Baru-baru ini, bintang K-Pop terkenal, RM daripada kumpulan BTS sekali lagi mencuri perhatian apabila sumbangannya membantu menerbitkan sebuah katalog khas yang memaparkan lukisan tradisional Korea yang kini tersimpan di muzium serta galeri seni terkemuka di seluruh dunia.
Menurut Overseas Korean Cultural Heritage Foundation, RM atau nama sebenarnya Kim Namjoon telah menyalurkan sumbangan bagi menyokong usaha pemeliharaan serta dokumentasi warisan seni Korea yang berada di luar negara.
Katalog berjudul ‘IT’S ____ HERE: Shining Korean Old Paintings Abroad’ itu diterbitkan menggunakan dana yang disumbangkan oleh RM pada tahun 2022. Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperkenalkan khazanah seni Korea kepada masyarakat antarabangsa.
Sebelum ini, penyanyi dan penulis lagu berusia 32 tahun itu telah menyumbangkan sebanyak 100 juta Korea Won (kira-kira RM270,000) pada tahun 2021 dan sekali lagi pada 2022. Dana tersebut digunakan untuk menyokong pelbagai projek berkaitan pemeliharaan, pemulihan serta pemanfaatan warisan budaya Korea yang kini berada di luar negara.
Ads
Difahamkan, katalog berkenaan menghimpunkan sebanyak 24 karya lukisan Korea yang dihasilkan dalam tempoh kira-kira 400 tahun, bermula dari awal abad ke-16 sehingga abad ke-20 dan antara karya yang diketengahkan termasuk lukisan landskap, potret, lukisan dokumentari serta ilustrasi burung dan haiwan.
Pada masa yang sama, senarai karya yang diketengahkan dalam penerbitan ini ialah Pyeongang Provincial Governor Welcoming the Successful Candidates of the State Examination yang kini disimpan di Peabody Essex Museum di Amerika Syarikat, selain Snowy Landscape at Hanrim Pavilion yang menjadi sebahagian koleksi Cleveland Museum of Art.
Menariknya, karya-karya tersebut dipersembahkan dalam pelbagai bentuk seperti skrin lipat dan skrol gantung. Setiap lukisan turut disertakan imej beresolusi tinggi bersama penerangan terperinci bagi membantu orang ramai memahami nilai sejarah serta seni yang terkandung di dalamnya.
Di samping itu, pihak yayasan turut memaklumkan bahawa katalog tersebut telah diedarkan ke perpustakaan awam dan institusi penyelidikan utama di Korea serta beberapa negara lain. Usaha ini diharapkan dapat memperluaskan pengetahuan mengenai seni tradisional Korea di samping menjadi rujukan penting untuk pameran, pendidikan dan kajian akademik pada masa hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang ikuti perjalanan karier Miley Cyrus sejak menjadi pelakon favourite Disney, pasti korang boleh mengagak betapa hebatnya harta yang telah dikumpul olehnya hingga kini.
Kita mula mengenali Miley menerusi watak Hannah Montana pada usia 11 tahun. Setelah 4 musim membawakan watak penyanyi dua identiti itu, Miley cuba mengenepikan imej ‘goodie-two-shoes‘-nya dan menjadi lebih provokatif serta ‘liar’.
Kini pada usia lewat 20-an, Miley ialah antara bintang TV dan penyanyi muda yang jauh lebih berjaya berbanding selebriti sebaya dengannya. Sesetengah selebriti senior pun belum tentu dapat mengatasi nilai kekayaan Miley.
Aww, thanks!
Cuba bayangkan, Miley boleh mengumpul $15,000 untuk satu episod Hannah Montana. Itu belum termasuk konsert Hannah Montana, filem dan item merchandise yang menjadi kegilaan kanak-kanak.
Miley mula menjadi pelakon filem pada tahun 2008 menerusi filem animasi Bolt bersama John Travolta. Ia diikuti dengan filem The Last Song, LOL dan So Undercover. Pada masa yang sama, dia aktif bergelar penyanyi dan sehingga kini telah memiliki 6 buah album.
On top of that, Miley berjaya dengan streaming secara online, imbuhan tontonan YouTube berjuta views dan peranannya sebagai mentor dalam The Voice.
Okay… sah Miley Cyrus kini lebih berjaya berbanding suaminya, Liam Hemsworth dari segi aset harta!
*
Sebagai pasangan suami isteri, Miley dan Liam telah mengumpul nilai harta sebanyak $186 juta. Namun menurut laman web Celebrity Net Worth pada pertengahan tahun ini, Miley saja bernilai $160 juta manakala Liam $26 juta. That is 6:1.
Bagi kebanyakan pasangan muda, situasi ‘perempuan lebih kaya dan berjaya berbanding lelaki’ ini adalah antara punya perpisahan kerana ego lelaki boleh tercalar. Lelakilah yang seharusnya menjadi pencari harta dalam dunia berfikiran ortodoks.
