Penyanyi rap dan juga ketua kumpulan popular, RM BTS baru-baru ini mencuri perhatian dunia apabila diumumkan bakal menyampaikan ucaptama di Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) CEO Summit Korea 2025 yang akan berlangsung di Gyeongju Arts Center, Wilayah Gyeongsang Utara pada 29 Oktober ini. Penampilannya di pentas berprestij itu dijangka menyorot kekuatan dan pengaruh besar K-Pop serta budaya Korea yang semakin menembusi arena global.

Ucaptama Di APEC CEO Summit 2025

Menurut laporan rasmi media antarabangsa, RM BTS atau nama sebenarnya Kim Namjoon (31) dijadualkan berucap pada hari kedua sidang kemuncak tersebut, dari jam 3:05 petang hingga 3:15 petang waktu Korea. Ucapannya selama 10 minit itu merupakan sebahagian daripada sesi budaya dengan tajuk “Industri Budaya dan Kreatif di Rantau APEC & Soft Power K-Culture.”

RM BTS Bakal Sampaikan Ucaptama Di APEC CEO Summit 2025, Bukti Pengaruh Hebat K-Pop Di Dunia

RM BTS Bakal Sampaikan Ucaptama Di APEC CEO Summit 2025, Bukti Pengaruh Hebat K-Pop Di Dunia
RM BTS ketika berucap di The Met bagi persidangan UN76 pada tahun 2021

Walaupun butiran penuh ucapan beliau masih belum didedahkan, RM BTS dijangka akan berkongsi perspektifnya berdasarkan pengalaman sebagai anggota kumpulan BTS — salah satu kumpulan K-Pop paling berpengaruh di dunia ketika ini. Beliau juga akan menghuraikan bagaimana budaya Korea berkembang menjadi fenomena global yang dicintai oleh peminat dari pelbagai latar belakang.

BACA: BTS Bakal Kembali Mac 2026! RM Umum Album Baru & Konsert Jelajah Dunia!

BACA: ‘Sold Out King’ Kembali! Keychain Hirono ‘Fight for Joy’ Laris Selepas Digayakan Taehyung BTS Di Lapangan Terbang

Angkat Budaya & Kreativiti

Menerusi laman rasmi APEC 2025, RM digambarkan sebagai tenaga kreatif yang hebat dan peminat seni yang tegar. Beliau dikenali kerana menghasilkan lirik yang mendalam, diinspirasikan oleh pelbagai bentuk seni, serta pendekatan falsafahnya terhadap muzik. Kreativiti dan kolaborasi inovatif menjadikan RM BTS ikon budaya yang menolak sempadan artistik moden.

Ads

Penganjur turut menyifatkan beliau sebagai lambang sejati generasi muda Korea yang berjaya menjadikan budaya sebagai jambatan diplomasi moden. Kehadiran RM BTS di pentas ini mengukuhkan peranan K-Pop sebagai kuasa lembut atau soft power Korea di peringkat antarabangsa.

RM BTS Bakal Sampaikan Ucaptama Di APEC CEO Summit 2025, Bukti Pengaruh Hebat K-Pop Di Dunia

RM BTS Bakal Sampaikan Ucaptama Di APEC CEO Summit 2025, Bukti Pengaruh Hebat K-Pop Di Dunia
RM BTS ketika berucap di The Met bagi persidangan UN76
RM BTS Bakal Sampaikan Ucaptama Di APEC CEO Summit 2025, Bukti Pengaruh Hebat K-Pop Di Dunia
RM BTS ketika berucap di persidangan UNICEF pada tahun 2018

Forum Perniagaan Terbesar Rantau Asia-Pasifik

Untuk makluman, APEC CEO Summit merupakan forum sektor swasta terbesar yang berkaitan dengan APEC, menghimpunkan pemimpin perniagaan dan kerajaan dari 21 negara anggota rantau Asia-Pasifik. Tahun ini, sidang kemuncak tersebut mengangkat tema ‘Beyond, Business, Bridge (3B)’ yang memberi tumpuan kepada perkongsian baharu melalui inovasi dan kolaborasi rentas sempadan.

BACA: J-Hope BTS Sumbang 200 Juta Won Untuk Pembinaan Pusat Pediatrik Sempena Ulang Tahun Kelahirannya

Ads

BACA: RM BTS Sumbang 200 Juta Won Kepada 2 Hospital Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-31

BACA: Enam Tahun Konsisten & Kekal Prihatin, Jimin BTS Teruskan Biasiswa 100 Juta Korea Won Untuk Pelajar Yang Memerlukan

Acara dua hari itu menampilkan 20 sesi, ucapan khas dan ucapan pemimpin oleh 85 penceramah yang akan membincangkan pelbagai isu global termasuk kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, kewangan, industri budaya, mata wang digital, peralihan tenaga serta daya tahan rantaian bekalan. RM BTS menjadi satu-satunya artis K-Pop yang dijemput sebagai penceramah rasmi — pencapaian yang menonjolkan pengiktirafan terhadap budaya pop Korea.

Ads

RM BTS Bakal Sampaikan Ucaptama Di APEC CEO Summit 2025, Bukti Pengaruh Hebat K-Pop Di Dunia

RM BTS Bakal Sampaikan Ucaptama Di APEC CEO Summit 2025, Bukti Pengaruh Hebat K-Pop Di Dunia
BTS ketika di persidangan UNICEF pada tahun 2018

‘Soft Power’ K-Pop Diplomasi Moden

Kehadiran RM BTS di APEC CEO Summit 2025 sekali lagi membuktikan bahawa K-Pop bukan sekadar hiburan, tetapi satu bentuk diplomasi budaya yang mampu mengangkat imej Korea di mata dunia. Dengan pengaruh global yang dimiliki BTS, ucapan RM dijangka menjadi antara momen paling bersejarah dalam penganjuran APEC tahun ini.

BACA: Jungkook BTS Kejutkan Peminat! Aktif Semula Di Instagram Dengan Nama Baru ‘mnijungkook’

BACA: SUGA BTS Sentuh Hati Masyarakat, Sumbang 5 Bilion Won Bina Pusat Rawatan Autisme Di Seoul

Sementara itu, kumpulan BTS dijangka kembali dengan aktiviti penuh sebagai sebuah kumpulan pada Mac 2026 selepas semua ahli selesai menjalani perkhidmatan ketenteraan masing-masing. Ucapan RM BTS di APEC dijangka menjadi inspirasi bukan sahaja buat peminat, tetapi juga kepada industri kreatif global.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads