbie turut berjaya membuktikan kejayaan filem arahan Greta Gerwig itu bukan sekadar satu fenomena pop culture bahkan ia diiktiraf atas kualiti dan kredibiliti yang dipersembahkan kepada para penonton.
Justeru, apabila Barbie dinafikan pencalonan dalam dua kategori utama di Anugerah Akademi (Oscars) 2024 yang berlangsung pada 11 Mac hari ini, ramai yang berpendapat ia merupakan satu kesilapan pada pihak akademi yang gagal mengangkat Greta sebagai calon Pengarah Terbaik dalam kalangan barisan pengarah lelaki lain.
Pelakon utamanya, Margot Robbie juga tidak dicalonkan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik sekaligus merupakan ironi kepada jalan cerita Barbie sendiri yang cuba mengangkat wanita agar mengejar impian dan tidak sesekali berharap kepada keselesaan.
Margot dan Greta masih menghadirkan diri di acara Oscars 2024 memandangkan Barbie masih tercalon bagi lapan kategori lain termasuklah Best Picture di mana Margot Robbie merupakan salah seorang penerbit-bersama bagi filem berkenaan. Greta pula tercalon dalam kategori Best Writing (Adapted Screenplay).
Lantas apabila Margot berjalan di karpet merah awal pagi ini, ramai yang terkejut beliau tidak memilih rona merah jambu seperti kebiasaan sepanjang kempen filem Barbie tersebut. Kali ini, Margot menggayakan busana Versace hitam bersama aksesori keemasan.
Ramai terus berpendapat busana Margot itu merupakan ‘protes dingin’ yang cuba disematkan oleh produksi Barbie di atas kegagalan Oscars 2024 untuk mencalonkannya dan Greta bagi kategori masing-masing. Margot terlebih dahulu memberikan komen bahawa dirinya tidak merasa sedih dengan ‘snub’ berkenaan dan memilih untuk bersyukur dengan kejayaan lain yang diterimanya.
*
Dalam pada itu, kemunculan sembilan lagi fesyenista pilihan REMAJA di Oscars 2024 turut mencuri perhatian ramai.
America Ferrera yang tercalon bagi Pelakon Wanita Pembantu Terbaik untuk filem Barbie ‘mengambil alih’ tempat Margot Robbie dengan busana merah jambu rekaan Atelier Versace sekaligus mewakili esen Barbie di karpet Merah Oscars.
Vanessa Hudgens pula membuat kejutan istimewa apabila dirinya tampil berbadan dua dalam busana Vera Wang yang melekap pada tubuhnya. Bintang High School Musical itu sedang menanti waktu untuk melahirkan anaknya bersama atlet MLB, Cole Tucker.
Zendaya yang kini dalam fasa promosi bagi filem Dune: Part Two pula tampil dalam gaun metalik-merah jambu cair sebagai tribute kepada filem berkenaan namun dalam versi yang lebih elegan.
Ads
Jom lihat gaya 10 bintang pilihan REMAJA kali ini:
01
Margot Robbie l Versace
02
Emily Blunt l Schiapearelli Couture dan Tiffany & Co.
03
Anya Taylor-Joy l Dior Haute Couture dan Tiffany & Co.
Ads
04
Billie Eilish l Thom Browne Fall/Winter 2024 dan Chanel
05
Vanessa Hudgens l Vera Wang Couture, Chopard dan Haute Joailler
06
Emma Stone l Louis Vuitton
Ads
07
Zendaya l Armani Prive dan Bvlgari
08
America Ferrera l Atelier Versace
09
Jennifer Lawrence l Dior Haute Couture
10
Ariana Grande l Giambattista Valli Haute Couture
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk menjadi juara pertandingan ratu cantik, bukan hanya rupa menjadi perhatian tetapi kecerdasan minda turut menjadi taruhan. Terbaharu, Divita Rai, 23, yang merupakan seorang arkitek dan peragawati telah berjaya memenangi pertandingan Miss Diva 2022 sekaligus menggalas gelaran Miss Universe India 2022.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Miss Diva ditubuhkan pada 2013 merupakan sebahagian daripada pertandingan ratu Miss India Femina, yang bertujuan untuk memilih wakil India ke pertandingan Miss Universe, salah satu pertandingan kecantikan antarabangsa yang berprestij tinggi.
Sejurus selepas kemenangan gadis cantik ini menyatakan keterujaan dan juga rasa terkejut setelah diberi kepercayaan untuk memegang jenama tersebut. Ujarnya, “Saya akhirnya mempunyai mahkota ini di kepala saya. Ia sukar dipercayai, saya benar-benar tidak mempunyai kata-kata.”
Merupakan graduan Kolej Senibina Sir J.J, Divita yang berasal dari Kartanaka menerima mahkota daripada Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu yang juga merupakan pemenang Miss Diva Universe 2021.
Satu fakta menarik tentang kemenangan Divita, semnagat yang dimilikinya merupakan sebuah lambang tidak putus asa. Dia sebenarnya merupakan seorang finalis Miss Diva 2021 dan mendapat tempat ketiga. Kembali lagi tahun ini dia membuktikan yang di berhak mewakili India ke pentas antarabangsa.
“Ramai di antara kita mempunyai persepsi bahawa wanita harus mempunyai rambut panjang, mereka harus mempunyai jenis rupa dan badan tertentu. Tetapi dengan setiap pemenang, saya rasa kita cuba memecahkan stereotaip tersebut. Saya rasa seseorang hanya perlu mempunyai hati yang baik, niat yang baik dan minda berorientasikan matlamat.