“Sayang, kenapa you tak lebih kaya daripada I?”
Namun nampaknya dalam dunia berfikiran terbuka seperti dunia Miley dan Liam, nampaknya ia tak menjadi masalah langsung.
Malah menurut Miley dalam satu temuramah, dia “tak merasakan perempuan wajib berada di dapur dan lelaki mencari nafkah. Saya tak perlukan orang luar menabur judgement terhadap hubungan kami.”
Nampaknya Miley dan Liam okay je dengan situasi ini.
Kita okay je! Korang yang melebih-lebih..
Tapi kalau korang berada di tempat mereka, korang okay jika perempuan lebih kaya daripada lelaki?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada yang berpendapat, bulan puasa merupakan ‘pesta makanan’ buat mereka, kerana lambakan bazar Ramadan yang menjual pelbagai juadah membuatkan ramai rambang mata sebab tak tahu nak makan apa.
Tapi dalam masa yang sama, orang-orang ni juga la yang berazam nak turunkan berat badan time puasa. Acaner tu?
Korang tahu tak sebenarnya pemilihan makanan ketika sahur dan berbuka tu boleh mempengaruhi berat badan? Makanan yang dipilih akan menentukan sama ada berat badan turun atau makin naik.
Jadi kalau tak nak tersasar daripada landasan, apa kata korang ikut tiga langkah mudah yang boleh diamalkan untuk elak terlebih makan semasa berbuka puasa, sekali gus dapat menurunkan berat badan.
1. Berbuka dengan buah-buahan
Mulakan berbuka dengan kurma, buah-buahan atau jus buah yang dihasilkan sendiri tanpa tambahan gula.
Jus buah tidak perlu ditambah dengan gula kerana kandungan gula dalam buah itu sendiri dah cukup untuk keperluan badan kita.
2. Terus kepada ‘main course’
Lepas menjamah buah-buahan/jus, teruskan kepada hidangan utama iaitu sajian yang lengkap dengan nutrisi seperti serat, protein dan karbohidrat. Contohnya, nasi, lauk dan sayur.
Dalam penyediaan hidangan utama ni, paling penting adalah kualiti dan kuantiti. Pasti kan sajian yang disediakan kurang lemak, minyak, garam, gula dan tidak menggunakan bahan MSG iaitu perasa tambahan.
Pengiraan kalori juga penting dalam memastikan kuantiti makanan yang diambil mencukupi untuk keperluan badan.
3. Pencuci mulut
Kuih muih atau manisan seeloknya diambil ketika perut sudah diisi dan ketika kenyang, iaitu selepas mengambil hidangan utama kerana dengan cara ini korang bolehlah kurangkan sikit pengambilan makanan manis.
Selain itu, ini juga dapat mengelakkan pengambilan kalori yang berlebihan ketika berbuka puasa walaupun bersaiz kecil tapi kebanyakan kuih-muih berkalori tinggi.
Jika dalam filem Harry Potter, kita selalu melihat pelajar di sekolah Hogwarts yang akan pulang menaiki kereta api untuk pulang ke rumah masing-masing sempena cuti perayaan Natal.
Tapi terbalik pula pada tahun ini apabila beberapa orang pelakon Harry Potter memutuskan untuk menyambut percutian Natal mereka bersama-sama semalam and WE ARE OBSESSED!
Tom Felton yang membawakan watak Draco Malfoy memuat naik beberapa foto bersama Emma Watson (Hermione Granger), Evanna Lynch (Luna Lovegood), Bonnie Wright (Ginny Weasley) dan Matthew Lewis (Neville Longbottom). Mereka dilihat mengadakan majlis reunion di kediaman salah seorang dengan ringkas.
Tom menulis, “Seasons greetings from my school mates. Matthew dan saya berdebat mengenai #GryfindorvsSlytherin.”
*
Bonnie juga menulis caption “Mengimbas kembali masa” berserta emoji kilat yang jelas merupakan reference kepada Harry Potter.
Emma juga menulis, “Merry Christmas from us.” Evanna turut menulis, “Macamlah saya tidak akan repost foto ini.”
Reunion yang dilakukan ini tidaklah mengejutkan kami memandangkan mereka tidak melupakan sesama sendiri walaupun setelah bertahun-tahun menamatkan filem terakhir.
Namun, kami kesal sedikit kerana Daniel Radcliffe dan Rupert Grint tidak berada bersama mereka. Kemungkinan mereka berdua masih terlibat dalam projek penggambaran di Amerika Syarikat.
Kalau korang merancang untuk mengimbas semula Harry Potter semasa bercuti pada tahun hadapan, why not korang rancang lebih awal seperti cadangan kami di bawah.
Kenapa bateri telefon cepat habis masa travel walaupun tak guna aplikasi? Ketahui penjelasan sebenar tentang proses cellular handover dan tip jimat bateri semasa perjalanan jauh.