Sebelum ini penyanyi Billie Eilish telah mengumumkan bahawa dia akan melakukan konsert jelajah Asia dan akan berkunjung ke Seoul, Hong Kong, Tokyo dan beberapa lagi bandar besar tetapi tidak pula dimasukkan Malaysia dalam senarai.
Namun, berita baik yang diterima pagi ini apabila pemenang tujuh kali Grammy Award itu bakal membuat persembahan sulung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 18 Ogos depan.
Penganjuran konsert ini adalah sebahagian daripada jelajah Asia ‘Happier Than Ever, The World Tour’ yang dinantikan-nantikan peminatnya di Malaysia, termasuklah di Manila, Seoul, Singapura, Bangkok dan Tokyo.
IKLAN
Penampilan ini secara tidak langsung menjadikan Billie Eilish selebriti indie electropop pertama yang membuat kemunculan di Asia. Tiket konsert Jelajah di Amerika Utara, UK dan Eropah memecah rekod apabila habis dijual pada Mei tahun lalu.
Sejak pelancaran single pertamanya Ocean Eyes pada 2015, anak kelahiran Los Angeles ini terus meraih kejayaan demi kejayaan. Breakout Album 2019 penyanyi ini, When We All Fall Asleep, Where Do We Go? berjaya menduduki tangga pertama di Billboard 200 di Amerika Syarikat serta 17 negara lain di seluruh dunia dan menjadi album yang paling banyak distrim pada tahun itu.
Dibawakan oleh Live Nation Malaysia, tiket pra-jualan boleh mula dibeli esok (24 Jun) pada pukul 10 pagi, diikuti oleh pra-jualan Live Nation Members pada hari Sabtu (25 Jun) 10 pagi. Tiket dijual dengan harga RM308, RM408, RM508 dan RM598.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Satu inisiatif yang bijak telah dilakukan oleh sebuah restoran apabila mereka menggunakan robot sebagai penghantar makanan untuk mengelakkan penjarakan fizikal dengan para pelanggan.
Dengan peningkatan kes positif COVID-19 yang berlaku di negara kita, wajar kami katakana bahawa langkah ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan kontak dengan orang ramai.
Bertempat di i-City Shopping Center, NALE The Nasi Lemak Co. telah menggunakan khidmat robot dipremisnya itu. Robot ini digunakan untuk mengelakkan daripada berlakunya sentuhan atau dekat dengan pelanggan, disamping mengatasi kekurangan tenaga pekerja.
Sewaktu penghantaran, robot pun pakai ‘mata’. Hehe!
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi mereka, ia memaparkan bagaimana robot tersebut berfungsi dan apa yang lebih menarik, penghantaran yang dibuat oleh robot itu disertai dengan senyuman.
Killing 2 birds with one stone. Manpower shortage and social distancing.
Pasti ramai yang rindu nak menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Namun di sebalik wabak COVID-19 yang menyerang seluruh dunia, pasti kita akan tertanya-tanya adakah kerajaan Arab Saudi akan memberikan kebenaran ibadah ini dilakukan tahun ini kerana wabak ini masih ada dan vaksin pun belum ditemui sangat membimbangkan dunia.
Berita baik untuk seluruh umat Islam di dunia, apabila bermula 1 November ini kita bakal dibenarkan mengerjakan umrah selepas permit kebenaran untuk jemaah luar Arab Saudi dibuka secara rasmi. Namun mestilah berusia antara 18 hingga 50 tahun sahaja dibenarkan.
Bagaimanapun, dalam usaha mencegah jangkitan COVID-19, terdapat beberapa arahan yang dikeluarkan Kementerian Haji dan Umrah. Antaranya:
1. Jemaah perlu menjalani kuarantin selama 3 hari sewaktu ketibaan di negara itu. Menerusi laporan Saudi Gazette yang memetik sumber Kementerian Haji dan Umrah, kesemua syarikat umrah perlu mematuhi peraturan kementerian dan mengawal kehadiran jemaah dari luar negara.
2. Jemaah perlu mempunyai sijil ujian kesihatan PCR yang menunjukkan mereka bebas COVID-19, tidak lebih daripada 72 jam selepas sampel itu diambil dan dikeluarkan oleh makmal bertauliah di negara jemaah.
3. Jemaah juga perlu mendapat kebenaran untuk melakukan umrah selain lawatan ke dua Masjid Suci dan melakukan solat di Rawdah Sharif dengan mendaftar di aplikasi Eatmarna.
4. Setiap jemaah perlu mendapatkan tempahan penerbangan pulang selari dengan program yang diluluskan.
Peraturan itu termasuklah tempahan bagi tempat penginapan yang komprehensif yang turut membabitkan sekurang-kurangnya tiga kali hidangan sehari sepanjang tempoh tiga hari kuarantin.