“Jika anda boleh melakukannya dan mempunyai keyakinan pada diri sendiri, anda boleh mewakili diri anda dan negara anda dengan baik. Dan itulah perkara yang harus kita sentiasa bincangkan, kecantikan itu bukan hanya terhad kepada sebilangan orang sahaja. Perkara yang anda rasa dari dalam, apa yang anda katakan dan impaknya sangat penting,” kongsinya dalam satu temubual.
Adakah Divita akan berjaya memenangi pertaningan Miss Universe 2022 sekaligus memecah rekod kejuaraan back-to-back bagi India? Sama-sama kita nantikan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jerawat dan remaja terutamanya memang berpisah tiada. Malah, merupakan mimpi ngeri terbesar setiap orang. Walaupun sekadar jerawat pasir, keyakinan diri boleh hancur lebur. Apatah lagi jerawat besar yang menghiasi setiap ruang di muka.
Jerawat boleh muncul pada sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Ia langsung tidak memberi signal. Kalau orang biasa sudah tertekan apatah lagi golongan selebriti yang kita ketahui rupa paras sempurna adalah sumber rezekinya.
Mereka juga mengalami masalah jerawat. Biarpun tidak boleh hilang begitu sahaja, cara selebriti-selebriti ini boleh dijadikan panduan.
KENDALL JENNER
Kendall Jenner sendiri mempunyai cara untuk menangani masalah jerawat dan mengekalkan kesihatan kulit wajahnya setiap hari. Kaedahnya sangat mudah dan semula jadi.
Kendall kerap melakukan senaman ringan, makan makanan yang sihat, mengelakkan gula-gula, dan minum banyak air. Bagi Kendall, untuk mendapatkan wajah yang sihat dan cerah adalah dengan minum banyak air.
VICTORIA BECHKAM
Victoria Beckham percaya, untuk memiliki kulit yang cantik adalah menyuburkannya dari dalam. Selebriti dan model terkenal ini mengamalkan makan salmon setiap hari. Hasilnya, kulit tidak mengalami masalah jerawat yang serius.
Victoria memulakan tabiat sihat ini selepas berjumpa dengan pakar dermatologi, Dr Harold Lancer yang turut menguruskan keluarga Kardashian. Salmon kaya dengan asid lemak omega-3, yang dapat membantu menyuburkan kulit, membersihkan pori-pori dan mengurangkan keradangan.
MILEY CYRUS
Penyanyi ‘Wrecking Ball’ ini memilih makanan organik untuk kesihatan dan kebersihan wajahnya.
Bukan itu sahaja, Miley juga mengambil ubat daripada doktor bagi menghilangkan jerawat di mukanya.
NATALIE PORTMAN
Sejak menjadi vegan, Natalie mengakui kulit wajahnya tidak pernah berjerawat. Jika anda ingin mencubanya, lakukan perlahan-lahan.
Bila sudah terbiasa, anda boleh ke peringkat seterusnya iaitu menjadi vegetarian. Kemudian menjadi vegan seperti Natalie Portman.
Boleh cuba ni, mana tahu hilang jerawat degil korang tu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi Billie Eilish dan imej rambut berwarna seakan tidak boleh dipisahkan. Dari perang ke biru ke platinum putih!
Dan siapa boleh melupakan warna campuran hijau neon dan hitam untuk rambut Billie sepanjang dua ke tiga tahun. Setelah menamatkan era ‘Happier Than Ever’, Billie memilih warna gelap semula.
Menariknya – tidak seperti rockstar dan penyanyi terkenal lain – Billie tidak mempunyai pasukan ‘glam squad’ untuk menyiapkan solekan dan dandanan rambutnya sewaktu siri jelajah konsert. Segala-galanya dilakukan sendiri mengikut citarasanya pada waktu itu.
“Sejak usia saya 10 tahun, saya telah banyak kali menukar warna rambut saya. Saya pun tidak sedar ia adalah sebahagian daripada (imej) diri saya. Saya hanya warnakannya.
“Saya tidak pernah merancang untuk imej saya dikenali kerana warna rambut. Ibu bapa saya juga tidak kisah dengan ‘hobi’ saya ini dan ia membuatkan saya selesa mewarnakannya,” katanya kepada Vogue dalam video terbaru Beauty Secrets mereka.
“Pada awalnya, saya warnakan rambut biru ketika berumur 9 tahun. Kemudian pada usia 13 tahun, saya bleach rambut untuk kali pertama dan saya mempunyai rambut putih selama bertahun-tahun.”
“Begitupun (sekarang), warna hitam membuatkan saya merasa paling selesa dengan diri sendiri walaupun warna semulajadi saya adalah perang.”
“Dengan rambut hitam, lebih mudah untuk saya berada di dunia luar dan menjadi normal. Ia mengubah hidup saya. Apabila saya mempunyai rambut hijau dahulu, saya tidak boleh lakukan banyak perkara,” tambah Billie lagi.
Khabarnya, Billie ingin kekal dengan imej ‘berambut normal’ ini jangka masa yang panjang.
Tapi jujurnya, REMAJA merasakan hanya Billie sahaja yang mampu mencuba sesuatu di luar kotak apabila menyentuh tentang warna rambut. Jika selebriti lain yang melakukannya, tidak semestinya warna-warna pelik ini akan mudah diterima oleh para peminat. Setuju?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!