Bintang K-Pop sensasi, RM BTS baru-baru ini sekali lagi mencuri perhatian selepas mengukuhkan kedudukan beliau bukan sahaja sebagai ketua kumpulan popular dunia, BTS, malah sebagai antara penulis lagu dan komposer paling berpengaruh di Korea Selatan ketika ini.
Difahamkan, berdasarkan data terkini Korea Music Copyright Association (KOMCA), RM atau nama sebenarnya Kim Namjoon (32) berada di kedudukan ketujuh dalam senarai 10 penerima royalti hak cipta tertinggi di Korea Selatan. Pencapaian tersebut turut melayakkan beliau dinobatkan sebagai salah seorang ‘Copyright King’ dalam industri muzik K-Pop.
Pada masa yang sama, kejayaan ini dilihat cukup signifikan memandangkan senarai penerima royalti tertinggi kebiasaannya didominasi oleh penerbit veteran, CEO syarikat hiburan serta pemuzik senior yang telah bertapak dalam industri selama puluhan tahun. Kehadiran RM dalam kelompok elit ini menandakan perubahan ketara dalam landskap K-Pop masa kini.
Ads
Lebih menarik lagi, RM kini tersenarai sebagai antara idol K-Pop dengan nilai hak cipta terbesar dalam industri muzik Korea. Fenomena ini mencerminkan peralihan era K-Pop, di mana idol bukan lagi sekadar penyanyi dan penghibur, tetapi turut menjadi pencipta karya utama yang menggerakkan kekuatan industri muzik.
Di samping itu, menurut rekod rasmi KOMCA, pelantun lagu ‘Wild Flower’ itu kini memiliki lebih daripada 200 buah lagu yang didaftarkan atas nama beliau. Karya-karya tersebut merangkumi lagu-lagu BTS, projek solo, kolaborasi bersama artis daripada pelbagai genre, serta karya eksperimental yang menyerlahkan sisi musikaliti dan lirik reflektifnya.
Sejak debut bersama BTS pada tahun 2013, RM dikenali sebagai penulis lirik utama kumpulan tersebut dan terlibat secara langsung dalam penghasilan hampir keseluruhan katalog muzik BTS. Lagu-lagu ciptaannya merangkumi title track dan B-side ikonik yang bukan sahaja mencatat kejayaan komersial, malah mendapat pengiktirafan kritikal serta menjadi asas kepada populariti global BTS.
Sementara itu, kerjaya solo RM turut mencuri perhatian dunia muzik antarabangsa apabila album solo pertamanya berjudul Indigo yang dilancarkan pada tahun 2022, menerima pujian meluas daripada pengkritik global atas kedalaman tema, kualiti produksi serta keberanian artistik yang dipamerkan.
Kemudian, album terbarunya berjudul ‘Right Place, Wrong Person’ (2024), yang menampilkan single seperti ‘Come Back to Me’ dan ‘Lost!’, turut mengukuhkan reputasi RM sebagai artis versatil. Album ini juga menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa dan dianggap sebagai antara album paling mendapat pujian pada tahun 2024, sekali \gus menyumbang kepada pengumpulan royalti jangka panjang yang kukuh dan berterusan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dari negara seberang, Nia Ramadhani.
Pelakon sinetron Bawang Putih Bawang Merah yang satu ketika dulu mendapat sambutan hangat di Malaysia dan sehingga ke hari ini kita masih ingat dengan watak antagonis bawang merah ini.
Walaupun sudah menginjak usia 32 tahun dan memiliki tiga orang anak, bentuk badannya yang tinggi dan langsing itu sering dicemburui dan diidamkan oleh ramai wanita.
Nia Ramadhani dan keluarga. Foto Via Instagram
Mengakui pernah naik berat badan, dia berjaya mendapatkan semula bentuk badannya seperti asal. Hanya dalam masa 7 bulan saja, ini antara rahsia kurus langsing Nia yang kamu boleh ikut…
Sebelum ini Nia pernah beritahu yang berat badannya naik hampir 30kg ketika mengandungkan anak ketiganya. Disebabkan itu, Nia tekad untuk turunkan berat badan.
Foto Via Instagram
Elak Nasi
Nia diet dengan cuba elak daripada makan nasi. Sebagai gantian kepada nasi, ibu kepada tiga anak ini akan mengambil makanan berdaging pada waktu tengahari. Antara pilihannya adalah ayam atau daging.
Makan telur setiap pagi
Tak kiralah telur rebus, dadar atau hancur sekali pun, Nia hanya akan makan telur sebagai sarapan paginya. Ini kerana telur mempunyai sumber protein yang mencukupi untuk badan di mana kamu akan menjadi kenyang dalam jangka masa yang panjang.