5. Syarikat umrah perlu mengesahkan segala maklumat tepat berdasarkan pasport jemaah termasuklah tarikh lahir yang masuk ke dalam sistem umrah, sekurang-kurangnya 34 jam sebelum hari ketibaan.
Melalui sistem itu, data tiket penerbangan juga perlu ada dalam sistem, termasuk nombor tiket, nombor ketibaan pesawat, negara berlepas, masa dan tarikh pelepasan, negara ketibaan, masa dan tarikh tiba serta maklumat penerbangan lain.
6. Maklumat penginapan di Makkah dan Madinah perlu dilengkapkan juga. Ejen umrah asing yang bekerjasama dengan syarikat di Arab Saudi juga bertanggungjawab untuk melengkapkan data ini malah berdepan dengan tindakan sekiranya terdapat maklumat tidak benar.
7. Jemaah perlu dibahagikan kepada kumpulan dengan minimum seramai 50 jemaah dalam satu kumpulan dan syarikat umrah perlu melantik seorang ketua untuk mengawal setiap kumpulan berkenaan.
Rindunya nak jejak kaki di Tanah Suci ni kan…huhuhu
Sebelum bergelar seorang selebriti, kebanyakan daripada mereka mempunyai background yang berbeza. Pendek kata, setiap manusia itu mempunyai pengalaman ‘kesusahan’ sebelum menjadi seperti apa yang mereka kecapi hari ini.
Mempunyai paras rupa yang menawan merupakan satu bonus buat selebriti ini kerana kecantikan yang dimiliki itu menjadi titik tolak untuk meneruskan kerjaya dalam bidang hiburan. Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya ada beberapa selebriti popular dunia sebenarnya pernah memegang atau menyertai pertandingan ratu cantik.
Tidak hairanlah sekiranya mereka terlibat dalam pertandingan kecantikan seumpama ini kan? Nah, berikut kami senaraikan antara barisan selebriti tempatan yang pernah bergelar ratu cantik dan mewakili Malaysia di persada dunia.
Memenangi pertandingan Miss World Malaysia 1983, Tan Sri Michelle Yeoh mula lebarkan sayapnya dalam bidang lakonan. Bukan itu saja, dia juga berjaya menjadi pelakon antarabangsa yang popular. Antara filem antarabangsanya yang popular dibintanginya adalah James Bond, Memoir of a Geisha, Police Story, Crazy Rich Asian, Shang-Chi dan banyak lagi.
Primadona filem Melayu, Erra Fazira telah mencipta namanya selepas memenangi pertandingan Miss World Malaysia 1992 pada usianya 18 tahun. Sejak itu dia makin dikenali dan mula menceburkan diri sebagai seorang pelakon, penyanyi dan pengacara.
Memenangi pertandingan Miss World Malaysia 2008, Dr. Soo Wincci telah mendapat peluang dalam bidang hiburan dengan membintangi beberapa drama tempatan. Malah, wanita cantik ini turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records kerana dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik dan menjadi Miss World pertama yang menerima pengiktirafan itu.
Bermula sebagai seorang model, Elaine kemudiannya dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2003. Selepas memenangi pertandingan itu, Elaine terus menceburi bidang lakonan dan pengacaraan disebabkan kefasihan dalam Bahasa Melayu.
Dikenali sejak membintangi rangkaian filem Pontianak Harum Sundal Malam, Kavitha pernah wakili Malaysia dalam pertandingan Miss Charm Intercontinental 1990.Selepas memenangi pertandingan tersebut, dia menjadi antara wakil Malaysia yang pertama menjuarai pertandingan ratu cantik di peringkat dunia.
Sebelum bergelar Miss Universe Malaysia 2011, Deborah pernah memegang gelaran Miss World Malaysia 2007. Ketika itu dia berjaya meluluskan diri dalam kalangan finalis Top16 di China.Selain menjadi model, Deborah pernah muncul sebagai pengacara TV iaitu rancangan Bella ntv7. Malah dia juga pernah terlibat dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa.
Siapa tak kenal Che Ta, selebriti ini merupakan seorang pemenang Miss Intercontinental Malaysia 1992 dan pernah wakili Malaysia di peringkat antarabangsa. Walaupun terjun ke industri sebagai pelakon agak lewat, tetapi lakonannya sering jadi pilihan ramai sehingga membuatkan dia antara barisan pelakon yang popular.
Memiliki ketinggian melebihi 180cm, selebriti tinggi lampai ini merupakan pemenang pertandingan Miss World Malaysia 2009. Sejak daripada itu, dia ‘dilamar’ untuk menjadi seorang pelakon dan hos. Jangan lupa saksikan lakonan Thanuja dalam drama Temuan Takdir, Anak Merdeka dan DM Hati Awak.
Tak hairanlah kalau mereka pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik kan kerana masing-masing punya aura dan kecantikan tersendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.