Bintang terkenal K-Pop, Kim Taehyung atau lebih dikenali sebagai V BTS, sekali lagi mencetuskan fenomena apabila barangan aksesori yang digunakannya di lapangan terbang habis terjual dalam masa singkat.
Menurut laporan media antarabangsa, pada 4 Oktober lalu, Taehyung dilihat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon menuju ke Paris bagi menghadiri Paris Fashion Week sebagai duta global jenama mewah, Celine dan beliau dijadualkan menghadiri pertunjukan koleksi Musim Panas 2026 Celine pada 5 Oktober.
Ketika kemunculannya di lapangan terbang, pelantun lagu ‘Love Me Again’ itu menarik perhatian peminat dengan gaya santainya yang lengkap dengan beg tangan berwarna coklat dari jenama Celine. Apa yang lebih mencuri tumpuan ialah aksesori kecil yang tergantung pada beg tersebut iaitu keychain anak patung Hirono Living Wild – Fight for Joy, hasil kolaborasi antara Pop Mart dan artis Lang.
Dalam pada itu, anak patung edisi khas ini menampilkan karakter Hirono dalam pakaian khas ‘Fight for Joy’ lengkap dengan sut beruang baldu coklat dan obor di tangan, simbol keberanian dalam menghadapi emosi. Sejurus selepas gambar-gambar Taehyung di lapangan terbang tersebar dan tular di media sosial, keychain tersebut menjadi rebutan ramai.
Difahamkan, hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja, Hirono Living Wild – Fight for Joy keychain dilaporkan habis dijual di Amazon Jepun. Menurut perkongsian seorang pengguna di aplikasi X bernama @kimtaehyungbar, lebih 500 unit telah dibeli dalam masa 24 jam di kedai rasmi Pop Mart di China.
Sementara itu, di Amerika Syarikat pula, lebih 400 unit terjual dalam masa hanya 12 jam, meninggalkan stok yang sangat terhad di satu-satunya laman jualan yang masih ada.
Fenomena ini sekali lagi membuktikan pengaruh luar biasa yang dimiliki oleh V BTS. pada masa yang sama, di media sosial, para peminat terutama BTS ARMY tidak henti-henti berkongsi keterujaan dan kekaguman mereka terhadap kemampuan Taehyung untuk menyebabkan sesuatu produk laris hanya dengan kemunculannya.
“Kesan Taehyung memang gila. Kalau dia bernafas dekat sesuatu produk pun, produk itu akan habis dalam masa 24 jam,” tulis seorang pengguna di media sosial.
Sehubungan itu, ramai peminat yang turut berkongsi bahawa mereka membeli keychain Hirono itu kerana terinspirasi dengan penampilan idola kesayangan mereka. Tidak lama kemudian, gelaran “Sold Out King” kembali menjadi sebutan di pelbagai platform.
Dalam perkembangan lain, BTS dikhabarkan sedang dalam persiapan untuk melancarkan album penuh yang dijadualkan pada separuh pertama tahun hadapan, sekaligus menambah keterujaan peminat khususnya BTS ARMY terhadap perjalanan muzik kumpulan tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengurus atau pembantu peribadi (PA) memainkan peranan amat penting dalam mengatur jadual dan merencanakan karier seni seseorang selebriti itu.
Malah, hubungan pengurus dan PA dengan artis juga sangat rapat kerana mereka boleh dilabelkan sebagai mastermind di sebalik tabir karier artis terbabit.
Justeru, tidak hairanlah, selebri Korea Selatan, Jung Hae In sanggup menunaikan impian pengurusnya dengan menghadiahkannya sebuah kereta mewah.
Hae In, 36, memberitahu hadiah sebagai tanda penghargaan kerana menjaganya dengan baik sepanjang bergelar pengurusnya.
Pelakon drama While You Were Sleeping itu juga memberitahu kenderaan dibeli itu juga adalah hadiah paling mahal pernah diberikan kepada seseorang.
“Kami telah mengharungi banyak perkara bersama dan dialah yang menjaga semua perkara berkaitan karier saya.
“Pengurus saya antara individu bersama dengan saya sejak awal kemunculan saya dalam industri seni,” katanya ketika muncul dalam program You Quiz on the Block.
Tidak hanya kereta mewah, Hae In juga turut memberi pengurusnya seutas jam tangan mewah.
Dalam pada itu, Hae In memberitahu dia memang sudah lama menyimpan hasrat memberi hadiah berkenaan kepada pengurusnya.
Malah dia pernah berazam pengurusnya menjadi orang pertama akan menerima hadiah daripadanya apabila dia sudah berjaya sebagai pelakon.
“Masa mula-mula saya bergelar pelakon, saya tiada wang dalam simpanan. Apabila dia mendapat gaji, dia akan belikan saya makanan kegemaran saya.
“Bertahun-tahun dia buat perkara sama terhadap saya malah dia banyak berkorban untuk saya.
“Saya memang berazam dia akan jadi orang pertama saya mahu belikan hadiah jika saya sudah berjaya sebagai pelakon,” katanya.
Bagus Hae In, tak lupa jasa dan kerja keras pengurusnya.
Fenomena artis Kpop bukan saja hebat diperkatakan di Korea Selatan, malah negara kita juga mempunyai pengikut yang boleh dikatakan agak besar dalam industri muzik mereka.
Sebut saja nama Blackpink, BTS atau EXO, kami pasti ramai yang meminati karya muzik nama-nama besar ini.
Namun begitu, mungkin ada yang masih tidak tahu hari istimewa selebriti kesayangan mereka.
Jadi kali ini kami nak kongsikan dengan korang antara selebriti-selebriti kpop yang menyambut birthday pada bulan Oktober.
1. Jimin BTS
13 Oktober 1995
2. Donghae Super Junior
15 Oktober 1986
3. Yuta NCT
26 Oktober 1995
4. Suzy Miss A
10 Oktober 1994
5. Lay EXO
7 Oktober 1991
6. Jooheon MONSTA X
6 Oktober 1994
7. Yuju GFriend
4 Oktober 1997
8. Jeonghan SEVENTEEN
4 Oktober 1995
9. Ilhoon BtoB
4 Oktober 1994
10. Henry Super Junior M
11 Oktober 1989
Ada yang berkongsi hari lahir dengan bintang Kpop ke?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecoh satu Malaysia baru-baru ini apabila satu babak ‘panas’ yang dilakonkan oleh pelakon kacak Zul Ariffin dan Siti Hariesa telah tular dan mendapat reaksi dari pelbagai pihak.
Terbaru menurut laporan, Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa tampil berkata bahawa kemungkinan drama ‘Perempuan Itu’ mungkin tidak akan ditayangkan di kaca televisyen sekiranya pihak produksi gagal memberikan laporan bertulis berkenaan insiden yang berlaku.
Tambahnya, kerajaan tidak akan membenarkan tayangan tersebut yang dijangka bersiaran pada bulan Ramadan sekiranya laporan yang diberikan tidak munasabah. Malah, kesemua stesen televisyen perlu menghormati bulan Ramadan dan tidak boleh menyiarkan kandungan yang kurang bersesuaian dengan bulan mulia itu.
Foto Via Astro Awani
“Kita sudah meminta produksi berkenaan mengemukakan laporan bertulis berhubung perkara berkenaan. Mereka juga telah diberikan masa yang cukup untuk menyediakan laporan tersebut.” kata Tan Sri Annuar Musa
Tambahan lagi, isu ini juga mendapat reaksi dari Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bakal memanggil produksi dan pelakon terlibat.
Ia susulan babak tersebut dikatakan bercanggah dengan tuntutan agama dan budaya hidup masyarakat di negara ini.
Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary menyatakan bahawa pihaknya akan turut mengadakan pertemuan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) bagi membincangkan isu tersebut dengan lebih lanjut.
“Cuma dari sudut panduan agama (Islam) budaya seperti itu tidak sepatutnya dibawa masuk ke negara ini yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan budaya Timur”- katanya
Sebelum ini, secara tiba-tiba, pelakon lelaki popular Zul Ariffin mencetuskan kontroversi hari ini setelah memuat naik klip ‘trailer’ bagi drama lakonan terbarunya berjudul Perempuan Itu yang akan menemui penonton tidak lama lagi.
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Diharap semua semua crew drama tersebut tabah menerima dugaan ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.