Berenang
Nia sangat gemar lakukan aktiviti berenang sekiranya ada masa lapang. Tetapi sekarang, aktiviti ini menjadi rutin setiap hujung minggunya. Kalau kamu nak tahu dalam banyak-banyak aktiviti, tak dinafikan berenang dapat membakar lemak dengan cepat.
Elak makanan bergoreng dan ringan
Nia cuba elakkan makan makanan dan menggantikannya dengan beberapa makanan sihat lain seperti kekacang dan buah-buahan.
Dikongsi oleh Nia, kadang kala dia teringin nak makan makanan bergoreng pada waktu malam. Mengingatkan dirinya sedang menjalani diet, Nia akan makan avocado untuk hilangkan rasa craving tersebut.
Jadi korang ada berani ikut cara Nia untuk tampil langsing? Tiada apa yang mustahil tapi pastikan kamu perlu tekad dan berdisplin okay?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Elizabeth Tan, pelakon dan penyanyi tanah air turut akui bahawa dirinya berhadapan cabaran di mana harus menurunkan berat badan secepat yang mungkin demi melakonkan watak Hanna, dalam drama adaptasi Korea Selatan, W:Two Worlds.
“Cabaran Lizzy actually is more personal sebab sebelum Lizzy masuk set W:Two Worlds, I was shooting a film di mana saya perlu naik berat badan sebanyak enam kilogram.
“Lizzy cuba sehabis baik untuk turunkan balik berat badan itu secepat yang mungkin tapi ketika di fasa awal kami shoot the drama, saya masih sedikit chubby.
“Jadi mungkin bagi penonton yang melihat akan perasan di sesetengah adegan agak tidak continous dari segi fizikal badan. Sekejap tembam, sekejap kurus,” jelasnya ketika ditemuramah di sidang media drama tersebut di KL Convention Centre pada Selasa lepas.
Pelakon Abang Long Fadil 3 ini turut berkongsi perasaannya ketika ditawarkan peluang membawa watak setiausaha tersebut.
“Bila diorang bagitahu Lizzy yang saya ada peluang untuk memegang watak Hanna dalam drama W:Two Worlds, saya seolah-olah tidak percaya sebab Lizzy nak sangat kerja dengan Viu dan terlibat dengan projek adaptasi drama Korea.
“I was so happy dan selepas casting pun saya masih tertunggu-tunggu. Jadi bila mereka beritahu yang saya dapat watak tersebut, I was like ‘OMG, betul ke?’
“Pada masa yang sama, Lizzy agak gementar sebab saya tahu harapan peminat agak tinggi terhadap projek ini,” jelasnya lagi.
Buat makluman, drama W: Two Worlds yang turut dibintangi Hun Haqeem, Daiyan Trisha dan Mierul Aiman kini boleh ditonton di aplikasi Viu setiap hari Khamis. So tunggu apa lagi?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi, Nabila Razali mengakui puas menonjolkan alter ego (pesonaliti kedua) sebagai maskot teratai menerusi program realiti The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4).
Penyanyi lagu popular Peluang Kedua itu memaklumkan, perbezaan identiti mendorong dirinya untuk berani keluar dari zon selesa.
“Kalau sebelum ini saya menyanyi genre lagu sama tetapi kali ini saya dapat menari, boleh ‘gedik’ atas pentas dan lakukan perkara yang saya tak pernah buat.
“Saya memang lebih yakin dan mudah menonjolkan sisi saya yang berbeza tanpa rasa dihakimi khalayak.
“Peminat selalu ingat saya seorang ‘sweet girl’, jadi di sebalik maskot ini saya dapat teroka sisi lain Nabila Razali,” katanya ketika ditemu bual.
Dalam pada itu, dia menzahirkan kesyukuran apabila khalayak mula membuka mata dengan kemampuan vokal dimiliki terutama menyampaikan lagu yang bernada tinggi.
“Saya rasa selama ini saya tidak berpeluang mempamerkan kemampuan diri, tetapi mungkin kadang-kadang bila sudah ada peluang saya buat silap pula. Perkara ini di luar jangkaan.
“Saya mahu beri kredit kepada guru vokal saya iaitu Shafiq Erwin yang membentuk saya untuk menjadi lebih baik. Saya tidak cakap saya sudah bagus, banyak lagi saya perlu belajar.
“Setiap minggu adalah cabaran untuk saya menyakinkan penonton dan mampu memberikan persembahan dengan baik,” tuturnya lagi.
Untuk rekod, Nabila Razali yang membawa maskot Teratai berjaya menduduki tempat kelima menerusi TMSM4.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AI.com dijual pada harga RM276 juta kepada CEO Crypto.com, mencipta sejarah sebagai domain termahal dan membuktikan kehebatan usahawan Malaysia di pentas digital dunia.